Assalamualaikum,
BANGKOK
River Kwai satu nama tempat yang tidak asing lagi diperkenalkan. Terletak 108 km ke barat Bangkok. Termashyur kerana kesan sejarah peperangan dan pembinaan jalan keretapi maut menghubungkan Thailand dan Myanmar. Ribuan tentera berikat mati dalam usaha Jepun meneruskan kemaraan mereka menakluki Myanmar. Perjalanan kesini amat mudah dan selesa dan mengambil masa kurang daripada 2 jam dengan mini bus dan 3 jam dengan keretapi.
Stesyen Keretapi bersejarah River Kwai
Mini bus beroperasi melalui Hentian Selatan Bangkok (South Terminal) yang jaraknya 30 minit perjalanan dari tengah kota Bangkok. Tambang ialah RM 10.00 samaada menggunakan mini bus atau bus exspress biasa. Kedua-duanya cukup selesa untuk pelancung dan beroperasi setiap 15 - 30 minit mulai awal pagi sehingga lewat petang. Mini bus dan bus akan berhenti di stesyen Kanchanaburi yang merupakan destinasi terahir. Bagi perjalanan menggunakan keretapi adalah lebih nastogia kerana River Kwai terkenal kerana keretapi.
Setiap hari Sabtu dan Ahad keretapi akan berlepas dari Stesen Hua Lampong ditengah kota Bangkok. Tetapi bagi hari-hari lain keretapi bermula dari Thonburi yang mengambil masa 45 minit untuk sampai dan paling cepat menggunakan ferry sungai menyeberangi Sungai Choa Phra.
Setiap hari Sabtu dan Ahad keretapi akan berlepas dari Stesen Hua Lampong ditengah kota Bangkok. Tetapi bagi hari-hari lain keretapi bermula dari Thonburi yang mengambil masa 45 minit untuk sampai dan paling cepat menggunakan ferry sungai menyeberangi Sungai Choa Phra.
KANCHANABURI
Sebuah bandar pelancungan yang pesat membangun sebagaimana bandar-bandar lain di Thailand dengan contoh Koh Chang, Pattaya, Koh Samui, Krabe, Phuket dan sebagainya. Terletak bersebelahan sungai terkenal Kwai Yai River (Sungai kerbau besar) dan merupakan kawasan penempatan terbesar didaerah Kanchanaburi. Di Utara 54 km ialah bandar terahir dan juga merupakan stesyen keretapi maut yang terakhir sempat disiapkan oleh Tentera Jepun iaitu Nam Tok.
Bridge on The River Kwai
Bagi pengembara muslim kesini, masalah makanan tidak menjadi masalah. Banyak gerai khususnya di pasar malam (Night Market) dan beberapa restoran ada menyediakan menu dan makanan masakan ala
Thai. Hotel dan guest house boleh ditempah mengikut kemampuan dan kesesuaian masing-masing. Saya memilih guest house terapung didalam sungai untuk mencari ketenangan malam dengan keindahan boat berhias melintasi sungai semasa pelancung menikmati 'Dinner River Cruise'. Masaalah kenderaan tidak timbul tetapi perlu dibayar dengan harga yang agak mahal. Saya memilih basikal tua untuk menemani saya menikmati keindahan bandar bersejarah ini termasuk melawat "Bridge on the River Kwai".
War Memorial Kanchanaburi
Difaham terdapat juga masyarakat Islam Thai bermastautin di Kanchanaburi dan sekitarnya dengan sebuah masjid untuk aktiviti keagamaan dan aktiviti harian penduduk disini adalah petani. Saya dimaklumkan oleh seorang guru agama berasal daripada Yala dan pernah berkhidmat dikawasan pendalaman Nam Tok bahawa Islam disini cuma pada nama. Penganut mengenali diri mereka sebagai Islam tetapi mereka sendiri tidak tahu apakah Islam itu sebenarnya.
Kncahanaburi Train Stesyen
Oleh yang demikian sebelum memesan makanan adalah lebih baik mengucapkan Salam sebagai tanda pembuka kata walau pun terdapat kalimah Bismillah atau logo halal terpampang dimata. Dari maklumat yang ada Insyaalah saya akan menjejaki dan mengesan mereka satu hari nanti. Saya akan kembali ke River Kwai dalam masa terdekat. Kepada sahabat-sahabat yang berkelapangan masa dan ingin turut serta sila hubungi saya Email : zainaltobiak@yahoo.com.my.
Semalaman di Kanchanaburi bukan masa yang praktikal. Kita perlu lebih masa untuk kerja-kerja begini. Apa pun saya harus kembali ke Malaysia untuk program saya berikutnya ke Myanmar dan kembali melalui Bangkok dan akan melawat Ayutthaya sebelum balik. Assalamualaikum dan SALAM.
My New Friend from Humberg Jerman
SAWADEE KRAP. SEBAI DI REEE
No comments:
Post a Comment