Monday, 31 October 2011

INDIA HISTORICAL TAJ MAHAL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

Benua kecil India memang terkenal dengan sejarah dan kebudayaan yang unik.  Sejarah Islam terdapat diserata pelusuk India.  Salah satu yang paling terkenal dan merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib didunia ialah Taj Mahal. Lambang cinta seorang Raja (Suami) kepada seorang Permaisuri (Isteri).  Terletak ditepian Sungai Yamuna dan bertentangan dengan Istana Raja.  Kita boleh  melihat dengan jelas  istana yang menjadi tempat tahanan Shah Jahan dan Taj Mahal yang jaraknya 3 km.  Ini bermakna daripada  tahanan Shah Jahan yang terletak dalam istana, beliau pada bila-bila masa  boleh keluar ke varenda istana dan melihat makan isterinya tercintanya Muntaz Mahal.

Dari Jaipur kami meneruskan  perjalanan dengan keretapi ke Agra Fort.  Sebagaimana biasa kami menggunakan koc tempat tidur berhawa dingin yang selesa khusus untuk perjalanan malam. Satu perkara menarik yang tak dapat kami lupakan dalam seumur hidup yang menjadikan satu yang terpenting untuk saya paparkan disini. Kisah benar dan sebenar-benarnya berlaku dihadapan kami dan mungkin tidak terdapat ditempat-tempat lain didunia.  Kisahnya bermula seawal fajar menyinsing dan berahir selewat jam 8 pagi.


Keretapi yang kami tumpangi berada dalam jarak kurang daripada 6 kilometer daripada Stesyen Agra Fort.  Ketika ini keretapi bergerak amat perlahan ibarat jika memandu kita berada dalan ketinggian permulaan gear dua atau kederasan 5-10 kilometer sejam.  Kita boleh melihat dan nampak dengan jelas apa yang sedang berlaku diluar keretapi.  Kami  menikmati perjalanan yang sungguh menggelikan dan kadang-kadang menakjubkan bagaimana didalam dunia moden ini kita boleh melihat gelagat manusia yang mengharungi kehidupan yang sedemikian rupa.  Dipertontonkan secara spontan oleh ribuan pelakon dan pelawak terdiri daripada lelaki dan perempuan, suami, isteri dari segenap lapisan umur,  tua, muda, remaja dan  kanak-kanak. 


Jika pembaca seorang pelancung sudah tentu saudara tidak akan ketemui ini semua tetapi jika pembaca seorang pengembara, saudara akan dipertontonkan satu lagi episod keaijaiban di Agra selain Taj Mahal.  Oleh yang demikian kepada sesiapa yang ingin menjejaki bumi Agra, saya menasihatkan pembaca menggunakan perkhidmatan keretapi daripada New Delhi atau Jaipur  dan bangun awal sebelum keretapi memasuki Agra Fort. Anda akan dihiburkan secara percuma lakunan yang mengasyikan.  Realiti.



Daripada duduk saya menghampiri pintu keluar keterapi tetapi malang tiada gambar yang dapat saya rakamkan kerana kabus yang terdapat pada tingkap-tingkap keretapi.  Memadai saya menceritakan sebagai pesta "Jom Berak" tetapi  dinegaraku " Jom Heboh".  Perjalanan kami sejauh 6 kilometer ke Bandar Agra Fort menghidangkan kami dengan ribuan masyarakat India sedang membuang NAJIS dikiri kanan  trek keretapi.  Dengan berbekalkan sebiji botol berisi air mereka tidak segan silu melepaskan sasarannya.

 Jarak bukan halangan, mungkin 2 atau 3 meter seorang.  Lelaki perempuan bukan persoalan. Anak gadis atau remaja sama saja.  Tua dan muda tanpa segan dan silu.  Sesetengahnya "barangan" nampak jelas terjuntai dengan tingkap tertutup. Jika bernasib baik "padang-padang" hitam nampak jelas dengan rumpat segar menutupi ruang. Sungguh mengghairahkan.  Dalam jarak lebih kurang 6 kilometer, ribuan pelakon menggayakan  aksi-aksi cemas mereka.  Terdapat tanda kepuasan, kepuasan kerana hajat telah tertunai sudah.  Aksi ini bukan sahaja terdapat disini malah keseluruhan India termasuk semasa kami di utara India,  Armstrar.

Bagi saya yang pada mulanya mengantuk dibuai keretapi kini tersengkang mata dan kadang-kadang menghairahkan. Asyik, masyuk dan itu lah pengalaman paling berharga pernah saya alami sungguhpun saya telah melalui sejarah perjalanan paling jauh dengan keretapi dari Singapura ke Moscow (Trans-Mongolian, Trans-Siberian dan Trans-Manchurian) tetapi perjalanan di India lebih mematangkan kami disamping memberi kesedaran bahawasanya ini sebuah kehidupan yang berpaksikan hakikat dan kebenaran.

Bagi masyarakat India, kaum Bangsawan hinggalah ke kasta paling rendah Paria, lagak dan gelek mereka adalah sama. Pada pandangan ZBA yang membezakan antara mereka adalah kekayaan  dan kemiskinan bukan bangsa itu sendiri.  Orang kaya dengan kekayaannya sedangkan yang miskin melarat tidak berketepian.  Pada peminat filem-filem Hindustani apa  yang dipertontonkan adalah fantasi semata-mata bukan realiti yang dipijak.  ZBA telah melawat seluruh India tiada satu pun tempat yang sama dengan yang digambar dan difilemkan.  Oleh yang demikian menonton dibolehkan tetapi tak perlu dijadikan iktibar malah itu adalah lakonan.  Penyanyi dan pelakon orang yang sama, hidup dengan dunia fantasi menipu dan membuat maksiat dalam bentuk hiburan yang dihalalkan.


Benar sabda Rasullullah SAW, diakhir zaman orang tidak akan menganjungi para ulama malah penyanyi dan penghibur diagung-agungkan.  DiNegaraKu seorang sahaja Mufti bergelar Tan Sri tetapi empat dari kalangan para artis penyanyi dan pelakon.  Bala Allah jangan diminta jika datang tidak mengira siapa kita. Ingat-ingat-lah dan berpesan-pesanlah diatara sesama kita.

Ambillah iktibar daripada India yang satu ketika dulu dikuasai oleh pemerintah-pemerintah Islam yang hebat tapi kini hanya kota-kota purba menjadi peninggalan.  Orang Islam hidup sebagai minoriti dengan dihimpit kemiskinan dirtindas dihina semata-mata kerana bergelar Muslimin dan Muslimat.


ZBA dan teman melawat warisan pemerintahan Islam di Agra beserta kota-kota yang berdiri tegoh tanda keagungan tetapi kaku dan hambar kerana telah dilupakan.  Hanya sejarah menjadi sanjungan tetapi nilai tidak bermakna lagi.  Seperti bandar lain di India, Agra juga senasib.  Kerbau, lembu, kambing dan segala binatang berkeliaran didalam  bandar, mencemarkan pandangan dengan pelancung sinis memerhati.  Kota Agra kami tinggalkan dengan kesedihan disebabkan kekotoran tetapi puas kerana dapat menikmati keindahan Taj Mahal  yang diagung-agungkan.  Dikegelapan malam keretapi yang kami naiki  bertolak  dari Agra kami ke Amristar dan Attari di sempadan Pakistan.
Assalamualaikum.  SALAM










TO BE CONTINUE SOON








No comments:

Post a Comment