Saturday 31 March 2012

WORLD VISITED MOSQUE AND PRAYED

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberi rahmat dan hidayah kepada hambaNya melalui Surat Al-Ankabut Ayat 20 untuk mereka mengembara dan melihat bagaimana kebesaran Allah menjadikan dunia ini. 

Dipaparan ini ZBA tidak banyak menerangkan bagaimana caranya untuk sampai ke destinasi Masjid-masjid sepanjang pengembaraan sebelumnya.  Untuk mengetahui secara terperinci semuanya telah diterangkan  dan dimaklumkan dalam blog ZBA mengikut negara yang berkenaan.   

Masjid yang ZBA sempat lawati dan berjamaah bersama penduduk tempatan adalah merupakan Masjid  utama.  Boleh dikatakan bahawa diseluruh dunia terdapat Umat Islam tetapi yang membezakan hanyalah dari segi jumlah penganutnya sahaja.
Beautiful Mosque in Acheh Darulsalam 

Masjid Baitul Rahman dan Masjid Baitul Rahim adalah dua buah masjid tertua di Bandar Acheh dimana dalam peristiwa Tsunami kedua-dua Masjid ini telah dilindungi Allah dari kemusnahan.


Moscow Central Mosque


ZBA bergambar kenangan dengan Imam Besar Masjid Moscow selepas menunaikan Solat Asar.  Seorang yang peramah dan mudah berbicara.  Masjid ini sebenarnya dalam proses pembesaran dimana masjid asal akan dirobuhkan selepas Masjid Baru yang terletak bersebelahanya siap kelak.  Progress pembinaan berjalan lancar dan apabila siap masjid tersebut dianggarkan dapat menampung ribuan jemaah disamping sebuah sekolah dan Pusat Islam.  Pentadbir Masjid ini mempunyai seorang anak sedang menuntut di Universiti Islam Antarabangsa. 


Masjid Besar Srinagar terletak di bahagian timur Lake Dal ditengah tengah Bandar Srinagar.  Tersergam indah dengan ukiran marmar putih dan disinilah pada awal mula tercetusnya peristiwa hitam rusuhan demi rusuhan kerana dikatakan selepas Solat Jumaat seorang kanak-kanak wanita Islam dibunuh dengan kejam oleh Pasukan Tentera India.


Masjid ini terletak di tengah-tengah Bandar Kandy di Sri Lanka. Dimaklumkan bahawa masjid ini adalah antara Masjid yang tertua pernah dibina di Kandy.  Kandy sebuah bandar dikawasan tengah Sri Lanka dan menyambil masa 3-4 jam perjalanan dengan keretapi.  Sekiranya pembaca berpeluang melawat bandar ini, jangan ketinggalan untuk melawat pasar Kandy dimasa pastinya pembaca akan terjumpa dengan peniaga-peniaga yang wajah mereka mirip orang-orang Melayu.  Memang benar mereka adalah dari kalangan orang-orang Melayu Sri Lanka yang mempunyai keturunan dari Alam Melayu.



Masjid utama Sri Lanka dengan kapasti 2,500 jemaah pada satu-satu masa.  Terletak dikawasan membeli belah dan pusat commersial bagi orang-orang Islam di Sri Lanka.  Pembaca akan terkejud jika melawat kawasan ini.  Kedudukannya berhampiran Stesen Keretapi Sri Lanka dan pada keseluruhannya peniaga adalah dari kalangan orang-orang Islam.  ZBA juga agak hairan bagaimana kaum minoriti dapat menguasai ekonomi yang penduduk majoritinya berugama budha (Sinhaless). Mereka menguasai keseluruhan  perniagaan dari A to Z.

Ketika waktu Solat Zohur, masjid ini dlimpahi ribuan jemaah untuk bersolat.  Sepandangan ZBA sepanjang waktu Zuhur terdapat empat kali solat berjamaah didirikan dengan ribuan makmum.  Satu pandangan yang belum pernah ZBA lihat sebelum ini.  Mereka ibarat orang-orang Kelantan di NegaraKu, yang meninggalkan segala-galanya apabila masuk waktu solat.
      


Tiga    buah   Masjid     di Tiruchiparally India.        Terletak       ditengah-tengah   kesesakan      pusat     perniagaan   dan kommersial.  Pemandangan  ini   adalah satu   fenomena  biasa  di seluruh  India.  Walau  bagaimana  pun  Masjid  adalah satu    identiti   bagi  masyaraka t  Islam walaupun    dimana    mereka    berada.  Masjid     tetap  terseram indah dengan       menara     menjulang   kelangit     untuk memperdengarkan   laungan  panggilan Ilahi. 

                                                                   Tiruchiparally Mosque



Sungguhpun Taiwan sebuah negara yang penduduknya menganut agama Budha namun Islam tidak ketinggalan  menampilkan syiarnya di Taiwan.  Di Bandaraya Taipeh terletak sebuah Masjid yang menunjukan Islam berada dimana-mana di bumi Allah ini.



Keunikan Masjid-masjid di India khususnya di sekitar Mumbai sememangnya memaparkan keunikan senibina yang tinggi nilainya.  Bermula sejak zaman kerajaan Moghul di India sehinggalah kehari ini.  Berikut dibawah ialah beberapa buah Masjid yang terdapat Metropolitan City Mumbai. 






Walaupun agak sukar untuk mengenali masyarakat Islam di New Zealand namun di tengah-tengah bandar Chrischurch terdapat sebuah Masjid berkubah kuning tersergam Indah khusus untuk masyarakat Islam mengerjakan solat.  Masjid ini terletak bersebelahan jalan besar dan lebih kurang 200 meter daripada pusat gempa bumi yang melanda New Zealand pada tahun 2010. 



Masjid Utama di Kota Seoul, Korea Selatan.  Terletak 100 meter daripada Stesyen Metro bawah tanah Itewon.  500 meter ke Muzium Perang Korea Selatan yang terkenal.  Masjid ini menempatkan dewan sembahyang yang luas dan sebuah sekolah khusus untuk anak-anak kaum Muslimin di Korea Selatan.



Masjid An-Neakmah merupakan sebuah Masjid utama di bandar Siem Reap. Jaraknya 15 minit berjalan kaki  daripada Old Market. Disamping masjid terdapat juga Sekolah Rendah Agama untuk mengajar Kelas Fardhu Ain.  Disekitara Masjid juga terdapat dua buah kedai makanan Muslim yang diuruskan oleh Tuan Imam dan pembantunya.  Rujuk Blogs Cambodia  untuk keterangan lanjut.



Dibawah Ini pula ialah Masjid Utama di Phnom Penh.  Terletak di kilometer 8 daripada pusat bandar Phnom Penh ditepian jalan utama ke Kampong Cham..  Ciri binaannya menyerupai Masjid Shah Alam di Selangor Darul Ehsan.  Difahamkan masjid ini dibina atas sumbangan daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela dan orang persaorangan.  Pemandangan Masjid ini diambil daripada daripada Sungai Mekong dengan lansa Camera Canon 450D diatas ferry daripada  Siem Reap menuju ke Phnom Penh.  Disamping  itu terdapat banyak lagi Masjid-masjid orang Islam yang  dapat dilihat daripada Sungai Mekong melalui menara-menara yang menjulang indah.


Salah sebuah daripada empat buah Masjid yang terdapat di Kampong Cham, Cambodia. 


Sungguhpun Myanmar digelar Land of Pagoda tetapi agama lain bebas untuk dianuti mengikut fahaman penduduknya masing-masing. Daripada Buddha, Kristian dan Islam serta agama-agama lain,  pusat-pusat ibadat terseragam menggambarkan kebebasan berugama.  Selain Pagoda terbesar menjulang tinggi biaranya, ditengah-tengah Bandar Yangon puluhan masjid-masjid dapat dilihat dengan jelas berdasarkan menara-menara dan kedengaran laungan Azan berkumandang setiap kali masuk waktu solat.


China sebuah negara yang mempunyai populasi minority penduduk Islam yang terbesar didunia.  Mengikut statistik terdapat 60J daripada 1.2B penduduk China adalah berugama Islam.  Paling ramai ialah di Wilayah Sichiang di Barat China.  Setakat yang ZBA menjelajahi 3/4 daripada bumi China, setiap satu daripada bandarnya mempungai setidak-tidaknya sebuah masjid.  Berikut dibawah adalah dua buah Masjid di Bandaraya Tianjin.


Dua buah Masjid di Beijing.  Paling bawah ialah Masjid terkenal di Beijing.  Neuji Mosque yang merupakan masjid bersejarah dan tertua di Beijing.  Dibina mengikut senibina China tradisional. 



Metro Manila mempunyai dua buah Masjid.  Satunya dikenali dengan nama Blue Mosque dan keduanya Golden Mosque.  Kedua-duanya berada dalam jarak 5 km diantara satu sama lain di daerah Ermita Manila.  Dari jauh pembaca dapat membezakan diantara satu masjid dengan masjid yang satunya berdasarkan warna kubah. Salutan Emas dan Warna biru pada kubah masing-masing.




Solo atau lebih dikenali dengan nama Surakarta satu ketika dulu.  Kota ini merupakan salah satu kota tertua dalam Kesultanan Hemangkubuwono.
Semua kesan sejarah boleh dilihat hingga kini di Muzium Keraton Solo.  Terletak 60km daripada Yogjakarta dan mengambil masa satu jam perjalanan dengan keretapi.   Masjid ini adalah salah sebuah Masjid tertua yang bermula sejak zaman kesultanan dan masih tertegak indah hingga sekarang.


Masjid Agung atau Mesjid Ageng dalam bahasa tempatan dibina sekitar tahun 1876 dengan mempungai dua dewan Solat yang besar dan boleh menampung hampir  tiga ribu jemaah pada sesuatu masa.



Dua buah Masjid di Bang Na Thailand.


Masjid ini terletak ditepian Sungai Menam Chao Phya Bangkok.  Thailand mempunyai ribuan masjid-masjid yang cantik khusus di Pattani, Bangkok, Narathiwat dan kawsan-kawasan penempatan padat penduduk Islam.
Dibawah ialah sebuah masjid sederhana besar di Bandar Kalibo, Kepulauan Panay di Philippines.  Sungguhpun dhaif tetapi ada juga masyarakat Maguinando Islam dikepulauan ini.  Jumlahnya sekitar 250 keluarga.
 Salah satu daripada 4 Masjid yang terdapat di Davoa, Philippines.  Cantik dilihat dari luar tetapi amat sukar untuk mendapatkan laluan masuk kedalam Masjid.
Gambar bawah pula ialah dua buah Masjid terbesar di Bandaraya Ho Chi Minh City, Vietnam. Sunggup pun terletak ditengah pusat bandaraya tetapi Masjidnya kelihatan kemas dan bersih.


This page will be continue from time to time when ZBA visiting  new mosque and prayeds.  SALAM

           TUNAIKAN  SOLAT & KELUARKANLAH
          ZAKAT