Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
CHENGDU
Sebuah bandar besar di barat China. Terkenal dengan nama "Bandar Panda" satu-satunya bandar yang masih mengawal kepupusan haiwan tersebut daripada pupus buat selama-lamanya. Ketika ini musim sejuk masih terasa dan pakaian tebal masih diperlukan.
Saya Email : zainaltobiak@yahoo.com.my ditemani oleh pasangan Edward Heong dan isteri Jacqui Teo dan saudara Selvarajah merupakan " Group 1 Malaysia" dengan pesawat Air Asia mendarat selamat di lapangan terbang antarabangsa Chengdu tepat jam 2 petang waktu tempatan. Selesai urusan imigresen dan kastam kami berempat terus menaiki bas ke tengah kota Chengdu yang sibuk dan perjalanan mengambil masa 45 minit dengan tambang sekitar RM 5.00. Bagi saya tidaklah berapa kekok mengunjungi China kerana ini merupakan trip yang ke 9 dan tiga perempat dari Negeri China telah saya terokai kecuali saudara Selvarajah yang buat pertama kali. Walau pun tidak boleh berbahasa mandarin, bagi saya alah bisa tegal biasa tetapi kali ini kami berasa beruntung kerana Edward Heong boleh berbahasa Mandarin walaupun dailek Malaysia.
Perjalanan dengan bus disambung dengan Metro Chengdu ke stesyen keretapi begitu selesa sekali jika dibandingkan dengan metro di negaraku. Pengangkutan awam mereka lebih canggih, sistematik dan efisian walau pun China sebuah negara Komunis dan mengamalkan dasar terbuka lebih lewat dari kita. Mereka membangun dengan semangat dedikasi, inovatif, kretif dan sekarang tergulung dalam senarai negara-negara dunia yang termaju.
Stesyen Keretapi Chengdu (kanan) dan Metro Chengdu
Kami tiada jadual bermalam di Chengdu sebaliknya terus ke destinasi kedua iaitu Chongqing. Sementara Edward membuat pembelian tiket, saya dan rakan sempat membuat tinjauan disekitar stesyen keretapi. Penumpang bagaikan semut dengan arah tujuan masing-masing. Kami makan tengahari di sebuah restoran tempatan dan saya dengan tapau yang dibawa dari LCCT Kuala Lumpur.
Tepat jam 2.45 petang kami bertolak ke Chongqing dengan keretapi laju yang dijangka mengambil masa 3 jam perjalanan dengan pemandangan kiri kanan yang sangat indah sekali. Secara kebetulan ketika ini tanaman bunga kekwua sedang berbunga dan jangkamasa berbuah sedang hampir. Suasana menguning saujana mata memandang seperjalanan dan kami difahamkan bahawa bunga kekwua adalah sumber minyak masak yang terbesar di China. Kami sampai di Chongqing mengikut jadual dan bermalam disebuah hotel berdekatan dengan satu lagi stesyen keretapi Chongqing.
Pemandangan Chengdu & Chongqing
Chongqing North Station
Keretapi China merupakan sistem keretapi termaju kini dengan dengan dengan dengan dengan kelajuan tertinggi dicatatkan ialah 353 km sejam yang pernah saya naiki daripada Tianjin ke Beijing beberapa kali sebelumnya. Jarak perjalanan ialah 190 km masa yang diambil 30 minit dengan tambang RM 28.00. Kita dalam rangkaan menyiapkan landasan keretapi berkembar dengan menggunakan kuasa elektrik masa perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh dalam jarak 190 km mengambil masa 2 jam dengan tambang RM 35.00. Malaysia Negaraku.
Lokasi tempat penginapan kami dinamakan Chongqing Railway Station merupakan lokasi strategik bagi pelancung disamping 10 meter sahaja daripada stesyen bus utama Chongqing. tidak ketinggalan Chongqing juga merupakan salah sebuah bandar terbesar di China. Keperluan transportasi memang tidak dapat disangkal kehebatan mereka menyediakan prasarana untuk raayat mengharungi kehidupan harian. Nyatakan apa jenis pengangkutan awam dari darat, air dan udara semuanya disedikan mengikut keperluan dan kemampuan. Bagi pengembara Islam Negeri China bukan satu tempat yang sukar untuk mendapatkan makanan Islam. Di Chongqing sendiri terdapat banyak gerai dan restoran tersedia. Paling hampir 50 meter bersebelahan Chongqing Railway Station terdapat sebuah restoran milik Islam Uigur.
Chongqing Railway Station
Masakan Kambing Ala-China
President 2 River Cruise
Dinner Cruise Chongqing Port
Chongqing Port
Gondola over Yang Tze River
Pemandangan yang menakjubkan. Aktiviti-aktiviti harian penduduk tempatan dapat dilihat dengan lebih dekat disamping melawat tempat-tempat bersejarah di negeri China. Saya cadangkan kepada sesiapa yang berkemampuan khususnya keluarga agar dapat setidaknya sekali mengikuti pelayaran ini. Tidak mencukupi ruang untuk digambarkan bagaimana keindahan dunia ciptaan Allah yang menakjubkan. saya paparkan gambar-gambar untuk tontonan.
Yang Tze River Cruise
Persinggahan Pertama (Chongqing - Fengdu 172 km). Selepas sarapan pagi kami dibawa melawat Ghost City dan Temple Three Gods of the underworld. Terletak bersebelahan Sungai Yang Tze diatas sebuah bukit dan perjalanan ketempat tersebut mengambil masa 20 minit dengan kenderaaan khas. Bagi kita seorang Islam lawatan ini tidak mendatang apa-apa sekadar untuk pengtahuan sahaja. Pelayaran diteruskan ke Fengdu.
Ghost City & White Emperor
Persinggahan Kedua (Fengdu - Fengjie
274 km). Melawat Shibaozhai dan White Emperor.
Gamabar kanan President Cruise melintasi
Qutang Gorge
Qutang Gorge
Persinggahan Ketiga (Fengjie - Sandauping 156 km) Qutang Gorge. Waktu menunjukkan jam 10.00 pagi dengan cuaca yang terang dan dingin pelayaran memasuki laluan paling sempit Yang Tze River Cruice sepanjang 8 km selama antara 10 - 20 minit yang dikenali dengan nama Gorge 1. Kami semua berada ditingkat atas Deck 6 untuk menikmati pemandangan yang paling indah sepanjang pelayaran. Tiada sesiapa yang tertinggal malah dengan camera masing-masing ditangan untuk merakamkan detik-detik keemasan tersebut.
Fasa kedua 45 km kemudian pelayaran memasuki Wu Gorge yang tidak kurang cantiknya terkenal dengan Goddess Peak, lively narration terletak diantara sempadan Chongqing dan Hubei.
Suspended Coffins
Masyarakat asli China dikatakan telah bermastautin sejak berkurun lamanya di Shennong Stream. Dalam Majallah 360 Air Asia dipaparkan gambar mereka sedang menarik perahu tanpa berpakaian semasa membelok kearah sebelumnya. Kami juga diberi kesempatan ini untuk melihat dan merasai sendiri ulangan aktiviti mereka sejak zaman berzaman ketika dibawa melawat Shennom Stream. Dua perkara unik dan satunya saya akan paparkan gambarnya ialah kasut dan tali rotan yang dipintal digunakan untuk menarik perahu-perahu mereka.
Tali Rotan untuk Menarik Boat Shennong Stream
Three Gorges Dam
Cruise menyusur lalu Xi Ling Gorge penuh kenangan manis dan saat perpisahan antara kami dari 7 negara berlainan agama, bangsa dan kebudayaan seperti Malaysia, Hawai, India, USA, German, Hollad dan UK. Lepas makan tengahari buat kali terahir kami bertukar-tukar cenderahati, email, telefon number dan bersalam-salaman dan berjanji akan bertemu lagi di lain destinasi. Assalamualaikum. SALAM
Pertemuan dan Perpishan
Bersama
President 2 Yang Tze River Cruise
No comments:
Post a Comment