Assalamualaikum,
Slovak Republic mempunyai 5 juta penduduk dengan Bratislova sebagai ibu negara. Berbahasa Slovak dan menjadi sebahagian daripada Kesatuan Eropah (EU). Mengamalkan demokrasi berparlimen dengan Perdana Menteri dipilih berdasarkan undi pepulariti.
Tidak banyak yang dapat diceritakan tentang negara kecil ditengah benua Eropah ini. Sememangnya pun sebelum ini mereka adalah negara dibawah pemerintahan komunis yang tersisih daripada dunia luar. Tetapi dengan berkat kesabaran dan perjuangan nekad mereka di bawah pimpinan Alexander Dubcek, akhirnya mereka berjaya melakar sejarah tersendiri dan berdiri teguh bersama EU sekarang.
Untuk sampai ke negara ini kami mengharungi kawasan tanah tinggi yang bergunung ganang serta terowong dengan sistem jalan raya yang bertaraf dunia. Pemanduan berjalan lancar selancarnya kerana tidak banyak kenderaan diatas jalanraya. Memang enjoy dengan pemandanganya yang amat cantik dan indah sekali. Kawasan padang ragut saujana mata memandang, ini diselang seli dengan tanaman pokok bunga untuk tujuan menghasilkan minyak yang menguning disepanjang perjalanan.
Ladang gandum yang mula menghijau terdapat dimana-mana. Semasa perjalanan kami cuaca mendung dan sesekali kabus melitupi jalan raya. Cuaca tidak bezanya 10C seperti di Czech Republic yang baru kami tinggalkan tadi. Mereka negara mesra alam. Tanaman pokok pokok rhu tumbuh dengan subur dan tersusun indah baris demi baris. Tiada kelihatan langsung sampah sarap seperti di NegaraKu.
Diperjalanan ini kami ketemu juga sesekali ladang ternakan lembu, bebiri dan kuda. Anehnya tiada kelihatan langsong petani bekerja diladang. Jika dilihat kepada ladang yang ibarat hamparan, sewajarnya pun bukan kutdrat manusia untuk mengerjakannya kecuali dibantu oleh mesin-mesin yang canggih. Itu adalah hakikat bagi sebuah negara yang kaya dan maju. Fenomina ini 50 tahun lagi tidak akan ujud di NegaraKu sekiranya masih menebal dengan perilaku, we are No. 1 in the world.
Masa amat mencemburui kami, ZBA hanya berkesempatan mengenali negara ini sepintas lalu sahaja dengan melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah di Bratislova. Meneruskan perjalanan menuju Austria. Jumpa disana dan lihat pula apa yang ada disana. SALAM
WE LOVE THE OUTDOOR LIFE
No comments:
Post a Comment