Sunday 8 April 2012

WORLD GLOBE TREKKER AIRPORT

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualikum,

     Bermula dari satu negara ke negara yang lain.  Dari Airport meniti ke satu Airport.  Dari udara turun kebumi dan merayap dipermukaan.  Kisah seorang pengembara jalanan untuk mencari kepastian dan sesungguhnya Allah Maha Agung dalam penciptaanNya.

Pesawat merah inilah sebenarnya yang banyak membawa kenangan dalam pengembaraan ZBA.  Tahniah kepada Air Asia.com semuga terbang lebih tinggi.  Setingginya harapan raayat NegaraKu untuk mendapatkan tambang murah melintasi Benua.

 Siem Reap International Airport Cambodia


BandaraAdisuchipto Airport Yogjakarta


Bandara Sukarno-Hatta Airport Jakarta Indonesia


Taipeh International Airport Taiwan



Jetstar.com Auckland International Airport New Zealand


Christchurch International Airport New Zealand


Tianjin International Airport China


Bandara Acheh International Airport Indonesia




Abu Dhabi International Airport




Heathrow International Airport London United Kingdom


Belum pernah dalam sejarah ZBA melihat Airport paling sibuk didunia.  Heathrow adalah jawapan paling tepat bagi ungkapan diatas.  Dari udara kita sudah dapat melihat bersusun dan bertali arus kapal terbang menanti giliran untuk mendarat.  Manakala dibumi pula berderetan dan tunda menunda kapal terbang menunggu giliran untuk mendapatkan kebenaran untuk terbang ke udara.  Lima terminal yang dipisahkan dengan diantara satu sama lain dengan pengangkutan keretapi canggih menghubungkan kelimanya dari bawah landasan terbang Heathrow.
                                                                               



          Manado Airport Sulawesi

Manado di Indonesia sebuah bandar yang kurang dikenali ramai terletak di hujong keutara kepulauan Sulawesi.  Mempunyai keistimewaan yang tersendiri sebagai destinasi skuba diver yang terkenal disamping beberapa tasik gunung berapi dan pantai-pantai indah.  Lapangan terbangnya terletak bersebelahan gunung yang membiru dalam jarak 30 km dari Bandar Manado.




                             Sri Lanka International Airport


Sri Lanka International Airport dikongsi bersama sebagai lapangan terbang tentera udara bersebelahan.  Mempunyai bangunan terminal yang sederhana besar tetapi nampak kemas, bersih dan teratur.  Walau pun negara Sri Lanka merupakan sebuah negara berugama Buddha namun mereka tidak melupakan kaum minority Muslim.  IASL mempunyai sebuah Surau yang lengkap khusus untuk kegunaan solat Muslimin dan Muslimat. Jika dibandingkan dengan KLIA (RM 13b).




                                                                                        KL International Airport (KLIA)


NegaraKu kononnya Negara Islam sebagaimana diistiharkan oleh seorang yang menyanggah Isi kandunganNya dan menerima Anugerah Best Airport In The World dan semalam 11 Mei 2012 terpampang pula di KLIA  gambar sebuah pesawat Airbus 380 dengan lambang MAS berbunyi "Kebanggaan kita untuk Nusa dan Bangsa". Aduh, secara tiba-tiba sakitnya mendatang.  Terdetik dihati ketika bersolat di Surau KLIA Terminal 1 (International) seorang Pak Arab hampir terlentang kerana kelicinan memijak sehelai sejadah usang.  Beliau menggeleng kepala sedangkan jemaah lain juga hilang kekusyukan.  Rupa-rupa kerana kerugian 2.5b yang direkodkan tanggal 31 Disember 2011 sebagai tarikh keramat menyebabkan sehelai sejadah tidak boleh diganti. Kos 13b pula tidak cukup untuk menyiapkan sebuah Surau yang selesa berpermaidani bagi umat Islam, muslimin dan muslimat Negara Islam 1M.
SEE YOU IN OTHER INTERNATIONAL AIRPORTS SOON


































No comments:

Post a Comment