Assalamualaikum,
Memori melayari Yang Tze River pastinya kekal segar di ingatan dan menjadi kenangan manis untuk selamanya.
Kami Mr Edward, Datin Jaq, ZBA dan Mr Selva meninggalkan Yichang menuju Liozhou dan seterusnya bertukar keretapi ke destinasi berikutnya Guilin. Kami sampai di Guilin tengahari dan sebelah petangnya masih berkesempatan berjalan-jalan menghirup udara sejuk yang segar di bandaraya Guilin. Guilin sememangnya telah dikenali ramai dikalangan masyarakat NegaraKu sebagai sebuah bandar perlancungan terkenal.
Keesokan harinya, kami melawat tempat-tempat bersejarah disekitar bandaraya Guilin dengan menyewa sebuah kenderaan penduduk tempatan. Rujuk " Guilin attraction" bagi mendapat maklumat tempat-tempat berkenaan untuk mendapatkan makluman terkini.
Makanan Halal tidak menjadi masalah di Guilin. Sekitar Stesyen keretapi Guilin sendiri terdapat tiga buah restoran dan beberapa gerai jalanan menjual makanan halal. Lihat sahaja gerai yang dipaparkan dengan Kalimah Allah dan Muhammad S.A.W.
Mengembara ke Guilin tidak lengkap sekiranya tidak memudiki Li River yang terkenal. Ribuan pelancung dalaman dan luar negara mudik setiap hari melalui Li River dengan puluhan Ferry dan puluhan rakit khas ke Yangshuo.
Perjalanan mengambil masa hampir empat jam dan pembaca boleh memilih untuk menaiki River Ferry atau rakit yang dibuat khas untuk keselesaan pelancung. Pemandangan indah tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Berikut ZBA sertakan gambar-gambar menarik sepanjang perjalanan.
Puluhan rakit-rakit kecil yang penuh dengan penumpang seolah-olah kejar menyejar antara satu sama lain menuju Yanshuo.
ZBA dengan gaya tersendiri di hadapan rakit dalam keadaan sejuk. Suhu ketika ini dimaklumkan berada sekitar 6-10 C dan hujan renyai-rengai mengiringi kami sejak dari pagi lagi.
Gambar-gambar berikut adalah pemandangan biasa setiap hari di laluan Li River Guilin.
Yangshuo bandar destinasi. Kami berada semalaman disini. Night life yang mengkagumkan. Aktiviti bandar berjalan sepanjang hari hingga larut malam. Satu-satunya bandar di China yang pernah ZBA lihat mirip bandar pelancungan Phuket, Krabi dan Koh Samui di Thailand. Kepada kaki shopping, pastinya ingat bahawa tawar menawar hendaklah bijak dengan barangan pilihan.
Dimaklumkan bahawa memudiki Lin River adalah satu hala sahaja dari Guilin ke Yangshuo dan tiada perkhidmatan ulang alik disediakan. Bagi pengembara yang mengambil pakej mereka akan dibawa balik ke Guilin dengan bas begitu juga perkhidmatan bas untuk penumpang biasa.
ZBA dan My Club Group berangkat pulang ke NegaraKu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Guilin menuju Kuala Lumpur dengan penerbangan Air Asia. SALAM
No comments:
Post a Comment