Sunday, 13 November 2011

SAUDI ARABIA MECCA THE HOLY CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Dengan kehendakNya, aku telah diberikan Taufik & Hidayahnya buat pertama kali dapat menunaikan Rukun Islam yang kelima yaani menunaikan Fardhu Haji Ke Mecca Al-Mukarramah pada tahun 1989.  Alhamdulillah aku telah berjaya mengatasi dan mengerjakan haji dengan penuh semangat dan bermulalah dalam hidup ini keluar dari zaman jahilliyah ke alam nyata bahawasanya Allah itu Esa dan tiada sekutu bagiNya.

Hakikatnya, pelancungan merupakan ajaran Islam dan merupakan satu perintah daripada Allah SWT.  Allah memerintah kepada umat Islam agar berjalan dan mengembara dimuka bumi untuk melihat ciptaan Allah SWT dimerata tempat di seluruh dunia.



Bahkan didalam Al-Quran terdapt 14 tempat dimana Allah SWT mengulangi kalimah "Siru @ Fasiru" khusus bagi menurunkan perintah agar umat Islan tidak hanya berada disatu-satu tempat tetapi perlu bermusafir dan mengembara untuk menambahkan ilmu pengtahuan mereka.  Justeru Islam mewajibkan umatnya untuk mengerjakan Fardhu Haji yang memerlukan kita melawat ke Mecca Al-Mukarramah. 

Surah An-Ankabuut Ayat 20

Yang bermaksud :  Katakanlah, "mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Pelancungan ke Mecca ini bukanlah satu pelancungan yang sembarangan bahkan merupakan pelancungan yang diperintahkan, pelancungan yang bertujuan menyahut seruan Allah SWT.  Inilah yang dilafazkan oleh jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia dengan ucapan "Labaikallah" dan seterusnya.

Kefardhuan haji ini menunjukkan bahawa pengembaraan atau pelancungan bukanlah satu perkara baru didalam Islam.  Bahkan Allah SWT sendiri telah menceritakan kisah beberapa orang Nabi ditakdirkan mengembara keluar dari kampung halaman masing-masing untuk menambahkan ilmu pengtahuan dan melebarkan dakwah.  Kita boleh membaca kisah Nabi Musa AS mengembara ke Madyan dan diceritakan bagaimana  Nabi Musa AS mengembara bersama dengan seorang yang soleh yang disebut sebagai Nabi Khidir dipertemuan dua lautan.

Nabi Yusuf dibuang kedalam telaga dan hidup sebatang kara di Mesir.  Nabi Ibrahim AS mengembara ke Pelastine dari tempat asalnya di Babylon dan seterusnya ke lembah tandus Mecca Al-Mukarramah.  Nabi kita Muhammad SAW juga tidak ketinggalan mengembara (hijrah) daripada Mecca Al-Mukarramah ke Medinah Al-Munawarrah bagi menubuhkan Negara Islam yang pertama didunia.  Kesemua ini menunjukkan pengembaraan atau disebut pada hari ini sebagai pelancungan sudah merupakan satu sunnah yang diwarisi oleh Para Anbiya' semenjak zaman dahulu kala.


Ianya diteruskan oleh para sahabat yang sebahagiannya meninggal dunia diluar Semenanjung Tanah Arab sehinggalah para fuqaha dan muhaddithin.  Imam Al-Shafie yang mengembara dari Madinah ke Mesir.  Imam Bukhari yang meninggalkan kampung halaman di Uzbekistan dan banyak lagi contoh-contoh yang dapat dijadikan teladan.  Dinukilkan dalam kitab-kitab sejarah bagi mengajar kita bahawa Islam bukanlah mengajar manusia supaya hidup dalam dunia kerahiban tanpa menghiraukan perkembangan semasa.

Justeru didalam Islam, pengembaraan atau pelancungan bukanlah satu perkara yang asing bahkan ia dianggap sebagai jihad kepada Allah SWT jika dilaksanakan dengan tujuan untuk mengembang dan menegakkan agama Allah .  Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

"Sesungguhnya pelancungan umatku ialah jihad dijalan Allah SWT"  - Riwayat Abu Daud

Labaikallah Humalabbaik, Alhamdulillah saya  telah menyahut seruan mu Ya Allah bagi  kali keduanya.  Syukur tidak terhingga kepadaNya kerana  pada kali ini saya telah bersama-sama keluarga menziarahi Baitullah Al-Haram pada Disember 2006.  Saya berikrar jika dipanjangkan usia, kalau tidak menunaikan Fardhu Haji saya akan kembali lagi menunaikan Umrah bersama keluarga. Insyaallah.

Tidak sebagaimana pengembaraan yang sebelumnya atau mendatang, pengembaraan ke Tanah Suci banyak sekali peristiwa yang tidak dapat digambarkan dengan tulisan.  Memadailah saya menyeru kepada Muslimin dan Muslimat agar menyahut seruan Ilahi agar menunaikan Fardhu Haji dalam masa terdekat. Insyaallah.


MECCA AL-MUKARRAMAH LABBAIKALLAH

No comments:

Post a Comment