Sunday 26 February 2012

INDONESIA BALI PARADISE ISLAND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,


Bali bumi bertuah yang dikenali ramai khususnya pelancung daripada Australia dan negara-negara barat.  Tidak kurang juga dari Jepun dan Korea.

ZBA telah mengembara seluruh kepulauan Bali dan kalau tidak salah telah tiga kali menikmati pemandangan indah pulau tersebut.  90% penduduk Bali berbangsa Melayu Indonesia tetapi menganut agama Hindu.  Jarang sekali kita akan ketemui penduduk setempat yang berugama Islam kecuali kakitangan kerajaan dan dikawasan Gilimanuk dan sekitarnya.  Oleh yang demikian, ZBA ingatkan harus hati-hati untuk mendapatkan makanan halal disana.  Pastinya nasi padang tidak ada keraguan bagi pengembara muslim.
Bagi pengembara muslim tiada apa keistimewaan di Bali kecuali pantainya yang cantik dan bersih sesuai untuk  bersantai dan mandi manda.  Tetapi tidak sesuai untuk membawa keluarga kesini khususnya dipantai-pantai kerana pelakuan curang oleh pelancung barat yang amat tidak  wajar dipertontonkan kepada kanak-kanak.


Jutaan pelancung mengunjungi Bali saban tahun untuk menikmati keindahan pantainya disamping bermain ombak.  Tetapi tidak ramai mungkin yang pernah memasuki dan meneroki selain daripada pantai peranginan kedalam kawasan-kawasan pendalaman Bali.  Dan kemungkinan segelintir sahaja yang pernah overland dengan pengangkutan awam merentasi Bali daripada Denpasar ke Gilimanuk dan menyeberangi selat ke Bayu Wangi di Kepulauan Jawa. Ikuti catatan pengalaman ZBA menaiki bus awam merentasi kepulauan Bali.

               Bali Holiday Resort

Setelah penat lelah memandu memasuki sawah ladang, kampung dan desa, lurah dan dataran,  ZBA berehat 3H/2M ditepian pantai sambil menjamu selera terhidang oleh pengembara-pengembara wanita barat, berjemur dan mandi manda.  ZBA  meninggalkan Denpasar dengan bus awam dengan menempuh berbagai pengalaman pahit manis dijalanan.  Satu pengalaman yang amat mengujakan sepanjang perjalanan ke Gilimanuk.

Jaraknya cuma 134 km tetapi mengambil masa lima jam dan berhenti-henti dimana-mana untuk menaik dan menurunkan penumpang. Penat tetapi puas kerana dapat bersama-sama merasai bagaimana keperitan sebuah kehidupan.  Jalanraya mereka tidaklah sebaik diNegaraKu sekadar jalan kelas 3 yang berliku-liku dan tidak terusus dengan baik. 

Dari Denpasar bandar yang pertama ditempuhi ialah Kupal, Tabanan, Antosari, Negara seterusnya perhentian terahir Gilimanuk.

Diantara Denpasar dan Kupal pemandangan sebagaimana bandar-bandar lain di Indonesia.  Rumah-rumah penduduk yang cantik mengikut tradisi Bali.  Kawasan rumah dipagari pepohon kelapa, sawah padi secara kecil-kecilan dan tanaman kontan untuk saraan seharian.  Kupal ke Antosari jalannya agak sempit dan berliku-liku melintasi kawasan tanah tinggi.  Tanaman kelapa berada dikiri kanan jalan disamping sawah padi yang ditanam secara berteres dikaki kaki bukit.  Semasa ZBA  melintasi kawasan tersebut, padi sedang menguning dan pemandangan begitu indah sekali.  Padi berbuah lebat dan ibarat segumpal gemal yang padat jika dicantumkan seperdu padi yang ditanam.  Ini menunjukan bahawa kualiti padi mereka adalah diantara yang terbaik dihasilkan.

Antosari ke Gilimanuk.  Kawasam tanaman padi agak melebar diselang seli dengan tanaman kelapa.  Kali ini padi tidak lagi ditanam di lereng-lereng bukit malah ditanam dikawsan tanah pamah atau caruk-caruk diantara perkampungan tempat tinggal.  ZBA sampai di Gilimanuk dengan bas yang dipenuhi serba serbi bersama penumpang.  Ada manusia, ada binatang ternakan, ada sayur-sayuran, ada buah-buahan dan sebagainya.  Meninggalkan bau yang tidak kurang enaknya.  Satu kepuasan dan satu pengalaman yang akan mengajar ZBA tentang sebuah kehidupan.

Perkongsian pengalaman.  Antosari meninggalkan pengalaman hingga kini.  Disatu ketika bas berhenti disatu perarakan jalanan.  ZBA melihat semua kaum lelaki berpakaian serba hitam serupa pakaian Baju Melayu tetapi bertanjak ala pakaian orang-orang Jawa, manakala perempuan pula berpakaian ala kebaya dengan  kain selindang bewarna putih.  Kumpulan ini terdiri tidak kurang ratusan orang berjalan beriring dan sungguh tertib tanda menghormati sesuatu.    Rupa-rupanya setelah dimaklumkan oleh seorang teman, bahawa perarakan tersebut adalah tradidisi orang-orang Bali yang berugama Hindu mengiringi jenazah ketanah perkuburan.  Memang benar dihadapan terdapat sekumpulan sedang mengusung sesuatu.  Mereka berjalan dan diringi dengan benda-benda yang diarak sebagaimana kita menghantar hantaran untuk upacara pertunangan. Pada pandangan ZBA, mereka cukup menghormati mayat dan jelas kesedihan masyarakat apabila ditimpa sesuatu musibah.

Gilimanuk ialah sebuah bandar pelabuhan yang menghubungkan kepulauan Bali dengan Jaya.  Kedua-dua pulau ini dihubungkan dengan perjalanan ferry yang memakan masa satu setengah jam ke Banyuwangi (Fragrant Water).  Nama yang indah seindah laut timur yang ZBA mengeberangi. Kecantikan laut timur belum pernah ZBA lihat dimana-mana sebelum ini.  Airnya menghijau dan jernih sehingga kehampir kekedalaman 10 meter masih dapat dilihat objek dengan jelas. Aduh indahnya dunia ciptaan Allah SWT.

Selepas melintasi laut timur, ZBA terus kebandar Banyuwangi melalui pekan kecil Ketapang dan meneruskan perjalanan dengan keretapi ke Surabaya.  SALAM

INDONESIA CENTRAL JAVA OVERLAND

No comments:

Post a Comment