Sunday 26 February 2012

INDONESIA BALI PARADISE ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,


Bali bumi bertuah yang dikenali ramai khususnya pelancung daripada Australia dan negara-negara barat.  Tidak kurang juga dari Jepun dan Korea.

ZBA telah mengembara seluruh kepulauan Bali dan kalau tidak salah telah tiga kali menikmati pemandangan indah pulau tersebut.  90% penduduk Bali berbangsa Melayu Indonesia tetapi menganut agama Hindu.  Jarang sekali kita akan ketemui penduduk setempat yang berugama Islam kecuali kakitangan kerajaan dan dikawasan Gilimanuk dan sekitarnya.  Oleh yang demikian, ZBA ingatkan harus hati-hati untuk mendapatkan makanan halal disana.  Pastinya nasi padang tidak ada keraguan bagi pengembara muslim.
Bagi pengembara muslim tiada apa keistimewaan di Bali kecuali pantainya yang cantik dan bersih sesuai untuk  bersantai dan mandi manda.  Tetapi tidak sesuai untuk membawa keluarga kesini khususnya dipantai-pantai kerana pelakuan curang oleh pelancung barat yang amat tidak  wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak.


Jutaan pelancung mengunjungi Bali saban tahun untuk menikmati keindahan pantainya disamping bermain ombak.  Tetapi tidak ramai mungkin yang pernah memasuki dan meneroki selain daripada pantai peranginan kedalam kawasan-kawasan pendalaman Bali.  Dan kemungkinan segelintir sahaja yang pernah overland dengan pengangkutan awam merentasi Bali daripada Denpasar ke Gilimanuk dan menyeberangi selat ke Bayu Wangi di Kepulauan Jawa. Ikuti catatan pengalaman ZBA menaiki bus awam merentasi kepulauan Bali.

               Bali Holiday Resort

Setelah penat lelah memandu memasuki sawah ladang, kampung dan desa, lurah dan dataran,  ZBA berehat 3H/2M ditepian pantai sambil menjamu selera terhidang oleh pengembara-pengembara wanita barat, berjemur dan mandi manda.  ZBA  meninggalkan Denpasar dengan bus awam dengan menempuh berbagai pengalaman pahit manis dijalanan.  Satu pengalaman yang amat mengujakan sepanjang perjalanan ke Gilimanuk.

Jaraknya cuma 134 km tetapi mengambil masa lima jam dan berhenti-henti dimana-mana untuk menaik dan menurunkan penumpang. Penat tetapi puas kerana dapat bersama-sama merasai bagaimana keperitan sebuah kehidupan.  Jalanraya mereka tidaklah sebaik diNegaraKu sekadar jalan kelas 3 yang berliku-liku dan tidak terusus dengan baik. 

Dari Denpasar bandar yang pertama ditempuhi ialah Kupal, Tabanan, Antosari, Negara seterusnya perhentian terahir Gilimanuk.

Diantara Denpasar dan Kupal pemandangan sebagaimana bandar-bandar lain di Indonesia.  Rumah-rumah penduduk yang cantik mengikut tradisi Bali.  Kawasan rumah dipagari pepohon kelapa, sawah padi secara kecil-kecilan dan tanaman kontan untuk saraan seharian.  Kupal ke Antosari jalannya agak sempit dan berliku-liku melintasi kawasan tanah tinggi.  Tanaman kelapa berada dikiri kanan jalan disamping sawah padi yang ditanam secara berteres dikaki kaki bukit.  Semasa ZBA  melintasi kawasan tersebut, padi sedang menguning dan pemandangan begitu indah sekali.  Padi berbuah lebat dan ibarat segumpal gemal yang padat jika dicantumkan seperdu padi yang ditanam.  Ini menunjukan bahawa kualiti padi mereka adalah diantara yang terbaik dihasilkan.

Antosari ke Gilimanuk.  Kawasam tanaman padi agak melebar diselang seli dengan tanaman kelapa.  Kali ini padi tidak lagi ditanam di lereng-lereng bukit malah ditanam dikawsan tanah pamah atau caruk-caruk diantara perkampungan tempat tinggal.  ZBA sampai di Gilimanuk dengan bas yang dipenuhi serba serbi bersama penumpang.  Ada manusia, ada binatang ternakan, ada sayur-sayuran, ada buah-buahan dan sebagainya.  Meninggalkan bau yang tidak kurang enaknya.  Satu kepuasan dan satu pengalaman yang akan mengajar ZBA tentang sebuah kehidupan.

Perkongsian pengalaman.  Antosari meninggalkan pengalaman hingga kini.  Disatu ketika bas berhenti disatu perarakan jalanan.  ZBA melihat semua kaum lelaki berpakaian serba hitam serupa pakaian Baju Melayu tetapi bertanjak ala pakaian orang-orang Jawa, manakala perempuan pula berpakaian ala kebaya dengan  kain selindang bewarna putih.  Kumpulan ini terdiri tidak kurang ratusan orang berjalan beriring dan sungguh tertib tanda menghormati sesuatu.    Rupa-rupanya setelah dimaklumkan oleh seorang teman, bahawa perarakan tersebut adalah tradidisi orang-orang Bali yang berugama Hindu mengiringi jenazah ketanah perkuburan.  Memang benar dihadapan terdapat sekumpulan sedang mengusung sesuatu.  Mereka berjalan dan diringi dengan benda-benda yang diarak sebagaimana kita menghantar hantaran untuk upacara pertunangan. Pada pandangan ZBA, mereka cukup menghormati mayat dan jelas kesedihan masyarakat apabila ditimpa sesuatu musibah.

Gilimanuk ialah sebuah bandar pelabuhan yang menghubungkan kepulauan Bali dengan Jaya.  Kedua-dua pulau ini dihubungkan dengan perjalanan ferry yang memakan masa satu setengah jam ke Banyuwangi (Fragrant Water).  Nama yang indah seindah laut timur yang ZBA mengeberangi. Kecantikan laut timur belum pernah ZBA lihat dimana-mana sebelum ini.  Airnya menghijau dan jernih sehingga kehampir kekedalaman 10 meter masih dapat dilihat objek dengan jelas. Aduh indahnya dunia ciptaan Allah SWT.

Selepas melintasi laut timur, ZBA terus kebandar Banyuwangi melalui pekan kecil Ketapang dan meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Surabaya.  SALAM

INDONESIA CENTRAL JAVA OVERLAND

Saturday 25 February 2012

CHINA GUILIN RIVER CRUISE

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Memori melayari Yang Tze River pastinya kekal segar di ingatan dan menjadi kenangan manis untuk selamanya.

Kami Mr Edward, Datin Jaq, ZBA dan Mr Selva meninggalkan Yichang menuju Liozhou dan seterusnya bertukar keretapi ke destinasi berikutnya Guilin.  Kami sampai di Guilin tengahari dan sebelah petangnya masih berkesempatan berjalan-jalan menghirup udara sejuk yang segar di bandaraya Guilin.  Guilin sememangnya   telah dikenali ramai  dikalangan masyarakat NegaraKu sebagai sebuah bandar perlancungan terkenal.
 
Keesokan harinya, kami melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandaraya Guilin dengan menyewa sebuah kenderaan penduduk tempatan.  Rujuk " Guilin attraction" bagi mendapat maklumat tempat-tempat berkenaan untuk mendapatkan makluman terkini.

Makanan Halal tidak menjadi masalah di Guilin.  Sekitar Stesyen keretapi Guilin sendiri terdapat tiga buah restoran dan beberapa gerai jalanan menjual makanan halal.  Lihat sahaja gerai yang dipaparkan dengan Kalimah Allah dan Muhammad S.A.W.
                   

Mengembara ke Guilin tidak lengkap sekiranya tidak memudiki Li River yang terkenal.  Ribuan pelancung dalaman dan luar negara mudik setiap hari melalui Li River dengan puluhan Ferry dan puluhan rakit khas ke Yangshuo.

Perjalanan mengambil masa hampir empat jam dan pembaca boleh memilih untuk menaiki River Ferry atau rakit yang dibuat khas untuk keselesaan pelancung. Pemandangan indah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.  Berikut ZBA sertakan gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan.
Puluhan rakit-rakit kecil yang penuh dengan penumpang seolah-olah kejar menyejar antara satu sama lain menuju Yanshuo.

ZBA dengan gaya tersendiri di hadapan rakit dalam keadaan sejuk.  Suhu ketika ini dimaklumkan berada sekitar 6-10 C dan hujan renyai-rengai mengiringi kami sejak dari pagi lagi.

Gambar-gambar berikut adalah pemandangan biasa setiap hari di laluan Li River Guilin.




Yangshuo bandar destinasi.  Kami berada semalaman disini.  Night life yang mengkagumkan.  Aktiviti bandar berjalan sepanjang hari hingga larut malam.  Satu-satunya bandar di China yang pernah ZBA lihat mirip bandar pelancungan Phuket, Krabi dan Koh Samui di Thailand.  Kepada kaki shopping, pastinya ingat bahawa tawar menawar hendaklah bijak dengan barangan pilihan.

 


Dimaklumkan bahawa memudiki Lin River adalah satu hala sahaja dari Guilin ke Yangshuo dan tiada perkhidmatan ulang alik disediakan.  Bagi pengembara yang mengambil pakej mereka akan dibawa balik ke Guilin dengan bas begitu juga perkhidmatan bas untuk penumpang biasa.


ZBA dan My Club Group berangkat pulang ke NegaraKu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Guilin menuju Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia.  SALAM

CHINA XIAN TARACOTTA WARRIOR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Perjalanan yang memenatkan dalam cuaca yang sejuk dengan salji mulai turun di sesetengah tempat menghala ke barat China.  ZBA dengan seorang teman memulakan pengembaraan ini daripada Xieman dan seterusnya Guangzhou.  Kami bermalam semalaman di Guangzhou   dalam usaha mendapatkan tempahan tiket keretapi ke Xian.  Dari Guangzhou ke Xian mengambil masa 2H/2M dengan perjalanan hampir 2030 kilometer.

Perkongsian pengalaman.  Semasa menunggu keberangkatan keretapi di Stesyen Guangzhou kami bertemu dengan sekeluarga keluarga Muslim yang dikenali melalui pakaian wanita muslimah.  Gadis China cantik manis bertudung biru muda membuka senyuman setelah disapa dengan Assalamualaikum.  Mualaikum Salam jawabnya dengan nada yang fasih sekali.  Hikmah kepada seorang Islam datangnya dari keperibadian dan berpakaian itu sendiri.  Allah Huakbar.


Hampir satu jam kami bertukar pandangan tentang Islam dan sebagainya dalam bahasa Inggeris beliau yang terhad dan sekali sekala menggunakan bahasa isyarat tangan sebelum kami memasuki koc tempat tidur keretapi yang akan membawa kami menuju Xian jam 16.00 petang.  Menariknya disini, beliau menyoal saya samaada boleh membaca AL-Quran dan menulis dalam tulisan jawi.  Jawab saya "Insyaallah".  Menyoal saya kembali, bolehkah saudari berbuat yang sama ?.  Insyaallah jawabnya pendek. 

Beliau menyoal semula.  Apakah majoriti raayat Islam di NegaraKu yang lancar membaca Al-Quran memahami isi kandungan Al-Quran dan  Berbahasa Arab ?.  ZBA jadi serba salah dan mahu tidak mahu menjawab dengan ikhlas "tidak".  Katanya lagi beliau juga lancar membaca Al-Quran dan fasih berbahasa Arab.  Aduh satu tamparan yang hebat.  Rupa-rupanya kaum minoriti Islam di China  lebih hebat dari NegaraKu menghayati keilmuan dan kefahaman mereka tentang Islam tetapi di Negara Islam NegaraKu 1Malaysia hanya indah kyabar dari hakikat sebenar.

Selama ini juga ZBA pun merasai demikian kerana ZBA pernah melawati dan berjamaah bersama sama mereka dimasjid-masjid majoriti jemaah-jemaah China samaada di Thailand, Myanmar  dan di China sendiri.  Mereka lebih rapat kepada Allah dalam contoh cara bersujud ketika bersolat.  Mereka sujud diatas tikar jerami yang nipis (Tikar ini DiNegaraKu dijadikan alas semasa Imam membaca Talkin di perkuburan) sedangkan mereka berdiri diatas permaidani tebal semasa bersolat. 

  Hiasan Saf-Saf Masjid Di China

             Logo Halal China

Guangzhou ke Xian memberikan ZBA satu pemandangan yang indah dan banyak pengalaman yang boleh diambil sebagai contoh dan petunjuk kearah positif kepada NegaraKu juga individu itu sendiri.  Bangsa China terkenal sebagai  bangsa yang rajin dan kuat bekerja samaada wanita atau lelaki.  Benar kata seorang pakar sosialoji bahawa bangsa yang makan dengan sesepit adalah bangsa yang rajin dan kreatif didunia.  Pembaca dapat melihat sendiri disepanjang perjalanan ini, pertanian adalah merupakan hasil daripada keringat yang menjana kepada perniagaan dalam kehidupan masyarakat China.  Teras utama pertanian mereka adalah padi yang ditanam didataran luas, tanaman kontan diselangseli dikawasan berbukit dan lembah-lembah manakala buah-buahan dikawasan berbukit dan tanah tinggi.  Setiap inci tanah mereka digunapakai secara maksima untuk pertanian.

Kawasan perindastrian pula tertumpu kepada kawasan-kawasan dipinggir bandar yang berasingan daripada kawasan penempatan.  Mereka merancang sesuatu dan memanfaatkannya.  Mereka tinggal dipenempatan mengikut kemampuan masing-masing.  Sepanjang yang ZBA lihat mereka tidak mempunyai 'stinggarden" malah walaupun rumah murah tetapi bahagian luarannya 80% dipasang jubin dan tidak payah menggunakan cat untuk melindungi daripada empat cuaca bermusim.  Dua situasi ini adalah pemandangan biasa yang ZBA lihat daripada Shenzhen - Guangzhou - Xian - Beijing - Guangzhou - Shenzhen dalam pengembaraan kali ini.

Majoriti penduduk China keseluruhan berugama Buddha namun amat sukar bagi pembaca untuk melihat To' Kong, gereja atau rumah-rumah ibadat lain kecuali Masjid.  Masjid berada dimana-mana di China begitu juga makanan halal asalkan pembaca memasuki keseluruhan bandar-bandar sederhana besar dan besar di China.  Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas di kawasan di barat dan utara China.  Tujukan pengembaraan khusus di laluan Silk Road ke China.


ZBA sampai di Xian pada lewat petang dan kami menginap dua malam di Xian dan menghabiskan masa melawat tempat-tempat bersejarah di China khusus Xian amnya.  Xian sebuah kota penemuan pengembaraan Silk Road yang termashyur dan bandar ini dipagari keliling oleh tembok  batu yang kukuh yang  didalam nya sebuah kota yang besar dengan jutaan penduduk.  Taracotta Warrior terletak 1 jam perjalanan dari Xian dan untuk sampai kesana pembaca boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau dengan bas pelancungan dan harga yang  berpatutan.  Perlu diingat jika menggunakan bas pelancungan akan memamakan masa yang agak lama kerana pembaca akan dibawa rela dalam paksa untuk membeli cenderahati ditempat-tempat yang berkenaan. 

Perkongsian pengalaman.  Aneh.  Semalam ZBA sampai di Xian tiada seketul salji di Xian tetapi hujan renyai-renyai mulai turun.  Besoknya terkejut beruk ZBA dan rakan.  Xian dibanjiri salji setinggi hampir setengah meter dimana-mana.  Sejuk, susah hendak diceritakan. Xian bandar pertemuan akhir Silk Road.  Kaya dengan budaya  China dan barat khusus bagi pendatang Asia Tengah (Islam).  Makanan Halal dimana-mana khusus  dikawasan Muslim Quarter.  Daging kambing panggang adalah segala-galanya.  Best hingga tidak terkata.  Best in the World. Lagi best daripada kambing panggang yang pernah ZBA merasai keenakannya bersama orang-orang Arab di Saudia Arabia.  Kemungkinan ZBA akan kesini lagi kerana Mu Kambing Panggang dan Buah berangan goreng.

Daripada Xian kami mengembara lagi  merentasi dataran dan bukit-bukau menuju Beijing sejauh 1220 kilometer ke timur.  Melawat The Great Wall of China dan persekitaran Beijing.  Rujuk "China Beijing The Attraction".  Beberapa hari di Beijing kami kembali ke Shenzen diselatan sejauh 2372 kilometer.  Tamat sudah pengembaraan kami di China untuk kali ini berkeretapi sejauh 5622 kilometer.  SALAM
Email :  zainaltobiak@yahoo.com.my

10 TIMES VISITS CHINA WITH MEMORY

Monday 20 February 2012

THAILAND BUTTERWORTH TRAIN JOURNEY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

Thailand tidak siapa yang tidak mengenalinya malah dikenali diseluruh dunia sebagai sebuah negara pelancungan terkenal di Asia.  Tidak pernah dijajah dan menjajah dan mempunyai sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang dihormati dan disanjung tinggi oleh raayatnya.

Belum pernah ZBA melihat negara didunia dimana raayatnya amat menghormati lagu kebangsaan sebagaimana raayat Negara Thai yang begitu petriotik dan bangun menghormati lagu kebangsaan mereka setiap kali berkumandang diudara.  Tidak kira mereka dimana, samada stesyen keretapi, panggung wayang, pasar, sekolah dan sebagainya.  Mereka dengan rela hati tanpa paksaan bangun dan menghormati lagu kebangsaan mereka.  DiNegaraKu setiap kali perayaan menyambut kemerdekaan, anda akan dipertontonkan dengan gelagat Anggota Keselamatan, Media dan berbagai seolah-olah mereka dikecualikan.

Kembali kita kepada perjalanan yang ZBA bakal lalui entah buat kali yang keberapa kalinya.  Kali ini ZBA bertuah sekali kerana ditemani oleh seorang backpacker berpengalaman daripada Hamburg Germany  bernama Mr Klous.  Berusia 72 tahun dan pekerjaan asalnya  sebagai pesara tukang kayu dinegaranya. Sungguhpun demikian beliau mempunyai kekuatan fizikal yang kental dan bermotivasi tinggi.
Stesyen Keretapi Hua Lampung adalah stesyen utama Royal Thai Railways yang terletak ditengah-tengah bandaraya Bangkok.  Menyediakan jajaran perkhidmatan keretapi ke seluruh Thailand dari Bangkok ke Chiang Mai di Utara, Nong Khai di Timur, Namtok di Barat  dan Sungai  Golok  di Selatan.   ZBA pernah  berpengalaman kesemua arah dan jajaran tersebut. Manakala perkhidmatan antarabangsa menghubungkan NegaraKu Butterworth melalui Hadyai ke Bangkok.

   Hua Lampung Bangkok Station

Bermula dari Bangkok kami  bertolak daripada Hua Lampung Station jam 2.45 pm dengan Ekspress Antara Bangsa Bangkok - Butterworth.  Perjalanan dijadualkan mengambil masa 20 jam dan dijangka tiba di Butterworth jam 11.00am waktu tempatan.  Tambang bagi perjalanan hampir 1000km ini berjumlah RM 111.00 bagi tempat tidur atas dengan Koc Kelas 2 berhawa dingin.  Walau pun tambang agak mahal tetapi memadai memandangkan perkhidmatan tempat tidurnya selesa dan bersih serta apabila tempat tidur ditutup menjadikan dua seat yang besar khusus untuk dua orang penumpang.  Oleh yang demikian bagi setiap koc dilihat tidak ramai penumpang sungguhpun perjalanan pada malam itu dipenuhi dengan penumpang.  Kemudahan tandas yang bersih disediakan dikedua-dua hujong koc dan sebuah buffet car untuk menyediakan sajian dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan ZBA dan Mr Klous berbual rancak mengabdikan pengalaman masing-masing  selaku "Backpacker" dalam usia yang semakin meningkat.  Mr Klous seperti yang ZBA maklumkan tadi ialah seorang pengembara yang telah melewati hampir 2/3 daripada alam maya ini.  Boleh dikatakan setiap soalan yang ZBA ajukan berkenaan sesuatu tempat, beliau dapat membuat penjelasan secara terperinci dan jelas untuk dibuat panduan kepada pengembara-pengembara yang lain. Dalam setahun beliau cuma berada 4 ke 5 bulan sahaja dinegaranya dan selebihnya berada di luar Germany.  Kali ini beliau dalam rangka ketiga kalinya melawat seluruh Kepulauan Indonesia.

Bercerita sedikit tentang pemandangan disepanjang perjalanan.   Selepas  keretapi beredar meninggalkan Stesyen Hua Lampung, jelas kelihatan kesan-kesan banjir besar yang melanda Bandaraya Bangkok pada Nov 2011 yang lalu. Kesan paras air masih lagi ketara dan sampah sarap dimerata-rata tempat walaupun keadaan hampir pulih sepenuhnya.  Makin bergerak ke Selatan semakin hilang tanda-tanda malapetaka yang baru menimpa.  Sawah-sawah padi sayup mata memandang dengan kehijauan disana sini.  Deretan pokok-pokok Tai tumbuh subur memagari sawah-sawah padi yang luas melebar.  Selepas Hua Hin hingga ke Hadyai terdapat sedikit perubahan tanaman selain padi ialah ladang-ladang getah dan diselang seli dengan hutan belukar dengan  tanaman kontan.

Penternakan juga kelihatan jelas dengan ternakan kerbau, lembu, kambing dan lain-lain yang dipelihara seiring untuk membantu usaha-usaha pertanian.

Diawal pagi kami sampai di Hatyai sebuah bandar yang terkenal  di Selatan Thai bagi pelancung NegaraKu yang datang pada hujung minggu sama ada untuk membeli belah atau berhibur. Hadyai menghidangkan kami dengan sarapan pagi yang enak pada pagi ini.  Nasi Pulut beserta daging ayam panggang.  Dalam bahasa Thai dikenali dengan "Khaw kheniua kai pad".  Sedap dan menjadi kegemaran sahabat kita dari Germany.  Beliau menghabiskan dua bungkus dalam sekelip mata.

Kami meninggalkan Hadyai selepas tiga puluh minit berhenti untuk menukar lokomotif dan tinggal 3 koc sahaja beredar menuju Butterworth dengan keseluruhan 30 penumpang.  Tiada keistimewaan diperjalanan ini, pembaca boleh bayangkan bagaimana NegaraKu begitukan pemandangan disini.  Keretapi berhenti di Padang Besar (Thong Nyai) untuk urusan Kastam dan Imigrasi selama satu jam.  Jadual perjalanan daripada Bangkok ke Padang Besar menepati jadual yang ditetapkan.  Walau bagaimana pun apabila memasuki sahaja NegaraKu terasa dijiwa sememangkan menyakitkan jiwa.  Daripada Padang Besar ke Butterwoth, perjalanan keretapi mengambil masa lebih daripada 4 jam dengan landasan berkembar jajaan kebanggaan 1Malaysia.

Sesungguhnya perjalanan ini amat memenatkan tetapi percayakah pembaca bahawasanya.  SALAM  

 NOBODY KNOWS THIS WORLD BETTER

UNITED KINGDOM HISTORICAL COUNTRY

 Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Penerbangan EY411 Pesawat  Etihad Airlines  Airbus 340-500 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow Terminal 4, London tepat 07.20 pagi selepas terbang selama 17 jam 40 minit daripada Kuala Lumpur - Abu Dhabi - London.  Almaklum dengan pancaran sinar suria mentari pagi menyambut langkah pertama ZBA dinegara yang cukup terkenal diseluruh pelusuk dunia.  Walau pun kelopak mata masih sukar untuk ditembusi oleh cahaya bak masih mengantuk tetapi sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk mengembara dan melihat keseluruhan Benua Eropah.

Melangkah keluar dari pintu pesawat Airbus 340,  tiupan angin sejuk amat terasa sungguhpun ketika ini telah "Summer" dengan suhu sekitar 08 Celsius.

Selepas urusan Immigresen dan pemeriksaan Kastam kami menaiki Tube menuju Kota London untuk ke Plastow dimana kami akan menginap selama dua malam sebelum meneruskan pengembaraan keseluruh Eropah.  Siangnya kami telah pun membuat perancangan untuk melihat Kota Landon dari Sungai Thames dan besoknya seharian menjelajah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancung.

  Jambatan Getah dan Bijih Timah


Eropah kata orang diNegaraKu.  Europe kata bangsa penjajah NegaraKu.  Mana-mana pun sama sahaja.  Semua negara yang termasuk dalam gugusan Benua Eropah adalah bangsa penjajah.  Salah satunya  dikenali sebagai England atau lebih dikenali di NegaraKu sebagai Englan.  Sangat dihormati diNegaraKu sebagai bangsa yang bertamadun dan beradapan.  Satu ketika dulu jika ada anak-anak bangsa dari NegaraKu dapat melanjutkan belajar ke  England, adoh,  hebat .
                          Buckingham Palace   

Hebat dari segala-galanya yang terhebat dan amat dipandang tinggi walaupun sekadar Ijazah Am.  Kentut pun  tidak busuk lagi  apatah jika dijadikan pencacai oleh yang berkepentingan. Perasangka ini memang ujud sehingga hari ini, apa tidaknya semua yang didatangkan daripada England semuanya baik dan tiada yang tidak baik.  Walhal bangsa keparat inilah yang merampas seluruh harta kekayaaan NegaraKu selama 250 tahun dibawa balik dan ditimbunkan di sana. Ditinggalkan kepada anak bangsaKu idealogi karat dan sebuah perlembagaan yang usang untuk dipatuhi dan dituruti. 

Pun begitu 55 tahun telah berlalu namun masih digunapakai dengan sombong dan angkuh.  Sudah ramai yang berkepala botak memikirkan yang terbaik tetapi masih tidak berdaya untuk diubah.  Puluhan University dengan jutaan siswazah saban tahun tidak pernah nampak dan memahami.  Mereka hanya mengenali perut sendiri dan berpuashati dengan apa yang disuap untuk ditelan tanpa mengungah.  Dibuai dengan media keparat yang tidak pernah mengenali jemu, mencemuh, mengaibkan dan mengintisarikan kepentingan diri penguasa.  Muak dan bertambah bebal apabila sekali sekala terjeling dan terlihat para pencacai dan puaka-puaka tua menyebarkan fitnah tanpa sedikit pun merasa malu ketika menukar cannel telivision.


Berbalik kepada media cetak terutamanya bernama UM, terus terang tidak akan aku sedekahkan Al-Fatihah sekiranya para pencacai, pembodek dan pengadu domba daripada kalangan pencari makan tersebut meninggal dunia.
Amat jelik tetapi tidak terfikirkah untuk menyebarkah kejahilan pencari makan  ini kepada ibu-bapa tua, saudara mara, rakan taulan oleh jutaan siswazah dari kalangan cerdik pandai yang telah diiktirafkan dengan segulungan ijazah.  Satu issu yang amat sensitif seperti, kronisma, penyalahguna kuasa, rasuah dan sebagainya perlu ditangani segera.  Kita disuapkan dengan yang manis tetapi sebenarnya  pahit untuk ditelan.  Kita disajikan dengan yang pahit sebenarnya manis dan berkat untuk ditelan.  Sedikit sendaloka terkini ZBA paparkan untuk renungan para pembaca sebagai iktibar.
Dailog dua makhluk Allah diantara Lembu dan Ayam.

Disuatu dinihari  yang tenang dua makluk tersebut sedang berehat selepas seharian hidup untuk makan. Mereka berehat dan mengenangkan nasib masing-masing. Lembu berada disebuah kondo mewah diaras 2 manakala ayam berada direban di perkampungan stinggarden bersebelahan antara satu sama lain.  Tuan punya lembu sedang bermekap untuk kesuatu majlis bersama raayat manakala tuan punya ayam sedang memasak mee segera untuk makanan malam.
Dalam keriangan sambil mengepakkan sedikit kepaknya dalam nada penyesalan ayam mendelengkan kepalanya keatas kearah lembu dibarenda kondo.  Ko ki kok ooooook.  Lembu terperanjat dan memandang kebawah melihat akannya ayam yang ingin memperkatakan sesuatu kepadanya.  Mboooooh.  Fahamlah ayam bahawa lembu ingin mendengar apakah masalah dan  rintihan sahabatnya dibawah.  


Bermulalah diolog diatara keduanya.


Ayam     :  Manusia memang mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut baik tuan aku
                  juga tuan kamu !
Lembu   :  Kenapa engkau mengatakan demikian ?

Ayam     :  Tengoklah, apa yang mereka lakukan kepada aku !
Lembu   :   Hah, mengapa pulak ?

Ayam     :  Aku ini telah bertelur berbulan-bulan dan bercadanglah hendak mendapatkan    
                  anak-anak   barang sepasang.  Kata orang,  ada juga waris bila aku  meninggal  
                  dunia kelak.  Tetapi manusia memang tidak berhati perut dan  mudah lupa (Chap M). 
                  Hari-hari dia orang makan telur aku dan bagaimana aku hendak mendapatkan anak ?

Lembu   :   Alah, Engkau punya masalah ini kecil sahaja jika dibandingkan dengan aku !
Ayam     :   Maksud engkau ?

Lembu   :   Aku ini, kalau nak difikirkan nasib aku lebih malang.  Walau pun aku tinggal di  
                   kondo dan makan burger ayam dan bertahikan tempoyak, rasa nak bunuh diri pun ada.
Ayam     :   Waduh .. dengan muncong yang ternganga.

Lembu    :  Hari hari mereka menyedut dan melantak susu aku, langsung tidak berakhlak dan
                   beradap malah kurang ajar lagi.  Kenapa tidak,  tuanku dipanggil Mami dan bergelar
                   DS,  manakala aku tidak pernah pun dipanggil Emak !


Ayam     :    "Dalam hati didalam perut".  Tidak boleh pakai punya otak Lembu.
Ayam     :   Kok, kok, koh menyisipkan hujung sayap kekakinya mengendeng memanggil 
                   maminya.


ZBA bermimpi disiang hari nampaknya.  Maaf tidak ada yang tersurat dan tersiratAl-maklumlah ZBA terpegun dan terpesona melihat keindahan dan kecanggihan negara ini.   Rupanya kami sekarang telah menghampiri Plastow Station daripada Lapangan Terbang Heathrow untuk kehotel penginapan 3H/2M  sebelum meneruskan perjalanan dalam rangka menjelajah Benua Eropah selama satu bulan berikutnya.

Pagi masih awal, bilik penginapan masih belum tersedia namun kami tidak mahu membuang masa.  Ini bukan negara Asia, ini Kota London yang serba mahal.  Masa tidak harus dibuang begitu sahaja kerana membuang masa bermakna meringankan poket.  Letak sahaja hoverset dan kami dengan beg kecil camera dibelakang terus menuju Tower Hill Station dan memudiki River Thames bermula dari Tower Pier ke London Eye Pier.

Pepatah Melayu ada mengatakan, "tidak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang tidak kata".  ZBA kurang pasti samaada atau tidak lagi perumpaan semacam ini dalam karikulum sekolah diNegaraKu sekarang. Pastinya inilah yang ZBA akan ceritakan supaya kita sama-sama rasional berfikir dan tidak ibarat "Katak dibawah tempurung".  Tulisan ZBA bukan dari telinga yang dikyabarkan berita tetapi dari mata turun ketangan. Dengan tangan nukilan dipaparkan.

Tersergam indah Tower Bridge didepan mata.  Binaan ratusan tahun melintasi Sungai Thames yang bersih dan mengalir lesu air laut serta berkuak besar apabila dilintasi boat atau kapal.  Betapa kukuh dan angkuhnya sebagai bahan tawarikh yang senantiasa dikenang.


Terfikir dimanakan mereka mendapatkan wang untuk membinanya ketika itu. Baru aku terkenang bahawa di NegaraKu satu ketika dulu selama 250 tahun merekalah  yang meratah apa sahaja yang didapati.  Kami dikatakan sebagai pengkhianat jika melawan, dibunuh dan di penjarakan.  Sesetengahnya di buang negara dimana ZBA jumpai di Kandy Sri Lanka.  Dari tawarikh lain ada yang dibuang sampai ke Kepulauan Syenhalis dan Afrika Selatan.  




Sehinggalah pada Ogos 31 seorang bapak tua bersongkok tinggi melaungkan tujuk kali gema tanda kebebasan.  Dikatakan bebas  kerana mereka telah kembali bersama kekayaan yang tidak terhingga banyaknya  tetapi  meninggalkan minda yang masih dijajah.  Sesekali ditemui,   veteran-veteran dicelah-celah taman sejarah diNegaraKu. Good morning Sir, How are you Sir, Welcome Sir dan macam-macam Sir masih jelas kedengaran daripada manusia-manusia yang masih tidak mengetahui tawarikh negara sendiri.  Itulah yang ZBA maksudkan dengan minda yang masih dijajah.  Setakat laungan Sir tanda menghormati tamu masih boleh diterima, tetapi dengan tangan didada dan membongkok-membongkok badan, itu hipokrit.  Sebenarnya apa yang kita perlu adalah gentleman kepada adap dan budaya sesuatu  kaum itu sendiri bukan masih memperhambakan diri.

Hari ini aku lihat sendiri didepan mataku.  Bukan kerana kesal tetapi hakikatnya.  Tetapi apakan daya segalanya berada dalam lipatan tawarikh, jika diungkai terkoyak dan tidak tersusun untuk dilipat semula.  Teringat ZBA tiga bulan yang lepas di NegaraKu tawarikh diungkai dan sedikit sahaja dibaca dan difahami.  Meraung sebulan para pencacai mencari dalih dan salah menyalah.  Berkumandang media haprak dengan kata nista tidak berpenghujung.  Akhirnya surat saman datang kepintu rumah, pencacai diam seribu bahasa.  Bapak Muhammad masih tegak berdiri menyemburkan air liur untuk difahami.  Segelintir sahaja yang memahami tetapi yang berpendidikan di sini masih bangang dengan egoistik malah dianggap telah bertukar darah dari merah menjadi biru.

Ferry bergerak mengusur Sungai Thames dengan meninggalkan ombak kecil menguak laluan.  ZBA kesana kemari mencari ruang dan posing berpotret yang terbaik.

UK bukan semuanya OK.  UK merangkumi England, Ireland, Wales, dan Scotland.  Mereka ini empat negeri yang dikenali dengan nama United Kingdom.  Sebenarnya pada zahir mereka bersatu tetapi hakikatnya mereka juga bermusuhan.  Sebab itulah jika kita di UK, orang disana tidak mengebut mereka UK tetapi menyebut sebagai England jika mereka dari England dan sebaliknya.  Perkara ini dialami sendiri oleh ZBA ketika bercampur dengan seorang dari Wales dan seorang dari England.  Apabila disoal mengapa mereka selalu menyebut England atau Wales.  Jawapan dengan senyum dan seolah-olah berdolak dan berdalih.  Apa pun bagi kita England dan UK adalah dua perkataan yang sinonim untuk disebut bagi negara tersebut.

Negara Barat adalah negara pendendam.  Mereka selalu bercerita tentang kehebatan semasa perang dunia sebagai sejarah sebelum sejarah-sejarah lain diterangkan kepada pelancung.  Masing-masing dengan kelebihan yang tersendiri dan tamadhun yang tersendiri.  Hipokrit masih ada dimana-mana.

London cuma seindah nama dan tawarikh.  Sebenarnya tiada apa yang perlu dibanggakan sangat daripada kacamata awam.  Kota lama dengan ukiran dan senibina yang unik  tetapi  usang dan jarang-jarang terdapat bangunan  morden.  Penduduk berbilang bangsa yang datang daripada tanah jajahan khususnya dari Negara-Negara Afrika, India dan lain-lain negara tanah jajahan. Mereka-mereka inilah yang merupakan gulungan pekerja yang bekerja untuk tuan-tuan mereka sebagaimana datuk nenek mereka bekerja untuk orang kulit putih dinegara asal mereka.  Pada pandangan ZBA, kota London agak kotor jika dibandingkan dengan Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.

Satu sahaja yang menarik perhatian ZBA tentang Landon.  Sistem pengangkutan yang canggih samada perkhidmatan udara, laut dan pengangkutan bandar. Tube menjadi pengangkutan utama dan jalanraya di kota London tidak nampak kesesakan walaupun waktu puncak.  Sistem ini walaupun agak ketinggalan zaman tetapi sangat efficient dengan ketepatan waktu dan  kekerapan perjalanan  selang minit katakan.  Tetapi ZBA mengalami pengalaman pahit semasa berada dalam tiub diawal pagi.  Tiub tiba-tiba berhenti selama hampir 45 minit bagi semua jaluran.  Nasib baik juga ketika itu kami berada diluar terowong, kalau tidak terpaksa bergelap dalam tempuh tersebut.  Perkara yang sama ZBA alami semasa berada dalam Metro di India.  Panas dan menyesakan.

Barangan keperluan amat murah khususnya barangan makanan.  Perkara ini sepatutnya menjadi iktibar bagi kedai 1M. Banyak kedai GBP1 menjual makanan dengan harga yang amat murah walaupun mereka bukan negara pertanian.  Harga nenas yang dimport daripada Costa Rica lebih murah daripada ubi kayu dan lebih murah daripada diNegaraKu.

Geram pun ada marah pun ada.  Bingai memikirkan bilamana sebuah teksi melintasi depan ZBA dibulatan Trafalgar Square London.  Sebelahnya terletak pejabat promosi pelancungan 1M di Kota Landon. Maaf , bukan marah kepada teksi dan pemandunya tetapi marah kerana iklan yang dipaparkan dibadannya.  Mengaibkan.  Itulah kata-kata dari hati kecil ini.  Patutlah tiada siapa yang ingin menjejaki kaki kedalam pejabat pelancungan 1M selama mana ZBA berada hampir dua jam menantikan hujan berhenti.  Apa tidak, siapa yang hendak datang ke negara 1M kalau sekadar ingin melihat manusia yang masih bercawat ?.  Orang hutan yang tak bergigi ! dan wanita kaum seberang yang sekadar  berpakaian tradisional.  Promosi apakah begini malah tidak lebih dari menghabiskan wang dan mengaib dan menampilkan negara 1M masih tidak bertamadhun sungguh pun Sir Charles Brooke telah lama kembali.  Iklan dijaja pusing keliling Kota London saban hari, minggu, bulan, tahun malah bertahun-tahun.

Manakala di Terminal 4 Heathrow pula dalam balai berlepas terpampang lagi iklan yang tidak memberi apa-apa maana.  Mana mungkin iklan begini boleh menarik pelancung untuk melawat negara 1M.  Wanita manis memasak lemang, ditengahnya dua ekor  orang hutan dan dikanan wanita berpakaian tradisional.  Iklan yang tidak membawa apa-apa pengertian.  Malah pada pandangan ZBA tidak lebih dari menjatuhkan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu sendiri.  Maaf rakaman gambar tidak sempat untuk dirakamkan sebagai bahan bukti memadailah dengan mata dan perasaan perkara ini dijadikan iktibar untuk renungan bersama.


ZBA secara peribadi menyarankan kepada petugas dipejabat pelancungan 1M agar perkara-perkara begini diambil perhatian dan diutara kepada pihak-pihak yang berkenaan.  Ubahlah persepsi masyarakat dan kunjungilah  New Zealand dan belajarlah bagaimana mereka mempermosikan pelancungan dinegara mereka.

Dalam keadaan hujan renyai-rengai dan kabus tebal ZBA meninggalkan London   menuju Dover ke timur London.  Sepanjang perjalanan satu jam, sayup-sayup nampak ladang ternakan lembu dan bebiri dengan kuda-kuda masih dalam selimut meragut rumput diladang. Kawasan tanaman luas terbentang dengan kehijauan padang ragut dan tanaman gandum. Bandar sejarah perang dengan sebuah castle berdiri megah tetapi uzur dimakan zaman.  Dibawahnya  pelabuhan Ferry menghubungkan England dengan Eropah hilir mudik membawa kenderaan dan penumpang untuk kedestinasi masing--masing.  Selesai pemeriksaan Imigrasi, kami bertolak ke Calais selepas menempuh perjalanan dua jam dengan ferry diketenangan Selat Inggeris.  Teringat diingatan, dari selat inilah sebuah pingat bergelaran diserahkan kepada seorang perenang yang telah tenggelam namanya dari sebutan. 


TAKE CARE ABOUT THE PLANET
MATA YANG PEJAM BUKAN BEERTI TIDUR MALAH MATA YANG TERBUKA BUKAN SEMUANYA MELIHAT.