Tuesday, 15 November 2011

SABAH LAND BELOW THE WIND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

KOTA KINABALU

Keseluruhan bumi Sabah pengembaraan berlalu sudah.  Berkongsi cerita berbisik kata dan berkongsi pengalaman nukilan diteruskan.  Sejak 1974 bumi ini dijejaki hingga terahir Oktober 2011.  Puluhan kali dan baru sekali dituliskan untuk tatapan umum.

Gunung Kinabalu terkenal sebagai sebuah gunung tertinggi di Asia Tenggara.  Dilawati ribuan pelancung setiap tahun samaada untuk event terancang atau kumpulan atau persendirian untuk merasai keseronokan mendaki hingga kepuncaknya.  Bagi saya memadai hanya sekali mendaki ke Puncak Gunting Lagadan pada tahun 1994.  Kepuasan menakluki puncak gunung tersebut sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang mempesonakan ciptaan Allah.

         Gunung Kibanalu 8AM

Beralih dari Gunung Kinabalu sebenarnya Sabah mempunyai banyak tempat-tempat riadah yang harus dikunjungi seperti Tuanku Abdul Rahman Park, Tamu Kota Belut, Sipilok Orang Hutan, Pulau Sipadan dan sebagainya.  Pada kali ini saya akan memfokaskan dua tempat baru disekitar Ranau dan Kundasang yang mungkin tidak seberapa terkenal tetapi menarik untuk dilawati.

Pertamanya saya ingin membawa pembaca mengembara ke arah Ranau daripada Kundasang.  Perjalanan dengan kenderaan dari pekan Ranau mengambil masa 15 minit untuk sampai ketempat tersebut.  Mengalir sebuah anak sungai merentasi hutan simpanan yang kaya dengan khazanah alam semulajadi.  Air sungai jernih memutih menampakkan ikan-ikan yang dijinakkan dan disepekati oleh pendududk setempat dijadikan kawasan reakrasi untuk tontonan ramai.  Bayaran dikenakan kepada setiap dewasa ialah RM 5.00 dan kalau mahu berenang didalam sungai bersama-sama ikan bayarannya ialah RM 10.00. Setiap pelawat cuma dibenarkan berada ditepian sungai dan bermain dengan ikan-ikan selama 30 minit sahaja.                      
                                                                                 Kumpulan Ikan Sedang Diberi Makanan
Kampung Luanti Baru,  Beluran terletak bersebelahan jalan utama Kota Kinabalu ke Sandakan dihuni oleh segelintir 5 keluarga Islam dan selebihnya kaum-kaum lain sebagai majoriti. Mengalir  Sungai Moroli yang menyimpan banyak specis ikan air tawar.  Airnya jernih dan dingin mengalir dari Beluran ke Sandakan merentasi hutan simpanan malah belantara Sabah. Ikan-ikan disini terbahagi kepada empat  jenis  dikenali sebagai ikan Pelian atau Kelah Hijau, Lampam Sungai, Buntal dan Keli Afrika.  Ikan Kelah hijau adalah yang terbesar dan boleh mencapai sehingga seberat 4 kg seekor.  Lampam Sungai bewarna putih dan bersirip merah seberat 2-3kg seekor,  Buntal sejenis ikan kecil yang gemar mengerumuni mangsa dan menggigit bahagian-bahagian pemangsa dan Keli Afrika bewarna keperangan dengan berat melebihi 4 kg.  

Difahamkan bahawa ikan-ikan ini tidak akan meninggalkan lubuk Kampung Luanti walaupun sebesar mana banjir yang melanda mereka tetap akan kembali kelubuk sedia ada.  Jumlah kesemua ikan-ikan tersebut dianggarkan ribuan ekor yang senantiasa berada dilubuk menyambut tetamu yang datang. Ibarat kata pepatah, 'kenama pulangnya ikan kalau tidak kelubuk'. Selain lubuk Kampung Luanti terdapat beberapa  lubuk lagi yang mengusahakan eko-pelancungan yang sama. 

Lubuk Ikan Kampung Luanti

Harus diingat pada semua tamu jika ingin mendekati kami ikan-ikan dilubuk pastikan anda membeli dan membawa makanan yang dijual dipintu masuk.  Kepalkan makanan dalam tangan anda dan rendamkan kedalam air.  Beberapa saat kemudian ribuan ikan akan mengerumuni anda sambil menebuk genggaman tangan  yang seolah-olah mereka tahu bahawa makanan ada didalamnya.  Cukup menyeronokkan melihat gelagat ikan-ikan ini dan kalau pembaca ingin mencuba bagaimana gigitan mereka dipersilakan kedalam air dan nikmati sendiri.

Kundasang War Memorial

Setelah puas melihat gelagat ikan di lubuk Kampung Luanti, kami beredar pulang untuk lokasi reakrasi seterusnya di Kundasang.  Membelok kekiri dari Jalan utama Ranau ke Kota Kinabalu dipekan Kundasang terdapat sebuah "War Memorial" menuruni bukit dan seterusnya pendakian memuncak ke kaki Gunung Kinabalu.  Disana terdapat sebuah farm yang menternak dan memerah susu segar untuk keperluan penduduk sekitar Kota Kinabalu.  Bayaran masuk ialah RM 3.00 bagi seorang dewasa.  Terdapat lebih kurang seribu ekor lembu tenusu dengan kawasan ternakan puluhan ekar sebagai padang ragut.

                                                   Ladang Tenusu Kundasang


Berada di "Milk Farm"  ini seolah-olah berada diladang tenusu samaada di Australia atau New Zealand.  Cuaca petangnya dingin dan udara segar bersih bertiup menyapu awan yang berterbangan.  Saya menghabiskan masa hampir dua jam disini menikmati udara segar disamping melihat aktiviti pemerahan susu lembu yang dijalankan begitu sistematik sekali.  Bersih dan berkualiti.  Para pelawat boleh mencuba sendiri keenakan susu segar dengan harga yang berpatutan.

Perjalanan kesini harus berhati-hati selain jalan yang sempit juga laluannya berbatu dan sukar bagi kenderaan biasa.


Pengembaraan seminggu berahir disini dan Sabah negeri dibawah bayu mengalu-alukan kedatangan anda.

                                                  WELCOME TO KUNDASANG

PAGE UNDER CONTRUCTION

Monday, 14 November 2011

BRUNEI DARUSSALAM WEEKEND TOUR

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

BANDAR SERI BEGAWAN

Negara Brunei Darussalam sebuah negara kecil yang kaya dengan pengeluaran minyak dipesisir pantainya.  Diapit oleh Sarawak di barat dan Sabah ditimur manakala diutara mengadap kearah Laut China Selatan.  Jika menaiki pesawat daripada Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam dan 15 minit.  Dari kepulauan Labuan WP dengan menaiki ferry menagmbil masa dua setengah jam.

ZBA  melawat Brunei pada Disember tahun 1994 dengan menaiki ferry dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Bandar Seri Bengawan melalui Teluk Brunei dan melepasi Muara.  Tidak banyak yang dapat dilihat kecuali pemandangan laut yang terdampar indah dan sekali sekala melepasi kapal-kapal minyak yang bertaburan menanti memuatkan muatan.

              Masjid Terapung Bandar Seri Bengawan
                   

Ketika Ferry menghampiri Muara dalam wilayah Brunei baharulah kita nampak gaya kehidupan masyarakat Brunei  yang terdiri dari 80% adalah dari keturunan Melayu Brunei.  Selebihnya adalah China dan kaum-kaum lain. Selain daripada Brunei mereka juga boleh kita temui dipulau-pulau berhampiran Sandakan (Sim-sim) dan Kepulauan Tiganak.  Di Pontianak juga terdapat penempatan orang Melayu Brunei.  Kesemua mereka ini ibarat orang laut yang suka tinggal dirumah-rumah yang dibina ditepi-tepi pantai diatas permukaan laut.  Mereka hidup secara berkelumpuk dan mengamalkan adat istiadat budaya Melayu Brunei. Berugama Islam, bertutur dalam Bahasa ibunda Melayu dan bekerja sebagai nelayan pantai tetapi berlainan di Brunei mereka merupakan kaum majoroti Brunei Darussalam yang menguasai pemerintahan negara tersebut.
                                                                                       
                                                                                       Masjid Negara Brunei Darulsalam
Sebagaimana saya nyatakan tadi sungguhpun mereka tinggal dirumah diatas permukaan laut tetapi di Brunei kehidupan mereka mewah dan persekitaran yang bersih dan terancang jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain.  Mereka memiliki rumah yang besar ibarat banglo dan mempunyai semua keperluan asas sebagai sebuah negara terkaya di ASEAN malah didunia.  Deretan bonglo terapung ini dapat dilihat dengan jelas dari ferry yang saya tumpangi sehinggalah saya mendarat di jetty Bandar Seri Bengawan.

Kehidupan mereka lebih jauh mewah dari Negara Ku.  Dilihat dari mereka membeli belah di Labuan dan Kota Kinabalu sememangnya kita tidak terikut dan mampu berbelanja sebagaimana mereka.  Setengah kata pelancung setiap hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum adalah lebih baik anak tempatan berada dirumah dari keluar kebandar untuk membeli belah.  Apa tidak para penjual lebih berminat untuk berurusan dengan orang asing dari masyarakat setempat.  Raayat Brunei banyak membantu dalam perkembangan ekonomi khususnya di Labuan.  Sekarang dengan pengangkutan ferry yang serba canggih mereka boleh memasuki tanah besar Sabah dengan kenderaan yang menjalar dijalan raya menuju  Kota Kinabalu dan sebaliknya untuk berbelanja.  Situasi ini pernah saya lihat semasa berada di Sabah pada January 2011 yang lalu.

Berada di Bandar Seri Begawan untuk berehat dua tiga hari adalah memadai.  Kos perbelanjaan disini adalah tinggi jika dibanding dengan nilai ringgit.  Sebagai contoh Brunei adalah negara pantai tetapi harga ikannya amat mahal jika dibandingkan dengan negara daratan. Saya berkesempatan berbual panjang lebar dan berkongsi pengalaman dengan jamaah di Masjid Besar Brunei Darussalam selepas solat waktu.

Perkongsian Pengalaman

Pekerja sektor awam adalah gulongan elit di Brunei.  Segala-galanya dibantu oleh kerajaan.  Difahamkan bagi pekerja Islam selepas lima tahun berkhidmat mereka berpeluang mengerjakan Haji ke Mecca secara percuma dengan bantuan kerajaan.  Rata-rata jemaah adalah dari kalangan pertengahan umur dan sudah berpencen dari perkhidmatan kerajaan.  Apabila diajukan soalan kenapa mereka mengambil option dan berpencen awal.  Jawapannya, mereka berpencen dalam usia 45 tahun selepas berkhidmat.  Dalam hati saya beruntung sekali menjadi raayat Brunei.

Perbualan saya berkisar pada kehidupan harian.  Keseluruhan mereka menyatakan mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan.  Semua keperluan asas dimiliki masing-masing.  Ibarat disini,  di Brunei satu rumah mempunyai 5 kereta berjenama, di Malaysia 2 proton saga dan di Cambodia  2 ekor lembu bagi setiap rumah.  Sungguh pun kecil penduduk Brunei memiliki harta dan kemewahan bersama  hasil dari limpahan minyak milik negara anugerah Allah SWT.

Mingguan Meloya (Mingguan 1Malaysia) bertarikh 25 Febuari 2012 muka surat 20 dalam lapuran Luar Negara berbunyi "Pendapatan disumbang sumber minyak dan gas asli, Brunei kelima terkaya".  Lapuran majalah Forbes melapurkan kedudukan negara terkaya didunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli terkini.

Brunei Darussalam menduduki tangga kelima daripada senarai 182 negara paling kaya didunia hasil daripada dominasi kekayaan 90% sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS 48,000 bersamaan RM 144,581.00.

Qatar    dinamakan  negara   terkaya  di dunia  dengan  jumlah  KDNK  per kapita  lebih US 88,000 bersamaan 
RM 265,065.00  pada 2010 sementara Luxemburg ditangga kedua dengan KDNK per kapita lebih US 81,000 bersamaan RM 243,980.00 hasil daripada menjadi hab keawangan.

Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir US 56,700 bersamaan RM 243,980.00, manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita US 52,000 bersamaan RM 156,629.00.  Sumber dari AGENSI. 

NegaraKu 1Malaysia kaya dengan sumber asli dan sebagainya pemberian Allah namun jika dibandingkan dengan negara tanah jajahannya Singapura sebelum 1963, indah kyabar dari rupa parasnya.  Mengikut sumber yang didengari mempunyai hutang hampir 450Bat.  Patutlah pada tahun 1981, 1SGD bersamaan RM 1.20 namun hari ini 1SGD bersamaan RM 2.47 selepas dikatakan NegaraKu, NegaraKu segala-galanya Number Wahid didunia.

Poket makin mengecil dan mengempis bahana nilai tukaran mata yang rendah memadai dua malam di bandar Sri Begawan.  Apa pun ketika itu tidak banyak ada untuk dipertonton atau dilihat kecuali kubah besar bersalut emas Masjid Negara Brunei Darussalam.  Saya kembali ke Labuan seterusnya Kota Kinabalu dan ke Kuala Lumpur. SALAM

SEMUGA KEMAKMURAN BERTERUSAN

AUSTRALIA OVERLAND STUDY TRIP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Nostalgia kenangan lama yang masih dalam ingatan.  Pengembaraan di Australia bukanlah pengembaraan merentas benua tetapi pengembaraan  keilmuan. Saya telah pun dua kali melawat Australia dan kawasan yang belum saya tempuhi ialah bahagian Australia Barat.  Dibahagian lain boleh dikatakan keseluruhannya telah dilawati.  Saya berada satu tahun di Australia pada tahun 1981 menimba ilmu dari satu tempat ke satu tempat.  Kali kedua ialah pada tahun 1991 selepas 10 tahun berlalu selama seminggu.  Kisah perjalanan saya dipaparkan hanya untuk mencatatkan kenangan lama bagi bacaan jenerasi  saya berikutnya.

                                       Blue Mountain

Dalam usia muda 28 tahun dan selepas melangsungkan perkahwinan dan isteri dalam keadaan mengandung anak sulong kami, saya berangkat ke Australia mencari ilmu yang akan dimanfaatkan untuk raayat Malaysia jika terjadinya sesuatu.  Satu pengorbanan untuk negara tetapi negara tidak pernah melihat pengorbanan anak watannya sendiri.  Berbalik kepada keadaan sekarang setelah negara aman damai, kaum kami dipinggirkan dinegara sendiri.  Kaum pendatang diberi keistimewaan menetap di Negara Ku dengan aman damai sedangkan anak-anak kelahiran asli dilihat ketinggalan.  Mereka dilalikan oleh irama-irama lagu penuh keasyikan dan dendangan.  Dididik sebagai penyanyi dan pelakun untuk melalaikan bangsa ku sendiri sedangkan bangsa-bangsa lain bertungkus lumus mengaut segala keuntungan yang ada. Islam cuma Agama rasmi tetapi dikesampingkan demi duniawi yang sedikit. Poket-poket pembodek kembong melambung, air lior berterabur membohong demi meneruskan kesinambungan waris dan tahta. Negara Ku seolah-olah telah dijual setelah pejuang-pejuang bersusah payah dengan keringat dan darah  konon untuk jenerasi mendatang.

Demi negara dan raayatnya.  Penerbangan Qantas pesawat 747 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang diiringi linangan air mata isteri yang mengandung.  Saudara mara dan sahabat handai ditinggalkan buat seketika kerana mu Malaysia.  Kami lewati  Singapura dan seterusnya Melbourne dalam penerbangan yang memakan masa 10 jam daripada Kuala Lumpur.

                                                                                                             Melbourne Ship Muzium
Melbourne kota perniagaan yang sibuk tetapi berprinsip.  Kotanya terancang dan sistem pengangkutannya terbaik ketika itu.  Selama sebulan disini kami diajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dailek Australia. Diajar adat istiadat dan adap-adap masyarakat Australia.  Sepintas lalu mereka mempunyai peradaban yang tinggi jika dibandingkan dengan kita dalam serba serbi.  Cara makan, berkomunikasi, pergaulan lelaki dan perempuan, penepatan waktu dan sebagainya. 

Perkongsian Pandangan


Masyarakat Australia amat menghormati kaum  wanita.  Perkataan 'Ladies First'  adalah amalan murni sampai akhir hayat mereka.  Lihatlah dimana-mana dalam usia lewat mereka masih berpegangan tangan apabila berjalan bersama suami-isteri.  Semakin tua  semakin rapat dan intim perhubungan sesama mereka. Menoleh kepada masyarakat Asean perkara yang sama tidak terjadi malahan kita semakin tua semakin menjarakkan kita dari sifat-sifat keintiman dalam kehidupan suami-isteri.

Adap dimeja makan.  Mereka amat beradap sekali semasa menjamah rezeki.  Perpakaian kemas seolah-olah makan beradap atau makan bersama-sama pengantin jika dibandingkan dengan kita yang dikatakan beradap tetapi tidak sopan.

                    Vampire Second World War Aircraft
                   Villy (Phi) Rashid (Mal) Marmol (Phi) 
Tahun 1981 adalah tahun kebanjiran pendatang Vietnam ke Australia.  Saya tabik kepada kerajaan Australian bagaimana mereka memilih sesaorang untuk diberikan kerakyatan.  Pertama mestilah menyediakan tunai AUD 200,000 atau cagaran emas dalam nilai yang sama.  Kedua mestilah terpelajar dan dari kalangan profesional berbagai bidang.  Di Negara Ku sesiapa pun boleh, penerap batu bata boleh, pencuci longkang boleh, pekerja kilang boleh dan semua serba bolih.  Mungkin perompak, penyamun, perogol pun boleh sebab mereka telah memberi sumbangan yang membanggakan dan boleh diberikan kerakyatan.  Masalah sosial dengan kedatangan pendatang telah mengubah lanskap anak jati peribumi Negara Ku menjadi anak merempat dibumi bertuah yang diperdagangkan.

Libya semasa pemerintahan Allahyarham Muammar Gaddafi, setiap raayat Libya menerima imbuhan dari hasil minyak negara yang dimasukan terus kedalam akaun bank masing-masing.  Di Australia lain pula caranya.  Raayat yang tidak bekerja dibayar elaun setiap dua minggu sekali sehingga mendapat pekerjaan.  Pekerja kolar biru yang membuat pekerjaan yang menggunakan keringat dibayar gaji yang tinggi dibandingkan dengan pekerja kolar putih yang berkelulusan.  Tuan penasihat, 2% sahaja.

                                                                                                         Pemandangan Kota Brisbane
Selama dua bulan saya enjoy dikota Melbnourne.  Elaun setiap dua minggu sekali memang lumayan dan gaji langsung tidak terusik.  Mantap dan kenal sudah apa yang dikatakan Autralia dan peradabannya, kami mengembara mencari ilmu seterusnya.  Kota business Melbourne ditinggalkan dengan penerbangan C130 RAAF ke Sydney, Canberra, Wiliam Town dan seterusnya Brisbane.  Dari Brisbane pada satu ketika kami berada dua minggu di Townsville yang terletak dua jam penerbangan dari Brisbane.  Semasa di Townsville satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini.  Ketika kami menimba ilmu digurun, dua biji burger telah dibekalkan kepada kami satu setiap seorang.  Cuaca panas amat panas, dahaga dan kelaparan.  Tiada pilihan cuma burger adalah makanan kami tengahari ini.  Sebelum menjamah burger sebagai muslim saya akan bertanyakan kepada cook apakah daging dalam burger tersebut. Nice Mike, pork jawabnya selamba.  Saya tersenyum dan oleh kerana terlampau lapar dan tiada pilihan, saya mengangkat roti diatasnya dengan tangan kanan dan menterbalikkan daging dengan tangan kiri sehingga terjatuh kebawah.  Dicantumkan semula kedua-dua roti dan salat dan meneruskan makan tengahari.  Makan babilah kita tengahari ini, sapa kawan saya disebelah.  Kami tersenyum dan Allah Maha Mengetahui. 

       Superparadise Gold Coast

Tujuh bulan berahir sudah saya dikota Brisbane bersama teman karib dari Kelantan.  Banyak keringat tertumpah dibumi ini  dan banyak kenangan manis  semasa      bersama-sama teman dari Australia, Filipina, Fiji dan Tongga.  Masa perpisahan tiba dan kami berpisah di Brisbane menuju destinasi negara masing-masing.  Kami kembali ke Sydney meneruskan misi mencari ilmu.  Semasa di Sydney tidak banyak yang kami pelajari selain dari menghabiskan masa hampir tiga bulan meronda kota metropolitan Sydney.  Ketika itu sebut sahaja Sydney saya dapat pastikan infomasinya tepat.   Saya melawat semua tempat-tempat tumpuan pelancung merangkumi Sydney Opera House, Harbour Bridge,Torongga Zoo, Bondi Beach dan lain-lain termasuk lorong gelap King Cross.   Saya kembali ke Malaysia  akhir tahun dengan penerbangan pesawat RAAF Boieng 707 daripada Sydney ke Butterworth yang mengambil masa 12 jam penerbangan.

Kesempatan kali kedua saya melawat Australia ialah pada tahun 1991.  Kami memulakan penerbangan dengan Pesawat C130 TUDM  daripada Kuala Lumpur ke Butterworth.  Butterworth ke Darwin.  Darwin Ke Richmon Sydney.  Berada 5 hari di Sydney dan sempatlah saya melawat kembali tempat-tempat yang menjadi nostalgia semasa saya di Sydney 10 tahun sudah.  Kembali dari Sydney penerbangan ke Darwin, Kota Bahru dan pulang ke Subang, Kuala Lumpur.  SALAM
       PERSONNAL TOUR TO PERTH BEGIN SOON                 

Sunday, 13 November 2011

INDONESIA TRANS-SUMATRA TRIP

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Sumatra salah sebuah pulau terbesar dalam gugusan Indonesia.  Dipisahkan  oleh Selat Melaka dalam jarak 60 notica dengan Malaysia.  Terkenal dengan pusat gempa bumi paling merbahaya  dan telah mengorbankan ribuan mangsa dalam kejadian tsunami pada tahun 1991 dan sebelumnya.  Tidak ketinggalan Sumatra juga merupakan destinasi pelancungan yang menarik untuk dilewati.  Pengembara telah beberapa kali kesana dan telah mengembara keseluruhan Pulau Sumatra dari Acheh diutara hinggalah Lampong diselatan.

BANDAR ACHEH

         Putera dan Puteri berpakaian Tradisional Acheh

Bandar kedua terbesar selepas Medan terletak paling ke Utara.  Terkenal keseluruh dunia dengan peristiwa tsunami yang melumpuhkan keseluruhan bandar tersebut pada tahun Disember 1991.  Pengembara sempat melihat bandar ini semasa sebelum dan selepas tsunami.  Sepuluh tahun berahirnya peristiwa yang menyayat hati ini saya kembali ke Acheh pada 2011.  Allah Maha Besar.  Acheh telah kembali pulih dari kesengsaraan dan insyaallah berada dalam peliharaan Allah sekarang.  Pembangunannya pesat seolah-olah tiada apa yang menimpa Acheh sepuluh tahun sebelumnya.  Tetapi sebagai seorang hamba haruslah mengingati bahawa Allah akan menurunkan bala kepada sesuatu kaum itu jika kita mengingkari atau melanggar kehendakNya.
                                                                                                 Masjid Baitulrahman
Digelar sebagai "Serambi Mecca".  Pada pandangan saya berketetapan dengan gelarannya.  Masyarakatnya lebih tertib dan berjiwa Islam dari Negara Islam Ku.  Masjid-masjid dipenuhi jemaah ketika waktu solat terutamanya Masjid Baitulrahman.  Saya dan rakan sempat berjemaah Maghrib dan melihat sendiri bagaimana jemaah memenuhi masjid dan menunaikan kewajipan kepada Ilahi. 

Kami mengembara kesemua tempat yang bersejarah dipersekitaran bandar Acheh termasuk peninggalan-peninggalan kesan tsunani yang melanda dan menghancurkan bandar Acheh.  Kejadian-kejadian yang dianggap mistri yang tidak terfikir bagaimana boleh terjadi dan meninggalkan kesan yang mendalam disanubari khususnya umat Islam.

                                                      Perkampungan Nelayan Syiah Kuala

                                       
                                   
        Masjid Baitulrahim 

Di Makam Syiah Kuala yang terletak 10 meter dari pesisir pantai yang dilanda tsunami.  Batu-batu nisannya ditandakan dengan batu-batu pejal dan berbumbungkan pondok ala kadar.  Sebuah surau kecil didirikan untuk pengembara menunaikan solat.  Allah maha berkuasa, dalam kejadian tsunami yang ombaknya bergelulung setinggi pokok kelapa dalam kejadian 7 minit membadai pantai dan 7 minit menyedut khazanah daratan kedalam lautan. Makam Syiah Kuala tertegak kukuk dipesisiran pantai.  Tidak terusik barang sedikit pun keasliannya Satu keajaiban yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun penulisan.          
                                                                                                                                                                                            
      Menara Masjid Baitulrahman

Mengadap laluan ke kuala dimana badai tsunami bermula, berdiri kukuh sebuah masjid sederhana besar dikenali sebagai  Masjid Baitulrahim.  Terletak 20 meter dari pesisir pantai dan dihadapan mimbar terdapat tanah perkuburan yang menempatkan beberapa pusara lama yang tidak dikenali.  Semasa kejadian tsunami masjid ini telah menyelamatkan puluhan manusia yang sempat berlindung didalamnya.  Dalam kejadian ajaib itu cuma pagar sahaja menjadi korban tsunami dan dihadapan mimbar mengalami kerosakan kecil akibat percikan air laut.  Manakala pusara lama masih terpelihara baik tanpa diusik walau pun setitik air.
Kejadian yang sama terjadi pada Masjid Baitulrahman yang terletak ditengah bandar Acheh yang jaraknya 8 km daripada Masjid Baitulrahim.  Masjid Baitulrahman tidak mengalami sebarang kerosakan malah menjadi pelindung kepada keselamatan ribuan raayat Acheh yang mencari perlindungan.

                 Kapal Apong

Satu lagi mercu tanda baru ujud selepas tsunami yang dianggap menghairankan.  Sebuah kapal "Kapal Apong" yang berfungsi sebagai pembekal penjanaan elektrik seberat 9,800 ton ditolak daripada laut sejauh 4 km kedarat dalam masa 7 minit tsunami melanda.  Sekarang kapal tersebut diabadikan dan dijadikan lokasi pelancungan untuk kenang-kenangan betapa dahsyatnya kuasa Allah jika dibandingkan dengan kuasa manusia yang bongkak kepada Maha Pencipta.

                          Taman Puteri Sultan Pahang

Kesimpulannya pengembara dapati terdapat dua kesan sejarah yang boleh dilihat dengan jelas dibandar Acheh.  Satunya kesan-kesan sejarah silam sebelum kejadian tsunami 1991 seperti Muzium, Taman Putri Sultan Pahang, Tanah Perkuburan Penjajah,   Masjid-Masjid dan sebagainya.  Manakala   kesan selepas tsunami seperti Tanah Perkuburan Tsunami (Dewasa dan kanak-kanak), Kapal Apong,    Boat Nelayan Tergantung dan lain-lain. Jika dibandingkan keduanya, kesan tsunami lebih menyayat hati dan wajib menjadi teladan bahawa Maha Pencipta lebih berkuasa dari segala-galanya.

Perkongsian Pengalaman.

Tidak ketinggalan saya katakan bahawa setelah saya mengembara keseluruh Indonesia (Kecuali Jayapura), Bandar Acheh adalah bandar terbersih di Indonesia jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain.   Begitu juga kedai-kedai yang menjual makanan jika dibandingkan dengan Negaraku.  Berketepatan sekali Kelantan memilih bandar Acheh sebagai bandar kembar dalam menegakkan Agama Allah.

         Kambing Gulai Kawah

Mereka mempunyai identiti tersendiri jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Indonesia, samada dari segi  makanan mahupun  adat perkahwinannya yang menurut lunas-lunas keislaman.  Mereka tidak menggunakan wang sebagai hantaran malah menggunakan Dinar Emas.  Ini bermakna harga diri seorang wanita ditentukan dengan Emas bukannya wang ringgit sebagaimana kita praktikan.

Tiga jenis makanan kegemaran dan terlazat pernah saya jamah di Acheh ialah 'Kambing Gulai Kawah, Ayam Dara Kampung Goringan dan Mi Kepiting Udang'.  Kepada pelancung yang melawat Acheh, saya harap tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan tersebut.  Harganya berpatutan dan pastinya menyelerakan.

                        Perut Kambing Gulai Kawah

Masyarakat China di Acheh bebas mengamalkan agama mereka.  Mereka bertutur dalam bahasa Indonesia yang fasih seolah-olah mereka bukan kaum Tionghua.  Boleh menternak babi tetapi tidak boleh menjual sesuka hati (Bagi kawasan Melaboh, penternakan babi diharamkan malah perjualan dan makan juga tidak dibenarkan).  Apa yang menjadi iktibar saya tentang hal ini ialah, orang Tionghua dibandar Acheh benar-benar faham  tentang makanan yang diistilahkan sebagai 'HALAL'.  Saya sempat berkongsi pengalaman dengan beberapa diantara mereka dan saya tabik diatas kefahaman mereka tentang Islam.  Perkara ini sepatutnya berlaku di Negara Ku dan bukannya kita menakut-nakutkan mereka dengan Hukum Hudud yang merupakan perlaksanaanya wajib yang ditetapkan oleh Allah.

Para pengembara dan pelancung yang budiman, jika kita ingin mengambil iktibar dari peristiwa Tsunami yang melanda Bandar Acheh dan melihat bagaimana kebesaran kuasa Allah, buat masa sekarang pada pandangan saya Bandar Acheh adalah merupakan pusat pelancungan terbaik.  Saya pulang dengan penuh syahdu dan ingatlah pesanan Allah berhubung ayat "Kun Fayakun".  Sama-samalah kita beriktifar.  SALAM

CONTINUE TO MEDAN



SAUDI ARABIA MECCA THE HOLY CITY

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Dengan kehendakNya, aku telah diberikan Taufik & Hidayahnya buat pertama kali dapat menunaikan Rukun Islam yang kelima yaani menunaikan Fardhu Haji Ke Mecca Al-Mukarramah pada tahun 1989.  Alhamdulillah aku telah berjaya mengatasi dan mengerjakan haji dengan penuh semangat dan bermulalah dalam hidup ini keluar dari zaman jahilliyah ke alam nyata bahawasanya Allah itu Esa dan tiada sekutu bagiNya.

Hakikatnya, pelancungan merupakan ajaran Islam dan merupakan satu perintah daripada Allah SWT.  Allah memerintah kepada umat Islam agar berjalan dan mengembara dimuka bumi untuk melihat ciptaan Allah SWT dimerata tempat di seluruh dunia.



Bahkan didalam Al-Quran terdapt 14 tempat dimana Allah SWT mengulangi kalimah "Siru @ Fasiru" khusus bagi menurunkan perintah agar umat Islan tidak hanya berada disatu-satu tempat tetapi perlu bermusafir dan mengembara untuk menambahkan ilmu pengtahuan mereka.  Justeru Islam mewajibkan umatnya untuk mengerjakan Fardhu Haji yang memerlukan kita melawat ke Mecca Al-Mukarramah. 

Surah An-Ankabuut Ayat 20

Yang bermaksud :  Katakanlah, "mengembaralah kamu dimuka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas tiap-tiap sesuatu"

Pelancungan ke Mecca ini bukanlah satu pelancungan yang sembarangan bahkan merupakan pelancungan yang diperintahkan, pelancungan yang bertujuan menyahut seruan Allah SWT.  Inilah yang dilafazkan oleh jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia dengan ucapan "Labaikallah" dan seterusnya.

Kefardhuan haji ini menunjukkan bahawa pengembaraan atau pelancungan bukanlah satu perkara baru didalam Islam.  Bahkan Allah SWT sendiri telah menceritakan kisah beberapa orang Nabi ditakdirkan mengembara keluar dari kampung halaman masing-masing untuk menambahkan ilmu pengtahuan dan melebarkan dakwah.  Kita boleh membaca kisah Nabi Musa AS mengembara ke Madyan dan diceritakan bagaimana  Nabi Musa AS mengembara bersama dengan seorang yang soleh yang disebut sebagai Nabi Khidir dipertemuan dua lautan.

Nabi Yusuf dibuang kedalam telaga dan hidup sebatang kara di Mesir.  Nabi Ibrahim AS mengembara ke Pelastine dari tempat asalnya di Babylon dan seterusnya ke lembah tandus Mecca Al-Mukarramah.  Nabi kita Muhammad SAW juga tidak ketinggalan mengembara (hijrah) daripada Mecca Al-Mukarramah ke Medinah Al-Munawarrah bagi menubuhkan Negara Islam yang pertama didunia.  Kesemua ini menunjukkan pengembaraan atau disebut pada hari ini sebagai pelancungan sudah merupakan satu sunnah yang diwarisi oleh Para Anbiya' semenjak zaman dahulu kala.


Ianya diteruskan oleh para sahabat yang sebahagiannya meninggal dunia diluar Semenanjung Tanah Arab sehinggalah para fuqaha dan muhaddithin.  Imam Al-Shafie yang mengembara dari Madinah ke Mesir.  Imam Bukhari yang meninggalkan kampung halaman di Uzbekistan dan banyak lagi contoh-contoh yang dapat dijadikan teladan.  Dinukilkan dalam kitab-kitab sejarah bagi mengajar kita bahawa Islam bukanlah mengajar manusia supaya hidup dalam dunia kerahiban tanpa menghiraukan perkembangan semasa.

Justeru didalam Islam, pengembaraan atau pelancungan bukanlah satu perkara yang asing bahkan ia dianggap sebagai jihad kepada Allah SWT jika dilaksanakan dengan tujuan untuk mengembang dan menegakkan agama Allah .  Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud :

"Sesungguhnya pelancungan umatku ialah jihad dijalan Allah SWT"  - Riwayat Abu Daud

Labaikallah Humalabbaik, Alhamdulillah saya  telah menyahut seruan mu Ya Allah bagi  kali keduanya.  Syukur tidak terhingga kepadaNya kerana  pada kali ini saya telah bersama-sama keluarga menziarahi Baitullah Al-Haram pada Disember 2006.  Saya berikrar jika dipanjangkan usia, kalau tidak menunaikan Fardhu Haji saya akan kembali lagi menunaikan Umrah bersama keluarga. Insyaallah.

Tidak sebagaimana pengembaraan yang sebelumnya atau mendatang, pengembaraan ke Tanah Suci banyak sekali peristiwa yang tidak dapat digambarkan dengan tulisan.  Memadailah saya menyeru kepada Muslimin dan Muslimat agar menyahut seruan Ilahi agar menunaikan Fardhu Haji dalam masa terdekat. Insyaallah.


MECCA AL-MUKARRAMAH LABBAIKALLAH

Monday, 31 October 2011

INDIA HISTORICAL TAJ MAHAL

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

Benua kecil India memang terkenal dengan sejarah dan kebudayaan yang unik.  Sejarah Islam terdapat diserata pelusuk India.  Salah satu yang paling terkenal dan merupakan salah satu daripada tujuh benda ajaib didunia ialah Taj Mahal. Lambang cinta seorang Raja (Suami) kepada seorang Permaisuri (Isteri).  Terletak ditepian Sungai Yamuna dan bertentangan dengan Istana Raja.  Kita boleh  melihat dengan jelas  istana yang menjadi tempat tahanan Shah Jahan dan Taj Mahal yang jaraknya 3 km.  Ini bermakna daripada  tahanan Shah Jahan yang terletak dalam istana, beliau pada bila-bila masa  boleh keluar ke varenda istana dan melihat makan isterinya tercintanya Muntaz Mahal.

Dari Jaipur kami meneruskan  perjalanan dengan keretapi ke Agra Fort.  Sebagaimana biasa kami menggunakan koc tempat tidur berhawa dingin yang selesa khusus untuk perjalanan malam. Satu perkara menarik yang tak dapat kami lupakan dalam seumur hidup yang menjadikan satu yang terpenting untuk saya paparkan disini. Kisah benar dan sebenar-benarnya berlaku dihadapan kami dan mungkin tidak terdapat ditempat-tempat lain didunia.  Kisahnya bermula seawal fajar menyinsing dan berahir selewat jam 8 pagi.


Keretapi yang kami tumpangi berada dalam jarak kurang daripada 6 kilometer daripada Stesyen Agra Fort.  Ketika ini keretapi bergerak amat perlahan ibarat jika memandu kita berada dalan ketinggian permulaan gear dua atau kederasan 5-10 kilometer sejam.  Kita boleh melihat dan nampak dengan jelas apa yang sedang berlaku diluar keretapi.  Kami  menikmati perjalanan yang sungguh menggelikan dan kadang-kadang menakjubkan bagaimana didalam dunia moden ini kita boleh melihat gelagat manusia yang mengharungi kehidupan yang sedemikian rupa.  Dipertontonkan secara spontan oleh ribuan pelakon dan pelawak terdiri daripada lelaki dan perempuan, suami, isteri dari segenap lapisan umur,  tua, muda, remaja dan  kanak-kanak. 


Jika pembaca seorang pelancung sudah tentu saudara tidak akan ketemui ini semua tetapi jika pembaca seorang pengembara, saudara akan dipertontonkan satu lagi episod keaijaiban di Agra selain Taj Mahal.  Oleh yang demikian kepada sesiapa yang ingin menjejaki bumi Agra, saya menasihatkan pembaca menggunakan perkhidmatan keretapi daripada New Delhi atau Jaipur  dan bangun awal sebelum keretapi memasuki Agra Fort. Anda akan dihiburkan secara percuma lakunan yang mengasyikan.  Realiti.



Daripada duduk saya menghampiri pintu keluar keterapi tetapi malang tiada gambar yang dapat saya rakamkan kerana kabus yang terdapat pada tingkap-tingkap keretapi.  Memadai saya menceritakan sebagai pesta "Jom Berak" tetapi  dinegaraku " Jom Heboh".  Perjalanan kami sejauh 6 kilometer ke Bandar Agra Fort menghidangkan kami dengan ribuan masyarakat India sedang membuang NAJIS dikiri kanan  trek keretapi.  Dengan berbekalkan sebiji botol berisi air mereka tidak segan silu melepaskan sasarannya.

 Jarak bukan halangan, mungkin 2 atau 3 meter seorang.  Lelaki perempuan bukan persoalan. Anak gadis atau remaja sama saja.  Tua dan muda tanpa segan dan silu.  Sesetengahnya "barangan" nampak jelas terjuntai dengan tingkap tertutup. Jika bernasib baik "padang-padang" hitam nampak jelas dengan rumpat segar menutupi ruang. Sungguh mengghairahkan.  Dalam jarak lebih kurang 6 kilometer, ribuan pelakon menggayakan  aksi-aksi cemas mereka.  Terdapat tanda kepuasan, kepuasan kerana hajat telah tertunai sudah.  Aksi ini bukan sahaja terdapat disini malah keseluruhan India termasuk semasa kami di utara India,  Armstrar.

Bagi saya yang pada mulanya mengantuk dibuai keretapi kini tersengkang mata dan kadang-kadang menghairahkan. Asyik, masyuk dan itu lah pengalaman paling berharga pernah saya alami sungguhpun saya telah melalui sejarah perjalanan paling jauh dengan keretapi dari Singapura ke Moscow (Trans-Mongolian, Trans-Siberian dan Trans-Manchurian) tetapi perjalanan di India lebih mematangkan kami disamping memberi kesedaran bahawasanya ini sebuah kehidupan yang berpaksikan hakikat dan kebenaran.

Bagi masyarakat India, kaum Bangsawan hinggalah ke kasta paling rendah Paria, lagak dan gelek mereka adalah sama. Pada pandangan ZBA yang membezakan antara mereka adalah kekayaan  dan kemiskinan bukan bangsa itu sendiri.  Orang kaya dengan kekayaannya sedangkan yang miskin melarat tidak berketepian.  Pada peminat filem-filem Hindustani apa  yang dipertontonkan adalah fantasi semata-mata bukan realiti yang dipijak.  ZBA telah melawat seluruh India tiada satu pun tempat yang sama dengan yang digambar dan difilemkan.  Oleh yang demikian menonton dibolehkan tetapi tak perlu dijadikan iktibar malah itu adalah lakonan.  Penyanyi dan pelakon orang yang sama, hidup dengan dunia fantasi menipu dan membuat maksiat dalam bentuk hiburan yang dihalalkan.


Benar sabda Rasullullah SAW, diakhir zaman orang tidak akan menganjungi para ulama malah penyanyi dan penghibur diagung-agungkan.  DiNegaraKu seorang sahaja Mufti bergelar Tan Sri tetapi empat dari kalangan para artis penyanyi dan pelakon.  Bala Allah jangan diminta jika datang tidak mengira siapa kita. Ingat-ingat-lah dan berpesan-pesanlah diatara sesama kita.

Ambillah iktibar daripada India yang satu ketika dulu dikuasai oleh pemerintah-pemerintah Islam yang hebat tapi kini hanya kota-kota purba menjadi peninggalan.  Orang Islam hidup sebagai minoriti dengan dihimpit kemiskinan dirtindas dihina semata-mata kerana bergelar Muslimin dan Muslimat.


ZBA dan teman melawat warisan pemerintahan Islam di Agra beserta kota-kota yang berdiri tegoh tanda keagungan tetapi kaku dan hambar kerana telah dilupakan.  Hanya sejarah menjadi sanjungan tetapi nilai tidak bermakna lagi.  Seperti bandar lain di India, Agra juga senasib.  Kerbau, lembu, kambing dan segala binatang berkeliaran didalam  bandar, mencemarkan pandangan dengan pelancung sinis memerhati.  Kota Agra kami tinggalkan dengan kesedihan disebabkan kekotoran tetapi puas kerana dapat menikmati keindahan Taj Mahal  yang diagung-agungkan.  Dikegelapan malam keretapi yang kami naiki  bertolak  dari Agra kami ke Amristar dan Attari di sempadan Pakistan.
Assalamualaikum.  SALAM










TO BE CONTINUE SOON








Tuesday, 25 October 2011

THAILAND MYANMAR LAOS GOLDEN TRIANGLE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum W.B,

GOLDEN TRIANGLE

Kami memulakan perjalanan dari Bangkok, ke Chiang Mai, Mae Sai dan seterusnya Chiang Saen.  Golden Triangle memang terkenal dengan kebanjiran pelancung asing dan tempatan.  Pusat pengeluaran dadah terkenal diutara Thailand yang bersempadan dengan Myanmar dan Laos.



Pengenalan Gambar

Kedudukan Negara dalam Golden Triangle adalah seperti berikut.  Saya sekarang berada di Thailand.  Dibelakang saya ialah Sungai Mekong yang memisahkan diantara 3 negara berjiran.  Disebelah kanan saya dalam gambar ialah Myanmar dan kiri ialah Laos.  Pulau tiga segi emas terletak ditengah-tengah Sungai Mekong. 
Golden Triangle menggabung 3 bandar di tiga negara yang berasingan.  Tachileik di Myanmar, Mae Sai  di Thailand,  dan Tonpeung di Laos.  Sempadan 3 negara dipisahkan oleh Sungai Mekong dan  Golden Triangle terletak 30 minit perjalanan daripada bandar Mae Sai dengan bas.  Satu lagi bandar berdekatan dengan Golden Triangle ialah Chiang Saen ditimur berhampiran Sungai Mekong.  Dari Chiang Saen pengembara boleh memudiki Sungai Mekong ke Laos.


Golden Triangle bukanlah sebuah bandar besar tetapi sekadar pekan kecil yang menjadi terkenal kerana pertemuan 3 negara disatu sudut.  Terdapat banyak gerai menjual cenderahati dan barangan buatan tangan penduduk tempatan.  (Kraftangan)

Sebuah muzium dikenali sebagai "Opium Muzium" terletak bersebelahan jalan menuju Chiang Saen.


Selepas hampir dua jam kami disini, kami meneruskan perjalanan ke Chiang Saen dan Chiang Kong dan yang terletak sejajar dengan aliran Sungai Mekong.  Petangnya kami sampai di Lampang melalui bandar Chiang Rai sebelum meneruskan perjalanan ke Bangkok dengan keretapi pada keesokan harinya.

       City Of Golden Triangle
                Chiang Saen

Sebelumnya saya ingin membawa pembaca ke Chiang Mai untuk mengetahui serba sedikit tentang masyarakat Islam di Chiang Mai.  Mereka juga adalah dari keturunan China yang berasal dari Yunan.  Cara hidup mereka adalah sama jika dibandingkan dengan masyarakat Islam di Tachileik Myanmar.  Walau bagaimanapun selain dari keturunan China terdapat juga masyarakat Islam dari keturunan-keturunan lain hidup dengan penuh hormoni dengan masyarakat setempat.

Oleh yang demikian dibahagian utara Thailand (Chiang Mai, Chiang Rai, Mae Sai, Lampang, bagi pengembara Islam adalah tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan halal.

An-Noor Mae Sai Mosque

                                                Chiang Mai Chinese Muslim Community


Al-Falah Mosque Lampang

Satu pengalaman untuk dikongsi bersama dengan pembaca.  Perkara ini wajar dijadikan  ikutan dan teladan khusus kepada semua Warganegara Malaysia atau sesiapa sekali pun yang bermastautin di Malaysia.  Tepat jam 6 petang waktu tempatan tidak kira dimana anda berada asalkan anda di Thailand anda diwajibkan berdiri sebagai tanda menghormati lagu Kebangsaan Thai.  Saya amat kagum apabila berkumandang sahaja lagu Kebangsaan Thai yang mengambil masa kurang 1 minit, semua lapisan masyarakat akan berhenti dan berdiri buat menghormati lagu kebangsaan mereka. Terfikir saya bagaimana petrotiknya mereka sebagai Bangsa Thai.  Tapi sebaliknya dinegaraku di Hari Kemerdekaan sekali pun, sekali dalam setahun ramai yang tidak mengindahkan apabila Lagu Negara ku dinyanyikan.  Lihat-lihat dan pandang-pandanglah, apakah kita petrotik kepada negara sendiri.

Meneruskan perjalanan dari Lampang ke Bangkok menamatkan pengembaraan kami selama 8M/7H. 

Assalamualaikum.  SALAM

GOLDEN TRIANGLE WITH LOVE