Wednesday, 19 October 2011

INDIA ZOOLOGICAL JAIPUR

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

Salam dengan harapan Allah masih memberi kita rahmat dan nikmat sepanjang masa.  Ini merupakan kali  ke-3 saya melewati bumi India secara total dari timur ke barat dan dari selatan keutara dan seluruh Benua kecil India.  Catatan  kali ini akan berkisar kepada kesan-kesan peninggalan sejarah maharaja India yang terdapat dibandar Jaipur.

Penerbangan daripada Kuala Lumpur mengambil masa hampir 6 jam 30 minit dan kami mendarat dengan selamat dilapangan terbang Antara Bangsa Indra Gandhi India.  Sebagaimana biasa dalam penerbangan tersebut cuma terdapat kurang daripada 10 orang pelancung Melayu dan termasuk dua pengembara dari Malaysia. Alhamdulillah, kami tidak bermalam di New Delhi memandang kami akan kesini lagi diperjalanan balik dan sementelahan kami pun pun membeli tiket keretapi melalui laman web untuk meneruskan perjalanan malam ini ke Jaipur.

Jaipur satu nama indah dan bandar bersejarah bagi maharaja-maharaja India sebelumnya dan untuk sampai kesana kami menggunakan perkhidmatan keretapi kerana lebih selesa dan selamat.  Semalaman perjalanan kami sampai distesyen keretapi Jaipur seawal jam 6 pagi dan ketika ini Jaipur telah pun membangunkan penghuninya untuk mencari sesuap nasi bagi meneruskan kehidupan.

        New Delhi Railway Station


JAIPUR

Cuaca pagi yang lembab menyambut kedatangan dua pengembara ke Jaipur.  Kami mempunyai masa sehari suntuk untuk melihat bandar Jaipur secara lebih dekat walaupun dalam benak saya India adalah sama dimana-mana pelusuk sekali pun. Setelah menyendatkan perut dengan nasi goreng kami memulakan langkah dengan menyewa tuk-tuk dan secara kebetulan pemandunya seorang India Muslim merangkap pemandu pelancung kami.


Jaipur Railway Station


Pengembaraan bermula.  Pertama sekali, hidung mesti ditutup.  Loya mesti ditahan.  Mulut jangan banyak berkata.  Otak mesti banyak membuat rakaman dan ingatan.  Ini Kota Jaipur namanya. 

Aduh bukan sakit tapi terperanjat.  Jaipur ibarat Zoo dinegaraku.  Binatang yang tidak kami ketemui cuma harimau dan singa sahaja yang lain sebut saja, kambing, lembu, kuching, anjing, kerbau, babi, gajah, kaldai, ular dan sebagainya semuanya dapat dilihat.  Inilah dikatakan pengembara, jika anda melancung semua ini tidak akan kelihatan kerana anda membayar untuk keselesaan bukan untuk melihat dan menilai keindahan.

Sejarah satu nukilan penulisan. Kehidupan adalah satu realiti.  Al-Quran adalah pedoman.

Kenangan mengusik jiwa Jaipur




Tempat bersejarah menggamit para pelancung dan pengembara dan kita akan terus mengembara melihat kota Jaipur.


Email :zainaltobiak@yahoo.com.my
Facebook : Zainal bin Ahmad.


Camel Ride Jaipur India
Perjalanan diteruskan didua buah kota purba yang Indah.  Gambar-gambar kenangan disajikan untuk tontonan.  Sebarang pertanyaan sila emailkan saya bagi penerangan dan makluman.







                                                                      Jaipur oh Jaipur

Malam menjelang, hon keretapi sayup-sayup kedengaran.  Keretapi meluncur terus dan besoknya kami menghampiri bandar terkenal Agra.  Kisah selanjut bersama saya lagi dalam blog India Historical City Agra.

Asalamualaikum.  SALAM


No comments:

Post a Comment