Assalamualaikum,
Penat lelah pulih semula selepas dapat tidur nyenyak dibuai mimpi keretapi malam selepas meninggalkan Armristar dan sesedar kami telah berada diperhentian berikutnya. Puluhan perhentian dilalui antaranya yang terbesar Ambala, Shahrapur, Lucknow, Allahabad, Varanasi, Gaya dan Kolkatta.
Dari utara keselatan pemandangan tidak banyak berubah. Anda akan dihidangkan dengan pemandangan jutaan hektar sawah padi dan sekali sekala hutan-hutan belukar. Rumah-rumah petani yang serba dhaif dan rumah-rumah bandaran yang cantik disekitar bandar-bandar yang dilepasi serta puluhan Masjid-masjid berdiri megah dengan mimbar menjulang tinggi diudara. Semakin hampir dengan Kolkatta, sawah-sawah padi terhampar rata memperlihatkan hamparan menghijau saujana mata memandang.
Dalam keretapi pada siangnya kami banyak berehat dan menumpukan perhatian kepada pemandangan dan pada malamnya kami tidur seawal malam menjelang. Secara kebetulan kabin kami hanya berdua sahaja dan tidak banyak pergerakan kecuali penjual kantin keretapi hilir mudik. Al-maklum kami tiba di Kolkatta 4 jam lewat dari jadual sebenar.
Kolkatta adalah diantara 5 bandar terbesar di Benua Kecil India. Mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi sama dengan Dacca ibu Negara Bangladesh.
Local River Ferry Kolkatta
Old Howrah River Bridge Kolkatta
Early Morning (9.00am) Suit Bazar Kolkatta
Kolkatta oh Kolkatta
Demi menghilangkan stress kami menyeberangi Sungai dengan bot penambang ke bandar Kolkatta daripada Station Keretapi Howrah dan check-in di Hotel. Petangnya bermulalah episod pengembaraan sekitar Kolkatta.
Bandaraya besar dengan sistem Metro memudahkan urusan perjalanan dari satu tempat ketempat lain selain bus dan teksi. Teksi mengenakan tambang yang agak murah dan menggunakan model kereta Ambassador buatan sendiri. Makanan tidak menjadi masalah tetapi masalah kebersihan sedia maklum.
Masjid terletak dibelakang hotel penginapan. Membeli belah pada malam hari adalah satu tren yang menarik. Barang-barangnya murah jika dibandingkan dengan NegaraKu. Pertama kali ZBA terjumpa sebuah restoran dan kedai kasut kepunyaan peniaga China setelah 3 kali mengunjungi India. Awas penyeluk saku khususnya di bazar membeli-belah pada saudara yang baru pertama kali berkesempatan kesini.
Dua malam berlalu di Kolkatta. ZBA kembali ke New Delhi. Sukan Komenwell New Delhi 2010 bermula.
Assalamualaikum. SALAM
No comments:
Post a Comment