Saturday, 4 February 2012

INDIA NEW DELHI HISTORICAL ATTRACTION

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Bermula dari New Delhi dan kembali ke New Delhi.  Secara kebetulan bahang Sukan Commenwelth  New Delhi sedang bermula.  Dari dada akbar tempatan dan luar negara heboh memperkatakan mengenai persiapan sukan tersebut yang dikatakan dimonopoli kroni. 

Keputusan Mahkamah berhubung  kesahihan pembinaan  Masjid Babri diatas tapak sebuah kuil hindu yang bakal diumumkan keputusannya  menjadi ketegangan penganut Hindu dan Islam. Ancaman pengganas ketika pembukaan Sukan Commenwelth menghangatkan lagi Kota New Delhi.  Dari pendedahan akbar, pasukan Tentera Udara India dalam keadaan bersiap sedia.  Satu Squadron Jet Pejuang Mirage dan penempatan SAM di Lapangan Terbang IGIA mencemaskan pengguna lapangan terbang terpanjang didunia itu.


Pemandangan di Old New Delhi Railway Station sebelumnya tetapi menjelang satu hari Sukan Commenwelth, pemandangan ini tiada lagi kelihatan.

Kota New Delhi yang dua minggu lepas kami disini bagaikan baru dilanggar Garuda semalam.  Dari sebuah Bandaraya yang kotor dengan segala macam maknika sampah dan sebagainya, keesokan harinya ZBA lihat telah bertukar bersih dan tersusun.  Ibarat hikayat seribu satu malam. Hairan dan Ajaib.

Indian Gate New Delhi

Dalam semalaman mereka boleh membersihkan New Delhi dan nampak seolah-olah bandar baru.  Semalam ZBA boleh sesuka hati melintas jalan tetapi menjelang satu hari Sukan Commenwelth bermula,  New Delhi berubah wajah.  Tali-tali dipasang dengan para sukarelawan berkawal dan memberi arahan disana-sini.  Hipokrit, teriak hati kecilKu.  Ini menunjukkan mereka boleh berubah dan berubah, tetapi apakan daya sememangnya bangsa ini bangsa pengotor jelas kaumnya sendiri.  Bagi ZBA apa pun anggapan negatif kepada mereka, perubahan positif bagini adalah sesuatu yang amat menggembirakan demi imej Negara India itu sendiri.

Di New Delhi kami melawat Indian Gate yang terletak 1 km daripada Parlimen India.  Indian Gate adalah Tugu Peringatan untuk memperingati pejuang-pejuang kemerdeaan  yang terkorban memperjuangkan tanahair mereka.  Terletak megah disebuah taman yang lapang dan anda boleh kesana dengan menggunakan perkhidmatan Metro terbaru dan turun distesyen "Stadium".

Ketika kami disini,  IAF sedang mengadakan raptai bagi menyambut  ketibaan pembesar negara-negara Commenwelth bagi meraikan Sukan Commmnewelth New Delhi 2010.  ZBA dihadapan Indian Gate New Delhi.

Dari Indian Gate, kami meneruskan perjalanan ke Qutub Minar.  Qutub Minar terletak agak jauh daripada Bandaraya New Delhi.  Perjalanan dengan menaiki metro mengambil masa 40 minit ke Stesyen Qutub Minar.  Dari stesyen pembaca harus menaiki teksi atau tuk-tuk atau bus ke Qutub Minar yang jaraknya hampir 1.5 km.  Sebenarnya Qutub Minar senantiasa dikunjungi oleh pelancung-pelancung dari dalam dan luar negeri.  Bayaran masuk hampir RM50.00 bagi pelancung luar dan sekitar RM5.00 untuk penduduk tempatan.  Diskriminasi dan tidak patut.

Beredar daripada Qutub Minar dengan metro kami pulang ke Jame' Masjid Stesyen di bandaraya New Delhi.  Menaiki tuk-tuk ke Jame' Masjid yang jaraknya 1 km daripada stesyen.  Kawasan ini adalah kawasan padat yang kebanyakan didiami oleh masyarakat Islam India.  Kawasan pelancungan dan kawasan membeli belah terkenal di New Delhi juga dikawasan yang sama.  Berdiri megah sebuah Masjid lama peninggalan kerajaan Islam Mongol India. Sungguh pun ianya sebuah masjid tetapi dikenakan bayaran untuk sesiapa yang ingin memasuki kawasan dalamannya. 

Pada pandangan ZBA ia tidak lebih dari sebuah tempat bersejarah daripada peranan sebuah Masjid.  Tidak lupa  dimaklumkan bahawa beberapa meter daripada masjid terdapat sebuah restoran yang berprestige menyediakan masakan briyani kambing atau ayam.  Tanya sahaja sesiapa penduduk sekitar New Delhi, mereka akan mengesyorkan dan menyebut nama restoran tersebut untuk para pelancung.  Semasa kedatangan ZBA restoran tersebut penuh sesak dengan pelanggan dari dalam dan luar negeri.  Ramai sekali pelancung Eropah senang menjamu selera.  Kalau ke New Delhi jangan lupa mengunjungi "Yassin Restoran".  Pastikan  anda  memilih  untuk dihidangkan dengan Briyani
Kambing.  Bukan sebarangan briyani dengan keharuman basmati dan rasa  yang amat menyelerakan.

Dari Jame' Masjid beredar lagi satu km kita akan bertemu pula satu lagi peninggalan sejarah zaman Kerajaan Mongol.  New Delhi Fort.  Dibina semasa pemerintahan Shah Jahan dan masih utuh tersergam sehingga hari ini.  Sebelumnya kita berkongsi sedikit pengalaman bersama ZBADisini dan persekitarannya kita dapati banyak rumah-rumah ibadat dibangunkan.  Samaada Masjid, Kuil Hindu, Kuil Sikh dan juga Gereja.  Menjadi satu keanihan kepada kita sebab diantara rumah-rumah ibadat tersebut terletak bersebelahan, bersetentangan dan berdekatan antara satu sama lain. 

Pengalaman ZBA pada suatu waktu Zuhur kami bersolat disebuah masjid bersebelahan kuil Sikh yang juga sedang menjalankan aktiviti agama mereka begitu juga rumah-rumah ibadat yang lain.  Tidak menjadi masalah langsung bagi mereka. Ugama kamu, ugama kamu.  Ugama ku Ugama Ku.  Sikap toleransi yang tinggi didalam memahami agama sangat tinggi dikalangan masyarakat India. Mereka sebangsa tetapi berlainan fahaman dalam menganuti Agama masing-masing.  Contoh terbaik.



Indra Gandhi International Airport Departure Hall



IGIA Praying Room.  Canggih kemas dan bersih.  KLIA Hampeeeh


Pada 03 Oktober 2010 Sukan Commenwelth New Delhi 2010 dengan rasminya dibuka.  Dibimbangan IGIA ditutup semasa upacara pembukaan Sukan Commenweth atas sebab-sebab keselamatan,  kami bergegas lebih awal ke lapangan terbang.  Disana sini kelihatan para militar berkawal disegenap pelusuk New Delhi hingga ke lapangan Terbang.  AA melayang tinggi keudara membelah awan meninggalkan New Delhi.


Assalamualaikum.  SALAM 

No comments:

Post a Comment