Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaimum W.B,
SEOUL
Korea Selatan sebuah negara yang tidak perlu diperkenalkan kerana telah sedia maklum sebuah negara maju didunia dengan kehebatan pembangunannya meliputi taraf sosio ekonominya setanding dengan Amerika Syarikat walaupun jika dibandingkan dengan negaraku yang membangun terlebih awal. Hasil kegigihannya raayatnya, Korea Selatan hari ini 20 tahun melangkah kehadapan jika dibandingkan dengan Malaysia.
Saya tidak akan mengulas panjang tentang Korea Selatan memadai sesiapa saja boleh menyelak webside untuk mendapatkan maklumat terkini. Perkongsian pengalaman kali ini ialah berhubung sistem pengangkutan diseluruh Korea Selatan. Baik pengangkutan udara, darat (Metro System, Jalan Raya, Keretapi) dan jalan laut. Penekatan diberikan kepada Sistem Pengangkutan awam darat. Memang tidak dapat disangkal perhubungan jalan darat adalah merupakan faktor terpenting kemajuan sesebuah negara.
Inter City KORAIL (KTX)
Penerbangan Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon dalam hujan rengai-rengai dan mengusur kearah parking bay tepat jam 7.00 waktu tempatan. Penumpang keluar dengan agak perlahan memandangkan perjalanan 6 jam 15 minit memenatkan dan melesukan segala-galanya. Dipintu masuk terpampang "Selamat Datang" dan juga bahasa Korea dengan maksud yang mungkin sama. Terfikir sejenak dinegaraku (KLIA) tidak terpampang ayat tersebut tetapi bagaimana boleh datang ke Korea. Ini menunjukan bahawa mereka menghormati tetamu dan dengan hormatnya menjemput tetamu yang sedikit sebanyaknya membawa wang untuk berbelanja bagi kemakmuran ekonomi Korea Selatan.
Daripada Incheon Airport kita boleh memilih apa saja perkhidmatan pengangkutan termurah yang diperlukan dari bas, metro, teksi, keretapi dan sebagainya mengiku kemampuan dan perbelanjaan untuk sampai ke tengah Bandaraya Seoul yang memakan masa hampir satu jam. Hebat sekali perkhidmatan yang disediakan samaada untuk gulungan berpendapatan rendah, menengah atau atasan. Kami memilih metro untuk sampai ke hotel penginapan ditengah Kota Seoul.
Pertamanya Sistem Metro. Senang, mudah, efisen, murah, selesa dan banyak lagi yang tidak perlu dinyatakan disini. Kita boleh sampai kesegenap ceruk rantau Bandaraya Seoul dengan cepat dan mudah. Dua hari kami turun naik metro membolehkan kami melakukan tinjauan dan melawat tempat-tempat bersejarah diseluruh Bandaraya Seoul.
Sebuah Sungai di Tengah Kota Seoul
Jangan marah jika bercakap sedikit tentang kebersihan bandaraya Seoul jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Terdapat sebuah sungai mengalir melalui tengah kota airnya ibarah Akarium yang baru disalin air sebentar tadi. Anak-anak ikan sambar menyambar diantara satu sama lain berenang bebas untuk ditonton. Apa kata jika kita sama-sama meninjau Sungai Kelang dimana ikan keli, ikan haruan berenang-renang. Malah jika ada buaya, penyu dan kura-kura sekali pun tidak akan dapat hidup. Inilah realiti yang dapat kita semua lihat dan memberi perhatian untuk sama-sama menjaga kebersihan sungai. Di negara maju rumah dibuat mengadap sungai kerana keindahannya malah di timur rumah dibuat membelakangkan sungai untuk senang membuang najis dan sampah sarap. Beralih kita ke KLCC dan Jalan Tuanku Abdul Rahman pada tengahari. Lihatlah taraf kebersihan yang kita miliki.
Seoul Tower yamg menarik minat ribuan pelancong setiap hari. Terletak diatas sebuah bukit yang pemandangan boleh melihat seluruh bandaraya Seoul. Kepada pelancong yang ingin kesini mereka boleh menggunakan perkhidmatan Hop in Hop off dengan bayaran RM 20.00 untuk satu hari.
Seoul Tower yamg menarik minat ribuan pelancong setiap hari. Terletak diatas sebuah bukit yang pemandangan boleh melihat seluruh bandaraya Seoul. Kepada pelancong yang ingin kesini mereka boleh menggunakan perkhidmatan Hop in Hop off dengan bayaran RM 20.00 untuk satu hari.
Metro Line 3 - Stesyen Itewon
Muzium Perang Korea Selatan adalah satu tempat yang wajar dilawati. Berbagai khazanah peninggalan zaman Perang diantara Korea Selatan dan Sekutunya Amerika Syarikat dan musuh tradisional mereka Korea Utara.
Pakaian Tradisional Perang Orang Korea
Istana lama Raja-raja Korea
bbbbbb
Seoul KTX Stesyen Mokpo Town
Bersantai exsyen dan pura-pura membaca
Hari pertama merangkumi perjalanan dari Bandaraya Seoul menuju Cheongnansan melihat bagaiman gigihnya orang Korea mengusahakan tanaman padi dan sayur-sayuran. Keretapi melunjur laju mencapai 305 km sejam memasuki keluar masuk terowong demi terowong. Kami sampai di Bandaraya Mokpo sebuah bandar pelabuhan dan penangkapan ikan di Korea sekitar jam tengahari. Berehat dan makan tengahari selama dua jam disamping merayau-rayau dalam bandar yang dihias kretif pada pintu-pintu gerbangnya .
Meneruskan perjalanan daripada Mokpo ke Osong dan seterusnya Bandaraya Busan dalam perjalanan yang amat menyeronokan. Sekali sekala terlelap juga mata dibuatnya maklumlah kami telah menerjah satu Korea daripada bahagian utara ke barat dan kini berada di selatan dalam masa sehari. Disini pertama kali saya terkejut berok, bungi keretapi melintas stesyen macam halalintar dan keretapi terus menghilang dalam sekelip mata. Adoooh lajunya. Kami sampai di Busan dan check in di sebuah motel yang telah ditempah melalui web berhampiran stesyen keretapi.
Pagi ini dengan KTX juga kami akan meninjau bandar perusahaan terbesar Korea iaitu Ulsan. Terletak 30 minit dengan keretapi laju. Memang hebat sebagaimana yang dijangkakan. Di sana Hyundai, Dewoo, Kia dan sebagainya. Pembangunannya amat teratur dan kawasan perusahaan terletak sejajar dengan pantai. Perancangan yang terancang dan amat teliti demi masa depan Korea.
Masjid Besar Busan
Balik daripada Ulsan kami menyelingkap pula Bandaraya Busan dengan menaiki Metro. Penemuan pertama ialah Masjid Busan yang indah tertegak dicelah-celah kepesatan kota Busan. Saya bertemu bual dengan seorang Korea Muslim dan bertukar pandangan dalam bahasa Inggeris dan Indonesia yang mudah. Imannya ialah daripada Indonesia juga makmum keseluruhan. Rupa-rupanya memang ramai pekerja Indonesia yang berkerja dalam sektor perkilangan disini. Kembalinya kami melawat pantai terkenal dan pusat pendaratan ikan terbesar Korea.Busan Beach
Dua malam masa yang terlalu singkat untuk berada di Kota Busan dan dengan keretapi dan Three days Pas yang sama kami bertolak dari Busan awal pagi dan singgah di .................. Dari sini kami mengambil local train dan mengembara kekawasan pendalaman dan kembali pada hari yang sama ke Osong. Osong kami sambung perjalanan terus kembali ke Seoul. Tamat sudah perjalanan Three Days Pas yang begitu mudah selesa dan cepat. Perjalanan keseluruhan ini dianggarkan melebihi 3,000 kilometer.
Tradisional Korean House
My New Friend Mr Akihito from Japan
Dalam perjalanan menuju Incheon Airport terfikir bagaimana rajin dan beritekanya bangsa Korea membangunkan negara mereka Korea Selatan yang tercinta. Saya mengucapkan syabas dan berharap adanya jenerasi bangsaku yang menuruti jejak langkah mereka untuk maju kehadapan. Bukan sekadar bercogan kata dan berkata-kata. Selamat Maju Jaya. Tahniah Korea Selatan.
Assalamualaikum. SALAM
No comments:
Post a Comment