Thursday 27 September 2012

GILI'S BEAUTIFUL ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,


Lombok sebuah pulau yang terbesar terletak dalam gugusan Nusa Tenggara Barat yang terkenal dengan keindahan dan  kecantikan lautan yang membiru.  Laut yang membiru dengan terumbu karang yang indah merupakan satu nilaian yang amat dikagumi oleh  semua  pelancung mahupun pencinta alam semula jadi.  Bali di barat  sudah  sememangnya  terkenal  dimata dunia manakala ditimurnya Pulau Sumbawa yang dipisahkan dengan Selat Alas. 

 Tidak jauh dari pulau Lombok terdapat 3 buah pulau kecil dikenali sebagai Gili Islands.   Gili Islands merangkumi tiga buah pulau kecil dikenali sebagai  Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air.  

Kesemuanya mempunyai kelebihan yang tersendiri disegi kecantikan dan keindahan pantainya yang putih bersih dengan kebiruan air lautnya.  Ketiga-tiga pulau ini memiliki keindahan dengan atmosfir yang berbedza.  Pelawat ke Lombok wajib melawati pulau-pulau tersebut sebagai memastikan  bahawa mereka telah menikmati keindahan dan kecantikan 3 Gili semasa melawati daerah Nusantara Timur Indonesia.



Ketiga-tiga pulau ini boleh dihubungkan terus dari Bandara Lombok sejauh 67 km diselatan. Dari Mataram  35 km dan dari Senggigi beach sejauh 20 km kesebuah bandar persinggahan yang dikenali sebagai Bangsal sebelum persediaaan menaiki bot ke Gili.  Perhentian utama ialah khusus unuk kenderaan darat menurunkan penumpang dan membuat pendaftaran sekiranya mereka menggunakan perkhidmatan terus dari Mataram atau Senggigi dengan agen-egen pelancungan tempatan.  




Perjalanan dari Senggigi ke Bangsal mengambil masa hampir 40 minit.  Jalanraya baik tetapi agak sempit disetengah-tengah tempat.  Laluan tepian pantai mengelilingi lerengan bukit menyajikan pemandangan yang indah dan mengasyikan. 

Nun jauh dilautan dengan laut yang membiru perahu-perahu dan bot-bot nelayan dan pelancung bertali arus dengan aktiviti tersendiri.  Dipesisir pantai  kita dihidangkan dengan pesisiran pantai yang memutih dengan pukulan ombak yang memukul pantai.  Ditepian jalan pula kita dapat hayati kehidupan masyarakat pulau Lombok dengan aktiviti harian mereka sama ada mereka bertani, menangkap ikan, menternak atau menjalankan aktiviti pertanian.  


Dari pekan kecil Bangsal (Perhentian kenderaan darat), pembaca boleh samaada berjalan kaki ke jetty sejauh lebih kurang 150m atau mencuba "Lombok Ferrari" dengan tambang IDR 20,000.  (Gambar diatas adalah "Lombok Ferrari" yang terkenal di Bangsal untuk kegunaan pelancung dan kenderaan penduduk setempat)

Dari Jetty pembaca seterusnya akan dibawa menyeberangi laut ke 3 Gili's atas pilihan dan kesukaan masing-masing.  Bagi pembaca yang menggunakan perkhidmatan ejensi pelancungan, tambang daripada Senggigi ke Gili Trawangan ialah IDR 100,000 seorang pergi dan balik.  Perkhidmatan ini termasuk tambang bas atau van daripada Senggigi ke Bangsal dan ferry daripada Bangsal ke Gili Trawangan.  
Manakala tambang bagi routine ferry ulang alik  Bangsal ke Gili Trawangan ialah IDR 10,000.  Bangsal ke Gili Meno ialah IDR 8,000 dan Bangsal ke Gili Air IDR 6,000.  Semua kadar tambang tersebut adalah untuk perjalanan sehala.  Bot akan memulakan perjalanan sebaik penuh dengan penumpang.

Perjalanan paling jauh ialah dari Bangsal ke Gili Trawangan yang mengambil masa 35 minit dan pembaca harus menempuh gelombang agak besar sekiranya musim membadai.  






Dimaklumkan bahawa perkhidmatan ferry ke 3 Gili's akan berahir jam 4.00 petang setiap hari bagi kedua-dua hala.  Sekiranya kita kelewatan daripada jadual tersebut, pembaca boleh memilih menggunakan perkhidmatan sewa bot yang harga tawarannya bermula sekitar IDR 300,000 ke 500,000 sehala.  

Di 3 Gili's, penginapan tidak menjadi masalah daripada Luxury, sederhana, budget, Losmen dan sebagainya.  Ini terpulang kepada kemampuan masing-masing.  Satu yang unik disini tiada ada kenderaan berjentera kecuali basikal dan Lombok Ferrari atau memilih untuk berjalan kaki sahaja.







Makanan.  Pembaca boleh memilih apa saja citarasa.  Dari penyajian masakan Barat, Asia dan sebagainya. (Tiada fast foods restourant).  Ikan bakar Lombok juga menjadi kegemaran yang disajikan selepas jam 6.00 petang terletak bersebelahan  Pasar Seni Gili Trawangan dengan ikan yang segar serta harga yang amat murah.

Aktiviti.  Khusus kepada penyelam Skuba.  Mandi manda dan berjemur.  Berbasikal keliling pulau dan bersantai bersama pelancung asing khusus daripada Barat, Jepun, Korea dan Australia atau bersama penduduk tempatan.  Dimaklumkan bahawa 3 Gili's adalah syurga bagi pelancung-pelancung Barat dan Australia.  Apa yang ZBA lihat jumlah pelancung asing adalah melebihi penduduk tempatan yang ada pada setiap masa dan ketika.  Juga difahamkan bahawa pada bulan Ogos dan September adalah masa paling ramai 3 Gili's dikunjungi oleh para pelancung.

Gili Trawangan.  Merupakan pulau terbesar sekali dan terletak keutara dengan keluasan 3 km dan 2 km meliputi kawsan seluas 360 hektar.  Pulau ini boleh dilawati sekitar 50 minit dengan menaiki perkhidmatan bot-bot yang disediakan.  Merupakan pulau kegemaran pelancung tempatan dan asing  yang sangat terkenal.   Sekiranya hari-hari cuti umum dan mingguan, berbagai pesta diadakan setiap malam dengan  keriuhan alunan muzik memecah kesunyian dan  kedinginan malam.


Gili Meno.  Terletak diantara Gili Trawangan dan Gili Air dengan pemandangan laut yang indah dan tenang.  Paling sesuai untuk bersantai kerana jauh daripada hirok pikok oleh kesibukan kota.


Gili Air.  Lokasinya paling dekat dengan Lombok.  Kepadatan penduduk yang tidak ramai dan tidak banyak dilawati oleh pelancung asing sungguh pun mempunyai keistimewaan suasana pantai yang bersih dan tenang.

Kepulauan Lombok merupakan syurga dunia untuk para pelancung yang berjiwa pencinta alam  laut khusus para penyelam dan penyelam snorkling.



Bagi pencinta laut adalah satu kemestian untuk berada dipantai bermain dengan ombak dan bermandi-mandian.  Bagi mereka yang mencintai taman laut pula mereka akan dapat melihat keaslian yang cantik dasar laut yang menjadi rumah kepada aneka kehidupan laut yang beraneka warna.  Air laut yang jernih sememangnya memukau sehingga dasar lautnya terlihat seperti aquarium yang airnya baru ditukarganti.



Satu lagi tempat yang menjadi daya tarikan dan  tumpuan kepada pengembara khususnya pendaki-pendaki amatur untuk melihat keindahan alam dari tanah tinggi Gunung Rinjani.  Sebuah tasik dengan air yang  membiru terbina dari hasil letusan gunung berapi yang masih aktif.  Mempunyai ketinggian 3,726 meter daripada paras laut dan merupakan ketiga  tertinggi di di Indonesia dan tertinggi di Lombok.  Untuk sampai kesini kebiasaanya pembaca harus mendapatkan jurutunjuk berbayar dan perjalanan sekurang-kurangnya 3H/2M.  Laluan utama kepuncak Rinjani ialah melintasi desa pelancung Sembulan Lawang.  Pelancung akan dapat menikmati disamping keindahan desa dengan pemandangan yang menakjubkan, juga melintasi kawasan rumah-rumah adat, kesenian tradisional serta tenunan kain masyarakat tempatan.  





3GILI UNIQUE TROPICAL ESCAPES

Wednesday 26 September 2012

STORY ABOUT NEW DELHI AND KOLKATA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Artikal ini cuma tambahan kepada blog sedia ada.  Memadai dengan gambar-gambar yang dipaparkan.











Kenderaan Pacuan empat roda khusus untuk perjalanan lasak.  Arah tidak diketahui. Gambar dirakamkan berhampiran Red Ford New Delhi.



     Kebetulan hari minggu, ramai pelawat dari dalam dan luar negara mengunjungi Red Ford dalam cuaca yang amat panas. 





Gambar-gambar diatas dirakamkan dikawasan penempatan paling ramai penduduk Islam yaitu dipersekitaran Jame Masjid New Delhi.  Terdapat sebuah restoran ternama dikawasan ini dikenali dengan nama Karim Restoran.  Nasi biayani Kambing di restoran ini dikatakan yang paling sedap dan digemari oleh pelancung asing.



Semalaman di Kolkata.  Kali kedua dalam rangka ZBA merayap dikota ini.  Manusia dan binatang seiringan mencari nafkah untuk hidup.  Jika diNegaraKu kambing hidup dikampung tetapi tidak disini.



Perbandingan jurang antara yang kaya dan yang miskin jelas sekali.  Pembaca tidak dapat melihat ini semua sekiranya bayangan Filem-filem Hindustan sering terbayang dikepala. Tetapi hakikatnya jauh berbedza.






KU RENUNG SENGSARA DIMATA MENCARI DAMAI DIHATI