Assalamualaikum W.B'
VIENTIANE
Laos negara terkeutara dalam ASEAN. Terletak dibahagian timur Thailand dan di barat Vietnam. Ketika ini terdapat satu penerbangan setiap hari ke Vientiane yang dikendalikan oleh Air Asia. Bagi pengembara yang memilih jalan darat mereka boleh memasuki Laos melalui Nong Khai di Thailand dan Nam Phao jika dari Vietnam.
Bagi pengembara advanture mereka lebih senang memilih jalan darat merentasi Thailand daripada pengangkutan udara. Dari Don Muang Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok sebelum Suwarnabhumi) saya menaiki keretapi terus ke bandar Nong Khai. Dari Nong Khai menaiki tuk-tuk melintasi Thai-Lao Frenship Bridge ke Vientiane. Perjalannan mudah dan lancar bagi kedua-dua negara.
Vientiane sebuah bandar terbesar di Laos selepas Luang Probang. Terletak bersebelahan dengan Sungai Mekong disempadan Thailand.
Vientiane tidak banyak yang dapat diperkatakan. Segalanya masih terkemudian jika dibandingkan dengan negara -negara ASEAN yang lain.
Saya cuma menghabiskan masa 3H/2M disini dan kembali semula ke Thailand melalui jalan yang sama.
Vientiane Monument Laos
Tempat yang agak istimewa yang wajar dilawati ialah Pasar Vientiane dan tepian Sungai Mekong yang menempatkan banyak restoran-restoran ikan air tawar dari sumber Sungai Mekong. Pembaca boleh mendapatkan maklumat lengkap daripada Webside terkini. Memadai saya papar gambar-gambar koleksi untuk tontotan.
Tradisional Home Made French Bread
Dari Nong Khai saya singgah di Khon Kaen dan Bangkok. Bertolak balik ke Malaysia dengan International Train Bangkok - Butterworth
Assalamualaikum. SALAM
HAVE A NICE DAY & ENJOY YOURSELF
No comments:
Post a Comment