Thursday, 20 October 2011

TAIWAN TRAIN OVERLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikim W.B,

TAIPEH

Lebih dikenali dengan nama China Kebangsaan.  Terletak diselatan China dan di utaranya Korea Selatan.  Tiga negara maju di Asia memakan masa 4 jam 50 minit penerbangan dari Kuala Lumpur.


Potret ini sengaja saya abadikan sebagai kenangan kepada saya semasa berada di  Taipeh International Airport.  Potret ini juga adalah potret yang digunakan dalam Facebook bagi yang sudah mengenali diri saya. 

Desebalik senyuman ini ialah tempat dimana saya mengerjakan solat asar dilapangan terbang yang tiada kemudahan Surau.  Main pakai hentam saja dan lepas itu gambar saya diabadikan.



Pengembaraan ini adalah dalam Kumpulan Trio kami.  Tiga serangkai Veteran yang mempunyai minat yang sama dan pernah mengalami  kenangan manis dan pahit maung mengharungi kepelbagaian masyarakat dunia setempat.

           Taipeh Inter City Train Station


Daripada airport rancangan kami adalah terus ke Kohsiung bandar kedua terbesar Taiwan yang terletak dibahagian selatan kepulauan tersebut.  Kami mengambil perjalanan relex dengan keretapi bandar yang memakan masa 4 jam tetapi selesa untuk melihat penghidupan masyarakat Taiwan dari pandangan dalam keretapi.

Diceritakan sedikit sepanjang yang kami nampak.  Taiwan sebuah negara membangun yang pesat terancang dan terurus dengan begitu baik sekali.  Sungainya bersih, kawasan persekitannya bersih dan segala-galanya bersih.  Dibandingkan dengan negaraku, Taiwan 15 tahun lebih maju kehadapan dan nampaknya mereka akan terus maju dan maju meninggalkan kita. 
                                                                                               Trio at Kohsiung Metro Main Station


Papan tanda semuanya bertulisan dalam bahasa Taiwan dan jarang sekali terdapat bahasa Inggeris.  Bahasa bukan halangan untuk maju tetapi yang menjadi halangan untuk maju ialah memerintah dengan menggunakan "Cogan Kata" dan bekerja dengan mulut membangga diri dan tidak pernah mengambil  contoh orang lain tetapi  orang lain yang mencilok contoh.

KOHSIUNG

Bandar pelabuhan utama yang terbesar di Taiwan disamping pelabuhan penangkapan ikan terkenal diselatan negara tersebut.  Penduduknya peramah walaupun mereka tidak boleh berbahasa Inggeris.  Tawar menawar menjadi mudah hanya dengan senyuman dan isyarat tangan.  Kami sampai di Kohsiung lebih kurang jam 9.00 malam dan proses mencari hotel tempahan menjadi sedikit masaalah tapi mujur dengan pertolongan Anggota Polis tempatan kami diberi  kesempatan menaiki Petrol Car dan terus dihantar  ke hotel.  Pengalaman terbaik yang mungkin tidak disediakan dinegaraku atau tempat-tempat lain didunia.

Bandaraya Kohsiung  mempunyai rangkaian pengangkutan yang sistematik samaada jalanraya, keretapi dan pengangkutan udara.  Di kawasan bandaraya metro memainkan peranan penting membolehkan jalanraya tenang dan tidak machet.  Bagi penumpang-penumpang yang ingin ke Taipeh mereka lebih senang menggunakan perkhidmtan keretapi yang hampir sama pantas dengan pesawat udara dengan tambang yang murah dan perjalanan yang menyeronakkan.

Dikesempatan berada di Kohsiung kami melawat tempat-tempat menarik dan untuk melihat Kohsiung secara keseluruhan pelancung boleh menikmati dari Observation Tower dimana saya mengambil kesempatan dipotretkan.                                        
                                                                                                          Metro Station Kohsiung

  TRH Ticket

2H/1M kami berada di Kohsiung dan kami akan ke Taipeh dengan menggunakan perkhidmatan TRH Taiwan yang canggih selesa serta murah.  TRH mengambil masa 1 jam 30 minit sahaja untuk sampai ke Taipeh dengan jarak perjalanan 450 km.  Keretapi ketiga laju dibandingkan China (353kmj), Korea Selatan (303ksj) dan Taiwan (290kmj) yang penah saya menaikinya. 


         TRH Station Kohsiung


Pandang kiri pandang kanan kami lihat bagaimana Taiwan membangun secara seimbang diantara perusahaan dan pertanian.  Negaranya bersih didataran ditanam padi dan syur-sayuran, ditanah tinggi poko-pokok buah-buahan dan mereka sungguh pandai memaksimakan penggunaan tanah sehinggakan tiada ruang yang dibazirkan tanpa berbuat sesuatu.

TAIPEH

Bandaraya serba canggih serba morden sesama Seoul Korea Selatan.  Banyak tempat tempat menarik disekitar kota Taipeh pasti menjadi perhatian pelancong.  Sesungguhnya tidak perlu bersusah payah untuk kesana kesini kerana metro memainkan peranan penting menggerakan kita ke destinasi terpilih.

Window Shopping Taipeh

Dalam masa 4H/3M kami melawat Taipeh 101, Chiang Kai Shek memorial hall, Zoo Taipeh, Night Markets dan banyak lagi tempat tempat pelancungan menarik yang tersenarai.  

Dikesempatan yang ada kami juga melawat Night Market yang menjadi kegilaan ramai pengunjung samaada dari dalam dan luar negara.  Hampeeeeh apa pun tak beli kecuali barangan cenderahati buat kenangan.  Memang telah menjadi sifat pengembara prinsipnya mudah   'for our eye only'.  Tip untuk pelancung lain, barangan keluaran Taiwan  agak murah tetapi selainnya agak sama sahaja seperti dinegara-negara lain.

                                             Tallest Building Taipeh 101

                                                                     National Mosque Taipeh

Hampir terlupa untuk saya memaklumkan tentang makanan halal yang terdapat di Taipeh.  Pertamanya kita boleh mendapatkan makanan halal disekitar Masjid Taipeh sendiri dan keduanya dipersekitaran stesyen utama Keretapi Taipeh.  Disini khususnya hari Ahad (Hari libur bagi masyarakat Indonesia) ramai pekerja-pekerja daripada Indonesia yang bekerja di Taiwan akan berkumpul dan berehat menghabiskan  hari minggu mereka.  Makanan Indonesia tidak ketinggalan dengan senang boleh didapati disini.
                Women Trio
Pengembaraan kami di Taipeh amnya Taiwan berahir dengan satu peristiwa menarik yang belum pernah kami alami sejak kami mengembara jauh dibumi asing.  Sebelum pulang kami bertemu dengan sekumpulan 3 wanita Malaysia yang mempungi minat yang sama. Wahai anak Malaysia sebenar engkau telah membuka mata mencari sesuatu yang tidak terdapat dibumimu dan syabas serta tahniah agar saudari tidak dibohongi lagi oleh pemerintah berterusan.




Assalamualaikum.   SALAM

No comments:

Post a Comment