Assalamualaikum,
Dikedinginan pagi dengan cuaca 06C, kami meninggalkan Amsterdam Belanda menuju Germany. Terkenang ladang yang melebar, terusan yang tersusun, rumah-rumah kayu yang kemas dan cantik dan wajah-wajah penghuni Amsterdan Red Light District yang mengiurkan. Diantara mengantuk dan kedinginan pagi, nampaknya kami hampir menghampiri sempadan Germany dan Holland. Dua buah negara yang berlainan bangsa dan bahasa pertuturan.
Sebelum pergi jauh, elok kita belajar sedikit bertutur Germany agar ada sedikit kesopanan dan kesusilaan apabila berada ditanah yang asing bagi kita. Hello - "Gundan tuck" Terima kasih - "Danker". Tujuannya bukan apa kerana telah banyak didengari bahawa orang Germany amat jijik untuk berbahasa Inggeris kerana dasar kebenciannya. Begitu juga orang Inggeris yang selalu mengungkitkan fasal perang dunia dengan Germany. Walau bagaimana pun bagi pelancung tiada bahasa lain selain daripada mengajukan bahasa Inggeris dimana-mana. Dimaklumkan bahawa sepanjang ZBA di Germany tiada masalah timbul berhubung bahasa pertuturan. Alhamdulillah.
First toilet stop kami berhenti disebuah pekan kecil bernama Osnabruck setelah mengambil masa dua jam perjalanan dan membeli sedikit makanan mengalas perut sebelum sampai ke Berlin. Jangan terkejud semua tandas di Germany adalah berbayar. Oleh yang demikian kepada sesiapa yang berkenaan, sila sediakan wang syling yang mencukupi. Bayaran yang dikenakan ialah Eur 0.75 (RM 3.00) bagi sekali masuk. Kencing tak kencing itu soal lain. Bayar wajib.
Sebut sahaja fasal Germany semua orang teringatkan Hitler pemimpin mereka ketika era perang dunia. Tapi kini segalanya berubah. Germany muncul sebagai sebuah negara yang dikagumi dunia dengan kemajuan teknologinya. Kekentalan politiknya dan bagi anak-anak muda kehebatan pasukan bola sepak mereka. Negara yang disegani dan digeruni dalam serba serbi bidang. Sebuah negara diantara yang terbaik di Eropah dan dunia amnya.
Tiada tanda memisahkan diantara Germany dan Holland. Tidak perlu melalui pemeriksaan kastam atau imigrasi. Tanah pamah terbentang luas. Rumput menghijau dan kawasan yang belum ditanam, tanahnya dibajak dan digemburkan. Kelihatan sayup mata memandang apatah lagi dengan kebersihan sungai, lembah dan lurah. Rumah sesebuah dipagari pokok-pokok pine yang tersusun indah dan jarang kelihatan blok-blok apartmen. Diselang-seli dengan padang ragut ternakan bebiri dan lembu tenusu.
Kuda-kuda peliharaan meragut rumput dengan tenang walaupun masih diselimut dengan canves pada bahagian badannya. Penjanaan kuasa eletrik dimana-mana dengan menggunakan kincir angin yang senantiasa berpusing dan menjana eletrik secara murahan dari sumber alam. Manakala kawasan industri High Tech Eletronik dan Engineering terdapat dimana-mana. Tersusun atur, bersih dan bersistematik. Inilah gambaran yang dapat ZBA berhubung Germany.
Cuaca mendung dengan suhu berada sekitar 05C. Lebuhraya 3 lorong melancarkan pergerakan tanpa sebarang halangan. Kenderaan bersimpang siur. Audi, BMW, Mercerdes, Porshe, Volksigen, Skoda, Volvo dan kurang juga Toyota dan Kia daripada Korea Selatan. Tiada speed limit dilebuhraya di Germany kecuali disesetengah tempat. 130kmj adalah pemandangan biasa bagi mereka dan 100kmj untuk laluan perlahan.
Pergerakan kereta berdesup apabila memotong dan menghilang dalam saujana mata memandang dalam sekelip mata. Difahamkan sungguh pun begitu Germany adalah negara paling selamat untuk pemanduan di Eropah. Sepanjang di Germany kami tidak nampak satu pun kemalangan berlaku. Motosikal yang ada dan ditunggangi adalah dari jenis yang bersekala besar sahaja. Mereka amat berhemah ketika memandu dan akan berhenti cuma di R & R yang disediakan sahaja kecuali kecemasan. Semua persimpangan masuk ke R & R akan dipasang camera dikiri dan dikanan jalan. Tiada ada anggota polis lebuhraya kelihatan disepanjang perjalan kami di Germany. Apatah lagi 'Road block haram" atau tembak buntut yang diamalkan oleh satu negara sahaja didunia.
Tempat dimana dikatakan Hitler dikatakan membunuh diri
Perkongsian Pengalaman. Sebenarnya kesesakan trafik adalah bukan pada faktor jalanraya itu sendiri tetapi sikap pemandu yang tidak bersopan dan bertimbang rasa dan ditambah dengan ego dan kesombongan. Bagi negara maju sebagaimana Germany, mereka mungkin diasuh untuk tidak menyusahkan orang lain.
Mempunyai daya ketahanan kesopanan dan kesusilaan yang tinggi dan sikap yang merendah diri. Di Germany tiada seorang pun kita dapati mereka akan memotong disebelah kiri walaupun dalam apa keadaan. Apa yang mereka lakukan bagi melancarkan perjalanan ialah, sebaik sahaja memotong kenderaan mereka akan terus secara otomatik masuk kekiri memberi laluan kepada kenderaan laju yang masih berada dibelakang untuk terus meluncur kehadapan. Begitulah seterusnya amalan yang ditunjukan oleh semua pemandu di Germany sehingga berahir di destinasi. Tiada kedengaran langsung kenderaan membunyikan hon sebagai peringatan atau amaran kepada pemandu lain. Amalan ini juga tidak terkecuali kepada pemandu motosikal.
Syaitan sedang bercengkrama
Bolehkah perkara seumpamanya dipraktikan di NegaraKu. Bersediakah marshal-marshal motosikal besar yang tidak membayar tol meninggalkan laluan laju selepas memotong kenderaan lain. Masihkah ingin kita terhegeh-hegeh dilaluan laju sedangkan kita dibawah kelajuan maksima. Sanggupkah kita mengawal ego menjadikan kita pemandu berhemah. Berdosa atau tidak sekiranya kita terlibat dengan kemalangan maut yang disebabkan oleh kelalaian diri sendiri. Fikir-fikirkan dan kembalilah kepada ajaran Rasullullah S.A.W.
Sedar-sedar sekarang di Kota Berlin. Pastinya sejarah perang dunia perlu dilihat. Keruntuhan Berlin Wall perlu dikaji. Dikelapangan masa sebegini digunakan dengan sepenuhnya. Dengan tiket Metro berharga Eur 2.30, kita dapat bergerak seharian di Kota Berlin. Murah dan cepat serta senang dan selesa. Sesedar ZBA telah melangkawi batasan Merto sehingga kekawasan pinggir (Out skirt) daripada Kota Berlin. Paling tidak dapat juga melihat kawasan pendalaman yang jauh dari kota. Tetapi dimana-mana pun sama. Kehidupan mereka tenang dan aman, tersusun kemas dengan persekitaran yang bersih dimana-mana.
ZBA bergambar dihadapan ratusan susunan batu-batu konkrik yang dibina sebagai tugu peringatan memperingati 300,000 orang Yahudi yang sengaja mati dibunuh oleh Pihak Pemerintah Germany semasa Perang Dunia.
Sedikit tentang Tembok Berlin. Membahagikan kawasan barat dan timur Berlin dan sebuah sungai mengalir diantara kedua-duanya. Membezakan diantara kapitalis dan Komunisme. Dewasa ini cuma sedikit cebisan ditinggalkan untuk tontonan dan mungkin gurauan bahawasanya kekuatan bukan terletak pada tembok sebalik kepada akal dan tangan-tangan manusia itu sendiri. Tingginya sekitar 3 meter dengan kelebaran 1/3 meter (12' x 1').
Kesimpulannya, sesungguhnya manusia itu diciptakan berpuak-puak untuk mengenali diantara satu sama lain. Bukan dipuak-puakan dengan idealoji yang berbedza untuk menunjukan kemegahan sesuatu bangsa.
Setelah enjoy 3H/2M di Kota Berlin yang penuh dengan kesan sejarah perang dan sejarah pemimpin-pemimpin mereka yang berkelibar, ZBA meneruskan perjalanan menuju Dresden iaitu sebuah bandar yang dekat dengan sempadan Czech Republic. Keadaan muka bumi Germany sehingga kesini tidak banyak berubah jika dibandingkan dengan sempadan bermulanya dari Holland.
Email : zainaltobiak@yahoo.com.my
Dresden ialah sebuah destinasi pelancungan Germany yang terkenal dengan bangunan-bangunan lama yang menarik. Kami singgah disini selama tiga jam sebelum meneruskan perjalanan ke Czech Republic.
Assalamualaikum dan Sejahteralah keatas kamu.
OFF WE GO
No comments:
Post a Comment