Assalamualaikum,
Penerbangan EY411 Pesawat Etihad Airlines Airbus 340-500 selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow Terminal 4, London tepat 07.20 pagi selepas terbang selama 17 jam 40 minit daripada Kuala Lumpur - Abu Dhabi - London. Almaklum dengan pancaran sinar suria mentari pagi menyambut langkah pertama ZBA dinegara yang cukup terkenal diseluruh pelusuk dunia. Walau pun kelopak mata masih sukar untuk ditembusi oleh cahaya bak masih mengantuk tetapi sangat teruja dan tidak sabar-sabar untuk mengembara dan melihat keseluruhan Benua Eropah.
Melangkah keluar dari pintu pesawat Airbus 340, tiupan angin sejuk amat terasa sungguhpun ketika ini telah "Summer" dengan suhu sekitar 08 Celsius.
Selepas urusan Immigresen dan pemeriksaan Kastam kami menaiki Tube menuju Kota London untuk ke Plastow dimana kami akan menginap selama dua malam sebelum meneruskan pengembaraan keseluruh Eropah. Siangnya kami telah pun membuat perancangan untuk melihat Kota Landon dari Sungai Thames dan besoknya seharian menjelajah tempat-tempat yang menjadi tumpuan pelancung.
Jambatan Getah dan Bijih Timah
Eropah kata orang diNegaraKu. Europe kata bangsa penjajah NegaraKu. Mana-mana pun sama sahaja. Semua negara yang termasuk dalam gugusan Benua Eropah adalah bangsa penjajah. Salah satunya dikenali sebagai England atau lebih dikenali di NegaraKu sebagai Englan. Sangat dihormati diNegaraKu sebagai bangsa yang bertamadun dan beradapan. Satu ketika dulu jika ada anak-anak bangsa dari NegaraKu dapat melanjutkan belajar ke England, adoh, hebat .
Buckingham Palace
Hebat dari segala-galanya yang terhebat dan amat dipandang tinggi walaupun sekadar Ijazah Am. Kentut pun tidak busuk lagi apatah jika dijadikan pencacai oleh yang berkepentingan. Perasangka ini memang ujud sehingga hari ini, apa tidaknya semua yang didatangkan daripada England semuanya baik dan tiada yang tidak baik. Walhal bangsa keparat inilah yang merampas seluruh harta kekayaaan NegaraKu selama 250 tahun dibawa balik dan ditimbunkan di sana. Ditinggalkan kepada anak bangsaKu idealogi karat dan sebuah perlembagaan yang usang untuk dipatuhi dan dituruti.
Pun begitu 55 tahun telah berlalu namun masih digunapakai dengan sombong dan angkuh. Sudah ramai yang berkepala botak memikirkan yang terbaik tetapi masih tidak berdaya untuk diubah. Puluhan University dengan jutaan siswazah saban tahun tidak pernah nampak dan memahami. Mereka hanya mengenali perut sendiri dan berpuashati dengan apa yang disuap untuk ditelan tanpa mengungah. Dibuai dengan media keparat yang tidak pernah mengenali jemu, mencemuh, mengaibkan dan mengintisarikan kepentingan diri penguasa. Muak dan bertambah bebal apabila sekali sekala terjeling dan terlihat para pencacai dan puaka-puaka tua menyebarkan fitnah tanpa sedikit pun merasa malu ketika menukar cannel telivision.
Berbalik kepada media cetak terutamanya bernama UM, terus terang tidak akan aku sedekahkan Al-Fatihah sekiranya para pencacai, pembodek dan pengadu domba daripada kalangan pencari makan tersebut meninggal dunia.
Amat jelik tetapi tidak terfikirkah untuk menyebarkah kejahilan pencari makan ini kepada ibu-bapa tua, saudara mara, rakan taulan oleh jutaan siswazah dari kalangan cerdik pandai yang telah diiktirafkan dengan segulungan ijazah. Satu issu yang amat sensitif seperti, kronisma, penyalahguna kuasa, rasuah dan sebagainya perlu ditangani segera. Kita disuapkan dengan yang manis tetapi sebenarnya pahit untuk ditelan. Kita disajikan dengan yang pahit sebenarnya manis dan berkat untuk ditelan. Sedikit sendaloka terkini ZBA paparkan untuk renungan para pembaca sebagai iktibar.
Dailog dua makhluk Allah diantara Lembu dan Ayam.
Disuatu dinihari yang tenang dua makluk tersebut sedang berehat selepas seharian hidup untuk makan. Mereka berehat dan mengenangkan nasib masing-masing. Lembu berada disebuah kondo mewah diaras 2 manakala ayam berada direban di perkampungan stinggarden bersebelahan antara satu sama lain. Tuan punya lembu sedang bermekap untuk kesuatu majlis bersama raayat manakala tuan punya ayam sedang memasak mee segera untuk makanan malam.
Dalam keriangan sambil mengepakkan sedikit kepaknya dalam nada penyesalan ayam mendelengkan kepalanya keatas kearah lembu dibarenda kondo. Ko ki kok ooooook. Lembu terperanjat dan memandang kebawah melihat akannya ayam yang ingin memperkatakan sesuatu kepadanya. Mboooooh. Fahamlah ayam bahawa lembu ingin mendengar apakah masalah dan rintihan sahabatnya dibawah.
Bermulalah diolog diatara keduanya.
Ayam : Manusia memang mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut baik tuan aku
juga tuan kamu !
Lembu : Kenapa engkau mengatakan demikian ?
Ayam : Tengoklah, apa yang mereka lakukan kepada aku !
Lembu : Hah, mengapa pulak ?

Ayam : Aku ini telah bertelur berbulan-bulan dan bercadanglah hendak mendapatkan
anak-anak barang sepasang. Kata orang, ada juga waris bila aku meninggal
dunia kelak. Tetapi manusia memang tidak berhati perut dan mudah lupa (Chap M).
Hari-hari dia orang makan telur aku dan bagaimana aku hendak mendapatkan anak ?
Lembu : Alah, Engkau punya masalah ini kecil sahaja jika dibandingkan dengan aku !
Ayam : Maksud engkau ?
Lembu : Aku ini, kalau nak difikirkan nasib aku lebih malang. Walau pun aku tinggal di
kondo dan makan burger ayam dan bertahikan tempoyak, rasa nak bunuh diri pun ada.
Ayam : Waduh .. dengan muncong yang ternganga.
Lembu : Hari hari mereka menyedut dan melantak susu aku, langsung tidak berakhlak dan
beradap malah kurang ajar lagi. Kenapa tidak, tuanku dipanggil Mami dan bergelar
DS, manakala aku tidak pernah pun dipanggil Emak !
Ayam : "Dalam hati didalam perut". Tidak boleh pakai punya otak Lembu.
Ayam : Kok, kok, koh menyisipkan hujung sayap kekakinya mengendeng memanggil
maminya.
ZBA bermimpi disiang hari nampaknya. Maaf tidak ada yang tersurat dan tersirat. Al-maklumlah ZBA terpegun dan terpesona melihat keindahan dan kecanggihan negara ini. Rupanya kami sekarang telah menghampiri Plastow Station daripada Lapangan Terbang Heathrow untuk kehotel penginapan 3H/2M sebelum meneruskan perjalanan dalam rangka menjelajah Benua Eropah selama satu bulan berikutnya.
Pagi masih awal, bilik penginapan masih belum tersedia namun kami tidak mahu membuang masa. Ini bukan negara Asia, ini Kota London yang serba mahal. Masa tidak harus dibuang begitu sahaja kerana membuang masa bermakna meringankan poket. Letak sahaja hoverset dan kami dengan beg kecil camera dibelakang terus menuju Tower Hill Station dan memudiki River Thames bermula dari Tower Pier ke London Eye Pier.
Pepatah Melayu ada mengatakan, "tidak tumbuh tidak melata, tidak sungguh orang tidak kata". ZBA kurang pasti samaada atau tidak lagi perumpaan semacam ini dalam karikulum sekolah diNegaraKu sekarang. Pastinya inilah yang ZBA akan ceritakan supaya kita sama-sama rasional berfikir dan tidak ibarat "Katak dibawah tempurung". Tulisan ZBA bukan dari telinga yang dikyabarkan berita tetapi dari mata turun ketangan. Dengan tangan nukilan dipaparkan.
Tersergam indah Tower Bridge didepan mata. Binaan ratusan tahun melintasi Sungai Thames yang bersih dan mengalir lesu air laut serta berkuak besar apabila dilintasi boat atau kapal. Betapa kukuh dan angkuhnya sebagai bahan tawarikh yang senantiasa dikenang.
Terfikir dimanakan mereka mendapatkan wang untuk membinanya ketika itu. Baru aku terkenang bahawa di NegaraKu satu ketika dulu selama 250 tahun merekalah yang meratah apa sahaja yang didapati. Kami dikatakan sebagai pengkhianat jika melawan, dibunuh dan di penjarakan. Sesetengahnya di buang negara dimana ZBA jumpai di Kandy Sri Lanka. Dari tawarikh lain ada yang dibuang sampai ke Kepulauan Syenhalis dan Afrika Selatan.
Sehinggalah pada Ogos 31 seorang bapak tua bersongkok tinggi melaungkan tujuk kali gema tanda kebebasan. Dikatakan bebas kerana mereka telah kembali bersama kekayaan yang tidak terhingga banyaknya tetapi meninggalkan minda yang masih dijajah. Sesekali ditemui, veteran-veteran dicelah-celah taman sejarah diNegaraKu. Good morning Sir, How are you Sir, Welcome Sir dan macam-macam Sir masih jelas kedengaran daripada manusia-manusia yang masih tidak mengetahui tawarikh negara sendiri. Itulah yang ZBA maksudkan dengan minda yang masih dijajah. Setakat laungan Sir tanda menghormati tamu masih boleh diterima, tetapi dengan tangan didada dan membongkok-membongkok badan, itu hipokrit. Sebenarnya apa yang kita perlu adalah gentleman kepada adap dan budaya sesuatu kaum itu sendiri bukan masih memperhambakan diri.
Hari ini aku lihat sendiri didepan mataku. Bukan kerana kesal tetapi hakikatnya. Tetapi apakan daya segalanya berada dalam lipatan tawarikh, jika diungkai terkoyak dan tidak tersusun untuk dilipat semula. Teringat ZBA tiga bulan yang lepas di NegaraKu tawarikh diungkai dan sedikit sahaja dibaca dan difahami. Meraung sebulan para pencacai mencari dalih dan salah menyalah. Berkumandang media haprak dengan kata nista tidak berpenghujung. Akhirnya surat saman datang kepintu rumah, pencacai diam seribu bahasa. Bapak Muhammad masih tegak berdiri menyemburkan air liur untuk difahami. Segelintir sahaja yang memahami tetapi yang berpendidikan di sini masih bangang dengan egoistik malah dianggap telah bertukar darah dari merah menjadi biru.
Ferry bergerak mengusur Sungai Thames dengan meninggalkan ombak kecil menguak laluan. ZBA kesana kemari mencari ruang dan posing berpotret yang terbaik.
UK bukan semuanya OK. UK merangkumi England, Ireland, Wales, dan Scotland. Mereka ini empat negeri yang dikenali dengan nama United Kingdom. Sebenarnya pada zahir mereka bersatu tetapi hakikatnya mereka juga bermusuhan. Sebab itulah jika kita di UK, orang disana tidak mengebut mereka UK tetapi menyebut sebagai England jika mereka dari England dan sebaliknya. Perkara ini dialami sendiri oleh ZBA ketika bercampur dengan seorang dari Wales dan seorang dari England. Apabila disoal mengapa mereka selalu menyebut England atau Wales. Jawapan dengan senyum dan seolah-olah berdolak dan berdalih. Apa pun bagi kita England dan UK adalah dua perkataan yang sinonim untuk disebut bagi negara tersebut.
Negara Barat adalah negara pendendam. Mereka selalu bercerita tentang kehebatan semasa perang dunia sebagai sejarah sebelum sejarah-sejarah lain diterangkan kepada pelancung. Masing-masing dengan kelebihan yang tersendiri dan tamadhun yang tersendiri. Hipokrit masih ada dimana-mana.
London cuma seindah nama dan tawarikh. Sebenarnya tiada apa yang perlu dibanggakan sangat daripada kacamata awam. Kota lama dengan ukiran dan senibina yang unik tetapi usang dan jarang-jarang terdapat bangunan morden. Penduduk berbilang bangsa yang datang daripada tanah jajahan khususnya dari Negara-Negara Afrika, India dan lain-lain negara tanah jajahan. Mereka-mereka inilah yang merupakan gulungan pekerja yang bekerja untuk tuan-tuan mereka sebagaimana datuk nenek mereka bekerja untuk orang kulit putih dinegara asal mereka. Pada pandangan ZBA, kota London agak kotor jika dibandingkan dengan Jepun, Korea Selatan dan Taiwan.
Satu sahaja yang menarik perhatian ZBA tentang Landon. Sistem pengangkutan yang canggih samada perkhidmatan udara, laut dan pengangkutan bandar. Tube menjadi pengangkutan utama dan jalanraya di kota London tidak nampak kesesakan walaupun waktu puncak. Sistem ini walaupun agak ketinggalan zaman tetapi sangat efficient dengan ketepatan waktu dan kekerapan perjalanan selang minit katakan. Tetapi ZBA mengalami pengalaman pahit semasa berada dalam tiub diawal pagi. Tiub tiba-tiba berhenti selama hampir 45 minit bagi semua jaluran. Nasib baik juga ketika itu kami berada diluar terowong, kalau tidak terpaksa bergelap dalam tempuh tersebut. Perkara yang sama ZBA alami semasa berada dalam Metro di India. Panas dan menyesakan.
Barangan keperluan amat murah khususnya barangan makanan. Perkara ini sepatutnya menjadi iktibar bagi kedai 1M. Banyak kedai GBP1 menjual makanan dengan harga yang amat murah walaupun mereka bukan negara pertanian. Harga nenas yang dimport daripada Costa Rica lebih murah daripada ubi kayu dan lebih murah daripada diNegaraKu.
Geram pun ada marah pun ada. Bingai memikirkan bilamana sebuah teksi melintasi depan ZBA dibulatan Trafalgar Square London. Sebelahnya terletak pejabat promosi pelancungan 1M di Kota Landon. Maaf , bukan marah kepada teksi dan pemandunya tetapi marah kerana iklan yang dipaparkan dibadannya. Mengaibkan. Itulah kata-kata dari hati kecil ini. Patutlah tiada siapa yang ingin menjejaki kaki kedalam pejabat pelancungan 1M selama mana ZBA berada hampir dua jam menantikan hujan berhenti. Apa tidak, siapa yang hendak datang ke negara 1M kalau sekadar ingin melihat manusia yang masih bercawat ?. Orang hutan yang tak bergigi ! dan wanita kaum seberang yang sekadar berpakaian tradisional. Promosi apakah begini malah tidak lebih dari menghabiskan wang dan mengaib dan menampilkan negara 1M masih tidak bertamadhun sungguh pun Sir Charles Brooke telah lama kembali. Iklan dijaja pusing keliling Kota London saban hari, minggu, bulan, tahun malah bertahun-tahun.
Manakala di Terminal 4 Heathrow pula dalam balai berlepas terpampang lagi iklan yang tidak memberi apa-apa maana. Mana mungkin iklan begini boleh menarik pelancung untuk melawat negara 1M. Wanita manis memasak lemang, ditengahnya dua ekor orang hutan dan dikanan wanita berpakaian tradisional. Iklan yang tidak membawa apa-apa pengertian. Malah pada pandangan ZBA tidak lebih dari menjatuhkan maruah dan martabat sesuatu bangsa itu sendiri. Maaf rakaman gambar tidak sempat untuk dirakamkan sebagai bahan bukti memadailah dengan mata dan perasaan perkara ini dijadikan iktibar untuk renungan bersama.
ZBA secara peribadi menyarankan kepada petugas dipejabat pelancungan 1M agar perkara-perkara begini diambil perhatian dan diutara kepada pihak-pihak yang berkenaan. Ubahlah persepsi masyarakat dan kunjungilah New Zealand dan belajarlah bagaimana mereka mempermosikan pelancungan dinegara mereka.
Dalam keadaan hujan renyai-rengai dan kabus tebal ZBA meninggalkan London menuju Dover ke timur London. Sepanjang perjalanan satu jam, sayup-sayup nampak ladang ternakan lembu dan bebiri dengan kuda-kuda masih dalam selimut meragut rumput diladang. Kawasan tanaman luas terbentang dengan kehijauan padang ragut dan tanaman gandum. Bandar sejarah perang dengan sebuah castle berdiri megah tetapi uzur dimakan zaman. Dibawahnya pelabuhan Ferry menghubungkan England dengan Eropah hilir mudik membawa kenderaan dan penumpang untuk kedestinasi masing--masing. Selesai pemeriksaan Imigrasi, kami bertolak ke Calais selepas menempuh perjalanan dua jam dengan ferry diketenangan Selat Inggeris. Teringat diingatan, dari selat inilah sebuah pingat bergelaran diserahkan kepada seorang perenang yang telah tenggelam namanya dari sebutan.
TAKE CARE ABOUT THE PLANET
MATA YANG PEJAM BUKAN BEERTI TIDUR MALAH MATA YANG TERBUKA BUKAN SEMUANYA MELIHAT.
salam
ReplyDeletebulan November 2011 tahun lepas, saya menjelajah bumi andalusia. pada awalnya saya hanya nak ke andalusia sahaja tetapi oleh kerana tiket pesawat mahal saya ke itali dahulu selama 6 hari, kemudian dari venice saya ke Ishbiliyyah ( seville kata orang sepanyol ) menaiki ryanair iaitu pesawat seperti air asia., setelah itu ke Qurtubah (Cordova), Jabal Toriq ( Gibraltar wilayah UK). Dari jabal toriq ke Gharnatah (granada), sempat juga ke Sirra Nevada untuk bermain salji dan seterusnya ke Madrid. Dari Madrid menaiki bas ke Paris selama 18 jam. Hanya 2 malam shj di Paris dan tak sempat ke London kerana tiket penerbangan pulang sudah di tempah . Jumlah hari 18 hari dan belanja semua 5500RM termasuk tiket 2400RM dengan Kuwait airways, routenya KL Kuwait Rome dan pulang Paris Kuwait KL. Saya menjelajah secara backpacking dengan isteri saya.Sepanjang kembara kami tidaklah sukar untuk berkomunikasi kerana saya banyak bertemu orang2 Arab di negara2 tersebut dan alhamdulillah saya boleh berbahasa Arab. Sila lihat laman saya : http://almadanii.multiply.com tapi maaf dah bertahun-tahun tak update
Sdr Idris,
DeleteTerima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman pengembaraan "backpacker". SALAM