Tuesday, 18 October 2011

SRI LANKA MALAYS MUSLIM

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

COLOMBO


Suasana pagi yang dingin dilapangan Antarabangsa Bandaranaike bagi menyambut tetamu baru mereka Air Asia yang membuat penerbangan sulong  ke Sri Lanka.  Tahniah kepada Air Asia kerana membuka laluan untuk membawa pengembara murahan seperti kami  meninjau sejauh mana sebuah negara yang bergolak sebelumnya untuk dikenali di mata dunia.


Sahabat Saya bersama Master Mine Air Asia

           Bandaranaike International Airport

Lapangan terbang dipagar dengan kekuatan ketenteraan disegenap penjuru bagi menjamin keselamatan pelancung juga masyarakat setempat.  Ruang ketibaan yang luas, cantek serta kakitangan lapangan terbang yang cekap dan berdedekasi menjadikan urusan pentadbiran berjalan dengan lancar.  Kami melepasi pemeriksaan imegesen dan kastam dengan mudah dan terus mendapatkan bas untuk kepusat bandar Colombo dengan bayaran sekitar RM 6.00 dengan perjalanan yang mengambil masa  kurang daripada 45 minit.

Colombo sebagaimana maklum dipenghuni orang kaum Singhales seakan-akan kaum India di Malaysia. Di Colombo sendiri bandarnya tidaklah sebagaimana Thailand jika dibandingkan pembangunan fizikalnya.  Mereka saya samakan dengan India dari segala segi.  Walau bagaimana pun di Sri Lanka banyak juga terdapat dikalangan penduduk Sri Lanka adalah daripada kalangan masyarakat Islam samaada keturunan India, Singhales dan Melayu.  Tumpuan saya dalam blog ini nanti akan berkisar dengan pencarian Masyarakat Melayu Islam yang berada dibumi Sri Lanka.

Cuaca di Colombo amat panas pada hari ini.  Kami tidak merancang untuk bermalam di Colombo pada malam ini sebaliknya akan meneruskan perjalanan ke Kandy jaraknya 160 km ke timur Colombo dengan menggunakan perkhidmatan keretapi.  Keretapi dijangka berlepas jam 2 petang  waktu tempatan dan untuk itu kami sempat merayau-rayau membuang masa sambil melawat pasar dan pusat-pusat kormersial lain di Bandar Colombo.

                 Fort Railway Station Colombo

                       Masjid Jame Colombo
Menjelang waktu Zuhur kami singgah di Masjid Jame' Colombo yang merupakan masjid terbesar dan paling awal di bangunkan oleh masyarakat Islam di Bumi Sri Langka.  Sementara masuk waktu, kami berkenalan dengan sekumpulan  para jemaah dan bertukar tukar pandangan.  Salah seorang daripadanya adalah pesara kerajaan Sri Langka dari perkhidmatan Tentera Laut.  Dimaklumkan bahawa kaum minoriti Islam Sri Langka merupakan kaum pertengahan yang banyak berkecimpung didalam dunia perniagaan disamping penjawat awam, petani dan sebagainya.  Tidak hairanlah jika kita lihat di Colombo sahaja ramai dari kalangan mereka menjalankan urusan perniagaan termasuk di kedai-kedai juga ditepian jalan.  Perkara ini tidak terdapat dinegaraku kecuali perniagaan restoran dan kedai makanan jalanan dikuasa oleh masyarakat Melayu dan restoran terkenal dikuasa oleh India Muslim manakala toko-toko besar dimiliki oleh masyarakat China dan perniagaan kecil-kecilan dikuasa oleh masyarakat pendatang.  Jika ada pun pusat-pusat perniagaan milik Peribumi Melayu jumlahnya  kurang 10%.  Menjadi tamparan hebat kenapa masyarakat minoriti di negara lain boleh menguasai ekonomi sedangkan kita di negaraku majoriti menumpang kasih kaum-kaum lain.

                  First Class Train Sri Lanka
                 
Azan zohur berkumandang dan dijawab perlahan-lahan oleh jemaah yang sedia menanti panggilan untuk menunaikan kewajipan kepada Allah.  Solat jemaah didirikan silih berganti jemaah.  Kalau tidak silap pengamatan saya solat zohur dilakukan dengan tiga imam yang berbedza menunjukkan setiap sekali sembahyang jemaah penuh sesak sehingga tidak memuatkan jemaah dalam masjid yang sederhana besar.  Allahhuakbar.  Walau pun mereka kaum minoriti mereka tetap bersyukur kepada Allah atas kurniaanNya. Masyaallah.  Maaf sekali lagi saya membuat perbezaan dengan negaraku dimana masjidnya canggih-canggih tetapi jemaahnya lebih tiang daripada makmum.  Timbul persoalan apakah Allah menerima masjid sebagai tanda keimanan atau menerima solat itu sebagai Iman yang akan dihisab di Mahsyar kelak.

Selepas menunaikan kewajipan kepada Allah kami bertolak ke Kandy dengan keretapi yang mengambil masa 4 jam perjalanan.  Keretapi melalui kawasan perkampungan yang menghijau dan kekadang pendakian melalui celah bukit-bukau dan hutan belantara dengan pemandangan yang amat menakjubkan. Ada juga hasrat dihati untuk melawat "Adam Peak" tempat dimana datuk kita Nabi Adam A.S diturunkan kebumi oleh Allah tetapi keadaan tidak mengizinkan bagi pengembaraan ini.  Suasana malam menjelang kami sampai di Kandy dan bermalam disebuah Guest House yang terletak diatas bukit yang pemandangannya cukup indah mengadap bandar Kandy.
Besoknya kami memulakan pencaraian kepada Masyarakat Melayu Islam Kandy.  Bandar Kandy tidaklah sebesar yang dijangkakan memadai saya bandingkan dengan bandar Kluang di Johor dan pencarian dengan berjalan kaki sahaja  Alhamdulillah kami dipertemukan dan kebanyakkan mereka adalah peniaga.  Rupa mereka seiras India dan masih boleh bertutur dalam Bahasa Melayu yang amat terhad.  Saiz mereka agak besar sedikit daripada kita mungkin disebabkan percampuran etnik-etnik yang berlainan.  Tapi apabila ditanya berhubung bangsa, dengan spontan terpancut suara dari bibir mereka "Melayu".  Alhamdulillah semuga Melayu Sri Langka berbahagian di tanah air mereka kini. Sebagai kenangan saya membeli sehelai T Shirt bergambar gajah Sri Lanka.

Sahabat saya ini mempunyai tiga orang anak seorangnya Doktor, Engineer dan seorang lagi masih menuntut di London.

Beliau seorang yang peramah dan menjemput kami kerumah untuk menikmati makanan Melayu Sri Lanka.

Semuga perkenalan berkekalan berpanjangan


Sebagaimana bandar-bandar lain yang pernah kami mengembara, Masjid adalah rumah Allah dan rumah kami untuk mengingatiNya.  Kandy juga mempunyai beberapa Masjid dan restoran Islam yang cantik dan sewajarnya dilawati oleh semua Umat Islam.


Dua malam berlalu di Kandy.  Kami pulang ke Colombo juga dengan menaiki keretapi.  Dalam suasana kedinginan pagi  dari aras tanah tinggi bandar Kandy keretapi pagi meluncur masuk keluar lembah yang berair kerana musim hujan.  Penumpang rata-rata nampaknya dari kalangan pekerja kolar putih yang bekerja di Colombo yang sedang mengejar waktu.  Keretapi menghampiri Colombo dan kami beredar ke penginapan didaerah Dwarkala berhampiran pantai yang indah.


                         Kandy Mosque
Dwarkala Beach sebuah pantai peranginan terkenal di Colombo juga merupakan pantai pendaratan ikan bagi nelayan pesisir pantai khususnya diwaktu pagi.  Ratusan nelayan dan peraih menunggu mendapatkan ikan tuna segar dengan harga yang amat murah.  Pantai memanjang saujana mata memandang dengan landasan keretapi memanjang dari Colombo ke bahagian-bahagian selatan Sri lanka termasuklah Gally satu lagi pantai peranginan tercantik diselatan.

Merry Brown Restoran Dwarkala

Dwarkala adalah kawasan penghuni elit bagi penduduk Colombo bersih dan teratur jika dibanding dengan kawasan persekitaranya.  Semasa kami makan malam di Restauran Merrybrown, nampak nyata bahawa masyarakat Islam Sri Lanka adalah tergulung dari kalangan masyarakat elit kerana 85 % dari pengunjung restoran tersebut adalah masyarakat Islam bersama keluarga termasuk direstoran-restoran disekitarnya. 

Dwarkala Beach


Commuter Train Colombo

Masa berlalu begitu pantas 5H/4M berahir sudah.  Pengembaraan Sri Lanka By Train berahir dengan seribu pengalaman yang tak dapat dilupakan.  Satu lagi pengalaman menarik  yang ingin saya berkongsi pendapat dengan pembaca blog sekelian ialah pengalaman 170 penumpang diudara bersama CEO Air Asia.  Seorang CEO yang merendah diri, peramah dan mempunyai approach dan pendekatan yang amat disanjungi.  Pernahkah anda melihat seorang CEO yang sanggup menemubual penumpang satu persatu penumpang hingga keseluruhan satu pesawat.   Satu perkataan keramat dari beliau "Please don't call me Dato', call me Tony".  Tabek Tuan, semuga Air Asia terbang tinggi.

Assalamualaikum.  SALAM.
Sri Lanka Departure Hall.  See you at Adam Peak & Gally soon

No comments:

Post a Comment