Assalamualaikum,
Sumatra salah sebuah pulau terbesar dalam gugusan Indonesia. Dipisahkan oleh Selat Melaka dalam jarak 60 notica dengan Malaysia. Terkenal dengan pusat gempa bumi paling merbahaya dan telah mengorbankan ribuan mangsa dalam kejadian tsunami pada tahun 1991 dan sebelumnya. Tidak ketinggalan Sumatra juga merupakan destinasi pelancungan yang menarik untuk dilewati. Pengembara telah beberapa kali kesana dan telah mengembara keseluruhan Pulau Sumatra dari Acheh diutara hinggalah Lampong diselatan.
BANDAR ACHEH
Putera dan Puteri berpakaian Tradisional Acheh
Putera dan Puteri berpakaian Tradisional Acheh
Bandar kedua terbesar selepas Medan terletak paling ke Utara. Terkenal keseluruh dunia dengan peristiwa tsunami yang melumpuhkan keseluruhan bandar tersebut pada tahun Disember 1991. Pengembara sempat melihat bandar ini semasa sebelum dan selepas tsunami. Sepuluh tahun berahirnya peristiwa yang menyayat hati ini saya kembali ke Acheh pada 2011. Allah Maha Besar. Acheh telah kembali pulih dari kesengsaraan dan insyaallah berada dalam peliharaan Allah sekarang. Pembangunannya pesat seolah-olah tiada apa yang menimpa Acheh sepuluh tahun sebelumnya. Tetapi sebagai seorang hamba haruslah mengingati bahawa Allah akan menurunkan bala kepada sesuatu kaum itu jika kita mengingkari atau melanggar kehendakNya.
Digelar sebagai "Serambi Mecca". Pada pandangan saya berketetapan dengan gelarannya. Masyarakatnya lebih tertib dan berjiwa Islam dari Negara Islam Ku. Masjid-masjid dipenuhi jemaah ketika waktu solat terutamanya Masjid Baitulrahman. Saya dan rakan sempat berjemaah Maghrib dan melihat sendiri bagaimana jemaah memenuhi masjid dan menunaikan kewajipan kepada Ilahi.
Kami mengembara kesemua tempat yang bersejarah dipersekitaran bandar Acheh termasuk peninggalan-peninggalan kesan tsunani yang melanda dan menghancurkan bandar Acheh. Kejadian-kejadian yang dianggap mistri yang tidak terfikir bagaimana boleh terjadi dan meninggalkan kesan yang mendalam disanubari khususnya umat Islam.
Perkampungan Nelayan Syiah Kuala
Masjid Baitulrahim
Di Makam Syiah Kuala yang terletak 10 meter dari pesisir pantai yang dilanda tsunami. Batu-batu nisannya ditandakan dengan batu-batu pejal dan berbumbungkan pondok ala kadar. Sebuah surau kecil didirikan untuk pengembara menunaikan solat. Allah maha berkuasa, dalam kejadian tsunami yang ombaknya bergelulung setinggi pokok kelapa dalam kejadian 7 minit membadai pantai dan 7 minit menyedut khazanah daratan kedalam lautan. Makam Syiah Kuala tertegak kukuk dipesisiran pantai. Tidak terusik barang sedikit pun keasliannya Satu keajaiban yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata mahupun penulisan.
Menara Masjid Baitulrahman
Mengadap laluan ke kuala dimana badai tsunami bermula, berdiri kukuh sebuah masjid sederhana besar dikenali sebagai Masjid Baitulrahim. Terletak 20 meter dari pesisir pantai dan dihadapan mimbar terdapat tanah perkuburan yang menempatkan beberapa pusara lama yang tidak dikenali. Semasa kejadian tsunami masjid ini telah menyelamatkan puluhan manusia yang sempat berlindung didalamnya. Dalam kejadian ajaib itu cuma pagar sahaja menjadi korban tsunami dan dihadapan mimbar mengalami kerosakan kecil akibat percikan air laut. Manakala pusara lama masih terpelihara baik tanpa diusik walau pun setitik air.
Mengadap laluan ke kuala dimana badai tsunami bermula, berdiri kukuh sebuah masjid sederhana besar dikenali sebagai Masjid Baitulrahim. Terletak 20 meter dari pesisir pantai dan dihadapan mimbar terdapat tanah perkuburan yang menempatkan beberapa pusara lama yang tidak dikenali. Semasa kejadian tsunami masjid ini telah menyelamatkan puluhan manusia yang sempat berlindung didalamnya. Dalam kejadian ajaib itu cuma pagar sahaja menjadi korban tsunami dan dihadapan mimbar mengalami kerosakan kecil akibat percikan air laut. Manakala pusara lama masih terpelihara baik tanpa diusik walau pun setitik air.
Kejadian yang sama terjadi pada Masjid Baitulrahman yang terletak ditengah bandar Acheh yang jaraknya 8 km daripada Masjid Baitulrahim. Masjid Baitulrahman tidak mengalami sebarang kerosakan malah menjadi pelindung kepada keselamatan ribuan raayat Acheh yang mencari perlindungan.
Kapal Apong
Satu lagi mercu tanda baru ujud selepas tsunami yang dianggap menghairankan. Sebuah kapal "Kapal Apong" yang berfungsi sebagai pembekal penjanaan elektrik seberat 9,800 ton ditolak daripada laut sejauh 4 km kedarat dalam masa 7 minit tsunami melanda. Sekarang kapal tersebut diabadikan dan dijadikan lokasi pelancungan untuk kenang-kenangan betapa dahsyatnya kuasa Allah jika dibandingkan dengan kuasa manusia yang bongkak kepada Maha Pencipta.
Satu lagi mercu tanda baru ujud selepas tsunami yang dianggap menghairankan. Sebuah kapal "Kapal Apong" yang berfungsi sebagai pembekal penjanaan elektrik seberat 9,800 ton ditolak daripada laut sejauh 4 km kedarat dalam masa 7 minit tsunami melanda. Sekarang kapal tersebut diabadikan dan dijadikan lokasi pelancungan untuk kenang-kenangan betapa dahsyatnya kuasa Allah jika dibandingkan dengan kuasa manusia yang bongkak kepada Maha Pencipta.
Taman Puteri Sultan Pahang
Kesimpulannya pengembara dapati terdapat dua kesan sejarah yang boleh dilihat dengan jelas dibandar Acheh. Satunya kesan-kesan sejarah silam sebelum kejadian tsunami 1991 seperti Muzium, Taman Putri Sultan Pahang, Tanah Perkuburan Penjajah, Masjid-Masjid dan sebagainya. Manakala kesan selepas tsunami seperti Tanah Perkuburan Tsunami (Dewasa dan kanak-kanak), Kapal Apong, Boat Nelayan Tergantung dan lain-lain. Jika dibandingkan keduanya, kesan tsunami lebih menyayat hati dan wajib menjadi teladan bahawa Maha Pencipta lebih berkuasa dari segala-galanya.
Perkongsian Pengalaman.
Tidak ketinggalan saya katakan bahawa setelah saya mengembara keseluruh Indonesia (Kecuali Jayapura), Bandar Acheh adalah bandar terbersih di Indonesia jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain. Begitu juga kedai-kedai yang menjual makanan jika dibandingkan dengan Negaraku. Berketepatan sekali Kelantan memilih bandar Acheh sebagai bandar kembar dalam menegakkan Agama Allah.
Kambing Gulai Kawah
Mereka mempunyai identiti tersendiri jika dibandingkan dengan bandar-bandar lain di Indonesia, samada dari segi makanan mahupun adat perkahwinannya yang menurut lunas-lunas keislaman. Mereka tidak menggunakan wang sebagai hantaran malah menggunakan Dinar Emas. Ini bermakna harga diri seorang wanita ditentukan dengan Emas bukannya wang ringgit sebagaimana kita praktikan.
Tiga jenis makanan kegemaran dan terlazat pernah saya jamah di Acheh ialah 'Kambing Gulai Kawah, Ayam Dara Kampung Goringan dan Mi Kepiting Udang'. Kepada pelancung yang melawat Acheh, saya harap tidak melepaskan peluang untuk menikmati hidangan tersebut. Harganya berpatutan dan pastinya menyelerakan.
Perut Kambing Gulai Kawah
Masyarakat China di Acheh bebas mengamalkan agama mereka. Mereka bertutur dalam bahasa Indonesia yang fasih seolah-olah mereka bukan kaum Tionghua. Boleh menternak babi tetapi tidak boleh menjual sesuka hati (Bagi kawasan Melaboh, penternakan babi diharamkan malah perjualan dan makan juga tidak dibenarkan). Apa yang menjadi iktibar saya tentang hal ini ialah, orang Tionghua dibandar Acheh benar-benar faham tentang makanan yang diistilahkan sebagai 'HALAL'. Saya sempat berkongsi pengalaman dengan beberapa diantara mereka dan saya tabik diatas kefahaman mereka tentang Islam. Perkara ini sepatutnya berlaku di Negara Ku dan bukannya kita menakut-nakutkan mereka dengan Hukum Hudud yang merupakan perlaksanaanya wajib yang ditetapkan oleh Allah.
Para pengembara dan pelancung yang budiman, jika kita ingin mengambil iktibar dari peristiwa Tsunami yang melanda Bandar Acheh dan melihat bagaimana kebesaran kuasa Allah, buat masa sekarang pada pandangan saya Bandar Acheh adalah merupakan pusat pelancungan terbaik. Saya pulang dengan penuh syahdu dan ingatlah pesanan Allah berhubung ayat "Kun Fayakun". Sama-samalah kita beriktifar. SALAM
CONTINUE TO MEDAN
No comments:
Post a Comment