Wednesday, 1 February 2012

CHINA SHENZHEN WINDOW OF THE WORLD

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Ramai pelancung daripada NegaraKu telah mengunjungi Shenzen tetapi tidak ramai pengembara yang seperti ZBA.  Shenzhen adalah syurga membeli belah khusus untuk kaum wanita dan bukan khusus untuk para pengembara.  Terletak bersebelahan dengan  Hong Kong dan dipisahkan dengan sebuah sungai kecil. Dihubungkan dengan sistem jalanraya yang baik dan sistem pengangkutan keretapi ke beberapa destinasi utama ditanah besar China.  Sungguh pun keduanya berada dalam pemerintahan China tetapi kemasukan ke Hong Kong tidak memerlukan visa manakala  ke China semua raayat NegaraKu dikenakan visa.

Shenzhen adalah sebuah bandar baru di China.  Bandar pelabuhan dan juga bandar perindustrian yang serba maju dan morden di China.  Asas-asas perniagaanya adalah mirip kepada Hong Kong.  Ramai pendatang-pendatang baru dari seluruh China bertumpu kesini dan tidak hairanlah budaya Shenzhen didapati berbedza daripada budaya masyarakat China lain.  Dailek percakapan mereka agak berbedza walaupun mereka adalah sebangsa dan seketurunan. 

Pesanan dari pengalaman ZBA, kepada pelancung yang pertama kali ke Shenzhen atau ke China dinasihatkan berwaspada apabila berada di Shenzhen.  Disini ramai penyeluk saku yang licik dan penjual jalanan yang mengambil kesempatan khusus kepada pelancung asing.  

Elakan daripada berkomunikasi dengan penjual barangan eletrik jalanan khusus penjual geget-gejet talifon.  Mereka kebanyakan adalah conmen yang lichek dan pintar. Ingat bahawa sesetengah barangan computer buatan China hanya untuk pasaran China sahaja dan bukan untuk pasaran antarabangsa.  Jika boleh masukkan dalam sistem dahulu dah sahkan boleh digunakan barulah dibeli.  Geget buatan China memang canggih dan cantik dipandang serta harganya amat murah tetapi kualitinya adalah untuk pakai habis, sama kaedah dimana jika kita membeli pakaian di Thailand apabila dimasukan kedalam mesin basuh bentuk dan saiznya telah tidak serupa daripada yang asal.

Di Shenzhen terdapat beberapa lokasi yang sibuk untuk membeli belah samaada dari penjual pakaian, computer, telifon, barangan eletrik, perhiasan dan sebagainya. Tetapi jangan lupa satu tempat terbaik untuk menikmati mee segera (Mee Tarik) di Shenzhen.  Mangkoknya  besar dengan kuahnya ibarat kolam mandi.  Dimasak segera dan amat menyelerakan ketika sedang panas-panas dimakan.  Memang sesuai bagi masyarakat China kerana mereka tidak suka masakan sejuk khususnya semasa musim sejuk.  Antara penyebab lain kenapa kuahnya ibarat kolam mandi ialah  orang China tidak akan memesan minuman untuk diminum selepas makan, memadai dengan menghirup kuah sup yang begitu banyak.  Satu yang ZBA paling pantang semasa makan bersama masyarakat China, mereka berkahak dan meludah tanpa mengira anda disebelah sedang makan.  Tabiat yang melampau dan dianggap biadap orang kebanyakan orang diNegaraKu. 

Asyik cerita pasal shoopping sekarang kita  beralik topik kepada tempat-tempat menarik sekitar Shenzhen.  Diantara banyak-banyak tempat tersenarai ZBA cuma mengambil satu sahaja kerana tempat ini amat sesuai untuk pelancungan bekeluarga.  Bayaran masuknya agak mahal tetapi tidak mengapa sebab ayah bawa banyak duit untuk dilaburkan di Shenzhen.  Terletak lebih kurang 20 km dari pusat bandar dan gunakan metro untuk cepat dan senang kesana disamping harganya murah.  Stesyen terahir dan nama tempat itu ialah "Window of the World".  Boleh juga menaiki bas daripada stesyen keretapi Shenzhen sekiranya ingin melihat bandar Shenzen  keseluruhannya.

Window of the World memberi anda kepuasan melawat semua replika benda-benda ajaib didunia.  Dibuat mengikut skill dan diletakan ditempat yang strategik dan sesuai berdasarkan tempat sebenar.

Tempatnya luas dan masa yang diperlukan untuk melawat kesemua replika-replika didalam taman ini dianggarkan lebih daripada lima jam keseluruhannya.  Taman ini amat sesuai untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Selepas Shenzhen, ZBA akan ke destinasi selanjutnya Guangzhou.  Guangzhou adalah sebuah bandar paling dekat dengan Hong Kong sebelum zaman era Shenzhen sebagai sebuah bandar baru di selatan China.  Perjalanan dari Shenzhen ke Guangzhou amat mudah sama ada dengan bas atau keretapi.

 CRH Train Ticket

Bagi ZBA keretapi telah menjadi sinonim kerana dimana-mana ZBA mengembara keretapi adalah pilihan utama kerana selamat dan selesa.   Lebih-lebil lagi di China yang menggunakan perkhidmatan keretapi laju yang dikenali sebagai CRHMewah dan laju dari keretapi NegaraKu (Landasan Berkembar) 3 kali ganda tetapi harganya lebih murah jika dibuat perbandingan.  Tapi jangan lupa dan kekadang Melayu memang mudah lupa sentiasa mengingati "We are Number One".

GUANGZHOU


 Pearl River Cruise Guangzhou

Sebelum peranannya diambil alih oleh Shenzen, Guangzhou merupakan pelabuhan yang sibuk diselatan China yang keselatannya terletak Hong Kong.  Dari sini kita boleh dengan senang menaiki ferry ke Hong Kong dan juga Macou. Pengangkutan keretapi menghubungkan Guangzhou di selatan ke Shanghai di timur, Beijing di Utara, Nanning di barat dan Urumqi dibarat daya China. Tidak lupa juga Guangzhou adalah tempat kesukaan ramai wanita.  Shoopping menjadi nadi utama ekonomi bandaraya ini selain pelancungan. 

Pada pembaca yang pertama kali ke Guangzhou eloklah mendapatkan maklumat terperinci dimana-mana laman web dan apa keperluan yang hendak berbelanja.  Bagi kaum wanita ZBA maklumkan terdapat sebuah komplek bawah tanah berhampiran Stesyen Keretapi Guangzhou adalah syurga bagi kaum wanita untuk mendapatkan berbagai assories wanita dengan harga yang murah. Tapi ingat anda harus pandai untuk tawar menawar.  Kalau boleh jika ditanya anda "Malaysia", jawapanya no, I am Filiphino or other county please.  Peniaga China senang mengenali kita dan mudah untuk ditipu.

Bandaraya Guangzhou amat mudah untuk kesana kemari.  Gunakan perkhidmatan metro mereka yang canggih dan pantas.  Makanan halal juga tidak susah untuk didapati.


ZBA menamatkan pengembaraan di Guangzhou dan kembali ke Shenzhen untuk penerbangan pulang.

Assalamualaikum.  SALAM

No comments:

Post a Comment