Monday, 31 October 2011

INDIA HISTORICAL TAJ MAHAL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

Benua kecil India memang terkenal dengan sejarah dan kebudayaan yang unik.  Sejarah Islam terdapat diserata pelusuk India.  Salah satu yang paling terkenal dan merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib didunia ialah Taj Mahal. Lambang cinta seorang Raja (Suami) kepada seorang Permaisuri (Isteri).  Terletak ditepian Sungai Yamuna dan bertentangan dengan Istana Raja.  Kita boleh  melihat dengan jelas  istana yang menjadi tempat tahanan Shah Jahan dan Taj Mahal yang jaraknya 3 km.  Ini bermakna daripada  tahanan Shah Jahan yang terletak dalam istana, beliau pada bila-bila masa  boleh keluar ke varenda istana dan melihat makan isterinya tercintanya Muntaz Mahal.

Dari Jaipur kami meneruskan  perjalanan dengan keretapi ke Agra Fort.  Sebagaimana biasa kami menggunakan koc tempat tidur berhawa dingin yang selesa khusus untuk perjalanan malam. Satu perkara menarik yang tak dapat kami lupakan dalam seumur hidup yang menjadikan satu yang terpenting untuk saya paparkan disini. Kisah benar dan sebenar-benarnya berlaku dihadapan kami dan mungkin tidak terdapat ditempat-tempat lain didunia.  Kisahnya bermula seawal fajar menyinsing dan berahir selewat jam 8 pagi.


Keretapi yang kami tumpangi berada dalam jarak kurang daripada 6 kilometer daripada Stesyen Agra Fort.  Ketika ini keretapi bergerak amat perlahan ibarat jika memandu kita berada dalan ketinggian permulaan gear dua atau kederasan 5-10 kilometer sejam.  Kita boleh melihat dan nampak dengan jelas apa yang sedang berlaku diluar keretapi.  Kami  menikmati perjalanan yang sungguh menggelikan dan kadang-kadang menakjubkan bagaimana didalam dunia moden ini kita boleh melihat gelagat manusia yang mengharungi kehidupan yang sedemikian rupa.  Dipertontonkan secara spontan oleh ribuan pelakon dan pelawak terdiri daripada lelaki dan perempuan, suami, isteri dari segenap lapisan umur,  tua, muda, remaja dan  kanak-kanak. 


Jika pembaca seorang pelancung sudah tentu saudara tidak akan ketemui ini semua tetapi jika pembaca seorang pengembara, saudara akan dipertontonkan satu lagi episod keaijaiban di Agra selain Taj Mahal.  Oleh yang demikian kepada sesiapa yang ingin menjejaki bumi Agra, saya menasihatkan pembaca menggunakan perkhidmatan keretapi daripada New Delhi atau Jaipur  dan bangun awal sebelum keretapi memasuki Agra Fort. Anda akan dihiburkan secara percuma lakunan yang mengasyikan.  Realiti.



Daripada duduk saya menghampiri pintu keluar keterapi tetapi malang tiada gambar yang dapat saya rakamkan kerana kabus yang terdapat pada tingkap-tingkap keretapi.  Memadai saya menceritakan sebagai pesta "Jom Berak" tetapi  dinegaraku " Jom Heboh".  Perjalanan kami sejauh 6 kilometer ke Bandar Agra Fort menghidangkan kami dengan ribuan masyarakat India sedang membuang NAJIS dikiri kanan  trek keretapi.  Dengan berbekalkan sebiji botol berisi air mereka tidak segan silu melepaskan sasarannya.

 Jarak bukan halangan, mungkin 2 atau 3 meter seorang.  Lelaki perempuan bukan persoalan. Anak gadis atau remaja sama saja.  Tua dan muda tanpa segan dan silu.  Sesetengahnya "barangan" nampak jelas terjuntai dengan tingkap tertutup. Jika bernasib baik "padang-padang" hitam nampak jelas dengan rumpat segar menutupi ruang. Sungguh mengghairahkan.  Dalam jarak lebih kurang 6 kilometer, ribuan pelakon menggayakan  aksi-aksi cemas mereka.  Terdapat tanda kepuasan, kepuasan kerana hajat telah tertunai sudah.  Aksi ini bukan sahaja terdapat disini malah keseluruhan India termasuk semasa kami di utara India,  Armstrar.

Bagi saya yang pada mulanya mengantuk dibuai keretapi kini tersengkang mata dan kadang-kadang menghairahkan. Asyik, masyuk dan itu lah pengalaman paling berharga pernah saya alami sungguhpun saya telah melalui sejarah perjalanan paling jauh dengan keretapi dari Singapura ke Moscow (Trans-Mongolian, Trans-Siberian dan Trans-Manchurian) tetapi perjalanan di India lebih mematangkan kami disamping memberi kesedaran bahawasanya ini sebuah kehidupan yang berpaksikan hakikat dan kebenaran.

Bagi masyarakat India, kaum Bangsawan hinggalah ke kasta paling rendah Paria, lagak dan gelek mereka adalah sama. Pada pandangan ZBA yang membezakan antara mereka adalah kekayaan  dan kemiskinan bukan bangsa itu sendiri.  Orang kaya dengan kekayaannya sedangkan yang miskin melarat tidak berketepian.  Pada peminat filem-filem Hindustani apa  yang dipertontonkan adalah fantasi semata-mata bukan realiti yang dipijak.  ZBA telah melawat seluruh India tiada satu pun tempat yang sama dengan yang digambar dan difilemkan.  Oleh yang demikian menonton dibolehkan tetapi tak perlu dijadikan iktibar malah itu adalah lakonan.  Penyanyi dan pelakon orang yang sama, hidup dengan dunia fantasi menipu dan membuat maksiat dalam bentuk hiburan yang dihalalkan.


Benar sabda Rasullullah SAW, diakhir zaman orang tidak akan menganjungi para ulama malah penyanyi dan penghibur diagung-agungkan.  DiNegaraKu seorang sahaja Mufti bergelar Tan Sri tetapi empat dari kalangan para artis penyanyi dan pelakon.  Bala Allah jangan diminta jika datang tidak mengira siapa kita. Ingat-ingat-lah dan berpesan-pesanlah diatara sesama kita.

Ambillah iktibar daripada India yang satu ketika dulu dikuasai oleh pemerintah-pemerintah Islam yang hebat tapi kini hanya kota-kota purba menjadi peninggalan.  Orang Islam hidup sebagai minoriti dengan dihimpit kemiskinan dirtindas dihina semata-mata kerana bergelar Muslimin dan Muslimat.


ZBA dan teman melawat warisan pemerintahan Islam di Agra beserta kota-kota yang berdiri tegoh tanda keagungan tetapi kaku dan hambar kerana telah dilupakan.  Hanya sejarah menjadi sanjungan tetapi nilai tidak bermakna lagi.  Seperti bandar lain di India, Agra juga senasib.  Kerbau, lembu, kambing dan segala binatang berkeliaran didalam  bandar, mencemarkan pandangan dengan pelancung sinis memerhati.  Kota Agra kami tinggalkan dengan kesedihan disebabkan kekotoran tetapi puas kerana dapat menikmati keindahan Taj Mahal  yang diagung-agungkan.  Dikegelapan malam keretapi yang kami naiki  bertolak  dari Agra kami ke Amristar dan Attari di sempadan Pakistan.
Assalamualaikum.  SALAM










TO BE CONTINUE SOON








Tuesday, 25 October 2011

THAILAND MYANMAR LAOS GOLDEN TRIANGLE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

GOLDEN TRIANGLE

Kami memulakan perjalanan dari Bangkok, ke Chiang Mai, Mae Sai dan seterusnya Chiang Saen.  Golden Triangle memang terkenal dengan kebanjiran pelancung asing dan tempatan.  Pusat pengeluaran dadah terkenal diutara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos.



Pengenalan Gambar

Kedudukan Negara dalam Golden Triangle adalah seperti berikut.  Saya sekarang berada di Thailand.  Dibelakang saya ialah Sungai Mekong yang memisahkan diantara 3 negara berjiran.  Disebelah kanan saya dalam gambar ialah Myanmar dan kiri ialah Laos.  Pulau tiga segi emas terletak ditengah-tengah Sungai Mekong. 
Golden Triangle menggabung 3 bandar di tiga negara yang berasingan.  Tachileik di Myanmar, Mae Sai  di Thailand,  dan Tonpeung di Laos.  Sempadan 3 negara dipisahkan oleh Sungai Mekong dan  Golden Triangle terletak 30 minit perjalanan daripada bandar Mae Sai dengan bas.  Satu lagi bandar berdekatan dengan Golden Triangle ialah Chiang Saen ditimur berhampiran Sungai Mekong.  Dari Chiang Saen pengembara boleh memudiki Sungai Mekong ke Laos.


Golden Triangle bukanlah sebuah bandar besar tetapi sekadar pekan kecil yang menjadi terkenal kerana pertemuan 3 negara disatu sudut.  Terdapat banyak gerai menjual cenderahati dan barangan buatan tangan penduduk tempatan.  (Kraftangan)

Sebuah muzium dikenali sebagai "Opium Muzium" terletak bersebelahan jalan menuju Chiang Saen.


Selepas hampir dua jam kami disini, kami meneruskan perjalanan ke Chiang Saen dan Chiang Kong dan yang terletak sejajar dengan aliran Sungai Mekong.  Petangnya kami sampai di Lampang melalui bandar Chiang Rai sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan keretapi pada keesokan harinya.

       City Of Golden Triangle
                Chiang Saen

Sebelumnya saya ingin membawa pembaca ke Chiang Mai untuk mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Islam di Chiang Mai.  Mereka juga adalah dari keturunan China yang berasal dari Yunan.  Cara hidup mereka adalah sama jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di Tachileik Myanmar.  Walau bagaimanapun selain dari keturunan China terdapat juga masyarakat Islam dari keturunan-keturunan lain hidup dengan penuh hormoni dengan masyarakat setempat.

Oleh yang demikian dibahagian utara Thailand (Chiang Mai, Chiang Rai, Mae Sai, Lampang, bagi pengembara Islam adalah tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal.

An-Noor Mae Sai Mosque

                                                Chiang Mai Chinese Muslim Community


Al-Falah Mosque Lampang

Satu pengalaman untuk dikongsi bersama dengan pembaca.  Perkara ini wajar dijadikan  ikutan dan teladan khusus kepada semua Warganegara Malaysia atau sesiapa sekali pun yang bermastautin di Malaysia.  Tepat jam 6 petang waktu tempatan tidak kira dimana anda berada asalkan anda di Thailand anda diwajibkan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Kebangsaan Thai.  Saya amat kagum apabila berkumandang sahaja lagu Kebangsaan Thai yang mengambil masa kurang 1 minit, semua lapisan masyarakat akan berhenti dan berdiri buat menghormati lagu kebangsaan mereka. Terfikir saya bagaimana petrotiknya mereka sebagai Bangsa Thai.  Tapi sebaliknya dinegaraku di Hari Kemerdekaan sekali pun, sekali dalam setahun ramai yang tidak mengindahkan apabila Lagu Negara ku dinyanyikan.  Lihat-lihat dan pandang-pandanglah, apakah kita petrotik kepada negara sendiri.

Meneruskan perjalanan dari Lampang ke Bangkok menamatkan pengembaraan kami selama 8M/7H. 

Assalamualaikum.  SALAM

GOLDEN TRIANGLE WITH LOVE


MYANMAR GOLDEN TRIANGLE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

TACHILEIK

Satu nama yang mungkin ganjil dan jarang disebut.  Terletak di Utara Myanmar bersempadan dengan Mae Sai di Thailand.  Kedudukan dan populariti bandar ini kurang mendapat perhatian pengembara jika dibandingkan dengan Cheng Rai dan Chengmai.

Bandar Tachileik adalah bandar paling hampir dengan Thailand.  Jarak keduanya hanya dipisahkan oleh sebuah sungai selebar 5-10 meter sahaja.  Pengembara boleh melintasi sempadan kedua negara hanya dengan berjalan kaki yang mengambil masa 10 minit.  Prosedur perjalanan sama ada menggunakan Visa atau Pas Terhad Sempadan yang boleh digunakan selama 3 hari.

Myanmar and Thailand Border

Tujuan utama saya melawat bandar  ini adalah untuk mencari kesinambungan perkembangan Islam didaerah utara Myanmar dan Thailand.  Sebagaimana pembaca sedia maklum bahawa orang-orang China yang berasal daripada Yunan adalah masyarakat China yang mula-mula  menduduki daerah ini.
       Tachileik Chinese Mosque

Saya menjejaki mereka dan Alhamdulillah kami menemui beberapa buah Masjid di Tachileik dan salah satu daripadanya dibina oleh Masyarakat China Islam.  Indentiti mereka amat ketara kukuh dimana Masjid yang menjadi tempat mereka beribadah terpampang jelas denga tulisan China.  Dipersekitaran Masjid banyak kedai-kedai yang menjual masakan halal.  Satu perkara ingin saya paparkan bahawa pembentukan saf dalam masjid sedikit berbedza dengan kita dinegaraku. 































































                 Myanmar (Right) Border Thailand (Left)

Mereka membentuk saf dan berdiri diatas permaidani tebal dan sujud diatas tikar mengkuang (Tikar yang digunakan oleh masyarakat Islam di Malaysia untuk membaca Talkin dikubur).  Satu kelainan pada permulaannya tetapi setelah 10 kali melawat dan melihat perkara yang sama di China, terdetik difikiran bahawa sujud diatas tikar mengkuang lebih mendekati diri kita kepada Allah.  Subhanallah, Walhamdulillah, Wallah Huakbar.



Sehari suntuk saya berada di Taicelek untuk mengetahui Al-Kisahnya.  Satu cerita menarik tentang kebiasaan atau tabiat masyarakat Myanmar.  Mereka adalah penggemar "Sireh Pinang" dan sentiasa menguyah.  Bibir mereka sentiasa merah tetapi gigi hitam.  Gadis-gadis juga mempunyai tabiat yang sama. 

  Tachileik Chinese Mosque

Assalamualaikum.  SALAM



THAILAND GOLDEN TRIANGLE BEGIN

Monday, 24 October 2011

PHILIPPINES THOUSAND ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

CEBU

Kali pertama saya menjejakan kaki ke bumi Filipina ialah dengan Penerbangan Malaysia (MAS) dari KLIA Kuala Lumpur menuju Kota Kinabalu dan mendarat dilapangan Terbang Antarabangsa Cebu di kepulauan Visayas.  Lapangan terbang ini merupakan lapangan terbang kedua terbesar di Filipina dan terletak 30 minit perjalanan dengan kereta kepusat bandar Cebu.

Cebu sebuah bandar yang sibuk dengan aktiviti harian penduduk.  Jalanraya agak sederhana besar dan dipenuhi dengan Jeepny (Pengangkutan awam menyerupai bas mini).  Ferry, kapal dan pengangkutan air lain menjadi pengangkutan utama  menghubungkan ribuan pulau disekitarnya.  Bagi kalangan yang mampu mereka boleh menggunakan pengangkutan udara atau Ferry untuk ke destinasi masing-masing.  Pada kunjungan ini saya  hanya meninjau  kawsan di sekitar Cebu sahaja sebelum bertolak ke Manila dengan ferry.

Sebagai makluman perkhidmatan ferry di Filipina khususnya yang beroperasi diantara kepulauan Mindanau dan Cebu adalah kepunyaan Genting Shenyan Bhd.

Pengembaraan sulong saya adalah  bertujuan menjejaki keluarga Islam yang terdapat di kepulauan Visayas dan sekitarnya.  Alhamdilillah dengan izin Allah saya dapat berjumpa dan bertukar-tukar pandangan dengan mereka tentang Islam di Filipina.  Pada zahirnya mereka adalah kaum minoriti yang miskin.

Replica Pendaratan Ferdinand Magellan ke Filipina Tahun 1511

Dalam sessi  lawatan saya ke masjid utama Cebu, saya difahamkan oleh Iman masjid tersebut bahawa terdapat ramai juga masyarakat Cebu yang berugama Islam.  Mereka tinggal dalam rumah-rumah usang ditepian pantai dan pekerjaan utama mereka ialah nelayan.  Terdapat juga yang menceburkan diri dalam dunia  perniagaan khusus menjual cenderahati (CD & DVD) dan perniagaan runcit dibandar Cebu.

Masjid Cebu terletak ditepi pantai dan jarak dengan pusat bandar lebih kurang 10 minit perjalanan dengan Jeepny.                                Cebu Muslim Mosque

Masyarakat Muslim Cebu dilihat dari segi fizikal, rupa paras, tutur kata, cara berpakaian tidak ubah seperti masyarakat Melayu di Malaysia.  Mereka menggunakan bahasa Tagaluq sebagai bahasa pertuturan harian disamping bahasa Inggeris yang terhad.  Bahasa Tagaluq banyak dipengaruhi oleh Bahasa Melayu dan setiap sepuluh perkataan dipertuturkan setidak-tidaknya terdapat 3 perkataan yang sama dengan bahasa Melayu.

Cebu Madrasah


3H/2M di Cebu saya meneruskan pengembaraan ke Manila dengan menaiki Super Ferry dengan perjalanan yang mengambil masa 3H/2M.  Saya sungguh bernasib baik kerana ditempatkan didalam cabin berempat yang cuma menempatkan tiga orang sahaja penumpang dan berada di tingkat 6 disebelah atas.  Secara kebetulan bed saya berada diselah tingkap dan senantiasa mengadap kelaut sepanjang perjalanan.  Alangkah cantiknya lautan ciptaan Allah.  Lautan yang tidak bertepi dan terhampar luas.

                        Super Ferry View Deck                                                     Giant Super Ferry

Pelayaran bermula lewat petang sekitar jam 6, satelah satu pemeriksaan ketat dilakukan kepada semua penumpang sebelum menaiki Ferry.  Dalam pelayaran ini kami telah ditemani oleh sekumpulan anggota tentera yang lengkap bersenjata.  Saya difahamkan bahawa disaat ini terdapat ancaman keselamatan daripada puak pemisah Islam Mindanau.  Sungguhpun begitu, bagi saya ini merupakan pengalaman yang menarik dan menjadi impian setiap pengembara.  Lebih menarik dan sebagaimana yang di impikan semasa pelayaran bagi hari yang kedua kami telah ditemani oleh sekumpulan Ikan Lumba-Lumba yang mengiringi Ferry pada  kadar kelajuan 30 knot. 

Hampir setengah jam kami dapat melihat dengan dekat dan jelas gelagat ikan lumba-lumba tersebut tenggelam timbul  memberi pos yang amat istimewa kepada kami.  Boleh dikatakan semua penumpang keluar ibarat melihat sarkis dan memberi tepukan gemuruh.  Satu peristiwa dan kenangan manis yang sukar dilupakan.

Dalam pelayaran makanan halal tidak disediakan.  Walau bagaimana pun pembaca boleh memilih menu yang disediakan diatas kapal.

                                                                                                     Manila Port

Manila sebuah kota metropolitan yang sibuk dan mempunyai kepadatan penduduk yang padat.  Bagi pengembara dan pelancung, Makati adalah satu-satunya kawasan yang bersih dan tidak dikawsan-kawasan lain.  Mempunyai dua buah Masjid yang cantik dinamakan Masjid Biru dan Masjid Emas berdasarkan kepada warna kubah.

Saya berkesempatan melawat kedua-dua masjid tersebut dan berjamaah bersama-sama jamaah tempatan.  Bagi pengembara Muslim disekitar Masjid Biru terdapat banyak Restoran dan kedai menjual makanan halal khususnya ikan air tawar dengan masakan menu tempatan. 

Bagi penduduk tempatan kawasan ini merupakan pusat bembeli belah terkenal dan berdekatan dengan sebuah pasar yang menjual barangan pukal.  Nasihat kepada pelancung, awas anda selalu diperhatikan.  Berhati-hati dengan penyeluk saku.

Blue Mosque Imam dan Staff.


3H/2M saya merayau-rayau diseluruh kota Manila.  Maaf saya katakan kota Manila tidak seindah yang disangkakan.  Oleh kerana penduduknya terlampau padat, kebersihan tidak menjadi agenda penting.  Walau bagaimana pun kawasan Makati adalah kawsan terbersih jika dibandingkan dengan Kuala Lumpur.  Saya meninggalkan Metropolitan Manila dengan  pesawat  Filipina Airway   menuju kepulauwan Negros.  Kami  mendarat di Lapangan Terbang Dumaguete dan  bermalam di Dumaguete sebelum bertolak ke Cebu dengan ferry pada keesokan harinya.

Dumaguete sebuah bandar ditepian pantai Pulau Negros dan merupakan bandar terbesar dan pusat pentadbiran.  Tiada keistimewa bagi bandar ini dan kepulauan Negros.  Penduduknya terdiri dari kaum nelayan dan sedikit mengerjakan pertanian.

Dari Dumaguete dengan menggunakan ferry laju saya meneruskan perjalanan  ke Tagbilaran City sebelum ke Cebu. Keesokan harinya saya pulang dengan pesawat Penerbangan Malaysia ke Kuala Lumpur setelah singgah sebentar di Kota Kinabalu.
                                                             Clark Air Base Filipina

Selepas dari pengembaraan ini saya kembali lagi ke Filipina bagi kali kedua dan ketiga.  Walau bagaimana pun saya belum lagi menjejaki kaki ke Mindanau.  Insyaallah ditahun hadapan.

Assalamualaikum .  SALAM

                    MUBAHAY FILIPINA

LAOS VIENTIANE SHORT TRIP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B'

VIENTIANE

Laos negara terkeutara dalam ASEAN.  Terletak dibahagian timur Thailand dan di barat Vietnam.  Ketika ini terdapat satu penerbangan setiap hari ke Vientiane yang dikendalikan oleh Air Asia.  Bagi pengembara yang memilih jalan darat mereka boleh memasuki Laos melalui Nong Khai di Thailand dan Nam Phao  jika dari Vietnam.

Bagi pengembara advanture mereka lebih senang memilih jalan darat merentasi Thailand daripada pengangkutan udara.  Dari Don Muang Airport (Lapangan Terbang Antarabangsa Bangkok sebelum Suwarnabhumi) saya menaiki keretapi terus ke bandar Nong Khai.  Dari Nong Khai menaiki tuk-tuk melintasi Thai-Lao Frenship Bridge ke Vientiane.  Perjalannan mudah dan lancar bagi kedua-dua negara.

Vientiane sebuah bandar terbesar di Laos selepas Luang Probang.  Terletak bersebelahan dengan Sungai Mekong disempadan Thailand.

Vientiane tidak banyak yang dapat diperkatakan.  Segalanya masih terkemudian jika dibandingkan dengan negara -negara ASEAN yang lain.

Saya cuma menghabiskan masa 3H/2M disini dan kembali semula ke Thailand melalui jalan yang sama.


                                   Vientiane Monument Laos

Tempat yang agak istimewa yang wajar dilawati ialah Pasar Vientiane dan  tepian Sungai Mekong yang menempatkan banyak restoran-restoran ikan air tawar  dari sumber Sungai Mekong.  Pembaca boleh mendapatkan maklumat lengkap daripada Webside terkini.  Memadai saya papar gambar-gambar koleksi untuk tontotan.
Tradisional Home Made French Bread

Dari Nong Khai saya singgah di Khon Kaen dan Bangkok.  Bertolak balik ke Malaysia dengan International Train Bangkok - Butterworth

Assalamualaikum.  SALAM

HAVE A NICE DAY  & ENJOY YOURSELF


Sunday, 23 October 2011

VIETNAM TRAIN TRAVEL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B'

HANOI

Pengembaraan ini adalah rentetan perjalanan dengan keretapi daripada Macau, Hong Kong memasuki China melalui Shenzen ke Guangzhou, Nanning dan stesyen terahir Pinxiang di China. 

Menggunakan jalan darat sejauh lebih kurang 6 km meninggalkan China ke Vietnam.  Pekan yang mula-mula kami tempohi  di Vietnam (Dulunya dikenali dengan nama Vietnam Utara) ialah Long Son.  Terletak dikawasan tanah tinggi berbukit dan dikelilingi hutan rimba dan  disini  juga menempatkan kemudahan kedua-dua pejabat Imigresen dan Kastam bagi kedua-dua negara.  Proses memasuki Vietnam adalah mudah kerana kami dari sekutu negara-negara Asean.  Sepanjang perjalanan daripada Long Son ke Hanoi dengan Van yang sarat dengan pelancong asing kami menempuh kawasan tanaman padi yang luas dan sayup mata memandang.  Terdapat sedikit keanehan yang kami dapati unik untuk diperkatakan.  Mana mungkin ditengah-tengah sawah terdapat banyak dan berselirak  kubur-kubur manusia  ditanam tanpa ditempatkan disebuah tempat khas sebagaimana kita lihat di negara-negara lain. 

Hanoi bandaraya padat yang sibuk dan dipenuhi dengan bangunan-bangunan lama yang  bersejarah.  Perbezaan yang ketara dibandingkan dengan bandaraya lain didunia ialah jalan rayanya dipenuhi dengan motosikal.   

Motosikal bersimpang siur dan bagi pelancong yang pertama kali melawat Vietnam amat rimas dengan keadaan tersebut disamping polution yang amat tinggi.  Pergerakan pejalan kaki menjadi terhad dan merbahaya.

Di Vietnam terdapat dua lokasi yang tidak boleh dilepas pandang.  Pelancung yang berminat dengan kehidupan  masyarakat  peribumu yang tinggal ditanah tinggi mereka boleh ke SAPA didaerah Lo Chai di Utara Vietnam.  Manakala yang ingin bersantai dan menikmati keindahan alam semula jadi mereka boleh ke Halong Bay yang terletak 3 jam 30 minit dari Hanoi.

Di bandaraya Hanoi sendiri juga terdapat peninggalan-peninggalan sejarah yang menarik disamping kawasan tumpuan ramai pelancong dikenali  sebagai Old Quarter. Ditengah-tengahnya kawasan Old Quarter terdapat  Tasik Hoan Kiem dan kawasan sekelilingnya merupakan kawasan pelancung terkenal dengan serta serba kemudahan riadah termasuk pusat membeli belah.

        Danang Railway Station

Selepas 3H/2M malam di Hanoi perjalanan kami diteruskan ke Hue dan Danang.  Perjalanan keretapi yang penuh nostalgia dan banyak mendatangkan minda baru dalam kehidupan.

Diatas saya nyatakan tentang sawah padi yang meluas tapi semakin keselatan semakin jelas bukan sahaja padi yang menjadi sumber pertanian utama Vietnam. Puluhan hektar tanah ditanam sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan dan sebagainya.  Bumi menghijau menarik perhatian kami dari Hanoi ke Hue dan Danang.  Kami lihat bukan sahaja disawah padi menghijau dan menguning malah kiri kanan trek keretapi juga tidak ketinggalan ditanam dengan berbagai tanaman yang menjana ekonomi penduduk setempat.  Terlintas difikiran saya, mereka telah bangun selepas kesengsaraan peperangan dan satu hari nanti akan mengajar kita apa erti pembangunan.

Mereka dikatogerikan sebagai bangsa yang rajin setanding dengan masyarakat China. Saya dikejutkan dari lamunan  setelah  keretapi menghampiri Hue  24 jam perjalanan dari Hanoi.

Berkongsi sedikit pengalaman  tentang Keretapi Vietnam.  Trio kami ditempatkan dalam sebuah cabin dengan 6 tempat tidur.  Dua lagi penumpang adalah pasangan muda Vietnam yang sama-sama menaiki keretapi dari Hanoi ke Ho Chi Minh City (HCMC).  Manakala satu lagi ialah penumpang on & off dari satu stesyen ke satu stesyen.

Seperkara diceritakan bahawa perjalanan keretapi daripada Hue ke Danang adalah salah satu pemandangan yang tercatik yang pernah saya lalui.  Keretapi bergerak perlahan menyusuri susuh bukit yang berliku-liku keluar masuk terowong di ketinggian beratus meter dari paras laut.  Manakala dibawah air laut membiru dengan gelombang sabung menyambung menghempas kepantai yang pasirnya keputihan berkilau disambar cahaya matahari.

Teringat saya perjalanan saban kali ke Bandung daripada Jakarta dengan keretapi.  Pemandangan iras tetapi hakikatnya  lautan menambah ceria dari kehijauan setempat. (Capter Indonesia Overland Trip)


          HCMC Railway Station
                   (Saigon)

Setelah melintasi pemandangan paling indah diantara Hue dan Danang kami sampai kesatu perhentian lain yang dikenali sebagai Nha Trang.  Bandar  pelancungan terkenal pesisir pantai di Vietnam ketika ini.  Pantainya memutih,  lebar, bersih nun menggamit pelancung daripada seluruh dunia.  Tidak jauh dari sini dipendalaman pergunungan terletak sebuah bandar bersejarah dikenali sebagai Dalat.

Dari Nha Trang keretapi menuju destinasi seterusnya  Ho Chi Minh City diselatan (HCMC) atau lebih di kenali dengan nama Saigon semasa negara tersebut masih terbelah dua diantara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan.

Kami sampai di HCMC jam 6.00 pagi dalam cuaca dingin dan terus beredar untuk kehotel penginapan.

Setelah 3H/2M dalam keretapi dari utara ke selatan maka kini tiba masanya untuk membersihkan badan dan berehat bagi merancang perjalanan berikutnya.

                                                                                                         HO CHI MINH CITY (SAIGON)
                      
Bandaraya dengan sejarah peperangan, kisah hidup suka duka pejuang-pejuang bangsa mempertahankan maruah negara dipahat kemas di Muzium Vietnam.    Satu memorial kebijaksaan perang gerila mempertahankan   negara  juga diabadikan sehingga sekarang. Itu antara misi kami selain daripada melawat pasar terkenal Ben Thanh ditengah bandaraya HCMC dan kawasan-kawasan tarikan pelancung yang lain.

Kami melawat Chu Chi Tunnel yang menjadi kebanggaan raayat Vietnam menentang imprialisma Amereka Syarikat.  Terletak 45 minit perjalanan dengan bas daripada HCMC.  Bagi saya Chu Chi Tunnel sepatututnya diabadikan oleh UNESCO sebagai khazanah sejarah terpelihara.  Saya dengan dibantu oleh seorang raayat Vietnam yang pernah bekerja di Sarawak diberi keistimewaan untuk melawat keseluruhan Chu Chi Tunnel.  Binaan  kubu 7 tingkat dengan jarak 245 km yang diilhamkan oleh panglima perang Vetnam ini amat menakjubkan.                                                                  Chu Chi Tunnel Ho Chi Minh City

Dilihat kepada strategi peperangan siapa sangka Chu Chi Tunnel kekal kebal walaupun dibom bertalu-talu oleh Amerika.  Jutaan tahniah kepada semua raayat Vietnam yang petrotik demi mempertahankan maruah dan bangsa Vietnam.

Evening Tea With Our Chi Chi
Tunnel Guide

Selepas melawat Chu Chi Tunnel keesokan harinya kami melawat pula Delta Mekong.  Terdapat pasar terapung yang memperlihatkan aktiviti harian masyarakat Vietnam di Delta Mekong.  Pasarnya seakan-akan juga pasar terapung yang terdapat di Thailand dan Samarinda di Kalimantan Indonesia.
                                                                                       



Pengembaraan 13H/12 malam dengan keretapi daripada Hong Kong ke HCMC berahir di bandaraya Ho Chi Minh City dan dari sini kami akan meneruskan perjalanan ke Phnom Penh dengan menaiki bas melalui Mok Bai sehinggalah Thailand. 

Assalamualaikum.  SALAM


CAMBODIA BUS OVERLAND BEGIN





Saturday, 22 October 2011

RUSSIAN TRANS-MANCHURIAN JOURNEY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum W.B,

TRANS-MANCHURIAN JOURNEY
(Chita - Harbin - Beijing) 2,795 km

Tamat sudah dua Trans ya'ani Tran-Mongolian dan Trans-Siberian dan kini kami memasuki Fasa ke-3 meneruskan pengembaraan dengan Trans-Manchurian ke China.  Trans-Siberian yang kami naiki telah berahir di stesyen Chita dan kini bermula pula Trans-Manchurian dari Chita ke Zabaikalsk yang jaraknya 460 km keselatan Chita.
                                        Together with Partner after leaving Chita Railway Station


CHITA

Sebuah bandar diselatan Moscow yang menjadi persimpangan perjalanan Trans-Siberian ke Vladivostok dan Trans-Mancurian untuk perjalanan ke Korea Utara dan China.  Dibangunkan oleh sekumpulan orang buangan daerah daripada kawasan-kawasan lain di Russia.  Dalam kumpulan ini terdapat kaum Tartar yang beragama Islam.  Terdapat sebuah Masjid yang cantik dibina dan digunakan sejak seawal abad lalu.

              Chita Railway Station Bridge



   
             My Dear Friend Mr Jalaluddin 








            Church semilar like Mosque Chita
          Chita Railway Station

Kini Chita merupakan sebuah bandar yang maju dan merupakan nadi kepada perdagangan dan perusahaan.  Perushaan paling besar yang terdapat disini ialah pembuatan senjata dan merupakan juga pengkalan terbesar Tentera Udara Russia di selatan Moscow.  Oleh yang demikian, pengembara harus berhati-hati agar tidak mengambil gambar sesuka hati khususnya melibatkan kawasan ketenteraan.  Ibarat bercakap siang pandang-pandang dan malam dengar-dengar.

                                                                                                                      ZABAIKALSK

    Zabaikalsk Railway Station

Perjalanan ini mengambil masa semalaman bermula jam 1900 petang dan sampai seawal pagi jam 0600 waktu tempatan.  Cuaca amat sejuk sekitar -1C dengan salji turun renyai-renyai apabila kami sampai di bandar Zabaikalsk ketika itu.  Keretapi meluncur ditengah-tengah kawasan pergunungan dan sekali sekali merentasi kawasan tanah pamah.

Zabaikalsk di Russia bersempadan Manzhouli di China dan jarak antara keduanya lebih kurang 30 km.  Kepada pengembara adalah diingatkan agar sekali lagi tidak mengambil gambar didaerah ini lebih-lebil lagi kawasan-kawasan penempatan ketenteraan.


Diantara dua lokasi ini Zabaikalsk dan Manzhouli kami tidak menggunakan perkhidmatan keretapi sebalik melintasi sempadan dengan menggunakan perkhidmatan bus.  Demi menjimatkan masa kami meneruskan perjalanan sebaik meninggalkan stesyen keretapi Zabaikalsk.

Last FotoTaken From Zabaikalsk  

Bas sampai di Russian Border Check Point lebih kurang 15 minit perjalanan dan kami menunggu hampir 45 minit sebelum pintu pagar dibuat untuk urusan Imigresen dan Kastam.  Pemeriksaan berjalan lancar kecuali sedikit masaalah berhubung tarikh kemasukan kami ke Russia daripada Monggolia yang tidak disertakan keretan borang ketibaan.  Walau bagaimana pun tiada soal siasat dijalankan malah kami dibenarkan berlepas setelah paspot disetemkan.
                                                                                                                      MANZHOULI

Selang 5 minit kemudian kami sampai di Imigresen dan proses berjalan lancar dan seterusnya memasuki ruang pemeriksaan Kastam China.  Disini  beg kami diperiksa secara tara  walaupun setelah melalui mesin pengimbas.  Beg peck dibuka dan pemeriksaan dilakukan  sekumpulan Pegawai Kastam China didalam sebuah bilik.  Nasib baik tiada apa- apa  halangan dan kami dibenarkan memasuki China dengan senyuman manis pegawai-pegawai kastam wanita China.  Bus meneruskan perjalanan 30 minit lagi Manzhouli.

Masa sehari memberi kesempatan kepada kami untuk bersiar-siar di bandar Manzhouli sebelum meneruskan perjalanan ke Harbin malam nanti.  Manzhouli adalah shopping paradise bagi para pengunjung dari Russia.

                                                                             HARBIN

Keesokan pagi kami menjejaki kaki ke Harbin salah sebuah bandaraya terbesar di China yang juga dikenali oleh pelancung juga pengembara sebagai "Ice City of Northeastern China". 

Diceritakan sedikit  pemandangan kami semasa dalam perjalanan ke Harbin.  Kami mempunyai masa dua jam perjalanan sebelum malam menjelang dan dapatlah kami lihat bagaimana rajinnya manusia yang makan dengan menggunakan penyepit (Chop Stick). Apabila memasuki sahaja China, keadaan muka buminya rata (Flat Land) tidak sebagaimana Russia sebelumnya.  Pemandangan sayup mata memandang dengan tanaman padi, gandum, sayuran dan tanaman kontang.  Ternakan seperti  lembu, kambing, kuda terdapat dimana-mana.
 Boleh dikatakan tiada seinci pun tanah dibiarkan tanpa ditanam sesuatu.  Sikap rajin dan berbudi kepada tanah memang telah menjadi amalan turun temurun masyarakat China walau dimana mereka berada.

Harbin Zhongyang Street

Setiap tahun pada bulan Febuari  pesta ice yang dikenali dengan nama Harbin Ice and Snow Festival yang menjadi tarikan ribuan pelancung akan diadakan dilima buah tempat berasingan.


St. Sofia Orthodox Church Harbin

Harbin Ice and Snow World

Ice Lantern Garden Party

Sun Island Scenic Area

Yabuli International Ski Resort

Zhoalin Park

Harbin pusat politik, ekonomi, pelajaran dan kebudayaan yang unik.  Dibangunkan oleh 160,000 pendatang daripada 33 buah negara semasa pembinaan Middle East Railways ketika  era Russia.  Peninggalan nyata diatas kekuasaan Russia disini boleh dilihat dengan berdiri tegah sebuah gereja lama yang dinamakan St.Sofia Orthodox Church dan sebuah pusat perniagaan di Zhongyang Dajie yang sangat terkenal.

3H/2M kami menghabiskan masa menikmati keindahan Harbin.  Jika pembaca berhajat untuk mengunjungi Harbin, saya menyarankan agar memilih bulan Febuari dan dapatkan maklumat lengkap dari http://www.travelchinaguide.com/.  Perjalanan kami seterusnya ialah Beijing.  Kami memilih keretapi laju bagi perjalanan ini dan bertolak  pada waktu dengan hasrat dapat melihat bagaimana kegigihan masyarakat China mengusahakan pertanian dan sebagainya. 

Harbin Beijing 300 Km CRH

Berikut saya akan gambarkan kerajinan masyarakat China  mengusahakan pertanian dan penternakan melalui gambar-gambar yang sempat  saya  rakamkan dalam  perjalanan  dari  Harbin  ke  Beijing  sejauh  1388 km.



 


2H/1M berada di Beijing kota yang tidak asing bagi kami seterusnya bertolak ke Tianjin sebagai destinasi terahir.  Dari Tianjin ke Bo'an International Airport mengikut jadual terancang.  24H/23M dengan 15H/14M dalam keretapi, lengkap sudah pengembaraan kami bagi 3 TRANS.  Trans-Mongolia, Trans-Siberian dan Trans-Manchurian Journey. Ya Allah.  Engkau Maha Segalanya.  Kami menikmati keindahan Syurga Dunia Ciptaan Yang Maha Esa.  Amin

Assalamualaikum.  SALAM

MISSION ON THE MOVE