Monday, 20 February 2012

THAILAND BUTTERWORTH TRAIN JOURNEY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum

Thailand tidak siapa yang tidak mengenalinya malah dikenali diseluruh dunia sebagai sebuah negara pelancungan terkenal di Asia.  Tidak pernah dijajah dan menjajah dan mempunyai sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang dihormati dan disanjung tinggi oleh raayatnya.

Belum pernah ZBA melihat negara didunia dimana raayatnya amat menghormati lagu kebangsaan sebagaimana raayat Negara Thai yang begitu petriotik dan bangun menghormati lagu kebangsaan mereka setiap kali berkumandang diudara.  Tidak kira mereka dimana, samada stesyen keretapi, panggung wayang, pasar, sekolah dan sebagainya.  Mereka dengan rela hati tanpa paksaan bangun dan menghormati lagu kebangsaan mereka.  DiNegaraKu setiap kali perayaan menyambut kemerdekaan, anda akan dipertontonkan dengan gelagat Anggota Keselamatan, Media dan berbagai seolah-olah mereka dikecualikan.

Kembali kita kepada perjalanan yang ZBA bakal lalui entah buat kali yang keberapa kalinya.  Kali ini ZBA bertuah sekali kerana ditemani oleh seorang backpacker berpengalaman daripada Hamburg Germany  bernama Mr Klous.  Berusia 72 tahun dan pekerjaan asalnya  sebagai pesara tukang kayu dinegaranya. Sungguhpun demikian beliau mempunyai kekuatan fizikal yang kental dan bermotivasi tinggi.
Stesyen Keretapi Hua Lampung adalah stesyen utama Royal Thai Railways yang terletak ditengah-tengah bandaraya Bangkok.  Menyediakan jajaran perkhidmatan keretapi ke seluruh Thailand dari Bangkok ke Chiang Mai di Utara, Nong Khai di Timur, Namtok di Barat  dan Sungai  Golok  di Selatan.   ZBA pernah  berpengalaman kesemua arah dan jajaran tersebut. Manakala perkhidmatan antarabangsa menghubungkan NegaraKu Butterworth melalui Hadyai ke Bangkok.

   Hua Lampung Bangkok Station

Bermula dari Bangkok kami  bertolak daripada Hua Lampung Station jam 2.45 pm dengan Ekspress Antara Bangsa Bangkok - Butterworth.  Perjalanan dijadualkan mengambil masa 20 jam dan dijangka tiba di Butterworth jam 11.00am waktu tempatan.  Tambang bagi perjalanan hampir 1000km ini berjumlah RM 111.00 bagi tempat tidur atas dengan Koc Kelas 2 berhawa dingin.  Walau pun tambang agak mahal tetapi memadai memandangkan perkhidmatan tempat tidurnya selesa dan bersih serta apabila tempat tidur ditutup menjadikan dua seat yang besar khusus untuk dua orang penumpang.  Oleh yang demikian bagi setiap koc dilihat tidak ramai penumpang sungguhpun perjalanan pada malam itu dipenuhi dengan penumpang.  Kemudahan tandas yang bersih disediakan dikedua-dua hujong koc dan sebuah buffet car untuk menyediakan sajian dalam perjalanan.

Sepanjang perjalanan ZBA dan Mr Klous berbual rancak mengabdikan pengalaman masing-masing  selaku "Backpacker" dalam usia yang semakin meningkat.  Mr Klous seperti yang ZBA maklumkan tadi ialah seorang pengembara yang telah melewati hampir 2/3 daripada alam maya ini.  Boleh dikatakan setiap soalan yang ZBA ajukan berkenaan sesuatu tempat, beliau dapat membuat penjelasan secara terperinci dan jelas untuk dibuat panduan kepada pengembara-pengembara yang lain. Dalam setahun beliau cuma berada 4 ke 5 bulan sahaja dinegaranya dan selebihnya berada di luar Germany.  Kali ini beliau dalam rangka ketiga kalinya melawat seluruh Kepulauan Indonesia.

Bercerita sedikit tentang pemandangan disepanjang perjalanan.   Selepas  keretapi beredar meninggalkan Stesyen Hua Lampung, jelas kelihatan kesan-kesan banjir besar yang melanda Bandaraya Bangkok pada Nov 2011 yang lalu. Kesan paras air masih lagi ketara dan sampah sarap dimerata-rata tempat walaupun keadaan hampir pulih sepenuhnya.  Makin bergerak ke Selatan semakin hilang tanda-tanda malapetaka yang baru menimpa.  Sawah-sawah padi sayup mata memandang dengan kehijauan disana sini.  Deretan pokok-pokok Tai tumbuh subur memagari sawah-sawah padi yang luas melebar.  Selepas Hua Hin hingga ke Hadyai terdapat sedikit perubahan tanaman selain padi ialah ladang-ladang getah dan diselang seli dengan hutan belukar dengan  tanaman kontan.

Penternakan juga kelihatan jelas dengan ternakan kerbau, lembu, kambing dan lain-lain yang dipelihara seiring untuk membantu usaha-usaha pertanian.

Diawal pagi kami sampai di Hatyai sebuah bandar yang terkenal  di Selatan Thai bagi pelancung NegaraKu yang datang pada hujung minggu sama ada untuk membeli belah atau berhibur. Hadyai menghidangkan kami dengan sarapan pagi yang enak pada pagi ini.  Nasi Pulut beserta daging ayam panggang.  Dalam bahasa Thai dikenali dengan "Khaw kheniua kai pad".  Sedap dan menjadi kegemaran sahabat kita dari Germany.  Beliau menghabiskan dua bungkus dalam sekelip mata.

Kami meninggalkan Hadyai selepas tiga puluh minit berhenti untuk menukar lokomotif dan tinggal 3 koc sahaja beredar menuju Butterworth dengan keseluruhan 30 penumpang.  Tiada keistimewaan diperjalanan ini, pembaca boleh bayangkan bagaimana NegaraKu begitukan pemandangan disini.  Keretapi berhenti di Padang Besar (Thong Nyai) untuk urusan Kastam dan Imigrasi selama satu jam.  Jadual perjalanan daripada Bangkok ke Padang Besar menepati jadual yang ditetapkan.  Walau bagaimana pun apabila memasuki sahaja NegaraKu terasa dijiwa sememangkan menyakitkan jiwa.  Daripada Padang Besar ke Butterwoth, perjalanan keretapi mengambil masa lebih daripada 4 jam dengan landasan berkembar jajaan kebanggaan 1Malaysia.

Sesungguhnya perjalanan ini amat memenatkan tetapi percayakah pembaca bahawasanya.  SALAM  

 NOBODY KNOWS THIS WORLD BETTER

No comments:

Post a Comment