Assalamualaikum,
Keadaan muka buminya bergunung- ganang tetapi hamparan tanah rata sayup mata memandang.
Ternakan lembu tenusu dan pertanian adalah sumber yang jelas dapat dilihat. Bagi ZBA Slovenia merupakan sebuah negara hijau di Eropah (Green Country). Penduduknya memiliki rumah-rumah yang sederhana besar jika dibanding dengan negara-negara Eropah yang lain. Perhubungan lebohraya setanding dan memberikan keselesaan pemanduan yang lancar.
Lebohraya mereka juga dikenakan tol dan sepanjang perjalanan yang ZBA tempuh di Slovenia hanya terdapat enam buah tol sahaja yang beroperasi.
Perkongsian pengalaman. Satu perkara yang menarik untuk dikongsi bersama. Agak ganjil tetapi benar. Di Slovenia, kenderaan kecil (empat roda) yang memasuki lebohraya bertol tidak dikenakan tol sebagaimana sepatutnya. Terdapat lorong khas bagi mereka dengan tertulis perkataan "Vinjeta" atau dalam bahasa kita "Percuma". Tol hanya dikenakan kepada kenderaan besar dan berat sahaja itu pun dengan kadar berpatutan.
Dikesempatan masa terluang, ZBA mengambil kesempatan melawat beberapa tempat tumpuan pelancung di Bandar Ljubliana dan merakamkan gambar-gambar sebagai kenangan bersama. Ljubliana juga disebut-sebut sebagai Culture Capitol of the Republic. Diantara tempat-tempat menarik ialah Triple Bridge dan Dragon Bridge.
Insyaallah selepas ini ZBA akan memasuki Italy dan destinasi pertama di Italy ialah Venice. Wooooo, begitulah sorakan khususnya kepada sesiapa yang pernah mengenali bandar ini samaada melalui pembacaan atau pernah kesana sebelumnya. Kota Air atau Kota Terapung begitulah jolokan nama kepada Venice. Jika di Asia, Bangkok digelar sebagai Venice Timur. Pada penghayatan ZBA kedua-dua mempunyai kelebihan dan kecantikan yang tersendiri.
CIRCLING IN THE WATER OF VENICE
No comments:
Post a Comment