Assalamualaikum,
BANDAR SERI BEGAWAN
Negara Brunei Darussalam sebuah negara kecil yang kaya dengan pengeluaran minyak dipesisir pantainya. Diapit oleh Sarawak di barat dan Sabah ditimur manakala diutara mengadap kearah Laut China Selatan. Jika menaiki pesawat daripada Kuala Lumpur mengambil masa 2 jam dan 15 minit. Dari kepulauan Labuan WP dengan menaiki ferry menagmbil masa dua setengah jam.
ZBA melawat Brunei pada Disember tahun 1994 dengan menaiki ferry dari Wilayah Persekutuan Labuan ke Bandar Seri Bengawan melalui Teluk Brunei dan melepasi Muara. Tidak banyak yang dapat dilihat kecuali pemandangan laut yang terdampar indah dan sekali sekala melepasi kapal-kapal minyak yang bertaburan menanti memuatkan muatan.
Masjid Terapung Bandar Seri Bengawan
Ketika Ferry menghampiri Muara dalam wilayah Brunei baharulah kita nampak gaya kehidupan masyarakat Brunei yang terdiri dari 80% adalah dari keturunan Melayu Brunei. Selebihnya adalah China dan kaum-kaum lain. Selain daripada Brunei mereka juga boleh kita temui dipulau-pulau berhampiran Sandakan (Sim-sim) dan Kepulauan Tiganak. Di Pontianak juga terdapat penempatan orang Melayu Brunei. Kesemua mereka ini ibarat orang laut yang suka tinggal dirumah-rumah yang dibina ditepi-tepi pantai diatas permukaan laut. Mereka hidup secara berkelumpuk dan mengamalkan adat istiadat budaya Melayu Brunei. Berugama Islam, bertutur dalam Bahasa ibunda Melayu dan bekerja sebagai nelayan pantai tetapi berlainan di Brunei mereka merupakan kaum majoroti Brunei Darussalam yang menguasai pemerintahan negara tersebut.
Masjid Negara Brunei Darulsalam
Sebagaimana saya nyatakan tadi sungguhpun mereka tinggal dirumah diatas permukaan laut tetapi di Brunei kehidupan mereka mewah dan persekitaran yang bersih dan terancang jika dibandingkan dengan tempat-tempat lain. Mereka memiliki rumah yang besar ibarat banglo dan mempunyai semua keperluan asas sebagai sebuah negara terkaya di ASEAN malah didunia. Deretan bonglo terapung ini dapat dilihat dengan jelas dari ferry yang saya tumpangi sehinggalah saya mendarat di jetty Bandar Seri Bengawan.
Kehidupan mereka lebih jauh mewah dari Negara Ku. Dilihat dari mereka membeli belah di Labuan dan Kota Kinabalu sememangnya kita tidak terikut dan mampu berbelanja sebagaimana mereka. Setengah kata pelancung setiap hari Sabtu dan Ahad termasuk cuti umum adalah lebih baik anak tempatan berada dirumah dari keluar kebandar untuk membeli belah. Apa tidak para penjual lebih berminat untuk berurusan dengan orang asing dari masyarakat setempat. Raayat Brunei banyak membantu dalam perkembangan ekonomi khususnya di Labuan. Sekarang dengan pengangkutan ferry yang serba canggih mereka boleh memasuki tanah besar Sabah dengan kenderaan yang menjalar dijalan raya menuju Kota Kinabalu dan sebaliknya untuk berbelanja. Situasi ini pernah saya lihat semasa berada di Sabah pada January 2011 yang lalu.
Berada di Bandar Seri Begawan untuk berehat dua tiga hari adalah memadai. Kos perbelanjaan disini adalah tinggi jika dibanding dengan nilai ringgit. Sebagai contoh Brunei adalah negara pantai tetapi harga ikannya amat mahal jika dibandingkan dengan negara daratan. Saya berkesempatan berbual panjang lebar dan berkongsi pengalaman dengan jamaah di Masjid Besar Brunei Darussalam selepas solat waktu.
Pekerja sektor awam adalah gulongan elit di Brunei. Segala-galanya dibantu oleh kerajaan. Difahamkan bagi pekerja Islam selepas lima tahun berkhidmat mereka berpeluang mengerjakan Haji ke Mecca secara percuma dengan bantuan kerajaan. Rata-rata jemaah adalah dari kalangan pertengahan umur dan sudah berpencen dari perkhidmatan kerajaan. Apabila diajukan soalan kenapa mereka mengambil option dan berpencen awal. Jawapannya, mereka berpencen dalam usia 45 tahun selepas berkhidmat. Dalam hati saya beruntung sekali menjadi raayat Brunei.
Perbualan saya berkisar pada kehidupan harian. Keseluruhan mereka menyatakan mereka tiada apa yang perlu dibimbangkan. Semua keperluan asas dimiliki masing-masing. Ibarat disini, di Brunei satu rumah mempunyai 5 kereta berjenama, di Malaysia 2 proton saga dan di Cambodia 2 ekor lembu bagi setiap rumah. Sungguh pun kecil penduduk Brunei memiliki harta dan kemewahan bersama hasil dari limpahan minyak milik negara anugerah Allah SWT.
Mingguan Meloya (Mingguan 1Malaysia) bertarikh 25 Febuari 2012 muka surat 20 dalam lapuran Luar Negara berbunyi "Pendapatan disumbang sumber minyak dan gas asli, Brunei kelima terkaya". Lapuran majalah Forbes melapurkan kedudukan negara terkaya didunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli terkini.
Brunei Darussalam menduduki tangga kelima daripada senarai 182 negara paling kaya didunia hasil daripada dominasi kekayaan 90% sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS 48,000 bersamaan RM 144,581.00.
Qatar dinamakan negara terkaya di dunia dengan jumlah KDNK per kapita lebih US 88,000 bersamaan
RM 265,065.00 pada 2010 sementara Luxemburg ditangga kedua dengan KDNK per kapita lebih US 81,000 bersamaan RM 243,980.00 hasil daripada menjadi hab keawangan.
Singapura berada di tangga ketiga dengan KDNK per kapita hampir US 56,700 bersamaan RM 243,980.00, manakala Norway di kedudukan keempat dengan jumlah KDNK per kapita US 52,000 bersamaan RM 156,629.00. Sumber dari AGENSI.
NegaraKu 1Malaysia kaya dengan sumber asli dan sebagainya pemberian Allah namun jika dibandingkan dengan negara tanah jajahannya Singapura sebelum 1963, indah kyabar dari rupa parasnya. Mengikut sumber yang didengari mempunyai hutang hampir 450Bat. Patutlah pada tahun 1981, 1SGD bersamaan RM 1.20 namun hari ini 1SGD bersamaan RM 2.47 selepas dikatakan NegaraKu, NegaraKu segala-galanya Number Wahid didunia.

Poket makin mengecil dan mengempis bahana nilai tukaran mata yang rendah memadai dua malam di bandar Sri Begawan. Apa pun ketika itu tidak banyak ada untuk dipertonton atau dilihat kecuali kubah besar bersalut emas Masjid Negara Brunei Darussalam. Saya kembali ke Labuan seterusnya Kota Kinabalu dan ke Kuala Lumpur. SALAM
SEMUGA KEMAKMURAN BERTERUSAN
No comments:
Post a Comment