Assalamualaikum,
Nostalgia kenangan lama yang masih dalam ingatan. Pengembaraan di Australia bukanlah pengembaraan merentas benua tetapi pengembaraan keilmuan. Saya telah pun dua kali melawat Australia dan kawasan yang belum saya tempuhi ialah bahagian Australia Barat. Dibahagian lain boleh dikatakan keseluruhannya telah dilawati. Saya berada satu tahun di Australia pada tahun 1981 menimba ilmu dari satu tempat ke satu tempat. Kali kedua ialah pada tahun 1991 selepas 10 tahun berlalu selama seminggu. Kisah perjalanan saya dipaparkan hanya untuk mencatatkan kenangan lama bagi bacaan jenerasi saya berikutnya.
Blue Mountain
Dalam usia muda 28 tahun dan selepas melangsungkan perkahwinan dan isteri dalam keadaan mengandung anak sulong kami, saya berangkat ke Australia mencari ilmu yang akan dimanfaatkan untuk raayat Malaysia jika terjadinya sesuatu. Satu pengorbanan untuk negara tetapi negara tidak pernah melihat pengorbanan anak watannya sendiri. Berbalik kepada keadaan sekarang setelah negara aman damai, kaum kami dipinggirkan dinegara sendiri. Kaum pendatang diberi keistimewaan menetap di Negara Ku dengan aman damai sedangkan anak-anak kelahiran asli dilihat ketinggalan. Mereka dilalikan oleh irama-irama lagu penuh keasyikan dan dendangan. Dididik sebagai penyanyi dan pelakun untuk melalaikan bangsa ku sendiri sedangkan bangsa-bangsa lain bertungkus lumus mengaut segala keuntungan yang ada. Islam cuma Agama rasmi tetapi dikesampingkan demi duniawi yang sedikit. Poket-poket pembodek kembong melambung, air lior berterabur membohong demi meneruskan kesinambungan waris dan tahta. Negara Ku seolah-olah telah dijual setelah pejuang-pejuang bersusah payah dengan keringat dan darah konon untuk jenerasi mendatang.
Demi negara dan raayatnya. Penerbangan Qantas pesawat 747 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Subang diiringi linangan air mata isteri yang mengandung. Saudara mara dan sahabat handai ditinggalkan buat seketika kerana mu Malaysia. Kami lewati Singapura dan seterusnya Melbourne dalam penerbangan yang memakan masa 10 jam daripada Kuala Lumpur.
Melbourne Ship Muzium
Melbourne kota perniagaan yang sibuk tetapi berprinsip. Kotanya terancang dan sistem pengangkutannya terbaik ketika itu. Selama sebulan disini kami diajar berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris dailek Australia. Diajar adat istiadat dan adap-adap masyarakat Australia. Sepintas lalu mereka mempunyai peradaban yang tinggi jika dibandingkan dengan kita dalam serba serbi. Cara makan, berkomunikasi, pergaulan lelaki dan perempuan, penepatan waktu dan sebagainya.
Perkongsian Pandangan
Masyarakat Australia amat menghormati kaum wanita. Perkataan 'Ladies First' adalah amalan murni sampai akhir hayat mereka. Lihatlah dimana-mana dalam usia lewat mereka masih berpegangan tangan apabila berjalan bersama suami-isteri. Semakin tua semakin rapat dan intim perhubungan sesama mereka. Menoleh kepada masyarakat Asean perkara yang sama tidak terjadi malahan kita semakin tua semakin menjarakkan kita dari sifat-sifat keintiman dalam kehidupan suami-isteri.
Adap dimeja makan. Mereka amat beradap sekali semasa menjamah rezeki. Perpakaian kemas seolah-olah makan beradap atau makan bersama-sama pengantin jika dibandingkan dengan kita yang dikatakan beradap tetapi tidak sopan.
Vampire Second World War Aircraft
Villy (Phi) Rashid (Mal) Marmol (Phi)
Tahun 1981 adalah tahun kebanjiran pendatang Vietnam ke Australia. Saya tabik kepada kerajaan Australian bagaimana mereka memilih sesaorang untuk diberikan kerakyatan. Pertama mestilah menyediakan tunai AUD 200,000 atau cagaran emas dalam nilai yang sama. Kedua mestilah terpelajar dan dari kalangan profesional berbagai bidang. Di Negara Ku sesiapa pun boleh, penerap batu bata boleh, pencuci longkang boleh, pekerja kilang boleh dan semua serba bolih. Mungkin perompak, penyamun, perogol pun boleh sebab mereka telah memberi sumbangan yang membanggakan dan boleh diberikan kerakyatan. Masalah sosial dengan kedatangan pendatang telah mengubah lanskap anak jati peribumi Negara Ku menjadi anak merempat dibumi bertuah yang diperdagangkan.
Libya semasa pemerintahan Allahyarham Muammar Gaddafi, setiap raayat Libya menerima imbuhan dari hasil minyak negara yang dimasukan terus kedalam akaun bank masing-masing. Di Australia lain pula caranya. Raayat yang tidak bekerja dibayar elaun setiap dua minggu sekali sehingga mendapat pekerjaan. Pekerja kolar biru yang membuat pekerjaan yang menggunakan keringat dibayar gaji yang tinggi dibandingkan dengan pekerja kolar putih yang berkelulusan. Tuan penasihat, 2% sahaja.
Pemandangan Kota Brisbane
Selama dua bulan saya enjoy dikota Melbnourne. Elaun setiap dua minggu sekali memang lumayan dan gaji langsung tidak terusik. Mantap dan kenal sudah apa yang dikatakan Autralia dan peradabannya, kami mengembara mencari ilmu seterusnya. Kota business Melbourne ditinggalkan dengan penerbangan C130 RAAF ke Sydney, Canberra, Wiliam Town dan seterusnya Brisbane. Dari Brisbane pada satu ketika kami berada dua minggu di Townsville yang terletak dua jam penerbangan dari Brisbane. Semasa di Townsville satu peristiwa yang tidak dapat saya lupakan sehingga hari ini. Ketika kami menimba ilmu digurun, dua biji burger telah dibekalkan kepada kami satu setiap seorang. Cuaca panas amat panas, dahaga dan kelaparan. Tiada pilihan cuma burger adalah makanan kami tengahari ini. Sebelum menjamah burger sebagai muslim saya akan bertanyakan kepada cook apakah daging dalam burger tersebut. Nice Mike, pork jawabnya selamba. Saya tersenyum dan oleh kerana terlampau lapar dan tiada pilihan, saya mengangkat roti diatasnya dengan tangan kanan dan menterbalikkan daging dengan tangan kiri sehingga terjatuh kebawah. Dicantumkan semula kedua-dua roti dan salat dan meneruskan makan tengahari. Makan babilah kita tengahari ini, sapa kawan saya disebelah. Kami tersenyum dan Allah Maha Mengetahui.
Superparadise Gold Coast
Tujuh bulan berahir sudah saya dikota Brisbane bersama teman karib dari Kelantan. Banyak keringat tertumpah dibumi ini dan banyak kenangan manis semasa bersama-sama teman dari Australia, Filipina, Fiji dan Tongga. Masa perpisahan tiba dan kami berpisah di Brisbane menuju destinasi negara masing-masing. Kami kembali ke Sydney meneruskan misi mencari ilmu. Semasa di Sydney tidak banyak yang kami pelajari selain dari menghabiskan masa hampir tiga bulan meronda kota metropolitan Sydney. Ketika itu sebut sahaja Sydney saya dapat pastikan infomasinya tepat. Saya melawat semua tempat-tempat tumpuan pelancung merangkumi Sydney Opera House, Harbour Bridge,Torongga Zoo, Bondi Beach dan lain-lain termasuk lorong gelap King Cross. Saya kembali ke Malaysia akhir tahun dengan penerbangan pesawat RAAF Boieng 707 daripada Sydney ke Butterworth yang mengambil masa 12 jam penerbangan.
Kesempatan kali kedua saya melawat Australia ialah pada tahun 1991. Kami memulakan penerbangan dengan Pesawat C130 TUDM daripada Kuala Lumpur ke Butterworth. Butterworth ke Darwin. Darwin Ke Richmon Sydney. Berada 5 hari di Sydney dan sempatlah saya melawat kembali tempat-tempat yang menjadi nostalgia semasa saya di Sydney 10 tahun sudah. Kembali dari Sydney penerbangan ke Darwin, Kota Bahru dan pulang ke Subang, Kuala Lumpur. SALAM
PERSONNAL TOUR TO PERTH BEGIN SOON
No comments:
Post a Comment