Friday 22 June 2012

FRANCE PONT DU GARD

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,


Cuaca   berada  dalam  sekitar  16C, ZBA meneruskan  perjalanan  menuju Pond   Du  Gard  (France)  daripada Barcerlona  (Spain).  Kami back trek mengambil  jalan   kembali   ke Arles dan  membelok  ke  Pond  Du  Gard.  Perjalanan mengambil masa dua  jam dengan jarak  141  km.Dikiri   kanan jalan tanah pamah yang  luas  dengan berlatar   belakangkan   pergunungan yang     diseliputi     salji.     Terdapat banyak juga kilang-kilang perusahaan dan    ladang-ladang    anggur    serta buah-buahan yang lain.

                                                Pertama kali setelah melangkaui beberapa negara Eropah ZBA mendapati satu kelainan yang sepatutnya diamalkan diNegaraKu.  Disebuah tol di France, mereka tidak menggunakan juruwang semasa memungut bayaran tol malah semuanya dengan finger tips. Semua pemandu kenderaan membayar dengan menggunakan mesin yang disediakan samaada dengan wang kertas, syling atau credit card.  Canggih dan didapati amat mudah daripada yang diamalkan diNegaraKu.  Tiada kesesakan malah kenderaan berjalan lancar dan tiada queing dibelakang sebagainana kita lihat di tol-tol pemangsa jalan raya di engara 1M.

Menjelang tengahari, dengan cuaca agak panas tetapi masih memerlukan jecket,  ZBA memasuki kota lama Pont Du Gard.  yang merupakan sebuah jambatan saluran air (Aqueduct bridge) sejak zaman Romawi kuno yang merentasi Sungai Gard (Gard River) di selatan France.  Dari jauh kelihatan ibarat tembok besar sebuah jambatan unik, tinggi dan kukuh  merentangi Sungai gard.



Pont Du Gard adalah merupakan sebahagian daripada 50 km pintu saluran air pembinaan zaman kuno yang mengalirkan air daripada Uzes menuju Nimes di selatan France.  Terletak di Vers Pont Du Gard berdekatan Remoulins.  Pintu  saluran air ini dibangunkan oleh bangsa Romawi yang kretif pada abad pertama sebagaimana tercatat dalam catatan pendaftaran UNESCO sebagai status warisan dunia pada tahun 1985.



Mencactatkan sebagai sebuah pintu jambatan air zaman Romawi tertinggi dan tercanggih setelah Aqueduct of Segovia dalam kelas sezamannya.  Memiliki tiga tingkatan lingkungan pada paras ketinggian 48.4 m dan dapat menyalurkan bekalan air sekitar 200 juta liter setiap hari kepada warga setempat Names dan kawasan sekitarnya.  Sebuah peninggalan sejarah yang menakjubkan dan lokasi ini wajar untuk dilawati bagi mengambil iktibar daripada manusia dizaman tersebut atas kejayaan mereka  menghasilkan idea untuk pembinaan Pont Du Gard yang masih utuh sehingga kehari ini.

Bagi melihat kedudukan monument ini dari dekat, kita harus berjalan kaki untuk satu perjalanan melintas jambatan dan berahir di seberang daripada perjalanan asal.  Kekaguman memang terserlah bagi mana-mana pelancung  yang telah melihat dari dekat Pont Du Gard.





Le Pont Du Gard Map



Aku keletihan sebelum meninggalkan Pont Du Gard.



Bonsai disebuah taman di Le Pont Du Gard





EUROPE ON SHOESTRING

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi maha Pengasihani

Assalamualaikum,
  
Hijrah peluang untuk ZBA mengubah diri.  Jauh sekali daripada ingin menunjuk-nunjuk dan sombong membangga diri.  Bukan kerana nama, pangkat dan darjat tetapi tidak lebih daripada mencari keredhaan.
FirmanNya " Wahai Manusia, Kami jadikan kamu dari kalangan  lelaki dan wanita, berpuak-puak dan berbagai bangsa supaya kamu dapat berkenal-kenalan diantara satu sama lain.  Sesungguhnya semulia-mulia manusia disisi  Kami   ialah   orang   yang paling bertakwa diantara kamu". Oleh yang demikian,  penghijrahan adalah peluang terbaik bagi individu mahupun kumpulan  untuk mengubah diri kearah yang lebih baik.  Baik dari segala yang terbaik disisi  Allah.
Dengan berhijrah diharap minda sesaorang itu akan lebih terbuka dalam menerima, mengenali, memahami khazanah yang Allah bekalkan yang terdapat didalam dunia ini.  Seawal umur ZBA 15 tahun penghijrahan telah berlaku dalam hidup. Seluruh Semenanjung Malaysia telah dijelajahi termasuk Selatan Thailand.  Semasa di luar negara ZBA meletak harapan yang begitu  tinggi untuk mengenali dengan lebih dekat kehidupan sesebuah masyarakat itu dari kacamata sendiri.



                                                                                                Mengenali dan mengetahui budaya mereka dan mengambil yang terbaik untuk dijadikan contoh bagi membangunkan ummah.  Manakala sifat-sifat negatif sesuatu budaya itu dijadikan batu sempadan kearah memantapkan keimanan kepada Allah.    

Pada masa yang sama ZBA juga ingin menimba ilmu pengetahuan khususnya Ilmu Pengembaraan bagi menambahkan keyakinan dalam diri untuk berhadapan dengan masyarakat serta mengubah daya diri dari sifat negatif kepada seorang yang lebih positif dan matang.  Itu adalah pengertian sebenar hijrah dan keyakinan buat memanfaatkan kepada jenerasi akan datang khususnya yang sealiran minat. 




Nukilan ZBA disini adalah untuk semua dan ZBA amat mengalu-alukan sebarang kritikan yang membina supaya Bangsa Melayu lebih berkeyakinan dalam diri sendiri dan membangun bersama bangsa-bangsa lain yang jauh lebih maju kehadapan daripada kita.  Sepanjang penghayatan ZBA ketika ini, menunjukan Bangsa Melayu lebih senang mendengar daripada melihat.  Mudah terpengaruh dan senang mempercayai.  Akal diketepikan kerana kepercayaan kepada telinga yang mendengar. Mata dikesampingkan  kerana kelunakan telinga yang mendengar.  Otak dijana untuk mempercayai tanpa melihat. Akibatnya mata menjadi buta dan hati bertindak sesuka hati. Perasaan emosi menguasai akal.  

Perut disumbat dengan bahan subsidi entah halal entah haram.  Asalkan kenyang maka tidurlah dibuat mimpi indah. Mimpi indah bercampur air lior basi yang tidak  berkesudahan. Berdengkor ibarat kumbang menggali sarang.


Sedihnya mimpi Bangsa Melayu walaupun indah tetapi tidak sama dengan mimpi bangsa-bangsa lain.  Mimpi bangsa-bangsa lain ialah mimpi yang ditolak keotak untuk berfikir tetapi mimpi Bangsa Melayu ditolak kedubur untuk dijadikan kentut sebelum membuang najis.  Oleh yang demikian Bangsa Melayu wajib berhijrah dari satu tempat kesatu tempat yang lain seperti apa yang dinyatakan berhijrah kerana ingin mengenali dunia dengan lebih mendalam disamping mengubah persepsi diri itu sendiri.  Hijrah ubah persepsi.  Hijrah mengubah mental, fizikal dan sosial.


Kemajuan Bangsa Barat dalam ekonomi, teknologi, informasi dan sebagainya adalah usaha membangun dan merangka kerangka tersendiri.  Kita NegaraKu berbangga sebagai negara yang unik.  

Mempunyai nilai dan budi bahasa yaag tinggi dan tersendiri.  Merangkumi masyarakat berbilang kaum tetapi boleh hidup dibawah satu negara secara aman dan damai.  Satu sifat puji diri dari pencacai yang menjahanamkan kemajuan bangsa sendiri.  Apa kena mengena mempunyai masyarakat berbilang kaum dibandingkan dengan kemajuan yang diperlihatkan oleh Bangsa-bangsa lain ?.  Kita lihat selepas ini, apakah benar kita satu-satunya negara berbilang bangsa.  Usah jadi SiKitol mencacai kesana kemari, sesedar bersembur tahi tanpa disedari.


Europe on Shoestring adalah kesimpulan daripada pengembaraan mengelilingi Eropah yang dipaparkan dalam blog yang berasingan secara lebih terperinci.  Ini hanyalah kupasan secara menyeluruh tentang komuniti Eropah secara keseluruhan.  Selama ini kita hanya mendengar lebih banyak tentang kebaikan mereka daripada keburukan yang mereka lakukan.  Apapun yang baik diambil dijadikan contoh dan yang negatif ditinggalkan sebagai teladan.


Secara amnya meraka adalah daripada bangsa penjajah yang menggunakan tipu helah bagi mengusai dan menjahanamkan sesebuah negara.  Mengaut keuntungan dengan paksaan dan menjadikan penduduk tanah jajahan sebagai hamba dan mereka sebagai tuan tanah yang terhormat.  Namun begitu ada juga segelintir penduduk tanah jajahan yang bersengkongkol menjahanamkan bangsa sendiri.  Mereka juga adalah bangsa yang paling kejam terhadap umat Islam dari dulu sehingga kehari ini.
Diawal  pagi ZBA bersama teman selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London Terminal 4 dalam cuaca sejuk dan hujan rengai-rengai.  Alhamdulillah tiada banyak kerenah semasa dalam urusan imigresen mahu pun kastam.

Berlainan sekali diNegaraKu samaada melalui KLIA atau LCCT, pihak Kastam tidak langsung memperdulikan apakah barangan yang dibawa masuk oleh para penumpang.


Kita mempunyai mesim pengimbas canggih yang dibeli dengan jutaan RM dan Pegawai Kastam berpaku dan berbalak dibahu tetapi sekadar menunggu dimesim pengimbas bersama handphone ditangan. Inilah sikap kakitangan yang kita ada yang setiap bulan ZBA lihat. Selang seminggu, sebulan maka terpaparlah didada  media, kenyataan Pengarah Kastam KLIA atau pihak Polis.  "Tangkapan dadah besar-besaran". Bunyinya macam satu kebanggaan tetapi salah siapa ?.  Jawapannya kita  sendiri  yang


terjawab.  Ini tidak diambil kira yang sudah terlepas masuk dan disalahgunakan
oleh
para
penagih.  Sampai bila kita harus menuding jari dan menyalahkan sesama sendiri.  Sebenarnya kita tidak amanah. Pegawai kastam  kita tidak bertanggungjawab, pegawai atasan  tidak peka dan kementerian hanya dengan arahan dan menteri dengan hanya "talk cock". Pengalaman ZBA di New Zealand mengajar kita erti tanggungjawab dan erti keselamatan.  Habis sehingga seluar dalam diperiksa tidak cukup lagi selepas didiklearasikan. Dimasukan dalam mesin pengimbas, keluar diperiksa satu persatu disamping berbagai soalan ditanya.  Akhirnya ketegasan demi keselamatan terserlah.  Sebiji limau orange yang dibawa dikorbankan didalam tong sampah bersebelahan dengan mata putih memandang.

Tapi itu adalah tanggungjawab mereka.  Tahniah kerana mereka menjalankan tanggungjawab demi New Zealand tercinta walau pun masa telah  menunjukan jam satu tengah malam. 



Dua perkara yang agak ketara untuk renungan bersama.  Pertama. Ramai kakitangan lapangan terbang yang bertugas ketika itu adalah terdiri daripada bangsa pendatang seperti India, Pakistan, Bangladesh dan negara-negara Afrika. Kedua.  Kawalan keselamatan lapangan terbang berada ditahap tinggi dan diyakini.

Tengaharinya ZBA membuka langkah menjelajah Kota London yang selama ini amat dibanggakan oleh puak-puak diNegaraKu.  Indah kyabar dari rupa.
                                                              Tidak banyak yang dapat diceritakan.  Kotanya kotor dan tidak seindah nama. Kami naik tube dan turun tiub merayap.  Naik tube dan turun tube merayap. Naik tube dan turun tibe merayap.  Keluar matahari dan balik bulan.  Tidak kurang dalam jangkaan 10 km merayap pusing keliling sehingga tertidur dalam tube.

Besok diulangi perkara yang sama tetapi kali ini naik turun bus "Hop in Off dan River Cruise".  Perkara yang sama dilakukan.   Kurang lebih 30 km berjalan bagi 3H/2M  yang  pertama  di Kota  London.  ZBA
hatam Kota Landon dalam masa tersebut.  Sebut sahaja dimana attractions place dikota London, Insyaallah mungkin tiada yang ketinggalan.

Kita belajar dari pengalaman dan kacamata kita sendiri.  Menjadi kebanggaan ZBA, Kota London mempunyai sistem tranportasi yang mengkagumkan.  Walaupun sistemnya agak out of date tetapi keberkesanan, keselamatan dan kelancarannya berada ditahap paling tinggi.  Kosnya sederhana murah dan berada dalam lingkungan mampu bayar dengan keselesaan yang disediakan.

Makanan amat murah dikota London khususnya barangan keperluan harian jika dibandingkan dengan negaraKu. Contoh seperti buah-buahan, barangan keperluan dapur, beras, minuman, sayur-sayuran dan sebagainya.


Kedai 1Malaysia hanya gimik malah tidak lebih daripada propaganda murahan untuk  mencekik selagi boleh.  On shoestring mengorak langkah meninggalkan London menuju Pelabuhan Dover.  Daripada Dover menyeberangi Selat Inggeris ke bandar pelabuhan Calais ditanah besar Eropah yang mengambil masa selama dua jam.


Pengalaman Pertama.  Semasa keluar meninggalkan England kita dimestikan untuk turun daripada kenderaan di Pejabat Imigresen untuk mengecop passport.  Tetapi kita tidak perlu pula untuk mendapatkan setem bagi   memasuki

Negara-Negara Eropah (EU) yang lain selepas ini.  Satu sistem yang dianggap unik amnya bagi NegaraKu yang raayatnya tidak diperlukan memiliki Visa untuk melawat semua Negara-negara (EU).

Pengalaman Kedua.  Semua Negara-negara Eropah (EU) tidak mempunyai "No men land" sebagaimana semua negara-negara didunia.  Tidak ada pagar sempadan yang memisahkan diantara mereka.  Tidak ada Pejabat Imigresen dan juga  Kastam.

Tidak ada anggota Tentera atau Polis berkawal disempadan.  Tidak ada "Well come atau see you again".  Tidak ada gerai perniagaan ditepian jalan diantara kedua negara.  Menjadi teka teki  kepada pembaca untuk  mengenalpasti   dan   mengetahui   dinegara   mana      kita

berada sekarang.  Walau bagaimanapun keadaan boleh dikenalpasti dengan tulisan pada papan-papan tanda  ditepi-tepi jalan.  Atau pun dengan melihat Number pendaftaran pada kenderaan yang lalu lalang.



Pengalaman Ketiga.  Number Pendaftaran kenderaan di EU adalah sama bagi semua negara.  Apa yang membezakan diantara kenderaan mereka ialah pada kod negara tertentu sahaja.  Semua kenderaan adalah  pemanduan disebelah kanan.

Ingat potong kiri dan jangan potong kanan.  Semua persimpangan memasuki R&R akan dipasang camera litar dan R&R mereka adalah serba lengkap walaupun agak kecil jika dibandingkan dengan R&R di Myanmar. Peringatan, kebanyakan tandas di R&R dikenakan bayaran.  Jangan lupa untuk membawa persediaan syling mengelakan daruzat semasa kecemasan.  Juga apabila membeli choklat, pastikan pembaca lihat kepada ramuan yang dicatatkan.  Jika tersalah beli, nanti-nanti choklat tersebut terkena yang mempunyai campuran alkohol.





Pengalaman Keempat.  Pengalaman menggunakan  lebuhraya di EU memang canggih dan secanggihnya.  Jangan usah dibandingkan dengan NegaraKu.  Mereka ada lebuhraya kita pun ada lebuhraya.

Tetapi lebuhraya kita  macamana dan lebuhraya bagaimana ?.  Lebuhraya NegaraKu, nama sahaja lebuhraya tetapi kesesakan disana sini.  Mereka berjenama lebuhraya untuk perjalanan yang lancar dan selesa. Sikap pemandu mereka berhemah, tiada potong kanan dan potong kiri.  
Apabila memotong terus meninggalkan lorong laju otomatik kelorong mengikut kederasan kenderaan.  Bukan buat deeeek macam pemandu diNegaraKu.  langsong tidak memikirkan orang dibelakang. 

 Seolah-olah dia sahaja yang membayar cukai jalan dan kita cuma menumpang.  Sikapnya jelas.  Aku apa peduli.


Lebuhraya diNegaraKu, leburaya maut dan lebuhraya mengaut keuntungan.  Lebuhraya di EU, lebuhraya raayat untuk keselesaan semua.  Pengalaman ZBA mengharungi 8,044 km selama 26 hari diatas lebuhraya EU, ohhh, hebat dan membanggakan.



Tiada satu pun kemalangan samaada kecil atau besar dilihat dihadapan mata.  Lebuhraya diNegaraku sejengkal sahaja melalui beratus liku dan menaik dan menurun lurah dan gaung.

Ratusan kemalangan dengan kematian setiap hari dilapurkan.  Lebuhraya EU sedepa panjang, mendatar dan lurus memanjang.  Contah di German, kelajuan 130 ksj tetapi dinobatkan sebagai negara yang mencatatkan kemalangan terendah dan paling selamat memandu di EU.  Motosikal tak main bagi mereka kecuali yang berkuasa tinggi, itu pun jarang-jarang kelihatan.

Pengalaman Kelima.  EU sebuah komuniti negara-negara maju.  Hidup dalam aman dan damai sungguhpun terdapat berpuluh bangsa dan etnik didalamnya. Bandaraya bersih dengan pembangunan yang terancang.   Tetapi   maaf,  kota  London  dan  Paris

below expectation kerana kotor jika dibandingkan dengan populariti sebagai kota terbesar didunia.  Sebut pasal shopping complex, woo, keduanya memang canggih.  ZBA ada juga sekali sekala mengendap dikedai-kedai mewah diseluruh kota EU sungguh pun tidak berhasrat untuk

membeli sesuatu.  Masakan untuk membeli belah digedung, bagi ZBA kedai ditepian jalan sekali pun sudah tidak mampu untuk dijengok apatah membeli jika bergelar pengembara jalanan. Ya, kota-kota EU memang hebat.  Bersih dan bersistematik.  Tiada kedai cetok ditepian jalan.  Tiada kedai haram diatas pejalan kaki.  Tiada kedai makanan atau menjual kueh dikaki lima atau enam jalan.  Tiada restoran segera dibelakang deretan kedai dan dicelah bangunan.


Mereka bukan Key El.  Sebut saja dimana-mana tempat kegunaan awam berselirak dan bersepah orang berniaga.  Sama ada berlesen atau tidak bukan persolan.  Bersih atau kotor bukan pertimbangan.

                                                                               Mengganggu hak asasi orang lain bukan  persoalan.  Apabila dibenteras pihak berkuasa. Zalim, kejam dan tidak bertimbang rasa. Pacak papan tanda UmNo dan benderanya, kes selesai. 

 Ini fenomena NegaraKu. Sampah dimana-mana.  Sekali hujan, banjir dimana-mana.  Bertan-tan sampah ditolak keluar.  Masmedia pencacai, mencacai kita juga yang dipersalahkan. Manusia Politaik meroyan siang dan malam. 

Hasilnya sekali air bah sekali sampah berubah. Sikap masih tidak berubah.  Politaik mengatakan Haram Jadah.

Paling teruk dewasa ini ZBA lihat ada tren menjadikan bangunan Hospital dan  pentadbiran sebagai tempat perniagaan. Tidak cukup dengan taman reakrasi, jalan raya, pejalan kaki dan lain-lain kini masuk pula kedalam bangunan bertaraf berbintang  Penuh dengan kiosk-kiosk diruangan laluan pejalan kaki.

Sesak dan amat tidak praktikal. Contoh, Institut Jantung Negara, Pusrawi dan bangunan MIDA dan mungkin banyak lagi.  Kesihan kepada pesakit yang disakitkan sebelum mendapat rawatan.

Pengalaman keenam.  Negara-negara EU bersih dimana-mana keseluruhannya.  Jarang sekali  kita temui kertas, plastik, botol-botol plastik kosong dan khazanah yang tidak berharga bertebaran kecuali puntung rokok.

Tiada rumah-rumah haram dicelah-celah rumah halal.  Senitaman dibina dihadapan rumah berserta setti dan bukan sebagai tempat letak kereta. (Gambar diatas diambil di Belanda).  Memang patut gelaran rumahku, syurgaku diberikan kepada mereka.










Pengalaman Ketujuh.  DinegaraKu riuh rendah media pencacai memaparkan harga minyak petrol dengan dibandingkan dengan Negara-negara Asean yang lain (Bukan negara pengeluar minyak).


Konon raayat 1M menikmati subsidi minyak daripada penguasa.  Pepatah Melayu menyebut, cakap siang pandang-pandang dan cakap malam dengar-dengar.  Cakap ZBA, jangan hendak membohongi manusia yang celek.

Pemberian Allah yang terbaik ialah fikiran dan pancaindera.  Sepanjang ZBA di EU, memang sengaja diperhatikan bahawa harga minyak mereka berada dibawah Euro 1.95.  Paling murah ialah di Switzerland Euro 1.41 seliter.

DiNegaraKu RM 1.95.  Jadi apakah benar kita menerima subsidi berbilion RM setahun sebagaimana yang diwar-warkan.  Apakah semua negara UE sebagai negara pengeluar minyak ?.


                                                           
Bagaimana tentang    Switzderland
yang berada ditengah Eropah menikmati harga minyak yang paling rendah.  Semua ini terjadi kerana penguasa diNegaraKu hanya pandai bercakap tetapi tidak pandai untuk melihat.

Pengalaman Kelapan.  EU mempunyai ladang sejauh mata memandang boleh dikatakan disetiap negara.  Paling ketara di Perancis dan Germany.  Ladang mereka ibarat permaidani tetapi peliknya jarang kelihatan petani berada diladang.



                                           Pengalaman 
Kesembilan.  Sistem pengangkutan Metro mereka amat canggih dan berkesan sekali.  Tidak ada kesesakan jalanraya dan pergerakan kita adalah dalam jangkamasa yang dirancangkan.



Pengalaman kesepuluh.  Tiada langsung kelihatan rumah-rumah haram di Eropah.  Mereka juga tinggal di Flat, apartment, Kondo dan sebagainya tetapi tiada kelihatan langsung penyidai kain tergantung.  Bolehkah pengalaman yang ZBA paparkan ini mengubah fikiran kita dan adakah kita setanding dengan mereka berdasarkan kepada percakapan dan tulisan media pencacai di1M.














Setelah dipaparkan sepuluh kesan positif untuk kita renung bersama,  kini ada dua perkara negatif yang pada pandangan ZBA mencacatkan kesan buruk dan amat tidak wajar dibenarkan dimana-mana tempat awam walau pun dimana sahaja.  Lukisan abstrek ini terdapat dimana-mana di negara Eropah.  Paling ketara di Germany , France dan Kota London.  Satu pandangan yang mencemarkan mata memandang.




Pembaca boleh bayangkan sendiri lukisan yang diagungkan oleh segelintir manusia tetapi telah mencemar seluruh badan sebuah keretapi yang digunakan oleh jutaan manusia.  Rakaman ini tobiak travel merakamkan disebuah stesyen keretapi di Bandaraya Rome, Italy


France sebuah negara maju di Eropah.  Malang perangai raayatnya masih ada yang jakun.  Tidak bertamadun sebagaimana  diharapkan.  Dalam soal ini bukan warna kulit menjadi ukuran malah semuanya sama.  Tidak terfikir difikiran ZBA bahawa kelakuan buruk ini akan terjadi dihadapan mata sendiri.  Pembaca boleh bayangkan bagaimana mungkin dengan sistem yang canggih manusia boleh melintasi barrier untuk masuk dan keluar sesuka hati daripada kawasan berbayar untuk menaiki metro.  Lintang pukang gulungan ini menggelinap menuruti buntut kita, keluar dan masuk metro tanpa membayar tambang.  Satu tabiat yang biadap dan tidak bersopan langsung.  Oleh yang demikian kita harus berhati-hati dan senantiasa berawas agar tidak dirempuh oleh mereka khusus diwaktu puncak.

Europe on Shoestring tips :

Berlgium (Choclate terbaik).  Germany (Teknologi serba canggih).  Switzerland (Negara tercantik).  Czech Republic (Beer terkenal dan murah).  Italy (Jalanraya terbaik).  France (Sejarah & Teknologi). Spain Kebudayaan & Sejarah). Austria (Sejarah). Holland (Terusan).

Saudara pembaca boleh menilai sendiri hasil cacatan seorang pengembara jalanan dan sebagai manusia biasa, "tobiak travel" amat mengalu-alukan sebarang komen demi untuk membina sebuah masyarakat yang melihat dari kaca mata sendiri daripada menjadi pendengar yang setia kepada telinga.


EUROPE ON SHOESTRING 8,044 KM