Assalamualaikum W.B,
CEBU
Kali pertama saya menjejakan kaki ke bumi Filipina ialah dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dari KLIA Kuala Lumpur menuju Kota Kinabalu dan mendarat dilapangan Terbang Antarabangsa Cebu di kepulauan Visayas. Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Filipina dan terletak 30 minit perjalanan dengan kereta kepusat bandar Cebu.
Cebu sebuah bandar yang sibuk dengan aktiviti harian penduduk. Jalanraya agak sederhana besar dan dipenuhi dengan Jeepny (Pengangkutan awam menyerupai bas mini). Ferry, kapal dan pengangkutan air lain menjadi pengangkutan utama menghubungkan ribuan pulau disekitarnya. Bagi kalangan yang mampu mereka boleh menggunakan pengangkutan udara atau Ferry untuk ke destinasi masing-masing. Pada kunjungan ini saya hanya meninjau kawsan di sekitar Cebu sahaja sebelum bertolak ke Manila dengan ferry.
Sebagai makluman perkhidmatan ferry di Filipina khususnya yang beroperasi diantara kepulauan Mindanau dan Cebu adalah kepunyaan Genting Shenyan Bhd.
Pengembaraan sulong saya adalah bertujuan menjejaki keluarga Islam yang terdapat di kepulauan Visayas dan sekitarnya. Alhamdilillah dengan izin Allah saya dapat berjumpa dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka tentang Islam di Filipina. Pada zahirnya mereka adalah kaum minoriti yang miskin.
Replica Pendaratan Ferdinand Magellan ke Filipina Tahun 1511
Dalam sessi lawatan saya ke masjid utama Cebu, saya difahamkan oleh Iman masjid tersebut bahawa terdapat ramai juga masyarakat Cebu yang berugama Islam. Mereka tinggal dalam rumah-rumah usang ditepian pantai dan pekerjaan utama mereka ialah nelayan. Terdapat juga yang menceburkan diri dalam dunia perniagaan khusus menjual cenderahati (CD & DVD) dan perniagaan runcit dibandar Cebu.
Masjid Cebu terletak ditepi pantai dan jarak dengan pusat bandar lebih kurang 10 minit perjalanan dengan Jeepny. Cebu Muslim Mosque
Masyarakat Muslim Cebu dilihat dari segi fizikal, rupa paras, tutur kata, cara berpakaian tidak ubah seperti masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka menggunakan bahasa Tagaluq sebagai bahasa pertuturan harian disamping bahasa Inggeris yang terhad. Bahasa Tagaluq banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu dan setiap sepuluh perkataan dipertuturkan setidak-tidaknya terdapat 3 perkataan yang sama dengan bahasa Melayu.
Cebu Madrasah
3H/2M di Cebu saya meneruskan pengembaraan ke Manila dengan menaiki Super Ferry dengan perjalanan yang mengambil masa 3H/2M. Saya sungguh bernasib baik kerana ditempatkan didalam cabin berempat yang cuma menempatkan tiga orang sahaja penumpang dan berada di tingkat 6 disebelah atas. Secara kebetulan bed saya berada diselah tingkap dan senantiasa mengadap kelaut sepanjang perjalanan. Alangkah cantiknya lautan ciptaan Allah. Lautan yang tidak bertepi dan terhampar luas.
Super Ferry View Deck Giant Super Ferry
Pelayaran bermula lewat petang sekitar jam 6, satelah satu pemeriksaan ketat dilakukan kepada semua penumpang sebelum menaiki Ferry. Dalam pelayaran ini kami telah ditemani oleh sekumpulan anggota tentera yang lengkap bersenjata. Saya difahamkan bahawa disaat ini terdapat ancaman keselamatan daripada puak pemisah Islam Mindanau. Sungguhpun begitu, bagi saya ini merupakan pengalaman yang menarik dan menjadi impian setiap pengembara. Lebih menarik dan sebagaimana yang di impikan semasa pelayaran bagi hari yang kedua kami telah ditemani oleh sekumpulan Ikan Lumba-Lumba yang mengiringi Ferry pada kadar kelajuan 30 knot.
Hampir setengah jam kami dapat melihat dengan dekat dan jelas gelagat ikan lumba-lumba tersebut tenggelam timbul memberi pos yang amat istimewa kepada kami. Boleh dikatakan semua penumpang keluar ibarat melihat sarkis dan memberi tepukan gemuruh. Satu peristiwa dan kenangan manis yang sukar dilupakan.
Dalam pelayaran makanan halal tidak disediakan. Walau bagaimana pun pembaca boleh memilih menu yang disediakan diatas kapal.
Manila Port
Manila sebuah kota metropolitan yang sibuk dan mempunyai kepadatan penduduk yang padat. Bagi pengembara dan pelancung, Makati adalah satu-satunya kawasan yang bersih dan tidak dikawsan-kawasan lain. Mempunyai dua buah Masjid yang cantik dinamakan Masjid Biru dan Masjid Emas berdasarkan kepada warna kubah.
Saya berkesempatan melawat kedua-dua masjid tersebut dan berjamaah bersama-sama jamaah tempatan. Bagi pengembara Muslim disekitar Masjid Biru terdapat banyak Restoran dan kedai menjual makanan halal khususnya ikan air tawar dengan masakan menu tempatan.
Bagi penduduk tempatan kawasan ini merupakan pusat bembeli belah terkenal dan berdekatan dengan sebuah pasar yang menjual barangan pukal. Nasihat kepada pelancung, awas anda selalu diperhatikan. Berhati-hati dengan penyeluk saku.
Blue Mosque Imam dan Staff.
3H/2M saya merayau-rayau diseluruh kota Manila. Maaf saya katakan kota Manila tidak seindah yang disangkakan. Oleh kerana penduduknya terlampau padat, kebersihan tidak menjadi agenda penting. Walau bagaimana pun kawasan Makati adalah kawsan terbersih jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur. Saya meninggalkan Metropolitan Manila dengan pesawat Filipina Airway menuju kepulauwan Negros. Kami mendarat di Lapangan Terbang Dumaguete dan bermalam di Dumaguete sebelum bertolak ke Cebu dengan ferry pada keesokan harinya.
Dumaguete sebuah bandar ditepian pantai Pulau Negros dan merupakan bandar terbesar dan pusat pentadbiran. Tiada keistimewa bagi bandar ini dan kepulauan Negros. Penduduknya terdiri dari kaum nelayan dan sedikit mengerjakan pertanian.
Dari Dumaguete dengan menggunakan ferry laju saya meneruskan perjalanan ke Tagbilaran City sebelum ke Cebu. Keesokan harinya saya pulang dengan pesawat Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur setelah singgah sebentar di Kota Kinabalu.
Clark Air Base Filipina
Selepas dari pengembaraan ini saya kembali lagi ke Filipina bagi kali kedua dan ketiga. Walau bagaimana pun saya belum lagi menjejaki kaki ke Mindanau. Insyaallah ditahun hadapan.
Assalamualaikum . SALAM
MUBAHAY FILIPINA
No comments:
Post a Comment