Sunday, 23 October 2011

VIETNAM TRAIN TRAVEL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B'

HANOI

Pengembaraan ini adalah rentetan perjalanan dengan keretapi daripada Macau, Hong Kong memasuki China melalui Shenzen ke Guangzhou, Nanning dan stesyen terahir Pinxiang di China. 

Menggunakan jalan darat sejauh lebih kurang 6 km meninggalkan China ke Vietnam.  Pekan yang mula-mula kami tempohi  di Vietnam (Dulunya dikenali dengan nama Vietnam Utara) ialah Long Son.  Terletak dikawasan tanah tinggi berbukit dan dikelilingi hutan rimba dan  disini  juga menempatkan kemudahan kedua-dua pejabat Imigresen dan Kastam bagi kedua-dua negara.  Proses memasuki Vietnam adalah mudah kerana kami dari sekutu negara-negara Asean.  Sepanjang perjalanan daripada Long Son ke Hanoi dengan Van yang sarat dengan pelancong asing kami menempuh kawasan tanaman padi yang luas dan sayup mata memandang.  Terdapat sedikit keanehan yang kami dapati unik untuk diperkatakan.  Mana mungkin ditengah-tengah sawah terdapat banyak dan berselirak  kubur-kubur manusia  ditanam tanpa ditempatkan disebuah tempat khas sebagaimana kita lihat di negara-negara lain. 

Hanoi bandaraya padat yang sibuk dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang  bersejarah.  Perbezaan yang ketara dibandingkan dengan bandaraya lain didunia ialah jalan rayanya dipenuhi dengan motosikal.   

Motosikal bersimpang siur dan bagi pelancong yang pertama kali melawat Vietnam amat rimas dengan keadaan tersebut disamping polution yang amat tinggi.  Pergerakan pejalan kaki menjadi terhad dan merbahaya.

Di Vietnam terdapat dua lokasi yang tidak boleh dilepas pandang.  Pelancung yang berminat dengan kehidupan  masyarakat  peribumu yang tinggal ditanah tinggi mereka boleh ke SAPA didaerah Lo Chai di Utara Vietnam.  Manakala yang ingin bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi mereka boleh ke Halong Bay yang terletak 3 jam 30 minit dari Hanoi.

Di bandaraya Hanoi sendiri juga terdapat peninggalan-peninggalan sejarah yang menarik disamping kawasan tumpuan ramai pelancong dikenali  sebagai Old Quarter. Ditengah-tengahnya kawasan Old Quarter terdapat  Tasik Hoan Kiem dan kawasan sekelilingnya merupakan kawasan pelancung terkenal dengan serta serba kemudahan riadah termasuk pusat membeli belah.

        Danang Railway Station

Selepas 3H/2M malam di Hanoi perjalanan kami diteruskan ke Hue dan Danang.  Perjalanan keretapi yang penuh nostalgia dan banyak mendatangkan minda baru dalam kehidupan.

Diatas saya nyatakan tentang sawah padi yang meluas tapi semakin keselatan semakin jelas bukan sahaja padi yang menjadi sumber pertanian utama Vietnam. Puluhan hektar tanah ditanam sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan dan sebagainya.  Bumi menghijau menarik perhatian kami dari Hanoi ke Hue dan Danang.  Kami lihat bukan sahaja disawah padi menghijau dan menguning malah kiri kanan trek keretapi juga tidak ketinggalan ditanam dengan berbagai tanaman yang menjana ekonomi penduduk setempat.  Terlintas difikiran saya, mereka telah bangun selepas kesengsaraan peperangan dan satu hari nanti akan mengajar kita apa erti pembangunan.

Mereka dikatogerikan sebagai bangsa yang rajin setanding dengan masyarakat China. Saya dikejutkan dari lamunan  setelah  keretapi menghampiri Hue  24 jam perjalanan dari Hanoi.

Berkongsi sedikit pengalaman  tentang Keretapi Vietnam.  Trio kami ditempatkan dalam sebuah cabin dengan 6 tempat tidur.  Dua lagi penumpang adalah pasangan muda Vietnam yang sama-sama menaiki keretapi dari Hanoi ke Ho Chi Minh City (HCMC).  Manakala satu lagi ialah penumpang on & off dari satu stesyen ke satu stesyen.

Seperkara diceritakan bahawa perjalanan keretapi daripada Hue ke Danang adalah salah satu pemandangan yang tercatik yang pernah saya lalui.  Keretapi bergerak perlahan menyusuri susuh bukit yang berliku-liku keluar masuk terowong di ketinggian beratus meter dari paras laut.  Manakala dibawah air laut membiru dengan gelombang sabung menyambung menghempas kepantai yang pasirnya keputihan berkilau disambar cahaya matahari.

Teringat saya perjalanan saban kali ke Bandung daripada Jakarta dengan keretapi.  Pemandangan iras tetapi hakikatnya  lautan menambah ceria dari kehijauan setempat. (Capter Indonesia Overland Trip)


          HCMC Railway Station
                   (Saigon)

Setelah melintasi pemandangan paling indah diantara Hue dan Danang kami sampai kesatu perhentian lain yang dikenali sebagai Nha Trang.  Bandar  pelancungan terkenal pesisir pantai di Vietnam ketika ini.  Pantainya memutih,  lebar, bersih nun menggamit pelancung daripada seluruh dunia.  Tidak jauh dari sini dipendalaman pergunungan terletak sebuah bandar bersejarah dikenali sebagai Dalat.

Dari Nha Trang keretapi menuju destinasi seterusnya  Ho Chi Minh City diselatan (HCMC) atau lebih di kenali dengan nama Saigon semasa negara tersebut masih terbelah dua diantara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.

Kami sampai di HCMC jam 6.00 pagi dalam cuaca dingin dan terus beredar untuk kehotel penginapan.

Setelah 3H/2M dalam keretapi dari utara ke selatan maka kini tiba masanya untuk membersihkan badan dan berehat bagi merancang perjalanan berikutnya.

                                                                                                         HO CHI MINH CITY (SAIGON)
                      
Bandaraya dengan sejarah peperangan, kisah hidup suka duka pejuang-pejuang bangsa mempertahankan maruah negara dipahat kemas di Muzium Vietnam.    Satu memorial kebijaksaan perang gerila mempertahankan   negara  juga diabadikan sehingga sekarang. Itu antara misi kami selain daripada melawat pasar terkenal Ben Thanh ditengah bandaraya HCMC dan kawasan-kawasan tarikan pelancung yang lain.

Kami melawat Chu Chi Tunnel yang menjadi kebanggaan raayat Vietnam menentang imprialisma Amereka Syarikat.  Terletak 45 minit perjalanan dengan bas daripada HCMC.  Bagi saya Chu Chi Tunnel sepatututnya diabadikan oleh UNESCO sebagai khazanah sejarah terpelihara.  Saya dengan dibantu oleh seorang raayat Vietnam yang pernah bekerja di Sarawak diberi keistimewaan untuk melawat keseluruhan Chu Chi Tunnel.  Binaan  kubu 7 tingkat dengan jarak 245 km yang diilhamkan oleh panglima perang Vetnam ini amat menakjubkan.                                                                  Chu Chi Tunnel Ho Chi Minh City

Dilihat kepada strategi peperangan siapa sangka Chu Chi Tunnel kekal kebal walaupun dibom bertalu-talu oleh Amerika.  Jutaan tahniah kepada semua raayat Vietnam yang petrotik demi mempertahankan maruah dan bangsa Vietnam.

Evening Tea With Our Chi Chi
Tunnel Guide

Selepas melawat Chu Chi Tunnel keesokan harinya kami melawat pula Delta Mekong.  Terdapat pasar terapung yang memperlihatkan aktiviti harian masyarakat Vietnam di Delta Mekong.  Pasarnya seakan-akan juga pasar terapung yang terdapat di Thailand dan Samarinda di Kalimantan Indonesia.
                                                                                       



Pengembaraan 13H/12 malam dengan keretapi daripada Hong Kong ke HCMC berahir di bandaraya Ho Chi Minh City dan dari sini kami akan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh dengan menaiki bas melalui Mok Bai sehinggalah Thailand. 

Assalamualaikum.  SALAM


CAMBODIA BUS OVERLAND BEGIN





No comments:

Post a Comment