Thursday 8 November 2012

MUHARRAM 1334H & DECEMBER 2012

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum, 


Bermula dengan Muharram dalam Kalender Islam 1334H.  Disember 2012  bulan terahir dalam kalender masihi.  Bulan paling bosan bagi kehidupan seorang pengembara jalanan.  Bulan paling sibuk dengan kenduri kendara.  Juga bulan paling banyak dikurniakan Allah rezeki buah-buahan tempatan tahun ini.  Dikebun ZBA, durian sekadar boleh makan gugur dalam bulan ini.  

Rambutan masih kemerahan dipokok tanpa dituai kerana harganya tidak setimpal dengan gigitan nyamuk, semut hitam, kerengga dan unggas kebun.  Manggis, pagi petik, petang pun petik lagi.  Masak kehitaman melanjut pokok sehingga ketanah.  Berjurai buah disana sini.  Menyentuh hidung dikala memetik dari dahan yang rendang.  Syukur Alhamdulillah sejak bertahun inilah tahun pertama diberi rezeki oleh Allah untuk rezeki orang lain juga.  Purata 50 kilo dapat dijual setiap hari kepada pemborong.  Walaupun harganya tidak seberapa kerana persaingan tetapi dengan lambakan yang begitu banyak, adalah memadai dan dapat merasa juga dari hasil penat lelah menjaganya selama ini.

Berahirnya Disember dan dengan kedatangan Awal Muharram juga menambahkan lagi usia kita.  Mendekatkan lagi kita kepada ajal maut.  Tetapi bagi ZBA, pengembaraan harus diteruskan dengan sisa umur yang Allah kurniakan.  Menonjolkan seberapa banyak kenyataan dari mata yang melihat untuk tatapan jenerasi pengembara akan datang.  Inilah yang dinamakan pusingan dalam sebuah kehidupan.  Sebagai melabuhkan tirai ..............................2012.


Hadyai Dinner tour begin 28 Disember - 31 December 2012 di  Khlong Hae.

Sahabat dan Para pembaca yang budiman,
Memandangkan ....
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com 

telah tidak boleh memuatkan lagi gambar-gambar kedalam blog ini maka ZBA telah membuat keputusan untuk mereka bentuk satu blogspot baru yang diberi nama 

http://www.zainaltobiaqtravel.blogspot.com.  


Blog tersebut akan mula memasuki era pengembaraan terbaru mulai 01 Dec 2012.


Terima kasih diatas semua sokongan dan blog ini akan kekal dengan 100 paparan pengembaraan yang sedia ada dan akan diedit jika  terdapat bahan-bahan yang berguna untuk diketengahkan.

Salam hormat dari saya.  email : zainaltobiak@yahoo.com.my atau Talian hayat : 6012 684 3448.

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013

Assalamualaikum

Wednesday 7 November 2012

STORY ABOUT IM FROM LOMBOK

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum, 


Nukilan ini tidak berhasrat untuk mengutuk mengeji malah mencerca sesiapa tetapi sekadar buat ingatan dan pedoman para pembaca.  Jika sekiranya ianya munasabah dan boleh dipercayai, kita gunapakai untuk dijadikan sempadan dan jika ia hanya atas sikap dan emosi  penulis, itu terpulang kepada individu untuk memikirkannya.  Sebagai penulis ZBA amat sayang kepada Negara dan tanah air yang tercinta.  Kerana itulah nukilan ini dipaparkan agar nasi tidak menjadi bubur dan bubur tidak disajikan untuk santapan anak cucu kita nanti.

Kedua.  Amanah adalah satu tanggungjawab.  Pecah amanah bermakna sesaorang itu tidak bertanggungjawab.  Ingatlah wahai sahabat-sahabat bahawa apa yang kita terima secara haram, haramlah ia dari  menjadi darah daging kita dan keluarga.   Sesungguhnya kepada mereka-mereka yang berkenaan, insaflah dan kembalilah kepada memikul amanah itu sendiri.  Biar kita miskin didunia tetapi menjanjikan kita kaya di akhirat.  Sama ada dari kalangan kita termasuk dalam kumpulan jerung-jerung  kecil atau mega  jerung sekalipun, sebenarnya dunia ini tidak pernah cukup bagi secebis NAFSU yang kita ada.  Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.  
Diatas bangsal atau pondok inilah sebagai santapan pagi ZBA diketemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang tidak perlu dikenali disini.  Sebenarnya di pondok inilah diluahkan cerita sebenar yang terjadi kepada individu berkenaan.  Al-maklum diawal pagi tiada penumpang ferry yang bersama kami.  Jika ada pun mereka akan meninggalkan kami apabila tiba waktu dengan menaiki menaiki ferry ke Bangsal di Pulau Lombok.  Jam sekarang telah menunjukan 7.00 pagi dan kami dijangka akan menaiki ferry pada jam 8.30 pagi juga ke Bangsal.


Asli dari mana Pak, tegur seorang pemuda separuk umur yang berada didepan saya sebagai pemula perbicaraan.  Beliau memakai kain dan berbaju kemeja T dan dari raut wajahnya persis seorang yang pernah bekerja keras dan jujur kepada setiap perkataan yang diluahkan.  Pertanyaannya adalah untuk "conformas" kerana pada pandangan saya beliau 90% telah mengenali kami berdasarkan tuturkata percakapan sesama kami sebelumnya.  Kami kekadang berbahasa Melayu dan dicampur Inggeris yang sememangnya amalan kita dalam perbualan harian.

Dari Malaysia Pak, jawab ZBA dengan nada perlahan kerana kekadang malu untuk menyebut Malaysia.  Kenapa malu ?.  Jawapannya mudah.  Bukan kerana namanya Malaysia tetapi kerana politaiknya yang amat memalukan.  Kalau Malaysia, ZBA sanjung tinggi kerana itulah satu-satunya negara pujaanKu dan disinilah tanah tumpah darahKu yang telah Ku perjuangkan untuk keamanan sejagat tetapi telah dijual beli oleh para politaik  demi kepentingan duniawi tertentu.  Malah NegaruKu Malaysia tercinta telah ditukar nama kepada 1 Malaysia.  Salam 1 Malaysia dan bukan lagi salam sebagaimana diajarkan oleh Islam "Assalamualaikum".  

Tangan dihulur dan kami memperkenalkan diri dan beliau memperkenalkan diri sebagai MrX yang berasal daripada Kepulauan Batam dan bekerja di Gili Trawangan. Saya juga pernah bekerja di Malaysia Pak selama 3 tahun dalam dailek Indonesia yang pekat. Mengetahui asal usulnya,  ZBA juga mengubah telo dari berbahasa Melayu sebenar kepada dailek Indonesia sekadar yang termampu untuk merancakan perbincangan. 


Oh, gitu balas saya pendek.  Kapan kembali ke Indon dan kenapa ngak terus bekerja disana aje kan lebih enak dan nyaman.  Udah ngak seperti dulu Pak, Malaisia sudah tidak bisa aman lagi, pemerintahnya korap khusus Pak Polisi yang sering ganggu untuk mendapatkan uang.  Terperanjat ZBA mendengar perkataan "korap" yang dalam bahasa kita difahami dengan istilah "rasuah".  Apa pun ZBA biarkan sahaja beliau meneruskan luahan hatinya  sepuas-puasnya.

Begini Pak, saya memasuki Malaysia sebagai TKI sekitar tahun 2004 daripada Batam ke Selendah sempadan Pahang dan Johor di Mersing.  Rombongan itu mempunyai sekitar dua puluhan dan dikenakan bayaran IDR 1Juta seorang kepada  tekong tempatan yang berasal dari Ulu Tiram.  Sesampai disana kami disembunyikan di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Durian, Ulu Tiram, Johor selama beberapa hari bersama-sama puluhan pendatang lain didua rumah berasingan yang dihadapan 50M daripada rumah yang kami tumpangi ialah rumah seorang Polisi.  


Disini saya mencelah, "Apa Polisi enggak tahu tentang kedatangan bapak-bapak semua ?.  Kami telah dimaklumkan oleh tekong agar jangan membuat bising dan menundukan kepala semasa kami melintasi rumah tersebut.  Bapa enggak takut ?.  Kami ada tekong dan penghantar yang selalu berurusan. Saya mengangguk dan berfikir. Dalam hatiKu berbisik, begitu mudah sekali untuk memasuki negara 1M malah lebih mudah dengan mendapatkan bantuan dari petualang dan pengkhiatan.

MrX bekerja disebuah ladang kelapa sawit sebagai pengait buah dan berpendapatan sekitar IDR 5J (RM 1,650.00) sebulan.  Satu pendapatan yang amat lumayan bagi TKI berbanding seorang guru berijazah di Indonesia.  MrX meneruskan ceritanya.



Enam bulan kemudian saya mendapat IC biru sebagai warganegara.  Kebetulannya Malaysia akan mengadakan PEMILU ke 11 dan dari situ saya boleh bebas bergerak tidak sebagaimana  enam bulan sebelumnya. 







Sebelum Pemilu kami didatangi oleh orang-orang tertentu dan memaklumkan supaya kami memilih pemerintah pada Pemilu akan datang.  Sekiranya kami ingkar, 
IC  akan  ditarik  balik  dan   ditangkap  serta 
akan dipenjarakan sebelum dihantar pulang.  MrX menyatakan kepada saya,  kami gembira dalam paksaan.  Gembira kerana dengan mudah mendapat kewarnegaraan dan sedih kerana paksaan.  Demi sesuap nasi kami turuti dengan patuh walaupun cara tidak menghalalkan kami berbuat demikian.  Selaku seorang Islam, kami tidak pernah diajar untuk berbuat demikian tetapi di Malaysia segala-galanya boleh.

                                                                     Benar Pak, kenapa saya harus membohongi Bapak. Ngak ada apa-apa untung dan rugi bagi saya.  Bersama saya sekitar 100 orang telah mengundi untuk pemerintah.  Empat tahun kemudian perkara yang sama berlaku. Sekali lagi kami dipaksa untuk mengundi pemerintah.  Tetapi kali ini jumlahnya makin ramai dan mungkin mencecah ribuan TKI telah mengundi pemerintah.  



Sesetengah dari kami dibekalkan sekali ongkos untuk berbelanja.  Waduh, nyaman sekali ketika itu Pak.  Ngak pernah terjadi begini ketika kami mengundi calun pemilu di Indonesia.  


Disana kami bebas memilih dan bebas bersuara membuat pilihan masing-masing.  Ngak ada nasi bungkus dan jauh sekali uang ringgit sebagaimana di Malaisia. 

ZBA mendengar dengan penuh minat dalam hatiKu berbuku kerana amanah kita telah digadai oleh bangsa sendiri yang tidak bertanggungjawab.
Setelah MrX bercerita dengan penuh minat dan bersungguh, ZBA cuba mencelah dan mengajukan soalan untuk menduga kesungguhan dan keikhlasan beliau.  Kalau gitu kenapa bapak mengambil jalan pulang ke Indonesia sedangkan bapak mendapat segala-galanya disana jika dibandingkan dengan di Indonesia ?. 






Ceritanya panjang Pak.  Biar  saya berterus terang dengan Bapak.  Sungguhpun kami disahkan sebagai warganegara secara sah dan telah pun dua kali mengundi untuk pemerintah, hidup kami tidak pernah tenang.  Ada sahaja halangan setiap bulan.  Baksis Pak.  Baksis tidak dibayar maka kami akan ditahan Polisi.


Sepanjang hampir lima tahun saya berada disana walaupun baksis dijelaskan, tiga kali saya dipenjarakan tanpa sebarang sebab.  Tiga hari didalam lokap dan selepas itu dilepaskan.  Semasa dalam tahanan kami tidak pernah diberitahu kenapa dan mengapa kami ditangkap sedangkan kami warganegara.  Untuk makluman Bapak setiap kali kami dipenjara setiap kali IC kami dipotong dan kami terpaksa membuat semula dengan bayaran.  Ditahan lagi bagi kali kedua, IC dipotong lagi dan lagi sekali terpaksa diperbaharui.  Ditahan lagi bagi kali ketiga, saya merelakan suntuk  ditahan buat selama-lamanya.  Saya menaruh harapan nekad dihati tidak akan mengeluarkan wang lagi.  Akhirnya saya dihantar ke Depoh Tahanan sebelum dihantar pulang.  Banyak lagi ceritanya Pak.

Sebenarnya ZBA mempunyai banyak soalan untuk   dikemukakan    kepada   MrX   tetapi   


masa  amat  mencemburui  kami.  Bot   sewa 
khas   telah   menghampiri   jetty   dan   akan
berlepas balik ke Bangsal pada bila-bila masa dari sekarang.  Sebelum kami bertolak MrX mempelawa kami untuk sama-sama menjamah sarapan pagi digerai berhampiran.  Saya mencapai tangannya bersalam dan mengucapkan Assalamualaikum.




Mualaikum salam dan muga ketemu lagi Pak.  Selamat berangkat.

Iktibar dari pengalaman diatas.  Betapa jijik orang berpolitaik sehingga sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri sendiri.  Ingatlah bahawa walau pun satu undi  yang dicatatkan sebagai "haram" bermakna kemenangan adalah tidak sah dan haram disisi Islam.  Jika kita diistiharkan menang dengan undi haram bermakna sepanjang tempuh penggal kita menjadi MP atau Adun bermakna kita menerima duit haram dan makan hasil dari pekerjaan yang juga haram.  Jadi tidak malukah kita yang mengaku bersyahadah sebagai   ummat Muhammad S.A.W dipersoalkan dihadapan Allah di Mahkamah Rabul jalil kelak.

Bot sewa khas kami beredar meninggalkan jetty Gili Trawangan tepat jam 8.30 pagi  membelah ombak kecil nun sayup menerjah ketengah lautan.


Semua gambar-gambar yang dipaparkan ialah  sebagai hiasan mata semata-mata.  Gambar bawah, jangan bina rumah ditepian pantai jika kwatir badai melanda.



COME AND LET THE WAVES EMBRACE YOU

Tuesday 6 November 2012

SENARU VILLAGE WATER FALL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Dinegara-negara dunia yang pernah  ZBA merayap, pengalaman untuk mendapatkan tranportasi adalah pengalaman yang mencabar.  
 Terlalu ramai manusia yang ingin menawarkan perkhidmatan  mereka tetapi dengan hasrat untuk mencekek  dan mengembongkan perut masing-masing.  Perkara ini lumrah terjadi sekiranya pada waktu malam dan dikala pelancung amat memerlukan perkhidmatan mereka. Ini tidak terkecuali malah diNegaraKu adalah paling teruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain.  Hakikat ini diceritakan sendiri kepada ZBA dari puluhan pengalaman bersama bacakpacker daripada seluruh dunia.

Lombok juga tidak terkecuali tetapi tidak seteruk di India.  Penipuan dimana-mana untuk mencari keuntungan mudah.  Tetapi jika di Lombok, ZBA sememangnya mengangkat tabik kepada pemandu teksi.  Mereka sememangnya jujur untuk memberi perkhidmatan.  Kekadang kita merasa dimalukan jika ingin bertanya berapa tambang dari satu tempat sesatu tempat yang lain.  Jawab mereka amat mudah "Pakai ARGO Pak".  Oleh yang demikian untuk merayap di Lombok, diingatkan kepada pembaca agar menggunakan teksi kerana lebih murah dari perkhidmatan lain yang ditawarkan.  Terdapat dua jenis teksi disana iaitu satu biru dan satu putih.  Teksi biru adalah teksi umum yang murah dan putih dikira sebagai teksi mewah.

Dalam kita berkhayal ketempat lain,  kini ZBA telah berada di Senaru Village 600M dari paras laut dimana perjalanan untuk menjejaki water fall akan bermula.  Sebenarnya apa yang dicerita diatas ada hubung kait dengan apa yang akan dipaparkan dibawah.  

Seperti sudah dan telah dirancang,  pemandu kenderaan yang membawa kita terus menuju ke sebuah tour agensi untuk mendapatkan bantuan guide.  

Dimaklumkan bahawa kami tidak boleh bersendiri melawat water fall kononya  telah menjadi satu peraturan kepada sesiapa yang ingin melawat water fall wajib ditemani oleh seorang guide bagi setiap satu kumpulan atau individu.  Dalam hati ZBA akan berlaku lagi cekik darah dan peras ugut untuk mereka mengembungkan perut.  Memang benar, dilihat pada peta tertera jarak dari Senaru Village ke kedua-dua water fall adalah  sekitar 350M perjalanan naik turun bukit bagi jangka masa 1J30M atau paling lama 2J termasuk santai dan berehat.  

Dugaan kami tepat.  Mereka menawarkan kos  bagi 4 orang dalam satu kumpulan ialah IDR 400,000 (RM128.00). Ini bermakna satu orang sebanyak IDR 100,000.  Satu kos yang paling tidak munasabah.  Walau bagaimanapun kerana ZBA bukan orang baru di Indonesia dan sedikit sebanyak boleh berbahasa dailik Indonesia secara spontan, ZBA pura-pura tidak tahu sehinggalah sebelum kekata penamat.  ZBA masuk campur dan berbicara dalam bahasa Indonesia.  Berlaku tawar menawar dan kesudahannya kami cuma membayar IDR 200,000 sahaja bagi 4 orang dalam satu kumpulan.  Dalan fikiran kami 'boleh' pula tawar menawar sedangkan pada mulanya mengatakan itu dan ini sebagai "Regulasi Pemerintah" setempat.  Tidak habis dengan guide, kami dikejudkan lagi dengan bayaran masuk sejumlah IDR 10,000 seorang dipintu masuk.  Lagi satu chetiar atau lintah darat menunggu anda.

Kampung Senaru adalah laluan  utama ke Gunung Rinjani National Park.  Papular sebagai tempat permulaan untuk pendakian ke Gunung Rinjani yang merupakan kemuncak kedua tertinggi di Indonesia setinggi 3,726 M.
Senaru sememangnya terkenal dengan dua air terjun dari limpahan air  Gunung Rinjani.  Satunya dikenali sebagai Sendang Gila yang terletak dalam jarak 20 minit berjalan kaki.  Manakala satu lagi ialah Tiu Kelep terletak 20 minit perjalanan dari Sendang Gila. Kedua-dua air terjun tersebut adalah dalam laluan yang sama dimana kita akan menempuh Sendang Gila sebelum meneruskan perjalanan ke Tiu Kelep dan berpatah balik ke Kampung Senaru juga mengikut perjalanan yang sama.
Laluan ke Sendang Gila lebih mudah jika dibandingkan laluan ke Tiu Kelep.  Sebuah trek simen dibina dan anak-anak tangga tersedia ada.  


Peritnya kekadang menurun bukit dan kekadang mendongak mendaki.  Terasa juga bagi lutut-lutut yang sudah berumur walaupun cuma 20 minit perjalanan.  Dari Sendang Gila ke Tiu Kelep pula kita terpaksa melalui trek sebenar tetapi tidak terasa sangat pendakian.  Selepas itu kita akan mengikuti permatang jambatan air yang rata sebelum  turun terus kedalam anak sungai dan mendaki semula.  5 minit kemudian kita telah pun berada di kolam Tiu Kelep.

Airnya jernih dan dingin dan semakin kita menghampiri Tiu Kelep, percekan air terjun ibarat salji menerjah ke badan.  Terasa segar dan puas walaupun tidak berbalui menggunakan perkhidmatan guide untuk melihat kedua-dua air terjun tersebut.

Menurut cerita dongeng kepada sesiapa yang kerap mengunjungi Tiu Kelep dan mandi manda disana, mereka akan kelihatan muda.  Itu hanya cerita dan cerita itu adalah reka cerita walhal jauh sekali daripada realiti. 

Senaru water fall cuma indah  pada perkataan tetapi pada hakaikatnya bukanlah  seindah sangat dari kacamata  yang melihat.  Setakat melancung 2 jam dengan bayaran hampir RM 20.00 adalah satu pembaziran bagi warga Asia yang telah sinonim dengan hutan belantara dan air terjun.  Lain jika dibandingkan dengan pelancung Barat mungkin satu kelainan  yang harus diterokai kerana segala-galanya berbedza daripada apa yang mereka miliki dinegara asal.  Kepada pembaca terpulang dan terserah mengikut kemahuan  dan minat masing-masing.


Kampung Senaru ialah perkampungan yang subur untuk bercucuk tanam dan cuacanya amat nyaman.  Disini banyak sekali pohon-pohon avacardo dengan buahnya yang segar.  Jika cuaca mengizinkan Gunung Rinjani seolah-olah dalam jangkauan kita.  Tetapi harus diingat perjalanan ke Gunung Rinjani bukanlah semudah disangka.  Pembaca harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 3H/2M.  



http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com
zainaltobiak@yahoo.com.my @ Face Book "tobiak travel"