Assalamualaikum W.B,
GOLDEN TRIANGLE
Kami memulakan perjalanan dari Bangkok, ke Chiang Mai, Mae Sai dan seterusnya Chiang Saen. Golden Triangle memang terkenal dengan kebanjiran pelancung asing dan tempatan. Pusat pengeluaran dadah terkenal diutara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos.
Pengenalan Gambar
Kedudukan Negara dalam Golden Triangle adalah seperti berikut. Saya sekarang berada di Thailand. Dibelakang saya ialah Sungai Mekong yang memisahkan diantara 3 negara berjiran. Disebelah kanan saya dalam gambar ialah Myanmar dan kiri ialah Laos. Pulau tiga segi emas terletak ditengah-tengah Sungai Mekong.
Kedudukan Negara dalam Golden Triangle adalah seperti berikut. Saya sekarang berada di Thailand. Dibelakang saya ialah Sungai Mekong yang memisahkan diantara 3 negara berjiran. Disebelah kanan saya dalam gambar ialah Myanmar dan kiri ialah Laos. Pulau tiga segi emas terletak ditengah-tengah Sungai Mekong.
Golden Triangle menggabung 3 bandar di tiga negara yang berasingan. Tachileik di Myanmar, Mae Sai di Thailand, dan Tonpeung di Laos. Sempadan 3 negara dipisahkan oleh Sungai Mekong dan Golden Triangle terletak 30 minit perjalanan daripada bandar Mae Sai dengan bas. Satu lagi bandar berdekatan dengan Golden Triangle ialah Chiang Saen ditimur berhampiran Sungai Mekong. Dari Chiang Saen pengembara boleh memudiki Sungai Mekong ke Laos.
Golden Triangle bukanlah sebuah bandar besar tetapi sekadar pekan kecil yang menjadi terkenal kerana pertemuan 3 negara disatu sudut. Terdapat banyak gerai menjual cenderahati dan barangan buatan tangan penduduk tempatan. (Kraftangan)
Sebuah muzium dikenali sebagai "Opium Muzium" terletak bersebelahan jalan menuju Chiang Saen.
Selepas hampir dua jam kami disini, kami meneruskan perjalanan ke Chiang Saen dan Chiang Kong dan yang terletak sejajar dengan aliran Sungai Mekong. Petangnya kami sampai di Lampang melalui bandar Chiang Rai sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan keretapi pada keesokan harinya.
City Of Golden Triangle
Chiang Saen
Sebelumnya saya ingin membawa pembaca ke Chiang Mai untuk mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Islam di Chiang Mai. Mereka juga adalah dari keturunan China yang berasal dari Yunan. Cara hidup mereka adalah sama jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di Tachileik Myanmar. Walau bagaimanapun selain dari keturunan China terdapat juga masyarakat Islam dari keturunan-keturunan lain hidup dengan penuh hormoni dengan masyarakat setempat.
Oleh yang demikian dibahagian utara Thailand (Chiang Mai, Chiang Rai, Mae Sai, Lampang, bagi pengembara Islam adalah tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal.
An-Noor Mae Sai Mosque
Chiang Mai Chinese Muslim Community
Al-Falah Mosque Lampang
Satu pengalaman untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Perkara ini wajar dijadikan ikutan dan teladan khusus kepada semua Warganegara Malaysia atau sesiapa sekali pun yang bermastautin di Malaysia. Tepat jam 6 petang waktu tempatan tidak kira dimana anda berada asalkan anda di Thailand anda diwajibkan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Kebangsaan Thai. Saya amat kagum apabila berkumandang sahaja lagu Kebangsaan Thai yang mengambil masa kurang 1 minit, semua lapisan masyarakat akan berhenti dan berdiri buat menghormati lagu kebangsaan mereka. Terfikir saya bagaimana petrotiknya mereka sebagai Bangsa Thai. Tapi sebaliknya dinegaraku di Hari Kemerdekaan sekali pun, sekali dalam setahun ramai yang tidak mengindahkan apabila Lagu Negara ku dinyanyikan. Lihat-lihat dan pandang-pandanglah, apakah kita petrotik kepada negara sendiri.
Meneruskan perjalanan dari Lampang ke Bangkok menamatkan pengembaraan kami selama 8M/7H.
Assalamualaikum. SALAM
GOLDEN TRIANGLE WITH LOVE
As Salam bro. Saya cdg nk kembara ke Golden Triangle. Boleh bro beri emel dan no tel bro utk saya dptkan maklumat dari bro bagi menjayakan misi saya ke sana. Terima kasih
ReplyDeleteE mel saya othman5913@gmail.com
ReplyDelete