Assalamualaikum,
Pengalaman yang menarik. Sesampai di Stesyen Keretapi Amritsar kami dkerumuni oleh sekumpulan penarik beca. Pada kami itu adalah perkara biasa bagi pencari sesuap nasi tetapi lain bagi kaum Sikh disini.
Mereka rakus sekali dan menyangka ZBA adalah seorang Jepun. Mungkin bagi mereka orang Jepun mempunyai keupayaan berbelanja besar dan satu trip memadai untuk makan seminggu dengan perkhidmatan yang mereka lakukan. Menjadi serba salah kami dituruti kemana pergi walaupun diterangkan yang kami perlu berehat dahulu dan belum ada rancangan untuk kemana-mana. Mereka menanti dengan penuh harapan dan dalam hati kesihan juga melihat gelagat mereka. Kami menyimpan beg dan terus memerhati gelagat mereka.
Akhirnya kami mengalah dek perasaan kesihan kepada salah seorang daripada mereka. Dalam hati apakah nilaian Rp20 bagi satu perkhidmatan singkat untuk pencari rezeki. Kami berdua menumpang sebuah beca Pak Chik yang umurnya melangkaui setengah abad. Memang berbaloi apabila sampai disuatu tempat berbukit kami terpaksu turun dan menolak beca atas dasar kesihan. ZBA lihat beliau hiba dengan gelagat kami dan bermengah-mengah disamping mengesat peluh yang mengalir sejak tadi. Sesampai kedestinasi bukan Rp20 yang kami hulurkan tetapi Rp50 tanda simpati. Kami lihat ia seolah menyembah dan dengan hiba meninggalkan kami walau pun ZBA bukan dari Japan.
ZBA telah berpengalaman dimana sahaja apabila kita sampai samaada Lapangan Terbang, Stesyen Keretapi, Bus dan semua pengangkutan awam, inilah masa terbaik untuk mereka mencekek dan memancung kita. Oleh yang demikian tips terbaik untuk dikongsi bersama. Pertama katakan kita sedang menunggu sesaorang dan beredar untuk minum dan mengatur strategi memahami dan melihat "Land marks" sebagai tanda memandu arah. Kedua jangan keluar terlalu awal dan biarkan keadaan menjadi reda dan penumpang lain beredar terlebih dahulu ke destinasi masing-masing.
Amritsar kami tinggalkan dan kini menuju Attari disempadan India dan Wagah di sempadan Pakistan. Terletak 60 km dari Armristar dan mengambil masa satu jam perjalanan dengan bas.
Attari & Wagah bukanlah sebuah bandar dan keduanya adalah perkampungan sempadan dan lebih terkenal dimana-mana dengan nama "No Men Lands". Untuk menyeberangi sempadan kedua-duanya, anda harus berjalan kaki dan tidak pengangkutan kenderaan awam dibenarkan memasuki kawasan tersebut. Manakala bagi kenderaan perdagangan prosidur biasa hendaklah dipenuhi sebelum dibenarkan masuk dan keluar dari sempadan dikedua-dua negara yang telah tiga kali berperang ini.
Perkongsian pengalaman.
Bunyinya aneh tapi jangan terperanjat. Percaya atau tidak bahawasanya di Amritsar orang-orang Sikh lasih berbahasa Urdhu dan lancar membaca Akbar harian dalam Tulisan Jawi. ZBA juga seolah-olah tidak mempercayai apa yang dilihat berlaku di bangku perhentian bas Armristar. Realiti tetapi pernahkah kita lihat orang-orang Melayu sendiri membaca sisipan berita dalam tulisan jawi di NegaraKu.
Kembali daripada Wagah & Attari border kami meneruskan perjalanan berkeretapi hampir 2,000 km ke Kolkatta terletak di Teluk Bengal di Timur India. Perjalanan 2H/2M dengan Koc AC 2 Tier Class.
Assalamualaikum. SALAM
No comments:
Post a Comment