Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum W.B,
TRANS-MANGOLIAN JOURNEY
(Beijing - Ulan Bator - Moscow) 7887 km
Yaroslavsky Train Station Moscow
Tianjin Train Station
Tiba di Bo'an International Airport Tianjin pada 19hb Mac 2010 dengan penerbangan berjadual Air Asia Airbus 330 dalam perjalanan 6 jam 30 minit dari LCCT Kuala Lumpur.
Assalamualaikum W.B,
TRANS-MANGOLIAN JOURNEY
(Beijing - Ulan Bator - Moscow) 7887 km
Satu pengembaraan 3 Trans yang panjang mengambil masa lebih satu tahun untuk planning. Kos yang kami belanjakan hampir RM 4,256.51 seorang tempuh masa yang diambil 24 hari dan 23 malam. Perjalanan dengan keretapi sejauh sejauh 16,848 km mengambil masa 15H/14M dengan meretasi 3 buah negara besar China, Monggolia, Russia dan kembali melalui laluan berbedza dari Chita di Russia memasuki China semula melalui Manzhouli ke Harbin dan kembali ke Beijing dan seterusnya Tianjin.
Yaroslavsky Train Station Moscow
Tianjin Train Station
Tiba di Bo'an International Airport Tianjin pada 19hb Mac 2010 dengan penerbangan berjadual Air Asia Airbus 330 dalam perjalanan 6 jam 30 minit dari LCCT Kuala Lumpur.
Daripada Tianjin kami menaiki keretapi laju China daripada Tianjin ke Beijing selama 30 minit. Malam hari bersambung keretapi bertempat tidur ke Jining dan berehat semalaman di Jining. Kesokan harinya dari Jining ke Erlian dan satu malam berehat di Erlian.
Melintasi sempadan China ke Ulan Uud Monggolia dan meneruskan perjalalanan lagi semalam dengan keretapi Monggolia ke Ulan Batur. Berehat panjang selama 3H2M di Ulan Bator. (Capter ini doleh dibaca bersama Monggolia Winter Expidition). Cuaca ketika ini diantara -6C - 12C.
Ulan Bator Train Station
Selepas 3 hari mengembara dibumi Mongolia kami meneruskan perjalanan terus "Trans-Mongolian Journey" daripada Ulan Batur tanpa henti ke Moscow.
Sedikit unik ketika keretapi akan memasuki Russia daripada Mongolia. Imigresen Monggolia dan Russia tidak membenarkan sesiapa pun turun daripada keretapi selama 3 jam dan kami tidak dibenarkan keluar daripada cabin yang pada ketika itu jam menunjukan 3 pagi waktu tempatan.
Welcome to Russia
Kastam menyelongkar keseluruhan keretapi dan semua barangan mesti dikenalpasti pemiliknya. Bagi kami agak mudah tiada pemeriksaan beg dan hanya memperkenalkan diri sebagai Malaysia dengan senyuman manis walau pun kelat ditahan terlambau lama didalam cabin.
Passport antarbangsa dipungut oleh Pegawai Imigresen Russia dan selepas 3 jam dipulangkan satu persatu kepada pemiliknya didalam cabin
dengan cop keluar daripada Monggolia dan cop masuk ke Russia. Pada pandangan saya inisiatif ini lebih berkesan dari segi keselamatan dan keselesaan penumpang. Satu amalan yang bijak dan wajar diimplimentasikan di sempadan Malaysia-Thailand bagi pelancung yang menggunakan perkhidmatan keretapi daripada Bangkok ke Butterworth.
Pada keesokan harinya barulah kami dapat menikmati pemandangan indah perjalanan Trans-Mongolian di bumi Russia. Salji memutih dan semua sungai, tasik termasuk Lake Baikal menjadi beku. Lake Baikal dapat dilihat dengan jelas dan beberapa meter sahaja daripada landasan keretapi. Sekali sekala terdapat pemancing berkumpul memancing ikan Red Salmon secara menggerudi lubang dan menjalarkan mata pancing kedalam.
Frozen Baikal Lake from Train
Russian Village
Lake Baikal tasik jelmaan alam semula jadi dengan pemandangan yang teramat indah. Kepada sesiapa yang membuat perjalanan Trans-Mongolian kalau tidak ketemu dengan Lake Baikal bermaana tidak sempurna melakukan perjalanan Trans-Mongolian. Keindahan tasik tak dapat digambarkan malah banyak pelancung barat menghabiskan masa disini untuk mebuat aktivit-aktiviti luar.
Train Station Market
Sebut sahaja pasar malam, pasar pagi, pasar karat atau night market semua peringkat umur mengetahui tentangnya. Tetapi satu pasar saya akan sebutkan disini tidak ada dimana-mana kecuali dilaluan Trans-Mongolian. Train Station Market atau "Pasar Stesen Keretapi". Pasar ini paling lama beroperasi ialah 45 minit dan paling singkat 10 minit. tertakluk kepada lama mana keretapi berhenti distesen. Kita dapat melihat kemeriahan pasar ini setiap kali Train Trans-Mongolian berhenti distesyen. Dalam masa 2 @ 3 minit pasar ini dah tersedia ditepi landasan dan 1 minit sebelum keretapi bertolak pasar ditutup dan jika anda ketinggalan untuk membeli sesuatu sila beredaratau tunggu distesen berikutnya entah beratus kilometer jaraknya dihadapan. Bagi saya ini merupakan pasar kilat yang satu-satu beroperasi didunia.
Train Station Market
Barangan yang diperniakan seperti kain baju, beg tangan, kasut kulit, cenderamata, peralatan dapur yang keseluruhan barangan ini adalah buatan China dibawa oleh pedagang Monggolia ke Russia.
Satu perkara yang menarik dalam kegiatan pasar ini ialah berlaku tawar menawar yang drastik dari setinggi-tinggi harga boleh menjunam rendah apabila keretapi mula bergerak. Kalau kita ibarat lelong, lelong.
IRKUTSK Irkutsk Train Station
Terletak ditengah-tengah laluan Trans-Mongolian diantara Beijing dan Moscow sebuah bandar yang cantik dengan ukiran senibina yang terpelihara. Lake Baikal terletak 60 km dari sini dan ini merupakan tempat permulaan starting point kepada pengembara untuk melakukan aktiviti luaran di Lake Baikal.
Satu lagi untuk pengtahuan pembaca bawa bandar Irkutsk adalah sebuah bandar perusahaan pesawat pejuang dunia terbesar seperti Sukhoi dan MIG. Merupakan pengkalan terbesar kelengkapan ketenteraan Russia ditengah-tengah Siberian. Ribuan kereta kebal ditempatkan disatu-satu lokasi sedangkan pesawat pejuang canggih terbang silih berganti diruang angkasa dilihat dari keretapi.
Ulan Ude Railway Station
Satu lagi bandar penting dalam laluan Trans-Mongolian ialah Ulan Ude. Bandar Ulan Ude merupakan persimpangan laluan Trans-Mongolian ke Beijing China melalui Monggolia dan satu lagi ialah laluan Trans-Manchurian juga ke Beijing melalui Chita, Manzhouli dan Harbin di China sebelum ke Beijing. Kedua-dua Trans-Mongolian dan Trans-Manchurian akan berpecah mengikut laluan masing-masing di bandar Ulan Ude. Semua cacatan melalui Trans-Manchurian akan saya paparkan di segment yang lain dalam Trans-Manchurian Journey (Moscow, Chita, Harbin seterusnya Beijing)
Satu paparan menarik untuk semua. Makan halal. Wah senang sekali. Buka beg ambil maggie dan masukkan dalam air panas dan dicampur telur rebus separuh masak dan kicap Besta. 5H/4M Ulan Bator Moscow dalam kenangan. Yahoo ketemu lagi dalam Trans-Siberian dan Trans-Manchurian Journey.
Assalamualaikum. SALAM
seronoknya tgk..terngin saya nak berjalan2 .tp tak berani
ReplyDeleteInsyaallah. Boleh saya membantu ?. SALAM
ReplyDeleteUncle x explore Mongolia ker??? Dlm train jer x penat ker bontot dok lelama???
ReplyDelete