Assalamualaikum,
UAE sebuah Negara Arab yang kaya dengan hasil minyak. Pembangunan menjulang tinggi bangunan-bangunan canggih. Lautan ditambak bagi menjadikan resort-resort mewah semewahnya. Padang pasir dibangunkan dengan padang peluncur ais buatan manusia tercanggih. Gedng-gedung perniagaan dibangunkan serba morden untuk menarik pelancung membeli belah. Mempunyai rangkaian pengangkutan udara terbaik menghubung dunia sejagat. Dan banyak lagi yang tak tersenarai disini. Datang dan lihat sendiri adalah satu kepastian dari membaca hasil tulisan tangan-tangan lain. Pandangan udara Abu Dhabi International Airport
Kedudukannya amat strategik di Teluk Parsi dengan juga dipagari negara negara kaya dengan pengeluaran minyak seperti Qatar, Kuwait, Bahrin, Iran dan Oman. Allah menjanjikan mereka kekayaan yang melimpah ruah dan apa yang dilihat kekayaan itu telah dibahagikan kepada raayatnya untuk dinikmati. Orang-orang asing juga berhak menikmatinya tetapi dengan agihanya yang tidak diketahui. Dua perkara yang ZBA lihat khususnya di Lapangan Terbang Abu Dhabi untuk kita berkongsi pengalaman.
ADIA canggih dan berketerampilan. Didalamnya penuh sesak dengan penumpang keluar masuk (transit).
Para peniaga bebas cukai, restoran, siang dan malam seolah olah tiada ada siang dan malam lagi. Tetapi yang pelik tiada ramai kelihatan para peniaga merupan anak tempatan UAE. Semua outlet dikendalikan oleh orang-orang asing khususnya daripada Indonesia dan India termasuk Bangladesh dan Pakistan. Maaf tiada kelihatan orang 1M, kerana mungkin orang itu sedang menanti subsidi untuk menerusnya kelangsungan hidup di negara 1M. Atau mungkin juga manusia itu tidak gemar melihat dan menjana ekonomi dari negara-negara kaya pemberian Allah kepada orang lain. Atau orang itu sebuah bangsa yang hidup dengan labu-labunya sendiri. Itu sebab apabila orang itu diterangkan sesuatu yang dilihat baik oleh orang lain mereka tidak mempercayai malah menuduh orang lain sebagai pengkhianat bangsa. Lebih teruk lagi orang itu adalah pencacai yang senang dikuda-kudakan dengan subsidi yang tak seberapa. Diganyang dan diperbodohkan oleh akhbar yang dinamakan seperti gambar tertera diatas. Mungkinkah orang itu Orang Melayu. Jawapanya ZBA kurang pasti sebab terlampau mengantuk.
Terbangun dari tidur, ZBA dikejudkan oleh senyuman manis gadis pramugari Ithihad Airlines yang manis dan mesra. Dalam terpinga tadi dilihat beliau seorang yang berlainan dari pramugari-pramugari lain yang berhidung mancung. Wah, mungkin ini orang kampung. Betul. Beliau berasal dari negaraKu yang telah lima tahun berkhidmat disini terangnya dengan mesra. Perbualan berjalan terus sementara beliau menghidangkan makanan. Katanya ramai sahabat-sahabat kita sama ada Pilot & Pramugari berpengalaman telah berhijrah ke Ithihad Airlines. Terfikir dibenak, kenapa dan mengapa. Rupa-rupanya dalam perjalanan pulang daripada Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, suara dari kocpit mengucapkan salam dan berbahasa inggeris ala Melayu dengan nama Melayu. Maka benarlah ramai dari kalangan mereka telah berhirjah demi masa depan yang lebih gemilang. Syabas.
Disana sini kedengaran "Berbelanja Pak". Ingatkan kata-kata itu hanya ada di Indonesia sahaja malah rupa-nya dimana-mana dunia. Masyaallah, aku bangga dengan mereka mencari sesuatu yang pastinya lumayan. Selama ini diingatkan bahawa di 1M sahaja mereka mengaut keuntungan disamping mendapat kerakyatan murahan dari hasil pelacuran politik.
Sebagaimana kebanyakan lapangan Terbang Antarabangsa Dunia, ADIA tidak terlepas dari menjual minuman haram dimerata-rata kedai bebas cukai. Nampaknya Negara Islam juga terpaksa tewas dengan kehendak kapitalis walhal mereka boleh menggantikan dengan perniagaan lain sebagai alternatif. Jika negara Islam mengamalkan perkara terlarang ini, nantikan jangan terkejud suatu hari kekayaan yang melimpah ruah hari ini tidak mustahil akan ditarik balik atau sengaja mengundang bencana dari Allah.
Dibangku bangku menanti perpidahan pesawat, ramai sekali orang-orang Indonesia pulang dan pergi menunaikan Umrah. Manakala orang Filipina pulak penuh sesak samada untuk pulaang dan meneruskan perjalanan. Seperti ZBA nyatakan tadi kurang 20puluhan dari NegaraKu kelihatan bagi apa sahaja tujuan. Sebelumnya didengari 1M negara paling berkrebeliti diantara negara negara ASEAN, tetapi orang Filipina dan Indonesia nampaknya berbelanja mewah dari orang yang dimomokkan sebagai mewah. Terbalik kot dan itu adalah realiti dari sebuah propaganda murahan.
Panggilan untuk pesawat Ithihad penerbangan ke London. ZBA meneruskan perjalanan dengan kurang dari sepuluh orang rakan-rakan senegara. Pesawat Airbus 340-500 meluncur tinggi diudara membelah awan putih dikedinginan malam menuju destinasi London.
DARI MATA TURUN KEHATI DARI HATI AKU NUKILKAN
No comments:
Post a Comment