Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Kedua. Amanah adalah satu tanggungjawab. Pecah amanah bermakna sesaorang itu tidak bertanggungjawab. Ingatlah wahai sahabat-sahabat bahawa apa yang kita terima secara haram, haramlah ia dari menjadi darah daging kita dan keluarga. Sesungguhnya kepada mereka-mereka yang berkenaan, insaflah dan kembalilah kepada memikul amanah itu sendiri. Biar kita miskin didunia tetapi menjanjikan kita kaya di akhirat. Sama ada dari kalangan kita termasuk dalam kumpulan jerung-jerung kecil atau mega jerung sekalipun, sebenarnya dunia ini tidak pernah cukup bagi secebis NAFSU yang kita ada. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan dikembalikan.
Diatas bangsal atau pondok inilah sebagai santapan pagi ZBA diketemukan oleh Allah dengan seorang hamba Allah yang tidak perlu dikenali disini. Sebenarnya di pondok inilah diluahkan cerita sebenar yang terjadi kepada individu berkenaan. Al-maklum diawal pagi tiada penumpang ferry yang bersama kami. Jika ada pun mereka akan meninggalkan kami apabila tiba waktu dengan menaiki menaiki ferry ke Bangsal di Pulau Lombok. Jam sekarang telah menunjukan 7.00 pagi dan kami dijangka akan menaiki ferry pada jam 8.30 pagi juga ke Bangsal.
Asli dari mana Pak, tegur seorang pemuda separuk umur yang berada didepan saya sebagai pemula perbicaraan. Beliau memakai kain dan berbaju kemeja T dan dari raut wajahnya persis seorang yang pernah bekerja keras dan jujur kepada setiap perkataan yang diluahkan. Pertanyaannya adalah untuk "conformas" kerana pada pandangan saya beliau 90% telah mengenali kami berdasarkan tuturkata percakapan sesama kami sebelumnya. Kami kekadang berbahasa Melayu dan dicampur Inggeris yang sememangnya amalan kita dalam perbualan harian.
Dari Malaysia Pak, jawab ZBA dengan nada perlahan kerana kekadang malu untuk menyebut Malaysia. Kenapa malu ?. Jawapannya mudah. Bukan kerana namanya Malaysia tetapi kerana politaiknya yang amat memalukan. Kalau Malaysia, ZBA sanjung tinggi kerana itulah satu-satunya negara pujaanKu dan disinilah tanah tumpah darahKu yang telah Ku perjuangkan untuk keamanan sejagat tetapi telah dijual beli oleh para politaik demi kepentingan duniawi tertentu. Malah NegaruKu Malaysia tercinta telah ditukar nama kepada 1 Malaysia. Salam 1 Malaysia dan bukan lagi salam sebagaimana diajarkan oleh Islam "Assalamualaikum".
Tangan dihulur dan kami memperkenalkan diri dan beliau memperkenalkan diri sebagai MrX yang berasal daripada Kepulauan Batam dan bekerja di Gili Trawangan. Saya juga pernah bekerja di Malaysia Pak selama 3 tahun dalam dailek Indonesia yang pekat. Mengetahui asal usulnya, ZBA juga mengubah telo dari berbahasa Melayu sebenar kepada dailek Indonesia sekadar yang termampu untuk merancakan perbincangan.
Oh, gitu balas saya pendek. Kapan kembali ke Indon dan kenapa ngak terus bekerja disana aje kan lebih enak dan nyaman. Udah ngak seperti dulu Pak, Malaisia sudah tidak bisa aman lagi, pemerintahnya korap khusus Pak Polisi yang sering ganggu untuk mendapatkan uang. Terperanjat ZBA mendengar perkataan "korap" yang dalam bahasa kita difahami dengan istilah "rasuah". Apa pun ZBA biarkan sahaja beliau meneruskan luahan hatinya sepuas-puasnya.
Begini Pak, saya memasuki Malaysia sebagai TKI sekitar tahun 2004 daripada Batam ke Selendah sempadan Pahang dan Johor di Mersing. Rombongan itu mempunyai sekitar dua puluhan dan dikenakan bayaran IDR 1Juta seorang kepada tekong tempatan yang berasal dari Ulu Tiram. Sesampai disana kami disembunyikan di sebuah kampung yang dikenali sebagai Kampung Durian, Ulu Tiram, Johor selama beberapa hari bersama-sama puluhan pendatang lain didua rumah berasingan yang dihadapan 50M daripada rumah yang kami tumpangi ialah rumah seorang Polisi.
Disini saya mencelah, "Apa Polisi enggak tahu tentang kedatangan bapak-bapak semua ?. Kami telah dimaklumkan oleh tekong agar jangan membuat bising dan menundukan kepala semasa kami melintasi rumah tersebut. Bapa enggak takut ?. Kami ada tekong dan penghantar yang selalu berurusan. Saya mengangguk dan berfikir. Dalam hatiKu berbisik, begitu mudah sekali untuk memasuki negara 1M malah lebih mudah dengan mendapatkan bantuan dari petualang dan pengkhiatan.
MrX bekerja disebuah ladang kelapa sawit sebagai pengait buah dan berpendapatan sekitar IDR 5J (RM 1,650.00) sebulan. Satu pendapatan yang amat lumayan bagi TKI berbanding seorang guru berijazah di Indonesia. MrX meneruskan ceritanya.
Enam bulan kemudian saya mendapat IC biru sebagai warganegara. Kebetulannya Malaysia akan mengadakan PEMILU ke 11 dan dari situ saya boleh bebas bergerak tidak sebagaimana enam bulan sebelumnya.
Sebelum Pemilu kami didatangi oleh orang-orang tertentu dan memaklumkan supaya kami memilih pemerintah pada Pemilu akan datang. Sekiranya kami ingkar,
IC akan ditarik balik dan ditangkap serta
akan dipenjarakan sebelum dihantar pulang. MrX menyatakan kepada saya, kami gembira dalam paksaan. Gembira kerana dengan mudah mendapat kewarnegaraan dan sedih kerana paksaan. Demi sesuap nasi kami turuti dengan patuh walaupun cara tidak menghalalkan kami berbuat demikian. Selaku seorang Islam, kami tidak pernah diajar untuk berbuat demikian tetapi di Malaysia segala-galanya boleh.
Benar Pak, kenapa saya harus membohongi Bapak. Ngak ada apa-apa untung dan rugi bagi saya. Bersama saya sekitar 100 orang telah mengundi untuk pemerintah. Empat tahun kemudian perkara yang sama berlaku. Sekali lagi kami dipaksa untuk mengundi pemerintah. Tetapi kali ini jumlahnya makin ramai dan mungkin mencecah ribuan TKI telah mengundi pemerintah.
Sesetengah dari kami dibekalkan sekali ongkos untuk berbelanja. Waduh, nyaman sekali ketika itu Pak. Ngak pernah terjadi begini ketika kami mengundi calun pemilu di Indonesia.
Disana kami bebas memilih dan bebas bersuara membuat pilihan masing-masing. Ngak ada nasi bungkus dan jauh sekali uang ringgit sebagaimana di Malaisia.
ZBA mendengar dengan penuh minat dalam hatiKu berbuku kerana amanah kita telah digadai oleh bangsa sendiri yang tidak bertanggungjawab.
Setelah MrX bercerita dengan penuh minat dan bersungguh, ZBA cuba mencelah dan mengajukan soalan untuk menduga kesungguhan dan keikhlasan beliau. Kalau gitu kenapa bapak mengambil jalan pulang ke Indonesia sedangkan bapak mendapat segala-galanya disana jika dibandingkan dengan di Indonesia ?.
Ceritanya panjang Pak. Biar saya berterus terang dengan Bapak. Sungguhpun kami disahkan sebagai warganegara secara sah dan telah pun dua kali mengundi untuk pemerintah, hidup kami tidak pernah tenang. Ada sahaja halangan setiap bulan. Baksis Pak. Baksis tidak dibayar maka kami akan ditahan Polisi.
Sepanjang hampir lima tahun saya berada disana walaupun baksis dijelaskan, tiga kali saya dipenjarakan tanpa sebarang sebab. Tiga hari didalam lokap dan selepas itu dilepaskan. Semasa dalam tahanan kami tidak pernah diberitahu kenapa dan mengapa kami ditangkap sedangkan kami warganegara. Untuk makluman Bapak setiap kali kami dipenjara setiap kali IC kami dipotong dan kami terpaksa membuat semula dengan bayaran. Ditahan lagi bagi kali kedua, IC dipotong lagi dan lagi sekali terpaksa diperbaharui. Ditahan lagi bagi kali ketiga, saya merelakan suntuk ditahan buat selama-lamanya. Saya menaruh harapan nekad dihati tidak akan mengeluarkan wang lagi. Akhirnya saya dihantar ke Depoh Tahanan sebelum dihantar pulang. Banyak lagi ceritanya Pak.
Sebenarnya ZBA mempunyai banyak soalan untuk dikemukakan kepada MrX tetapi
masa amat mencemburui kami. Bot sewa
khas telah menghampiri jetty dan akan
berlepas balik ke Bangsal pada bila-bila masa dari sekarang. Sebelum kami bertolak MrX mempelawa kami untuk sama-sama menjamah sarapan pagi digerai berhampiran. Saya mencapai tangannya bersalam dan mengucapkan Assalamualaikum.
Mualaikum salam dan muga ketemu lagi Pak. Selamat berangkat.
Iktibar dari pengalaman diatas. Betapa jijik orang berpolitaik sehingga sanggup menggadai maruah demi kepentingan diri sendiri. Ingatlah bahawa walau pun satu undi yang dicatatkan sebagai "haram" bermakna kemenangan adalah tidak sah dan haram disisi Islam. Jika kita diistiharkan menang dengan undi haram bermakna sepanjang tempuh penggal kita menjadi MP atau Adun bermakna kita menerima duit haram dan makan hasil dari pekerjaan yang juga haram. Jadi tidak malukah kita yang mengaku bersyahadah sebagai ummat Muhammad S.A.W dipersoalkan dihadapan Allah di Mahkamah Rabul jalil kelak.
Bot sewa khas kami beredar meninggalkan jetty Gili Trawangan tepat jam 8.30 pagi membelah ombak kecil nun sayup menerjah ketengah lautan.
Assalamualaikum,
Nukilan ini tidak berhasrat untuk mengutuk mengeji malah mencerca sesiapa tetapi sekadar buat ingatan dan pedoman para pembaca. Jika sekiranya ianya munasabah dan boleh dipercayai, kita gunapakai untuk dijadikan sempadan dan jika ia hanya atas sikap dan emosi penulis, itu terpulang kepada individu untuk memikirkannya. Sebagai penulis ZBA amat sayang kepada Negara dan tanah air yang tercinta. Kerana itulah nukilan ini dipaparkan agar nasi tidak menjadi bubur dan bubur tidak disajikan untuk santapan anak cucu kita nanti.

Semua gambar-gambar yang dipaparkan ialah sebagai hiasan mata semata-mata. Gambar bawah, jangan bina rumah ditepian pantai jika kwatir badai melanda.
No comments:
Post a Comment