Saturday 22 October 2011

RUSSIAN TRANS-SIBERIAN JOURNEY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

TRANS-SIBERIAN JOURNEY
(Moscow - Chita) 6166 km.

Perjalanan Trans-Siberian adalah lebih jauh jika dibandingkan dengan Trans-Mongolian Journey dimana kedua-dua laluan ini akan berpecah di stesyen Ulan Ude (5,609 kilometer daripada Moscow) setelah merentasi Siberian dengan satu menghala ke Mongolia, satu merentasi Russia Timur ke Vladivostok dan satu lagi ke Manchurian, Korea Utara dan China.

Trans-Manchurian  menghubungkan Russia dengan China dan satu lagi perkhidmatan dilaluan ini ialah juga di kenali dengan nama Trans-Manchurian yang menghubungkan Pyongyang dan Moscow.

              Yoroslavskaya Station Moscow

Serving train to Siberian, the Russian Far East, Monggolia and China.  The Tran-Siberian and The Trans-Manchurian Journey road.

Stesyen Yoroslavskaya merupakan salah satu daripada 9 stesyen yang terdapat di Moscow khusus mengendalikan penumpang Trans-Siberian, Trans-Manchurian dan Trans-Mongolian Journey.

3H/2M di Moscow adalah mencukupi bagi kami untuk mengembara ke sekitar Moscow dan malam ini tepat jam 2359 kami akan meneruskan perjalanan Trans-Siberian Journey.

Berikut disenaraikan stesyen-stesyen besar yang menjadi perhentian Trans-Siberian menurun dan mengambil penumpang. 

Moscow - Vladimir  (209 km)
Moscow - Nizhny Novgorod
(461 km)
Moscow - Kirov (917 km)

Moscow - Ekatarinburg (1778  km) Bandar Industri morden Russia.  Disini kita dapat melihat sebuah Masjid melalui pandangan daripada keretapi dicelah-celah kepesatan perumahan morden.

Russian Muslim Family

Moscow - Omsk (2676 km) merupakan bandar sempadan antara Wilayah Omsk dan Novosibirsk.

Moscow - Novosibirsk (3303 km). Bandar terbesar didaerah Siberian dengan kepadatan penduduk sekitar 1.5 juta orang yang dibangunkan sejak tahun 1893 juga merupakan bandar ketiga Cultural and Scientiffic Center of Russia selepas Moscow dan St. Petersburg. Mempunyai sebuah Universiti terkenal iaitu University of Novosibirsk dan sebuah Masjid yang sederhana besar.
Moscow - Krasnoyarsk (4065 km)
    
Shooting Team Olympic Russia

Moscow - Irkutsk (5153 km).  Bandar penting dalam laluan Tras-Siberian.  Terletak 60 km ke bahagian Barat Baikal Lake. Menjadi tumpuan kepada pengembara yang gemarkan aktiviti lasak.

Moscow - Ulan Ude (5609 km).  Digelar Asian part of Russia dan banyak terdapat tempat-tempat menarik yang boleh dilawati seperti History Museum, Buddhist Datsan, Open Air Ethnographic Museum dan lain-lain.
Menjadi persimpangan Trans-Siberian kepada dua laluan.  Satunya kearah Selatan Gusinoye Ozero, Djhida, Naushki (Russia) ke Ulan Bator dan keduanya ke Timur, Chita ke Vladivostok dan Chita ke Manchurian (Trans-Manchurian)

       Russian Muslim Baby Girl

Perjalanan  pergi kami  menaiki Trans-Mongolian dan balik dengan Trans-Siberian  diikuti Trans-Manchurian. Pemandangan  indah antara  Ulan Ude dan Moscow memadai saya katakan bahawa kami merentasi lautan pokok-pokok pine dalan suasana musim sejuk dengan salji yang tebal serta berkabus.  Untuk ketengan lanjut pembaca boleh merujuk laman-laman web yang terkini.

Anak kecil ini adalah dari keluarga Islam yang menjadi sumber inspirasi kami dalam perjalanan. Manis comel .


Kebiasaannya keretapi akan berhenti dalam lingkungan 10 minit sebelum meneruskan perjalanan kecuali semasa keretapi bertukar lokomotif bagi setiap perjalanan diantara jarak 1,000 kilometer atau mengikut region.  Keretapi akan berhenti selama antara 15 ke 30 minit.  Ini merupakan masa terluang untuk kami turun sebentar dan mengambil angin serta menghilangkan stress disamping membeli makanan dan minuman.  Untuk makluman tiada "Railway Station Market" sebagaimana Trans-Mongolian Journey.



Moscow - Chita (6166 km).  Destinasi berikutnya dan terahir sebelum kami melangkah sempadan ke China melalui sebuah bandar sempadan dikenali sebagai Zabaikalsk.  Rujuk http://www.poezda.net/ untuk jadual perjalanan  keretapi Russia. 

Fasa berikutnya ialah Fasa terahir dari 3 Trans.  Trans-Mongolian, Trans-Siberian dan seterusnya Trans-Manchurian.

Assalamualaikum.   Salam.

TRAINS-MANCHURIAN BEGIN

1 comment: