Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Dinegara-negara dunia yang pernah ZBA merayap, pengalaman untuk mendapatkan tranportasi adalah pengalaman yang mencabar.
Terlalu ramai manusia yang ingin menawarkan perkhidmatan mereka tetapi dengan hasrat untuk mencekek dan mengembongkan perut masing-masing. Perkara ini lumrah terjadi sekiranya pada waktu malam dan dikala pelancung amat memerlukan perkhidmatan mereka. Ini tidak terkecuali malah diNegaraKu adalah paling teruk jika dibandingkan dengan negara-negara lain. Hakikat ini diceritakan sendiri kepada ZBA dari puluhan pengalaman bersama bacakpacker daripada seluruh dunia.
Lombok juga tidak terkecuali tetapi tidak seteruk di India. Penipuan dimana-mana untuk mencari keuntungan mudah. Tetapi jika di Lombok, ZBA sememangnya mengangkat tabik kepada pemandu teksi. Mereka sememangnya jujur untuk memberi perkhidmatan. Kekadang kita merasa dimalukan jika ingin bertanya berapa tambang dari satu tempat sesatu tempat yang lain. Jawab mereka amat mudah "Pakai ARGO Pak". Oleh yang demikian untuk merayap di Lombok, diingatkan kepada pembaca agar menggunakan teksi kerana lebih murah dari perkhidmatan lain yang ditawarkan. Terdapat dua jenis teksi disana iaitu satu biru dan satu putih. Teksi biru adalah teksi umum yang murah dan putih dikira sebagai teksi mewah.

Dalam kita berkhayal ketempat lain, kini ZBA telah berada di Senaru Village 600M dari paras laut dimana perjalanan untuk menjejaki water fall akan bermula. Sebenarnya apa yang dicerita diatas ada hubung kait dengan apa yang akan dipaparkan dibawah.
Seperti sudah dan telah dirancang, pemandu kenderaan yang membawa kita terus menuju ke sebuah tour agensi untuk mendapatkan bantuan guide.
Dimaklumkan bahawa kami tidak boleh bersendiri melawat water fall kononya telah menjadi satu peraturan kepada sesiapa yang ingin melawat water fall wajib ditemani oleh seorang guide bagi setiap satu kumpulan atau individu. Dalam hati ZBA akan berlaku lagi cekik darah dan peras ugut untuk mereka mengembungkan perut. Memang benar, dilihat pada peta tertera jarak dari Senaru Village ke kedua-dua water fall adalah sekitar 350M perjalanan naik turun bukit bagi jangka masa 1J30M atau paling lama 2J termasuk santai dan berehat.
Dugaan kami tepat. Mereka menawarkan kos bagi 4 orang dalam satu kumpulan ialah IDR 400,000 (RM128.00). Ini bermakna satu orang sebanyak IDR 100,000. Satu kos yang paling tidak munasabah. Walau bagaimanapun kerana ZBA bukan orang baru di Indonesia dan sedikit sebanyak boleh berbahasa dailik Indonesia secara spontan, ZBA pura-pura tidak tahu sehinggalah sebelum kekata penamat. ZBA masuk campur dan berbicara dalam bahasa Indonesia. Berlaku tawar menawar dan kesudahannya kami cuma membayar IDR 200,000 sahaja bagi 4 orang dalam satu kumpulan. Dalan fikiran kami 'boleh' pula tawar menawar sedangkan pada mulanya mengatakan itu dan ini sebagai "Regulasi Pemerintah" setempat. Tidak habis dengan guide, kami dikejudkan lagi dengan bayaran masuk sejumlah IDR 10,000 seorang dipintu masuk. Lagi satu chetiar atau lintah darat menunggu anda.

Kampung Senaru adalah laluan utama ke Gunung Rinjani National Park. Papular sebagai tempat permulaan untuk pendakian ke Gunung Rinjani yang merupakan kemuncak kedua tertinggi di Indonesia setinggi 3,726 M.
Senaru sememangnya terkenal dengan dua air terjun dari limpahan air Gunung Rinjani. Satunya dikenali sebagai Sendang Gila yang terletak dalam jarak 20 minit berjalan kaki. Manakala satu lagi ialah Tiu Kelep terletak 20 minit perjalanan dari Sendang Gila. Kedua-dua air terjun tersebut adalah dalam laluan yang sama dimana kita akan menempuh Sendang Gila sebelum meneruskan perjalanan ke Tiu Kelep dan berpatah balik ke Kampung Senaru juga mengikut perjalanan yang sama.
Laluan ke Sendang Gila lebih mudah jika dibandingkan laluan ke Tiu Kelep. Sebuah trek simen dibina dan anak-anak tangga tersedia ada.
Peritnya kekadang menurun bukit dan kekadang mendongak mendaki. Terasa juga bagi lutut-lutut yang sudah berumur walaupun cuma 20 minit perjalanan. Dari Sendang Gila ke Tiu Kelep pula kita terpaksa melalui trek sebenar tetapi tidak terasa sangat pendakian. Selepas itu kita akan mengikuti permatang jambatan air yang rata sebelum turun terus kedalam anak sungai dan mendaki semula. 5 minit kemudian kita telah pun berada di kolam Tiu Kelep.
Airnya jernih dan dingin dan semakin kita menghampiri Tiu Kelep, percekan air terjun ibarat salji menerjah ke badan. Terasa segar dan puas walaupun tidak berbalui menggunakan perkhidmatan guide untuk melihat kedua-dua air terjun tersebut.
Menurut cerita dongeng kepada sesiapa yang kerap mengunjungi Tiu Kelep dan mandi manda disana, mereka akan kelihatan muda. Itu hanya cerita dan cerita itu adalah reka cerita walhal jauh sekali daripada realiti.
Senaru water fall cuma indah pada perkataan tetapi pada hakaikatnya bukanlah seindah sangat dari kacamata yang melihat. Setakat melancung 2 jam dengan bayaran hampir RM 20.00 adalah satu pembaziran bagi warga Asia yang telah sinonim dengan hutan belantara dan air terjun. Lain jika dibandingkan dengan pelancung Barat mungkin satu kelainan yang harus diterokai kerana segala-galanya berbedza daripada apa yang mereka miliki dinegara asal. Kepada pembaca terpulang dan terserah mengikut kemahuan dan minat masing-masing.

Kampung Senaru ialah perkampungan yang subur untuk bercucuk tanam dan cuacanya amat nyaman. Disini banyak sekali pohon-pohon avacardo dengan buahnya yang segar. Jika cuaca mengizinkan Gunung Rinjani seolah-olah dalam jangkauan kita. Tetapi harus diingat perjalanan ke Gunung Rinjani bukanlah semudah disangka. Pembaca harus meluangkan masa sekurang-kurangnya 3H/2M.
http://www.zainaltobiaktravel.blogspot.com
zainaltobiak@yahoo.com.my @ Face Book "tobiak travel"
No comments:
Post a Comment