Saturday, 25 February 2012

CHINA XIAN TARACOTTA WARRIOR

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Perjalanan yang memenatkan dalam cuaca yang sejuk dengan salji mulai turun di sesetengah tempat menghala ke barat China.  ZBA dengan seorang teman memulakan pengembaraan ini daripada Xieman dan seterusnya Guangzhou.  Kami bermalam semalaman di Guangzhou   dalam usaha mendapatkan tempahan tiket keretapi ke Xian.  Dari Guangzhou ke Xian mengambil masa 2H/2M dengan perjalanan hampir 2030 kilometer.

Perkongsian pengalaman.  Semasa menunggu keberangkatan keretapi di Stesyen Guangzhou kami bertemu dengan sekeluarga keluarga Muslim yang dikenali melalui pakaian wanita muslimah.  Gadis China cantik manis bertudung biru muda membuka senyuman setelah disapa dengan Assalamualaikum.  Mualaikum Salam jawabnya dengan nada yang fasih sekali.  Hikmah kepada seorang Islam datangnya dari keperibadian dan berpakaian itu sendiri.  Allah Huakbar.


Hampir satu jam kami bertukar pandangan tentang Islam dan sebagainya dalam bahasa Inggeris beliau yang terhad dan sekali sekala menggunakan bahasa isyarat tangan sebelum kami memasuki koc tempat tidur keretapi yang akan membawa kami menuju Xian jam 16.00 petang.  Menariknya disini, beliau menyoal saya samaada boleh membaca AL-Quran dan menulis dalam tulisan jawi.  Jawab saya "Insyaallah".  Menyoal saya kembali, bolehkah saudari berbuat yang sama ?.  Insyaallah jawabnya pendek. 

Beliau menyoal semula.  Apakah majoriti raayat Islam di NegaraKu yang lancar membaca Al-Quran memahami isi kandungan Al-Quran dan  Berbahasa Arab ?.  ZBA jadi serba salah dan mahu tidak mahu menjawab dengan ikhlas "tidak".  Katanya lagi beliau juga lancar membaca Al-Quran dan fasih berbahasa Arab.  Aduh satu tamparan yang hebat.  Rupa-rupanya kaum minoriti Islam di China  lebih hebat dari NegaraKu menghayati keilmuan dan kefahaman mereka tentang Islam tetapi di Negara Islam NegaraKu 1Malaysia hanya indah kyabar dari hakikat sebenar.

Selama ini juga ZBA pun merasai demikian kerana ZBA pernah melawati dan berjamaah bersama sama mereka dimasjid-masjid majoriti jemaah-jemaah China samaada di Thailand, Myanmar  dan di China sendiri.  Mereka lebih rapat kepada Allah dalam contoh cara bersujud ketika bersolat.  Mereka sujud diatas tikar jerami yang nipis (Tikar ini DiNegaraKu dijadikan alas semasa Imam membaca Talkin di perkuburan) sedangkan mereka berdiri diatas permaidani tebal semasa bersolat. 

  Hiasan Saf-Saf Masjid Di China

             Logo Halal China

Guangzhou ke Xian memberikan ZBA satu pemandangan yang indah dan banyak pengalaman yang boleh diambil sebagai contoh dan petunjuk kearah positif kepada NegaraKu juga individu itu sendiri.  Bangsa China terkenal sebagai  bangsa yang rajin dan kuat bekerja samaada wanita atau lelaki.  Benar kata seorang pakar sosialoji bahawa bangsa yang makan dengan sesepit adalah bangsa yang rajin dan kreatif didunia.  Pembaca dapat melihat sendiri disepanjang perjalanan ini, pertanian adalah merupakan hasil daripada keringat yang menjana kepada perniagaan dalam kehidupan masyarakat China.  Teras utama pertanian mereka adalah padi yang ditanam didataran luas, tanaman kontan diselangseli dikawasan berbukit dan lembah-lembah manakala buah-buahan dikawasan berbukit dan tanah tinggi.  Setiap inci tanah mereka digunapakai secara maksima untuk pertanian.

Kawasan perindastrian pula tertumpu kepada kawasan-kawasan dipinggir bandar yang berasingan daripada kawasan penempatan.  Mereka merancang sesuatu dan memanfaatkannya.  Mereka tinggal dipenempatan mengikut kemampuan masing-masing.  Sepanjang yang ZBA lihat mereka tidak mempunyai 'stinggarden" malah walaupun rumah murah tetapi bahagian luarannya 80% dipasang jubin dan tidak payah menggunakan cat untuk melindungi daripada empat cuaca bermusim.  Dua situasi ini adalah pemandangan biasa yang ZBA lihat daripada Shenzhen - Guangzhou - Xian - Beijing - Guangzhou - Shenzhen dalam pengembaraan kali ini.

Majoriti penduduk China keseluruhan berugama Buddha namun amat sukar bagi pembaca untuk melihat To' Kong, gereja atau rumah-rumah ibadat lain kecuali Masjid.  Masjid berada dimana-mana di China begitu juga makanan halal asalkan pembaca memasuki keseluruhan bandar-bandar sederhana besar dan besar di China.  Fenomena ini dapat dilihat dengan jelas di kawasan di barat dan utara China.  Tujukan pengembaraan khusus di laluan Silk Road ke China.


ZBA sampai di Xian pada lewat petang dan kami menginap dua malam di Xian dan menghabiskan masa melawat tempat-tempat bersejarah di China khusus Xian amnya.  Xian sebuah kota penemuan pengembaraan Silk Road yang termashyur dan bandar ini dipagari keliling oleh tembok  batu yang kukuh yang  didalam nya sebuah kota yang besar dengan jutaan penduduk.  Taracotta Warrior terletak 1 jam perjalanan dari Xian dan untuk sampai kesana pembaca boleh menggunakan perkhidmatan teksi atau dengan bas pelancungan dan harga yang  berpatutan.  Perlu diingat jika menggunakan bas pelancungan akan memamakan masa yang agak lama kerana pembaca akan dibawa rela dalam paksa untuk membeli cenderahati ditempat-tempat yang berkenaan. 

Perkongsian pengalaman.  Aneh.  Semalam ZBA sampai di Xian tiada seketul salji di Xian tetapi hujan renyai-renyai mulai turun.  Besoknya terkejut beruk ZBA dan rakan.  Xian dibanjiri salji setinggi hampir setengah meter dimana-mana.  Sejuk, susah hendak diceritakan. Xian bandar pertemuan akhir Silk Road.  Kaya dengan budaya  China dan barat khusus bagi pendatang Asia Tengah (Islam).  Makanan Halal dimana-mana khusus  dikawasan Muslim Quarter.  Daging kambing panggang adalah segala-galanya.  Best hingga tidak terkata.  Best in the World. Lagi best daripada kambing panggang yang pernah ZBA merasai keenakannya bersama orang-orang Arab di Saudia Arabia.  Kemungkinan ZBA akan kesini lagi kerana Mu Kambing Panggang dan Buah berangan goreng.

Daripada Xian kami mengembara lagi  merentasi dataran dan bukit-bukau menuju Beijing sejauh 1220 kilometer ke timur.  Melawat The Great Wall of China dan persekitaran Beijing.  Rujuk "China Beijing The Attraction".  Beberapa hari di Beijing kami kembali ke Shenzen diselatan sejauh 2372 kilometer.  Tamat sudah pengembaraan kami di China untuk kali ini berkeretapi sejauh 5622 kilometer.  SALAM
Email :  zainaltobiak@yahoo.com.my

10 TIMES VISITS CHINA WITH MEMORY

1 comment:

  1. Menarik sekali perkongsian tuan, Saya plan nak ke Beijing dab Xian next coming 2019, InsyaAllah..

    ReplyDelete