Tuesday, 15 November 2011

SABAH LAND BELOW THE WIND

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

KOTA KINABALU

Keseluruhan bumi Sabah pengembaraan berlalu sudah.  Berkongsi cerita berbisik kata dan berkongsi pengalaman nukilan diteruskan.  Sejak 1974 bumi ini dijejaki hingga terahir Oktober 2011.  Puluhan kali dan baru sekali dituliskan untuk tatapan umum.

Gunung Kinabalu terkenal sebagai sebuah gunung tertinggi di Asia Tenggara.  Dilawati ribuan pelancung setiap tahun samaada untuk event terancang atau kumpulan atau persendirian untuk merasai keseronokan mendaki hingga kepuncaknya.  Bagi saya memadai hanya sekali mendaki ke Puncak Gunting Lagadan pada tahun 1994.  Kepuasan menakluki puncak gunung tersebut sambil menikmati keindahan alam semula jadi yang mempesonakan ciptaan Allah.

         Gunung Kibanalu 8AM

Beralih dari Gunung Kinabalu sebenarnya Sabah mempunyai banyak tempat-tempat riadah yang harus dikunjungi seperti Tuanku Abdul Rahman Park, Tamu Kota Belut, Sipilok Orang Hutan, Pulau Sipadan dan sebagainya.  Pada kali ini saya akan memfokaskan dua tempat baru disekitar Ranau dan Kundasang yang mungkin tidak seberapa terkenal tetapi menarik untuk dilawati.

Pertamanya saya ingin membawa pembaca mengembara ke arah Ranau daripada Kundasang.  Perjalanan dengan kenderaan dari pekan Ranau mengambil masa 15 minit untuk sampai ketempat tersebut.  Mengalir sebuah anak sungai merentasi hutan simpanan yang kaya dengan khazanah alam semulajadi.  Air sungai jernih memutih menampakkan ikan-ikan yang dijinakkan dan disepekati oleh pendududk setempat dijadikan kawasan reakrasi untuk tontonan ramai.  Bayaran dikenakan kepada setiap dewasa ialah RM 5.00 dan kalau mahu berenang didalam sungai bersama-sama ikan bayarannya ialah RM 10.00. Setiap pelawat cuma dibenarkan berada ditepian sungai dan bermain dengan ikan-ikan selama 30 minit sahaja.                      
                                                                                 Kumpulan Ikan Sedang Diberi Makanan
Kampung Luanti Baru,  Beluran terletak bersebelahan jalan utama Kota Kinabalu ke Sandakan dihuni oleh segelintir 5 keluarga Islam dan selebihnya kaum-kaum lain sebagai majoriti. Mengalir  Sungai Moroli yang menyimpan banyak specis ikan air tawar.  Airnya jernih dan dingin mengalir dari Beluran ke Sandakan merentasi hutan simpanan malah belantara Sabah. Ikan-ikan disini terbahagi kepada empat  jenis  dikenali sebagai ikan Pelian atau Kelah Hijau, Lampam Sungai, Buntal dan Keli Afrika.  Ikan Kelah hijau adalah yang terbesar dan boleh mencapai sehingga seberat 4 kg seekor.  Lampam Sungai bewarna putih dan bersirip merah seberat 2-3kg seekor,  Buntal sejenis ikan kecil yang gemar mengerumuni mangsa dan menggigit bahagian-bahagian pemangsa dan Keli Afrika bewarna keperangan dengan berat melebihi 4 kg.  

Difahamkan bahawa ikan-ikan ini tidak akan meninggalkan lubuk Kampung Luanti walaupun sebesar mana banjir yang melanda mereka tetap akan kembali kelubuk sedia ada.  Jumlah kesemua ikan-ikan tersebut dianggarkan ribuan ekor yang senantiasa berada dilubuk menyambut tetamu yang datang. Ibarat kata pepatah, 'kenama pulangnya ikan kalau tidak kelubuk'. Selain lubuk Kampung Luanti terdapat beberapa  lubuk lagi yang mengusahakan eko-pelancungan yang sama. 

Lubuk Ikan Kampung Luanti

Harus diingat pada semua tamu jika ingin mendekati kami ikan-ikan dilubuk pastikan anda membeli dan membawa makanan yang dijual dipintu masuk.  Kepalkan makanan dalam tangan anda dan rendamkan kedalam air.  Beberapa saat kemudian ribuan ikan akan mengerumuni anda sambil menebuk genggaman tangan  yang seolah-olah mereka tahu bahawa makanan ada didalamnya.  Cukup menyeronokkan melihat gelagat ikan-ikan ini dan kalau pembaca ingin mencuba bagaimana gigitan mereka dipersilakan kedalam air dan nikmati sendiri.

Kundasang War Memorial

Setelah puas melihat gelagat ikan di lubuk Kampung Luanti, kami beredar pulang untuk lokasi reakrasi seterusnya di Kundasang.  Membelok kekiri dari Jalan utama Ranau ke Kota Kinabalu dipekan Kundasang terdapat sebuah "War Memorial" menuruni bukit dan seterusnya pendakian memuncak ke kaki Gunung Kinabalu.  Disana terdapat sebuah farm yang menternak dan memerah susu segar untuk keperluan penduduk sekitar Kota Kinabalu.  Bayaran masuk ialah RM 3.00 bagi seorang dewasa.  Terdapat lebih kurang seribu ekor lembu tenusu dengan kawasan ternakan puluhan ekar sebagai padang ragut.

                                                   Ladang Tenusu Kundasang


Berada di "Milk Farm"  ini seolah-olah berada diladang tenusu samaada di Australia atau New Zealand.  Cuaca petangnya dingin dan udara segar bersih bertiup menyapu awan yang berterbangan.  Saya menghabiskan masa hampir dua jam disini menikmati udara segar disamping melihat aktiviti pemerahan susu lembu yang dijalankan begitu sistematik sekali.  Bersih dan berkualiti.  Para pelawat boleh mencuba sendiri keenakan susu segar dengan harga yang berpatutan.

Perjalanan kesini harus berhati-hati selain jalan yang sempit juga laluannya berbatu dan sukar bagi kenderaan biasa.


Pengembaraan seminggu berahir disini dan Sabah negeri dibawah bayu mengalu-alukan kedatangan anda.

                                                  WELCOME TO KUNDASANG

PAGE UNDER CONTRUCTION

No comments:

Post a Comment