Wednesday, 1 February 2012

CHINA HANGZHOU & SHANGHAI

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,

Setelah beberapa kali mengunjungi China, kali ini  ZBA membuat pengembaraan solo daripada Kuala Lumpur ke Hangzhou dan seterusnya Metropolitan Shanghai.

Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Hangzhou, ZBA mendapatkan bus untuk ke Bandaraya Hangzhou yang terletak 45 minit dari lapangan terbang.  Secara kebetulan diketemukan dengan seorang warganegara NegaraKu dari keturunan China yang duduk bersebelahan didalam bas.  Orangnya bergaya dan berketrampilan lagak businessman.  Pada peringkat awal ZBA tidak sangat mengisahkan siapa disebelah malah hanya berdiam diri, manalah tahu bahawa beliau senegara.  Lama kelamaan hampir 10 minit perjalanan, beliau meyapa dan menghulurkan tangan tanda perkenalan.  Saya memperkenalkan diri sebagai Zainal dan Lim berasal dari KL dalam bahasa Inggeris dan sesekali bercampur aduk dengan Bahasa Melayu.

Pengalaman ini untuk dikongsi bersama.  Pada mulanya perbualan kami berkisar kepada apa yang dilihat sepanjang perjalanan dan dibandingkan dengan NegaraKu.  Beralih kepada perniagaan dan itulah tujuan beliau kesini.  Beliau tidak lokek untuk menceritakan kelebihan mendapatkan barangan dari China dan diperniagakan di NegaraKu.  Untungnya memang besar tetapi kerenah urustabdir lojistik adalah satu proses birokrasi yang banyak melibatkan masa dan kewangan.  Saya sekadar mendengan tetapi didalam hati memang itulah sikap sesetengah pihak-pihak berkuasa di NegaraKu.

Satu realiti yang tidak dapat dihujjah dan kebenarannya disebar sendiri oleh media haprak setiap hari.  Beliau juga memberi pandangan dan mengesyorkan kepada saya agar mengambil satu kesempatan untuk membekalkan "Makanan dari Halal Hup China" untuk dibawa masuk ke NegaraKu.  Satu peluang terbuka sedangkan dikala itu Halal Hup NegaraKu baru-baru diceritakan dan bau-bau bacang untuk dipromosikan.  Saya terdiam dan memikirkan pelawaan seorang sahabat yang belum kami mengenali secara lebih dekat antara satu sama lain.

     Pemandangan Indah Sekitar
              Hangzhou Lake

Sebelum kami sampai didestinasi, saya mengusik beliau dengan soalan-soalan berkisar polotik di NegaraKu.  Jawapannya ringkas "We are to much of politic end up with nothing".  What is your political view ?.  Kita kena ubah kawan.  You please see China now, there are from communist but now there are evething and a head of us for more then 20 years.  ZBA tersenyum dan kami menghampiri bandaraya Hangzhou  dan beredar menuju destinasi dan minat halatuju masing-masing.


ZBA meneruskan perjalanan ke Shanghai dengan keretapi laju CRH tetapi di China bukan senang atau secara kebetulan untuk mendapatkan tiket jika tidak dibuat tempahan terlebih dahulu. Keretapi adalah penganngkutan utama masyarakat China dan boleh dikatakan setiap perjalanan penuh sesak dengan penumpang.  Peringatan kepada pembaca sekalian, jika membuat perjalanan keretapi di China elakan daripada membeli tiket kelas biasa sungguhpun terdapat No Kerusi tetapi kemungkinan untuk tidak mendapat tempat duduk adalah lumrah.  Oleh yang demikian pembaca dinasihatkan membeli sekurang-kurangnya tempat duduk "Solf Seat" atau "Hard Sleeper" dan kelas atasan berikutnya. Sungguhpun refund adala mudah tetapi menyusahkan.

                                                                                   Shanghai World Trade Centre

Sedikit pengalaman tentang perjalanan dari Hangzhou ke Shanghai. Sebelum ke Hangzhou dan Shanghai ZBA belum pernah mengembara dikawasan timur China.  Tidak banyak perbezaan amnya jika kita mengembara diseluruh pelusok China jika kita melihat bagaimana mereka mengusakan pertanian.  Tidak seinci tanah pun dibiarkan kosong tanpa ditanam sesuatu.  ZBA pernah melihat diantara pangsapuri kediaman sekalipun mereka tidak melepaskan peluang untuk bercucuk tanam dengan sayur-sayuran.  Tidak sebagaimana NegaraKu, kita membazirkan tanah dengan terbiar malah dikawasan bandaran ditanam dengan pokok-pokok yang tidak berfaedah tetapi membayar kos buruh untuk mengutip daun-daun kering setiap pagi. Oh NegaraKu, tidak guna segulung Ijazah Land Scaping sekiranya merancang yang tidak membawa manfaat kepada manusia sejagat.

Berkeretapi dari Hangzhou ke Shanghai menampakan kita kehijauan tanaman padi dan tanaman kontan termasuk sayur-sayuran disepanjang perjalanan.  Masyarakat China memang masyarakat yang rajin dan kemungkinan juga kerajinan mereka bersebab.  Makluman kepada pembaca bahawa kerajaan China hanya membenarkan seorang anak sahaja bagi kaum majoriti, oleh yang demikian kemungkinan ini adalah penyebab mengapa mereka harus menghabiskan masa diladang daripada dirumah.   Meraka mempunyai banyak masa, jika anak kecil tidak perlu dibantu dan jika anak telah membesar sudah tiada bersama keluarga lagi. 


3H/2M ZBA mengembara di Metropolitan Shanghai.  Indah dan membanggakan.


Shanghai on open Air Tours



Assalamualaikum.  SALAM


CHINA XIAN TARACOTTA



 

No comments:

Post a Comment