Friday 25 November 2011

MYANMAR LAND OF THOUSAND PAGODA

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

YANGON

Kuala Lumpur - Yangon mengambil masa dua jam penerbangan dengan pesawat Airbus 320.  Penerbangan sebelah petang dengan cuaca panas dan terang menampakkan pemandangan yang indah dari udara pada ketinggian 35,000 kaki.  Melintasi Pulau Pinang, Phuket dan memasuki Delta Mekong yang luas terbentang dengan sawah-sawah padi bagaikan padang jarak padang terkukur dan ditengah-tengahnya berliku-liku Sungai Ayeyawady mengalir airnya dari  muara ke ulu sungai.

Pengembara mencatat rekod perjalanan solo ke Myanmar dan tepat jam 1630 petang pesawat Air Asia mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Myapadau Yangon.  Walau pun waktu tempatan ketika itu 1630 namun keadaan cuaca sudah mulai gelap kerana Myanmar satu setengah jam lebih awal daripada NegaraKu.

Myapadau Airport Yangon

Sebagaimana terjangka pengembara tidak     mengalami     kesulitan    untuk
mendapatkan kenderaan ke Hotel penginapan Ocean Pearls Inn (http://www.oceanpearl.com/) kerana pihak hotel telah menyediakan kenderaan dan sedia menanti pemandu yang akan membawa ke hotel. 

Dari lapangan terbang Yangon sememangnya tiada perkhidmtan bas khas sebagaimana lapangan terbang yang lain.  Lokal bas hanya boleh didapati diluar kawasan lapangan terbang yang perlu berjalan kami hampir 15 minit.  Bagi perkhidmatan teksi ialah Kyt 1500 untuk siang hari dan maksima Kyt 5000 untuk perjalanan 35 minit yang jarak 14 km.

Semalaman berehat di Yangon dan Yangon bukanlah tempat yang susah untuk  mendapatkan makanan  Islam.  Pada jarak 50 meter dari Ocean Pearl Inn terdapat sebuah masjid dan disekitarnya terdapat makanan halal.  Tidak payah untuk mengenali makanan halal di Yangon kerena mereka akan memaparkan kalimah Allah atau  angka 786.

Sedikit makluman tentang penduduk Yangon.  Mereka terdiri daripada dua suku kaum  jika dibandingkan dengan puluhan suku kaum minority  yang tinggal diutara Myanmar.  Paling ketera di Yangon ialah dari kaum Rohingya yang berasal daripada Bangledesh berugama Islam dan kaum Myanmar sendiri yang menganut agama budha.  Mereka tinggal dalam keadaan hormoni dan bertutur dalam bahasa Myanmar.  Kebanyakkan daripada mereka adalah peniaga dan bekerja dengan sektor kolar putih. 


Myanmar terkenal dengan ribuan pagota dimerata tempat dan tidak ketinggalan bagi masyarakat Islam dengan belasan masjid didalam bandar Yangon sendiri.  Berpakaian mengikut tradisi Myanmar, berkain sarung dan berbaju kemeja lengan panjang serta berseliper.  Menggemari makanan sireh pinang dan mengungah ibarat lembu memamah biak dimalam hari.  Gigi hitam kemerahan dan kuat meludah dimerata tempat tetapi jarang kelihatan mereka yang merokok.  Kaum perempuan berpakaian sarung dengan baju ala-nyonya dan dikedua-dua belah pipi disapu seolah-olah tepung hasil dari kayu wangian yang diasah dan dijadikan bedak bewarna kuning-kuningan seolah-olah warna kunyit.

Kita tinggalkan Yangon buat sementara dan mengembara keutara kesebuah bandar yang kedua terbesar selepas Yangon dikenali sebagai Mandalay.  Pengembara menggunakan perkhidmatan keretapi untuk sampai ke Mandalay yang jauhnya 682 km.  Bertolak jam 1500 petang dan sampai ke Mandalay pada keesokan harinya jam 0730 pagi.  Perjalanan yang amat memenatkan serta mengerikan dalam sejarah  perjalanan keretapi yang mana pengembara pernah berpengalaman.  Keretapinya adalah tinggalan zaman penjajah dengan landasan selebar 1 meter dan koc tanpa berhawa dingin dan tiada kipas angin didalamnya ibarat keretapi barang yang sudah tidak digunakan dilain negara kecuali pengembara pernah melihat yang sama di Sri Lanka.

Yangon Railway Station

Tambang bagi pelancung asing ialah USD 30 (Upper Class) dan USD 33 (Sleeper Class) jika di bandingkan dengan raayat Myanmar USD 8 dan USD 10 bagi tempat yang sama.  Semua pelancung asing dikehendaki menunjukkan passport dan menggunakan mata wang USD semasa hendak membeli tiket.  Tetapi apa yang lebih baik daripada NegaraKu ialah mereka telah lama menggunakan landasan berkembar dari Yangon ke Mandalay.  Keretapi bertolak perlahan-lahan dan keluar daripada Yangon menuju Pyay, Taungoo, Naypyidow (Ibu kota pentadbiran Myanmar) Tharzi dan Mandalay.  Kelajuan maksima bagi keretapi Myanmar dianggarkan 80 kmj.
          
             Canon Zoom Lens

Dalam cuaca panas dan tiada kipas angin dalam keretapi seolah-olah berada dalam sauna atau oven bagi kita yang lebih selesa dengan kemewahan yang ada.  Tetapi bagi orang-orang Myanmar seolah olah perkara biasa dan merupakan lumrah yang mereka tempohi setiap hari.  Keretapi bergerak terus dan memperlihatkan kepada pengembara tentang Myanmar dari kaca mata sebenar.
Allah Maha Besar, lain padang lain belalang kata pepatah Melayu.  Bumi Myanmar terbentang luas dengan sawah padi menguning saujana mata memandang.  Sekali sekali terdapat petani sedang membajak sawah untuk giliran tanaman padi berikutnya.  Mereka jarang sekali menggunakan peralatan morden sebagaimana kita lihat di NegaraKu dan Thailand.  Membajak cara tradisional  dengan menggunakan dua ekor lembu menarik bajak dan dikendalikan oleh seorang petani.  Sepanjang petang, itu sahaja yang dapat kita lihat dan menunjukan betapa luasnya kawasan tanaman padi di Myanmar.  Jarang sekali terdapat kawasan tanah tinggi atau berbukit-bukit di perjalanan ini sehinggalah sampai ke Mandalay diutara.  Untuk makluman semakin keutara keretapi bergerak semakin sejuk cuaca malam dan difahamkan cuaca pada waktu malam boleh menurun sehingga 15C.

Land of Pagoda.  Negara miskin tetapi diserata tempat terdapat menara-menara pagoda menjulang tinggi.  Pada pandangan pengembara mereka lebih rela membina pagoda yang indah daripada membina rumah atau kehidupan yang lebih baik.  Junta menghabiskan wang untuk perkara yang tidak berfaedah sedangkan raayat dibiarkan hidup melarat tanpa pembelaan.

Rumah-rumah petani amat dhaif dan ibarat rumah ayam diNegaraKu.  Kehidupan mereka lebih miskin jika dibandingkan dengan Cambodia yang dalam arus pembangunan yang pesat. 

Rumah mereka beratapkan jerami dan berdindingkan buluh sepanjang perjalanan siang yang pengembara lihat.  Kesihan bagaimana sebuah Negara ASEAN masih jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan negara barat, timur yang telah 50 tahun kehadapan.  Sesungguhnya mereka mempunyai sumber beras yang menjadi eksport dan makanan utama dunia tetapi tiada usaha dilakukan untuk memodenkan cara  bagi menfaatkan  sumber tersebut.  Petani hidup bergantung antara satu sama lain dengan dan lembu ternakan. 

MANDALAY

Mandalay menyambut kedatangan keretapi pagi dalam cuaca panas pagi dan stesyen keretapi ibarat pasar malam dengan penumpang, peniaga dan homeless bersesak-sesak mencari rezeki.  Pengembara bersahaja sahaja dan melihat bagaimana gelagat sebuah kehidupan yang pasti diharungi dan bagaimana untuk meloloskan diri dari ribuan manusia untuk mendapatkan rezeki sesuap nasi.

Stesyen keretapi Mandalay agak morden binaannya tetapi tanpa pengurusan yang sistematik dan lebih baik jika dibandingkan dengan Yangon.  Terletak ditengah-tengah bandar Mandalay yang dalam pandangan pengembara pembangunannya lebih membangun dan bersih.

Sehari di Mandalay adalah mencukupi untuk mengenali Mandalay secara dekat.  Satu tempat dan pasti menjadi kenangan ialah sebuah Istana lama. 

Mandalay Railway Station

Tetapi bagi pengembara, pencarian keatas umat Islam adalah menjadi keutamaan dan sempat melawat dan melihat beberapa buah masjid.  Perlu diingatkan bahawa di Mandalay ramai keturunan China berasal dari Yunan, China adalah masyarakat Islam yang paling ramai disini. 


Saudara Lukman seorang pensyarah, peniaga merangkap  Imam Masjid dan Isterinya Puan Suhaida dan anak mereka Saudara Terry Mah @ Mashuhao (Email theaccount6@gmail.com) memaklumkan bahawa di sekitar daerah Mandalay sahaja terdapat berpuluh Masjid untuk kegunaan umat Islam beribadat. 

Kami bertukar tukar pandangan ketika saya diberi  kemudahan fasilitas di kedai beliau untuk saya berehat sebelum meneruskan perjalanan. Saya amat berterima kasih diatas sumbangan keluarga beliau yang tidak terhingga seolah-olah kami telah lama berkenalan.  Walhal kami baru saja bertegur sapa dan bertukar maklumat peribadi.  Alangkah indah Islam, kerana  "Islam itu Bersaudara".


Seharian di Mandalay apatah lagi bersama keluarga Luckman yang budiman, kami berpisah dan pengembara meninggalkan Mandalay dengan menaiki bas ke Yangon.  Perjalanan dengan bas amat selesa sekali jika dibandingkan dengan keretapi.  Manakala tambangnya pula cuma USD 14 bagi perjalanan yang memakan masa 10 jam dengan dua kali berhenti rehat dengan bas yang cukup selesa.  Stesyen bus Mandalay terletak 30 minit perjalanan dari bandar dan amat tidak mesra pelanggan khususnya para pelancung dan pengembara.

Melalui Highway empat lorong yang serba canggih serta speed limit 100 kmj.  Pengembara amat teruja dengan pemandu bas di Myanmar.  Mereka mengikut speed limit yang ditetapkan walau pun mereka boleh memecut laju daripada kepantasan yang dibenarkan.  Satu yang menarik perhatian ialah mereka mempunyai satu kawasan rehat yang amat luas dan serba canggih dengan puluhan bas tersusun cantik menurun dan menaikan penumpang selepas berhenti rehat dan menjamu selera.  Terdapat tiga plaza tol sahaja dan  mereka mengenakan tol paling minimum dengan perkhidmatan ekpreesway yang selesa. 
Perkongsian Pengalaman

Tidak seperti diNegaraKu, dengan puluhan plaza tol serta bayaran yang amat tinggi  memaksa pengguna tiada pilihan selain menggunakan laluan tol untuk kesesuatu tempat. Sepatutnya kita perlu mencontohi negara lain khususnya Taiwan, Korea dan China yang membina psarana sistem jalanraya dan keretapi yang tercanggih untuk kemudahan raayat. NegaraKu membina jalanraya sebagai satu sumber pendapatan dan bukannya untuk kemudahan. Membina landasan keretapi berkembar ratusan km panjang tetapi keretapi boleh bergerak pada kelajuan 120 kmj.  Satu sistem ketinggalan zaman jika dibandingkan dengan China yang telah 30 tahun menggunakan trek 120 kmj dan sekarang digantikan dengan landasan bagi kelajuan 300 kmj dan keatas. Satu perkara yang amat tidak wajar dan berfikiran ketinggalan zaman serta menghabiskan wang raayat dengan tidak mendatangkan manfaat malah membebankan.

Sungguh pun Myanmar sebuah negara miskin tetapi mereka telah lama menggunakan sistem jalan keretapi berkembar daripada Yangon ke Mandalay.  Perlu dinasihatkan bahawa perkhidmatan keretapi Myanmar adalah tidak selesa dan tidak selamat.  Belum pernah sebelum ini saya menaiki keretapi dengan gaya seolah-olah menunggang kuda.  Anda akan dibuai kekiri dan kekanan dan melambung-lambung diudara pada tempat-tempat tertentu.  Pengalaman ini amat mengerikan pengembara dan menasihatkan pembaca agar menjauhi perkhidmatan keretapi Myanmar.   

Islam di Myanmar berkembang pesat.  Gerakan dakwah yang diketuai oleh jama'ah tabliq berada dimana-mana masjid.  Masjid diimarahkan sebaik mungkin dengan jemaah memenuhi masjid disetiap kali waktu solat.  Pada hari Jumaat pula menjadi satu fenomina baru dapat dilihat dimana Khatib akan membaca khutbah sambil duduk dan memegang chokmar tidak sebagaimana kita lihat dinegara-negara lain didunia.

Masyarakat Myanmar amat suka mengungah sireh dan pinang.  Oleh yang demikian mereka akan meludah sesuka hati.  Awas dan berhati-hati.
                Mimbar Masjid

     Shwedagon Pagoda Yangon

Kembali ke Yangon diawal pagi, pengembara melawat Shwedagon Pagoda, Pasar Bogyoke, Sule Pagoda, Sungai Ayeyawady dan keseluruhan bandar Yangon.  Kesemua tempat-tempat tersebut terletak kurang 5 km setiap satu.  Kawasan tumpuan pelancung dan lokasi membeli belah ialah Pasar Bogyoke di Boyyoke Aung San Road, kawasan sekitar Sule Pagoda dan di Jalan Anaurahta dan Jalan Maha Bandoola Garden.  Bagi penggemar jade harus berhati-hati agar tiada tertipu dengan barangan dan harga yang ditawarkan.  Bagi saya lain-lain barangan cenderahati adalah sama dengan bandar-bandar lain didunia tetapi harus dibayar dengan harga yang berlainan mengikut tukaran mata wang masing-masing.
                                                                          
                                                                     Yangon Attrations 
                                                               

                                                             Kayu Pewangi Myanmar
                                                                                       

Kunjungan pengembara kali kedua selama 6H/5M berahir disini.  Jika pembaca mempunyai pengalaman lain yang boleh dikongsi bersama, silakan email zainaltobiak@yahoo.com.my.   SALAM

                                            FLY TO BANGKOK FOR FLOOD EVENT

Thursday 17 November 2011

CHINA BEIJING THE ATTRACTIONS

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

BEIJING
                     Celebration  100,000 km Journeys

Metropolitan Beijing bukan asing bagi pengembara setelah tiga kali mengunjungi kota tersebut sejak tahun 2005 dan terahir pada 2010 semasa pengembaraan 3 Trans.  Adalah tidak keterlaluan bahawa semua tempat-tempat menarik telah kami lawati dengan menimba berbagai kenangan manis.

Bagi kunjungan terbaru, Beijing bukan lagi tempat  berbelanja  bagi penggemar berbelanja kerana harga barangan telah melambung tinggi jika dibandingkan dengan dahulu.  Kekukuhan matawang Yuan menjadi faktor utama disamping terlalu ramai pengunjung mengunjungi Beijing untuk berbagai tujuan. 

Bagi pendatang baru, pengembara ingin menasihati agar berhati-hati semasa tawar menawar untuk membeli sesuatu.  Contoh bagi  sepasang kasut  Nike  harga  yang  ditawarkan  ialah lingkungan  900Y   bersamaan   RM 450.00.  Tetapi pembeli perlu bijak bahawa harga tersebut  boleh turun ke 80Y bersamaan RM 40.00.  Lihat betapa perbezaan dan keuntungan jika kita kurang pandai untuk tawar menawar harga.

         Badaling Railway Station

Sebenarnya cerita diatas adalah selingan semata-mata. Pengembara sememangnya tidak berminat bercerita tentang perkara-perkara lain,  selain dari adventure tempat-tempat menarik, sejarah  dan kenangan.  Beijing mempunyai banyak sekali tempat-tempat sejarah yang  wajar dikunjungi bagi mengabdikan bagaimana kemajuan yang dicapai oleh orang-orang terdahulu berbanding dengan sekarang.  Mereka kreatif, berinovasi dan bercita-cita tinggi walaupun tiada kemudahan seadanya dizaman sekarang.  Hasilnya dari usaha dan kepintaran mereka tersergam indah salah satu dari tujuh  pembinaan ajaib didunia  selain binaan-binaan lain yang menjadi mercu tanda negara China khususnya di Beijing.

           The Great wall of China

Merentasi pergunungan sepanjang 1400 km memagari utara China daripada serangan kaum Mongol yang berasal dari Monggolia.  Setiap pelancung @ pengembara sudah pasti tidak akan melepaskan peluang menjejaki kaki mereka ke Tembok Besar Negeri China.  Ibarat kata jika sudah berada di Beijing, kalau tidak ke Tembok Besar Negeri China seolah-olah belum sempurna membuat lawatan ke Beijing.  Pengembara telah dua kali melawat TBNC dan dikedua-duanya adalah dari penorama daerah Badaling.

 Badaling Railway Station

TBNC boleh dilawati melalui empat tempat berasingan.  Walau bagaimana pun para pemandu pelancung lebih meminati untuk membawa pelancung melalui Beijing dan Tianjin daripada dua tempat lain.  Asasnya mudah kerana pengangkutan dan pasarana yang disediakan serta boleh beroperasi sepanjang tahun.  Daripada Beijing terdapat dua pengangkutan darat yang selesa, cepat dan murah disediakan untuk para pelancung, bus atau keretapi.


Perjalanan dengan keretapi lebih selesa dan cepat dan memakan masa satu jam sahaja untuk sampai, manakala jika menaiki bas masa yang diambil hampir dua jam tetapi tambang bas lebih murah daripada keretapi. Diingatkan bahawa diperhentian bas pembaca harus bersikap yakin kerana terdapat "ulat tiket" yang mengatakan tiada bus ke Badaling dan kena bertukar bus distesyen berhampiran.  Sebenarnya semua bas akan berhenti di Badaling Stesyen berhampiran dengan stesyen keretapi.  Rujuk http://www.beijingtransport.com/

Bukti sejarah adalah realiti.  Keindahan dan keutuhan binaan dapat dilihat dengan jelas. China satu bangsa paling rajin didunia dan mempunyai jatidiri yang tersendiri.  Megahnya bangsa China umpama tertegaknya Tembok Besar Negeri China itu sendiri.
                            
 Tienman Square Beijing

Dataran terbesar  pernah pengembara lihat dan berada disana.   Setiap pagi ribuan pengunjung akan hilir mudik disini sama ada pelancung atau peminat seni Taichi.  Disini juga terdapat sebuah mouseliem yang menempatkan mayat pemimpin agung China Moa Tze Tung.  Pembaca akan melihat ramai orang-orang China akan berbaris panjang untuk melihat pemimpin agung mereka.  Lambang petrotik sebuah bangsa yang berjaya.

Berikutnya ZBA akan membawa saudara ke sebuah Masjid yang tertua di Metropolitan Beijing.  Dikenali sebagai Masjid Nueji.  Sebuah masjid tertua dan sederhana besar terletak ditengah-tengah taman yang indah.  Disekitarnya  terdapat ramai masyarakat Islam dan kedai serta Restoran Muslim dan tidak ketinggalan 100M daripadanya sebuah Pasaraya dan Food Court Muslim diatasnya.  Juga beberapa buah hotel yang kemungkinan besar dikuasai oleh masyarakat China Islam.


Dari Masjid Nueji kita beredar sebentar ke Perkampungan Olympik Beijing 2008 untuk melihat mercutanda senibina terbaru bagi negara China.  Dibina disebuah tapak yang luas dan boleh dikunjungi mudah dengan menggunakan perkhidmatan metro bawah tanah.  Ketika ZBA berada disini, cuaca musim sejuk sudah mulai terasa dengan suhu telah pun menurun sehingga 8Celcius dengan tiupan angin kencang setiap hari.  Namun tanda-tanda  turunnya salji masih awal dari kalendar tahunan.


ZBA amat berbangga dan teruja dengan perancangan untuk membuat sesuatu oleh kerajaan China.  Mereka mengutamakan raayat dan mengeluarkan wang tanpa pembaziran  malah apa saja yang dibuat  dapat dinikmati bersama dan kekal buat selama ratusan tahun.  Inilah yang dikatakan perancangan dan inisiatif terbaik bukannya angan-angan sebagaimana NegaraKu.  Contohnya kita.  Membuat bendera terpanjang, kek terpanjang dan segala macam terpanjang, terbesar untuk Malaysia Guiness of Book Rekod.  Semuanya menghabiskan masa dan wang dan tidak lebih dari upacara pemujaan kepada pemimpin dan pembodekan yang tidak habis-habis oleh para-para macai yang haprak.  Kita patut mencontohi negara dunia lain bukannya kita mengatakan kita dicontohi mereka.

Summer Palace Beijing

 Daripada Stadium Olympik terbaru kita melawat Summer Palace yang dibina ratusan tahun dan kekal untuk tontonan umam masyarakat dunia hingga kini.  Masih utuh, cantik dan kaya dengan seni bina tempatan dan terletak diatas sebidang tanah yang luas dan berhampiran sebuah tasik yang indah.  Terletak hampir 35 km keutara Beijing tetapi jika bermetro cuma Yuan 2 bersamaan RM1.00.  Metro NegaraKu dari Setiawangsa ke Ampang Park pun sudah RM 1.60.

Semua berhubung Summer Palaca saudara boleh rujuk dalam web-web yang banyak tersedia. www.chinatravelguide.com , wwwchinahighlight.com, wwwchinamuslimtour.com dan sebagainya.  Dibawah ZBA hanya memaparkan gambar-gambar pilihan terbaik disekitar Summer Palace for you eyes only.



 





Selepas 7H/6M di Beijing, ZBA sempat merakamkan sedikit gambar-gambar sekitar Tianjin untuk tatapan bersama. 
Tianjin Mosque

Pemandangan Dalam Masjid-Masjid di China.  Mereka sujud diatas tikar jerami sedangkan kaki mereka diatas carpet yang tebal.  Satu situasi yang amat berbedza dari negara-negara lain.  Kata mereka paling 
rapat  Sujud  ditanah menunjukan lebih tunduk dan dekatnya penghambaan kita kepada Allah.  
Lihat saf-saf digambar atas dan bawah.


Pemandangan Indah Bandaraya Tianjin diwaktu pagi




 
Pemandangan 37,000 kaki di Udara dari pesawat Airbus 330 daripada Tianjin ke Kuala Lumpur.

Assalamualaikum.  SALAM





Tuesday 15 November 2011

KASHMIR SRINAGAR BEAUTIFUL LAKE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

SRINAGAR

Srinagar International Airport

Kashmir bukan nama asing bagi peminat filem-filem Hindustan diseluruh Dunia.  Pengembara kali ini akan cuba mencatatkan serba sedikit keindahan bandar ini melalui catatan bertulis tidak sebagaimana pembaca melihat dari sudut penceritaan dalam filem-filem Hindustan.  Sebelumnya kami telah mengembara keseluruh bahagian India meliputi Amristar di utara dan Kolkatta di selatan dan kembali semula ke New Delhi.  Saya bersama teman pengembara berada 3 hari di Srinagar dalam wilayah Kashmir India.

Daripada New Delhi Domestik Terminal Airport, penerbangan awal pagi pesawat Airbus 320 milik penerbangan Indigo meluncur terjah keudara menuju Srinagar di timur New Delhi.  Masa penerbangan ialah satu setengah jam dengan cuaca amat jelas dari ketinggian 35,000 kaki diudara melintasi kawasan tanah tinggi pergunungan yang amat indah.  Banjaran Himalaya sayup-sayup mata memandang dicelah celah kepulauan awan yang berarak megah.

     Penerbangan Indigo Menghampiri Srinagar

Bumi Kashmir terpampang indah diparas 2,000 meter dari udara.  Gunung-ganang seolah-olah tersusun indah, tanaman kontan menghijau dan lembah-lembah dipenuhi dengan penduduk. 

Pesawat Indigo terbang rendah melintasi bandar Srinagar dan krew mengingatkan kami agar kembali ketempat duduk masing-masing dan pesawat akan mendarat beberapa minit kemudian.  Deruman injin pesawat bergema dan pesawat melayang diatas landasan dan Alhamdulillah kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Srinagar.  Melalui tingkap kecil pesawat saya dapat melihat kawasan landasan dengan jelas. Oh, teriak hati kecil saya apabila melihat objek-objek kerangka simen disepanjang landasan.  Rupa-rupanya saya dan sahabat sedang memasuki zon peperangan yang dikawal begitu ketat sekali oleh pasukan keselamatan tertera dan separa tentera.  Pesawat menyusur dan berhenti diruang menaik dan menurunkan penumpang. 

Keadaan diruang Imigresen dan Kastam sememangnya dilihat sebagai 'tention'.  Kakitangan lapangan terbang tidak semesra sebagaimana lapangan-lapangan terbang lain yang pernah saya masuki. Keadaan serba tidak kena, perjalanan kita seolah-olah diperhati dan dicurigai.  Apa pun saya belajar dari pengalaman untuk meloloskan diri dengan mudah dari kaunter imegresen mahupun kastam.  Lemparkan sebuah "Senyuman" walaupun terpaksa.  Senyuman itu adalah ibadah.  Berkat senyuman, walaupun saya berjambang dan Islam memang dicuriga di Kashmir, saya diterima baik dan semua urusan berjalan lancar.  Sungguhpun begitu kami berasa bersyukur kerana kebanyakan kakitangan lapangan terbang adalah berugama Islam dan memudahkan kami berkomunikasi dengan sekali ucapan Assalamualaikum.
Alangkah bertuahnya bumi ini sekiranya kedamaian ujud dan impian damai dan bebas dibumi sendiri menjadi kenyataan.  Rupa-rupanya hujan peluru masih berdesing ditelinga.  Penduduk dalam ketakutan dan semua aktiviti harian berhenti seolah olah tidak bernyawa.  Bumi yang bersih dengan pemandangan yang indah seolah-olah tidak membawa apa-apa pengertian. 

Dari lapangan terbang ke hotel penginapan kami tiada mempunyai pilihan melainkan menggunakan kenderaan yang diberi permit khas keselamatan untuk kedestinasi. 

Sekali sekala terasa pula seolah-olah VIP diiring sehingga kedestinasi tujuan.  Sepanjang perjalanan adalah "cerfew" dengan setiap kilometer terdapat sekatan jalanraya yang diketuai oleh Angkatan Bersenjata India lengkap dengan menyandang AK 47 dan belantan panjang.  Rasa takut, cemas, waspada sememangnya terdetik  dihati sanubari sesiapa sekali pun jika  berada dalam zon  begini.  Bagi saya senjata adalah mainan, tektik masih diingatan tetapi peluru tidak pernah mengenal sesiapa.  Bertawakal dan berserah kepadaNya sebagai seorang yang beriman.

Krisis Srinagar bermula disini selepas seorang kana-kanak Islam ditembak mati oleh pasukan keselamatan.
Sepanjang perjalanan satu jam kami ke hotel suasana digambarkan sebagai mati dengan semua aktiviti ekonomi lumpuh sama sekali.  Tiada kenderaan awam, kanak-kanak berlari, manusia  berulang alik dijalanan kecuali pasukan beruniform dan kenderaan tentera berlegar dikeseluruhan Srinagar.  Kami difahamkan bahawa situasi ini telah berlalu hampir sebulan yang lepas.  Statistik kedatangan pelancung menurun dengan mendadak dari ribuan sehari kini dua puluhan sehari. Inilah nasib sahabat-sahabat kita semuslim ketika itu dikawal ketat oleh anggota tentera India yang tidak seagama dengan mereka.  Universiti,  sekolah dan pejabat-pejabat  kerajaan ditutup. Srinagar ibarat dilanda badai Tsunami kefobiaan dan kebencian yang teramat sangat kepada penguasa yang didatangkan untuk mencengkam bumi Kashmir yang menuntuk hak dan kebebasan.

Tidak banyak gambar dapat dirakamkan dalam perjalanan dan kami sampai di hotel penginapan terapung di Lake Dall (Hotel Green  View) house boat dengan menyeberangi menaiki sampan selama 10 minit.

Alhamdulillah kami memilih tempat yang berketapan sekali dari segi lokasi, kebersihan, bilik dan segalanya serba luxury dengan harga RM 40.00 semalam termasuk  makanan dan penginapan bagi dua orang. Sila lawati www..............
 


Berehat sebentar dan Alhamdulillah kami dimaklumkan melalui perbesar suara bahawa perintah berkurung telah dilonggarkan selama empat jam sehingga jam 7.00 malam.  Walau bagaimana pun suasana tegang dan waspada pihak keselamatan kepada penduduk seolah-olah tidak banyak mengubah keadaan.  Pemilik GH yang juga pemandu pelancung kami Saudara Abdul Ghaffar mengambil kesempatan ini membawa kami melawat tempat-tempat bersejarah disekitar Srinagar. 

Taman Maharaja Silam


                     Lake Dall Srinagar

Perjalanan kami mengelilingi Lake Dall disamping  melawati Taman Maharaja Zaman silam, perusahaan kraftangan dan pembuatan permaidani dengan sulaman tangan, Masjid Jame' Srinagar, pasar dan pusat membeli belah mengambil masa hampir empat jam.  Keindahan Lake Dall saya akan gambarkan melalui gambar-gambar terpilih untuk tontunan pembaca.

           Gambar sekitar Lake Dall Srinagar

   Aktiviti Setempat dan Pelancungan Lake Dall



Perkongsian Pengalaman

Masakan Kashmir adalah masakan orang-orang India.  Tiada banyak perbezaan dari segi rasa dan dihidangkan  dengan nasi yang masih panas.  Jika memesan dan memilih makanan harus berhati-hati jangan sampai yang dipesan lain yang datang.  Saya pernah memesan Vegetable Curry tetapi yang sampai "Kari Kacang Kuda".  Hidangan kari daging kambing segar sememangnya enak tiada tandingan dengan kuah pekat dan pedas sesedap rasa. Tiada santan digunakan dalam masakan Kashmir malah mereka menggunakan campuran rempah ratus sahaja. 
Kashmir daerah penganut Islam dan setiap wanita adalah aurat.  Di Srinagar memang susah untuk menemui wanita bersendirian kecuali dengan keluarga.  Berbakaian cara Islam dan menutup aurat dan memang susah untuk diketemui apatah lagi bertemu dan bertukar pandangan.

Dalam sejarah pengembaraan  belum pernah saya mengalami permeriksaan lapangan terbang yang sehebat dan seketat di Srinagar.  Selepas mesin pengimbas objek, terdapat empat pemeriksaan manual dan sebelum menaiki pesawat sekali lagi penumpang diperiksa oleh mesin pengimbas.  Enam kali kesemuanya barulah saya dibenarkan menaiki pesawat.  Semua barangan dipunggah dengan diperhatikan satu persatu oleh satu atau dua pegawai berpangkat.  Dari segi keselamatan sememangnya bagus tetapi kejutan kepada pelancung dengan tension dan  emosional. 
Kami berhasrat untuk ke Gulmurk tetapi keadaan tidak mengizinkan.  Ketika lawatan kami tiada perkhidmatan keretapi menghubungkan Srinagar dengan bandar-bandar lain di India.  Dan kami difahamkan bahawa perkhidmatan keretapi menghubungkan bandar peranginan ini akan bermula seawal tahun hadapan.  Kami meninggalkan Srinagar diawal pagi dalam suasana curfew dan melalui puluhan sekatan jalan raya sebelum sampai ke lapangan terbang.  Hanya senyuman mempercepatkan perjalanan kami.
Kami terbang jauh bebas diudara.  Penduduk Islam Kashmir dalam penderitaan belum ada tanda noktahnya.  Reuter, AP, AFP jangan dipercayai apa yang ditulisnya. Lain dipandang dan lain pula tulisannya.  Oleh yang demikian lawatilah saudara-saudara kita sesungguhnya mereka bukan memohon simpati malah darah dikorbankan untuk Bumi Islam Kashmir Tercinta.  SALAM

                                                                ISLAM IS THE TRUE