Monday, 14 May 2012

HOLLAND HOME OF TULIP

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Dikedinginan petang ZBA sampai dinegara yang dikenali sebagai Belanda di kalangan bangsa timur.  Negara Benggali Putih ini telah memerintah Indonesia lebih daripada 350 tahun dengan mengoyak segala isi khazanah tempatan dibawa pulang dan di Muziumkan disini.  Mereka juga berada di NegaraKu sejak sekian lama sebelum diserahkan kepada puak yang satu lagi yang menduduki bumiKu selama 250 tahun.  Ini semua gara-gara Si Kitul yang menyebabkan kami tidak berjaya membalun mereka keluar dari sini walaupun kekuatan mereka ketika itu tidak lebih dari muatan tongkang-tongkang kecil.  Tetapi semangat mengatasi segala-galanya.
Holland  dengan ibu negaranya Amsterdam menjadi terkenal ialah kerana sejarahnya yang bermula sejak awal abab yang ke 17.  Merungkai peradaban manusia  menjadikan mereka bangsa  yang berjaya dalam kehidupan.  Dengan skala kecil bangunan, jalanraya, terusan, dataran menyebabkan mereka dipandang unik oleh para pelancung.  Ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia membanjiri Amsterdan saban hari.

Mempunyai dan  menyimpan banyak khazanah sebagai koleksi kejayaan mereka dengan beberapa Muzium terkenal dan sewajarnya para pecinta sejarah akan tertumpu untuk membuat penylidikan dan penilaian. Diantara tempat-tempat yang menarik untuk dilawati ialah Muzium Van Gogh (History of Van Gogh), Anne Frank House (Story the world needs to hear), Hermitage Amsterdam dan Rijksmuseum.  Kesemuanya terletak dalam jangkauan berjalan kaki.

Dua lagi tempat menarik yang wajar dilawati ialah Palace on the Dom dan Jewish Historical Museum.  Selain daripada itu jika pelawat tidak mengambil kesempatan untuk menghilir mudik terusan-terusan di Amsterdam bermakna lawatan itu masih tidak sempurna bagi sesaorang.  Malah terusan adalah menjadi tarikan utama ke Amsterdam sesuai dengan pengiktirafan oleh UNESCO World Heritage pada tahun 2011 menjadikan Amsterdam sebagai "Historical Canal District".
Selain daripada terusan sebagai tarikan umum pelancung  mengunjungi Amsterdam, bagi ZBA ada lagi satu tarikan khusus untuk  orang muda dikota Amsterdam.  Peliknya kita tidak dapat melihat tarikan ini pada waktu siang hari tetapi terang benderang pada malam hari.  Ajaibkan.  Kepada sesiapa yang pernah mengunjungi Thailand akan pasti jawapanya.  Tetapi di Amsterdam mereka ditempatkan disebuah bilik secara berasingan diantara satu sama lain.  Sedangkan di Thailand mereka ditempatkan dalam sebuah rumah kaca secara beramai-ramai.  Dikenali ramai sebagai "Red light District".  Seiring dengan pertumbuhan perniagaan yang ulung didunia, dikawasan ini juga dipenuhi berbagai Pub dan Bar.

    Tandas Awam Amsterdam

Amsterdam mempunyai banyak bangunan lama.  Kenderaan paling mudah dan murah ialah basikal.  Lain-lain pengangkutan awam amat mahal tetapi efisyen.  Bagi pelancung asing mereka tidak susah berkomunikasi disini kerana  rata-rata penduduknya boleh berbahasa Inggeris dengan baik.  Tetapi satu sahaja perlu diingat bahawa Amsterdam mempunyai laluan khas berbasikal dan mesti berhati-hati semasa melintasinya.  mengelakan kemalangan.  Bagi kaum pria adalah satu keistimewaan dibandingkan masalah bagi kaum Hawa.  Tandas lelaki amat senang di Amsterdam.  Ada dimana-mana tetapi secara terbuka tetapi  bagi wanita sudahlah susah tetapi perlukan pembayaran.

Makanan dan barangan keperluan harian mahal jika dibandingkan dengan negara lain.  Walau bagaimana pun makanan halal ada disediakan dan dijual di Amsterdam khususnya kebab dan masakan Turkey.

Barang antik tetap dikenang.  Apa pun barangan ini masih dijaga dan berfungsi baik walaupun telah beradab lama digunakan.  Sesuai dengan keadaan negara yang terletak dibawah paras laut, Kincir angin pesaka Belanda masih teguh dan tegak berdiri.  Mereka terpaksa berbuat demikian bagi mengawal paras air dari masa kesemasa untuk mengelakan daripada limpahan banjir.  Disatu kawasan dipinggir Amsterdam kincir angin warisan  tradisi masih diguna pakai.





Kelihatan rumah orang-orang Belanda ini kecil tetapi mereka mempunyai satu konsep kediaman yang  berteraskan kepada keselesaan dan istirehat.  Lihat gambar diatas dimana dikawasan laman yang terhad sekali pun mereka masih merialisasikan  sebagai ruang istirehat untuk keluarga. Tidak sebagaimana orang lain menjadikan laman begini sebagai tempat letak kereta dengan dipenuhi serba manika barangan yang sepatutnya berada didalam tong-tong sampah.



















3H/2M ZBA berada di Belanda tetapi bukan ibarat Belanda minta tanah.   Kami berangkat meninggalkan Belanda di awal pagi dengan melintasi jaluran ratusan terusan (Canal) yang bersih dan sayup mata memandang.  Manakala tasik-tasik membiru dipanah pancaran matahari pagi dengan suhu sekitar 10C.

ROUND AND ROUND GO THE WINDMILL SAILS



No comments:

Post a Comment