Assalamualaikum,
Dari Ljubljana kawasan tanah tinggi Slovenia menuruni tanah tinggi dan mendatar di kawsan tanah pamah dan seterusnya kekawasan berpaya Venice, diItaly. Sepanjang perjalanan ZBA dihidangkan dengan pemandangan yang begitu mendamaikan namun sedikit tergannggu mengenangkan bagaimanakah kecantikan Venice sepertimana pernah ZBA terbaca dan mendengar dari cerita-cerita teman yang pernah kesini.
Petang, suhu sekitar 10C namun diluar cuaca agak mendung dan sesekali pancaran matahari terik menjatuhkan sinar diatas permukaan air dan memancar pantulan cahaya keudara. Cantik dengan pemandangan yang sangat menakjubkan. Klip, kliiiiip, kliiiiiiiiiiiiiipppppppppp. Canon 450D dengan puluhan kali snap gambar untuk tatapan semua. ZBA memasuki gerbang Kota Venice. Rasanya tidak sabar menanti untuk mendaftar di Hotel penginapan dan terus merayap.
Hakikatnya ZBA meninap di kota Venice dan bukannya di Venice yang menjadi tumpuan pelancung. Jarak diantara keduanya ialah 15 minit perjalanan dengan bas awam. Satu option yang baik kerana semua kenderaan adalah tidak dibenarkan memasuki "PerkampunganVenice" walaupun basikal. Pilihan yang ada adalah berjalan kali atau menggunakan water bas diterusan. Siapa kita dan dari mana kita, dikepulauan kecil Venice semuanya berjalan kaki.
Anggaran ZBA hampir 15 km ZBA berpusing keliling sehinggakan kekuda menjadi longgar. Tetapi Alhamdulillah oleh kerana cuaca sejuk, perjalanan dikedinginan petang yang panjang sehingga 9.00pm baru terbenam matahari tidak meninggalkan kesan apa-apa. Ini ditambah lagi dengan keasyikan melihatkan kecantikan Venice disamping memikirkan bagaimana kreatifnya bangsa Italy membina sebuah bandar terapung Venice yang terkenal diseluruh dunia.
Venice dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian daratan (Pusat pentadbiran dan commersial), bahagian kepulauan besar (Perhentian semua kenderaan ke Venice) dan Venice yang mengadungi 140 pulau-pulau kecil. Dipisahkan oleh sebuah selat yang luas dengan jalanraya empat lorong dan lintasan keretapi. Sebuah tempat atau terminal bas dibina khas untuk mengambil dan menurunkan penumpang sahaja. Ini bagi menjanjikan kestabilan tanah di pulau-pulau kecil Venice daripada mendap. Mengikut kajian Venice mengalami kemendapan dari masa kesemasa dan boleh dikatakan setiap hari akan mengalami banjir. Berikut aktiviti penting bagi pelawat ke Venice.
Venice famous for its canals, beauty, gondolas, and mask festival, it lays claim to some history's most enigmatic character namely Marco Polo and Giaccumo Casanova. Visit the Doges palace and the prison Casanova was held in, and walk across to the processing court by way of the Bridge of Sighs !. Enjoy a gondola right or checkout the Guggenheim Museum as well as the inside of Saint Marks basilica.
Dikepulauan Venice tiada jalan raya. Cuma lorong-lorong kecil khusus untuk pejalan kaki sahaja. Terusan berada dimana-mana. Water Bas dan Water Taxi (Sampan & boat) bersepah dibelakang atau didepan rumah kediaman dan merupakan pengangkutan utama.
Sedikit tentang Gondola. Sebenarnya gondola adalah perahu yang dihias cantik samaada bewarna hitam atau biru. Tidak menggunakan enjin tetapi dikayuh oleh pengayuh yang berpakaian kemas tradisi Italy. Amat sesuai untuk pasangan berbulan madu atau pasangan-pasangan tua (Orang Eropah yang intim berpasangan setelah berumur). Kos penyewaannya agak mahal tetapi pengalaman menyusuri terusan demi terusan di Venice adalah satu kenangan abadi seumur hidup. Sesetengah gondola menyediakan minuman untuk tetamu.
Kepulauan Venice mempunyai kepadatan penduduk seramai 60,000 orang. Bangunan kediaman tertinggi adalah sekitar enam tingkat sahaja. Boleh kita katakan "flat" lama dalam bahasa mudah. Tiada kelihatan rumah-rumah sesebuah kecuali dikepulauan luar daripada "Venice". Tidak dapat juga hendak dibezakan diantara yang kaya dan miskin kerana semuanya nampak dalam kategori rumah kediaman yang sama.
Tiada deretan pusat commersial kecuali kedai-kedai dicelah-celah dan dibawah-bawah Flat kediaman. Walau bagaimanapun disesetengah tempat kedai-kedai mereka setaraf dengan kedai-kedai di KLCC yang menjual barangan berjenama terkenal seperti barangan kemas, pakaian berjenama, barangan kulit, jam dan sebagainya. Puluhan restoran bertaraf antarabangsa dengan ratusan menu menanti pengunjung penuh sopan. Gambar disebelah menunjukan kepada kita bagaimana kecanggihan pusat commersial di Venice diwaktu senja. Air sedang pasang menghampiri paras verenda tetapi aktiviti harian berjalan sebagaimana kebiasaan. Beberapa pengalaman menarik ZBA ingin berkongsi bersama dengan pembaca.
Di sekitar Venice adalah bangunan lama tetapi tiada menunjukan kesan-kesan keretakan pada bahagian-bahagian bangunan sungguh pun berada diatas pulau yang padat dan dikelilingi oleh terusan yang berair. Kebimbangan mereka cuma adalah mendapan pulau itu sendiri yang menyebabkan ramai daripada penduduknya telah berpindah kedaratan.
Varenda bangunan adalah laluan penting yang boleh dianggap sebagai "No men land".
Dibina sebagai benteng untuk menahan bangunan daripada terjatuh kedalam terusan. Tiada kelihatan langsung tanah walaupun semasa paras air surut. Jambatan-jambatan kecil dibina diantara sebuah pulau dan sebuah pulau yang lain ditempat-tempat yang strategik. Sekiranya kita dijatuhkan disalah sebuah pulau di Venice, kemungkinan kita tidak akan mengetahui bahawa kita berada diatas pulau. Maksudnya untuk menggambarkan bagaimana teliti sekali perancangan pembangunan Venice sejak zaman berzaman.
Venice sebuah kota yang bersih daripada sampah sarap. Terusan bersih dan airnya jernih sepanjang masa. Kekadang tidak dapat dinafikan adanya kekotoran tetapi kerana kunjungan puluhan ribu pelancung setiap hari adalah sebagai faktor kecacatannya. Pelancung ke Venice tidak terhad kepada pelancung tempatan, backpacker, rombongan dan sebagainya. Malah, pada setiap waktu di pelabuhanVenice setidak-tidaknya lima buah Cruise Mewah berlabuh dan menurunkan pelancung dari kalangan elit dari seluruh dunia.
Rumah flat, tetapi flat yang bagaimana ?. Kita akan melalui celah-celah flat semasa melawat keseluruhan Venive. Tetapi pelawat tidak perlu bimbang akan adanya kejatuhan objek daripada atas, malah sampah sekalipun. Terus terang ZBA katakan dalam hati ini tergerak dan takut sekali untuk memandang keatas semasa melawat Venice. Ingatan ini kerana fobia mengenangkan Flat, pangsapuri malah Kondo sekalipun diNegaraKu yang yang tidak termaktub langsung disiplin dan tatacara kejiranan sebagai penghuni rumah-rumah bertingkat atau berkelumpuk. Sampah adalah satu fenomina biasa berselirak dimerata tempat.

Gambar-gambar ini dirakamkan diVenice lebih kurang jam 9.00 malam dengan menggunakan Olympus Camera. Jam 9.00 malam adalah waktu maghrib dan air sedang pasang penuh di kota Venice.
Anjing adalah binatang najis bagi umat Islam. Kuching adalah sata-satunya binatang kesayangan untuk dipelihara dirumah. Di Venice ia adalah bertentangan dan disebaliknya. Mereka amat menggemari anjing diri berbagai specius yang cantik dan berbagai saiz. Oleh yang demikian apabila sesaorang muslim berada di Kota Venice harus senantiasa berhati-hati semasa berjalan agar tidak tersentuh dengan anjing. Samaada kita berada di suparmarket, jalan-jalan, dalam kenderaan awam seperti bas dan keretapi dan sebagainya. Sungguh pun pada zahirnya anjing mereka kelihatan bersih tetapi pada pandangan ZBA sepatutnya mereka tidak membawa anjing di khalayak ramai. Tetapi disini anjing dimana-mana dan kita tidak akan nampak kuching berkeliaran.
Terusan di Kota Venice, airnya bersih dan berkocak seterusnya seolah-olah membuka jalan kepada kenderaan air. Rumah Flat berhimpitan diantara satu sama lain yaag dipisahkan oleh terusan sekecil 10 kaki dan lebih. Airnya terpelihara bersih dan jernih, tiada bau yang tidak menyenangkan, tiada sekeping pun sampah-sampah atau bekas-bekas plastik berapungan, sampan-sampan terikat kemas dengan talian ketebing. Itulah pandangan tentang sebuah kehidupan yang bertamadhun. Mereka membina kediaman mengadap keair sebagai tempat mencari ketenangan dan memelihara alam segajat sebagai satu kepastian.
Jika dibandingkan dengan NegaraKu, adalah jauh panggang dari api. Sejauh Venive dengan Kuala Lumpur. Kita membina rumah mengadap jalan dan dapur mengadap kesungai atau terusan agar senang lagi menyenangkan. Semua sampah sarap diterjunkan kesungai. Tandas dibina diatas sungai dengan hasrat untuk memberi makan ternakan air. Air sungai diampang ditapis dan seterusnya disalurkan untuk minuman. Kita minum air sampah dan air taik sendiri. Itu perangai bangsaKu. Sebab itulah susah untuk berubah kerana telah sebati dengan taik. Contoh paling ketara, Sungai Kelang, balik kampung dan perhatikan sampah dimana-mana. ZBA tulis bukan untuk menghina tetapi hasil dari penglihatan bagi dua tempat tersebut untuk dibandingkan. Bolehkah kita mengtranfomasikan diri kita ?.
Sebenarnya apa yang ZBA ingin terangkan disini ialah berkenaan sistem pembentungan najis dan air kumbah an dan limpahan seharian di Kota Venice. Diperhatikan malah kagum dengan perancangan mereka untuk ratusan tahun. Tiada kelihatan setitiskan pun air mengalir dari rumah kediaman kedalam terusan. Cuba kita bayangkan penempatan perumahan diatas air, bagaimana dan dimana mereka salurkan najis dan air kumbahan keluar dari Kota Venice. Kalau di NegaraKu, memang tidak hairan kerana semua khazanah berada didalam Sungai Kelang. Sesungguhnya mereka membina tamadhun dan tamadhun itu sendiri menjadikan mereka sejarah yang berguna.
Banyak sudah diceritakan tentang Venice. Baik kita beredar untuk bandar yang lain pula tetapi masih di Italy. ZBA seterusnya meneruskan perjalanan awal pagi menuju Florance dalam perjalanan ke Rome.
WE'RE ON OUR WAY
Sy suka cara encik mengulas sesebuah negara..memang betul jauh perjalanan luas pemandangn..encik dpt compare kn negara lain dgn Negaraku..walaupun sy x pernah keluar dr Negaraku, tp sy juga nampak apa yg berlaku di dlm Negaraku..sepatutnya kita lebih senang dr sekarang..tp kekayaan kita ghaib...
ReplyDeleteTerima kasih dan jumpa lagi dilain paparan. SALAM
ReplyDeleteBestnya baca artikel ini..saya x dapt nak bayangkan kalau saya sedang berada di kota air ini..amat menakjubkan dan ingin menjejakkan kaki suatu ari nanti di kota venice
ReplyDeleteTeruja sangat memvaca artikel ini..syabas..
ReplyDeleteSaya bukan pandai sangat untuk menulis. Tapi semua artkal saya adalah daria apa yang saya lihat. Persudikan kepada sesiapa yang ingin menerokai dunia dari penulisan saya. As Salam.
ReplyDelete