Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum W.B,
TAWARIKH
Trans-Mongolian Journey
Semasa saya mempelajari pelajaran Tawarikh disekolah dulu kita cuma mempelajari Kerajaan Moghol yang berasal daripada India. Tidak Mongolia yang ada sekarang. Walau bagaimana pun dikalangan raayat Malaysia kini sudah banyak mengenali Mongolia kerana peristiwa Gadis Molek Cantik Manis yang mencari rezeki di bumi Malaysia. Tetapi untuk sampai kesana mungkin mustahil atau tidak termimpi difikiran. Oleh yang demikian pengembara mohon berkongsi pengalaman kepada para sahabat NegaraKu sekalian.
Trans-Mongolian Journey
Semasa saya mempelajari pelajaran Tawarikh disekolah dulu kita cuma mempelajari Kerajaan Moghol yang berasal daripada India. Tidak Mongolia yang ada sekarang. Walau bagaimana pun dikalangan raayat Malaysia kini sudah banyak mengenali Mongolia kerana peristiwa Gadis Molek Cantik Manis yang mencari rezeki di bumi Malaysia. Tetapi untuk sampai kesana mungkin mustahil atau tidak termimpi difikiran. Oleh yang demikian pengembara mohon berkongsi pengalaman kepada para sahabat NegaraKu sekalian.
Mongolia sebuah negara padang pasir dan bergunung-ganang hampir keseluruhannya. Suhu paling rendah pernah dicatatkan -45C. Terletak di Utara China. Pintu masuk dari China melalui dua bandar dikenali sebagai Erlian dan Ulan Uud di sebelah Mongolia pada jarak 30 km diataranya. Jalan raya dan keretapi menghubungkan keduanya. Kita boleh menggunakan perkhidmatan keretapi dari Hoh Hot atau Beijing di China. Paling sinonem menggunakan perkhidmatan Trans-Mongolian Express dari Beijing terus ke Moscow, Russia. Bagi pengembara kami bermula dari Tianjin - Beijing - Erlian - Ulan Uud dan Ulan Bator seterusnya Moscow.
Kamikazee Russian Jeep
ULAN UUD
Bandar disempadan China dan untuk sampai kesini kita boleh menggunakan Kamikaze Russian Jeep atau perkhidmatan bas sempadan setiap dua kali sehari.
Urusan sempadan China lebih mudah jika dibandingkan dengan Mongolia walau pun raayat Malaysia tidak dikenakan Visa untuk tinggal selama 30 hari.
Paparan disini adalah catatan pengembaraan yang dilakukan dalam bulan Mac dimana cuaca sejuk 8C dibawah paras beku dan salji masih terdampar dimerata tempat.
Pada pandangan saya tiada apa keistimewaan bandar ini kecuali sebagai bandar penghubung bagi dua negara yang berjiran. Nadi pengangkutan utama ialah keretapi dan bas serta berkuda. Terdapat penduduk yang menjual barangan China dipersekitaran stesyen keretapi serta hotel-hotel kecil dan guest house khusus bagi pelancung-pelancung yang ketinggalan kenderaan untuk ke destinasi selanjut.
Ulan Uud Railway Station
Kami tidak bermalam di Ulan Uud dan secara kebetulan terdapat tiket keretapi untuk kami ke Ulan Bator pada malam nanti. Kabin 4 orang sebilik amat selesa jika dibandingkan dengan kos sekiranya bermalam di hotel Ulan Uud. Dalam cuaca yang amat sejuk dari keretapi kami maseh dapat menikmati 2 jam pemandangan indah merentasi padang pasir Mongolia yang diseliputi salji tebal.
Ulan Uud Railway Station
Kami tidak bermalam di Ulan Uud dan secara kebetulan terdapat tiket keretapi untuk kami ke Ulan Bator pada malam nanti. Kabin 4 orang sebilik amat selesa jika dibandingkan dengan kos sekiranya bermalam di hotel Ulan Uud. Dalam cuaca yang amat sejuk dari keretapi kami maseh dapat menikmati 2 jam pemandangan indah merentasi padang pasir Mongolia yang diseliputi salji tebal.
Panaroma Petang di Padang Pasir Mongolia
Bercerita kembali tentang gadis molek cantik manis adalah satu perkara yang sensitif dan boleh menyebabkan keselamatan pengembaraan kami. Siang-siang lagi saya menasihati sahabat saya agar tidak mendedahkan identiti kami khasnya dari mana dan kami hanya sekadar boleh menyebut "Transit" di Mongolia untuk mengikuti Trans-Mongolian Journey ke Moscow. Memang diduga rakan Mongolia kami sekebin menyoalkan perkara yang dijangkakan. Saya lantas menjawab "Thailand". Perbualan berhenti seketika dan topik perbualan berkisar kepada perniagaan dan lain-lain.
Merentasi padang pasir waktu petang dan senja amat mengagumkan dengan sekali-sekala keretapi berhenti distesyen samaada mengambil atau menurunkan penumpang. Rumah-rumah tanah liat, kuda yang diselimuti baju dan lembu-lembu yang dipanaskan kelihatan lesu dikandang. Padang pasir diselimuti salji lebih kurang dua meter tebal. Sayup dan memutih salji saujana mata memandang. Bersama kami boleh dikatakan tiada pelancung asing yang mundur alik dalam keretapi. Malam bertambah larut tapi perjalanan ibarat dalam kabus pagi kerana keputihan salji dan kami tidur dengan dendangan dengkoran dari sahabat kami dari Mongolia.
Pemandangan Salji Memutih Menutupi Bumi Mongolia
Keesokan paginya kami sampai di Ulan Bator ibu kota Mongolia.dengan ceria setelah semalaman dapat tidur dengan nyenyak. Tanpa perlu mencari, rupanya kami telah ditunggu dan dikenali orang pemilik UB Guest House . "Good morning Sir" dan tangan berjabat mesra dan kami dibawa keteksi dan terus ke guest house yang sememangnya telah dibuat tempahan terlebih dahulu sebelumnya.
Keretapi membuat selekoh "S" menghala Ulan Bator
Sukhbatar Squre Ulan Bator
ULAN BATOR
Ulan Bator adalah stesyen dimana kami akan menggunakan perkhidmatan keretapi Monggolia untuk meneruskan perjalanan "Tran-Mongolian" menuju ke Moscow. Selama 3H/2M ini kami akan menginap di Ulan Bator Guest House (UBGH) nama yang tidak asing bagi pelancong-pelancong Eropah. Semasa kami disini kami telah berkenalan dan bercampaur-gaul dengan pengembara dari 7 negara didunia, Singapura, Belanda, German, Perancis, New Zealand dan India. Dikalangan mereka terdapat Doctor, Jurutera, Wartawan dan penuntut University. Diantara meraka salah seorang darinya pelancung Belanda menjadi teman baik saya dan kami mengenali antara satu sama lain disamping bertukar pandangan dalam dunia pengembaraan. Beliau juga dalam perjalanan pulang melalui Moscow dengan keretapi yang sama tetapi dua cabin berselang dengan cabin saya.
Tidak banyak tempat menarik di Ulan Bator kecuali pada peminat ski ice. Bandarnya bersih dan kemas teratur bercampur diantara bangunan morden dan rumah tradisi Mongolia. Taraf hidup mereka lebih tinggi jika dibandingkan daripada Malaysia. Mereka memiliki kenderaan besar-besar canggih serba morden yang terkini sebagaimana dimiliki di negara-negara barat. Saya difahamkan terdapat minoriti umat Islam disini dengan sebuah masjid didaerah Ulan Bator. Makanan Islam memang sukar dan kami terpaksa menggunakan fasilitas UBGH untuk memasak makanan.
Ulan Bator Railway Station
Bercerita semula tentang Gadis Molek Chantik Manis merupakan satu peristiwa pahit dalam sejarah yang tidak dapat saya lupakan bermula dari umur saya 15 tahun memulakan pengembaraan sehingga sekarang. Alkisah saya mula mengenali dunia "Pengembaraan" selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1973 dengan nama "Hicheck" dengan berbelanjakan RM 15.00 telah saya telah mengembara ke Seluruh Semenanjung dan memasuki Thailand dan pulang melalui Padang Besar ke Alor Star. Belum pernah dari saat itu saya dicerca, dimalukan, dikutuk, dihina dan segala macam perkataan yang mengguris hati saya. Saya bergaul dan mengenali berbagai lapisan masyarakat berbagai keturunan, bangsa dan agama didunia. Benarlah firman Allah" Aku jadikan manusia dari berbagai bangsa dan keturunan serta warna kulit didunia untuk kamu berkenal-kenalan diantara satu sama lain". Saya berpegang teguh kepada ayat ini dan menitikberatkan prinsip dalam menjayakan dunia Pengembaraan.
Replica Rumah Tradisional Mongolia
Tanggal 26 Mac 2010 tarikh keramat melakar detik hitam Sejarah Pengembaraan saya. Sungguhpun demikian ini bukanlah satu peristiwa yang boleh melunturkan minat saya dari terus mengembara sehingga aku mencapai klimik Surah Al-Ankabut Ayat 20. Insyaalah jika diizinkanNya. Saya paparkan pelaku dan kedudukan dalam keretapi dimanasejarah hitam ini berlaku.
Dilaluan tersebutlah peristiwa itu berlaku. Bagaimana ia boleh terjadi sedangkan saya tidak mengenali pelaku (Orang Mongolia) tetapi yang mengenalinya ialah sahabat saya daripada Belanda sekebetulan bersama pelaku dalam cabin yang sama. Suatu senja saya kembali ke cabin daripada tandas melintasi beliau bersama kawan saya daripada Belanda sedang berbual diluar berhampiran cabin kami. Sebagaimana biasa saya akan melimparkan senyuman kepada sesiapa sahaja sebagai tanda hormat menghormati semasa melintasi mereka.
Dengan nadi sinis saya dikejutkan dengan sebutan perkataan F U C K dan diulangi F U C K. Saya terus dengan senyuman memasuki cabin seolak-olak saya tidak memahami bahasa tersebut. Sungguh bernasib baik pelaku berada dalam negara beliau sendiri Mongolia dan kami menumpang juga keretapi Mongolia.
Saya khabarkan berita ini kepada teman saya di cabin. Jawapannya ringkas "relex" sungguh memberi kesan dijiwa saya nasihat itu dan saya jadikan iktibar untuk menrialisasikan impian saya mengembara seterusnya. Sesungguhnya kawan saya mengenali diri saya, siapa saya dimana saya dilatih dan apa pekerjaan saya sebelumnya dengan kerajaan Malaysia.
Tran-Mongolian Partner Sukhbatar Square
Berbalik kepada pelaku dimana beliau mengenali saya sedangkan kami belum pernah bertemu dan berkenalan. Jawapannya mudah beliau mengenali saya daripada kawan saya yang berasal dari Belanda. Oleh kerana kerakyatan saya Malaysia, saya di F U C K kan. Fuck Malaysia. Fuck Malaysia mungkin ada kebetulan dengan rentatan cerita Gadis Molek Cantik Manis.
Harap-harap catatan ini tidak mengguris hati sesiapa malah bukan niat saya untuk mencerca mana-mana pihak malah saya paparkan untuk iktibar kepada pengembara sebagaimana saya jika anda menghampiri bumi Mongolia jauhkan anda dari menyebut bumi Malaysia.
Akhir kalam kami merentasi bumi Mongolia penuh kenangan dan memasuki Russia melalui Sukhbaatar sempadan Mongolia dan Russia.
Assalamualaikum. SALAM
Assalamualaikum. SALAM
TRANS-MONGOLIAN JOURNEY BEGIN
No comments:
Post a Comment