Monday, 5 November 2012

LOMBOK OLD MOSQUE

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum, 




Setelah menempuh perjalanan dua jam sejauh 89 km daripada Bangsal,  kami sampai di Lombok Utara.  Diperjalanan kami diperlihatkan dengan sebuah kehidupan perkampungan yang masih jauh ketinggalan tetapi keadaan muka buminya dengan tanaman menghijau adalah amat menghiburkan.  

Lambok utara banyak mendapat nikmat daripada hasil pelancungan kerana tiga sebab.  Pertama kerana adanya Masjid Bayan Beleq, kedua, kerana adanya Air Terjun dan ketiga kerana Gunung Rinjani.  Oleh yang demikian tidak hairanlah saban hari daerah ini senantiasa dikunjungi oleh para pelancung samaada dari dalam atau luar negeri.  

Masjid Tertua Bayan Beleq.  Dikatakan sebagai masjid yang tertua pernah dibina di Lombok sejak beratus tahun yang lampau dan ianya sinonim kerana menjadi icon atau mercu tanda kedatangan awal  Islam di Nusa Tenggara Barat.  Dibina diatas sebuah bukit mengadap kearah kawasan sawah padi yang luas dan mengalir bersebelahanya sebuah terusan kecil.  

Walau bagaimanapun tidak diketahui siapakah yang sebenarnya membina masjid ini dan bila tarikh pembinaanya. Dibina dengan keluasan 9Mx9M berbentuk empat segi tepat dengan dikelilingi oleh susunan batu-batu pejal sebagai temboh penahanan daripada hakisan.
Structornya adalah dari tiang kayu keras dan diatasnya terdapat selapis lagi bumbung (Kubah bagi amalan pembinaan masjid morden sekarang) sebagai tempat pengaliran udara.  Dindingnya diperbuat daripada jalinan buluh yang berbentuk kelarai.  Manakala atapnya pula diperbuat daripada bahan buluh dan dikenali dalam Bahasa Santek sebagai Dayan. Manakala lantainya pula adalah hamparan tanah merah dan berbatu. 


Peliknya, antara cucur atap ketanah adalah lebih kurang 4 kaki sahaja.  Ini bermakna kepada jemaah yang ingin masuk kedalam masjid mereka terpaksa membongkok dan masuk seorang demi seorang.  Terdapat hanya satu pintu sahaja dan arahnya bersetentangan dengan arah Kiblat.  Didalamnya tergantung sebuah gendang yang akan dipalu untuk menandakan telah masuk waktu solat dan azan akan dikumandangkan.

Data keseluruhanPlan of the mosque square.  Side lenght of 8.90M.  On prop 4 Soko Guru (main pillar) made of jack fruit wood, round shape (cylindrical) with a diameter of 23CM, height 4.60M.  The fourth pillar is derived from four villages (hamlets) are West south pole, from the village of East Lombok, Bilok Petung.  Pole next to the North East from the village Terengan. Pole of the western Sea from the village Senaru.  Pole next to the Southeast, from Hamlet Semokon Sukadana Village.

Bersebelahan Masjid Bayan Beleq ialah tanah perkuburan.  Nama-nama  yang dikenalpasti dikebumikan disini ialah Pawelangan, Titi Mas 70, Sesait dan Karim Saleh.  Mereka adalah diantara orang-orang yang bertanggungjawab mengembangkan syiar Islam di Lombok.  Makam-makam mereka agak istimewa kerana terletak didalam sebuah bangsal seakan-akan rumah dan dipagari dengan anyaman dinding buluh.  Satu lagi nama yang jenazahnya dimakamkan disini ialah Sheikh Abdul Razak Gauz.  Beliau dikatakan sebagai pendakwah terkenal di Nusantara diabad 16/17M.  Walau bagaimanapun tiada pengesahan untuk mengesahkan kenyataan tersebut.

Sungguhpun dari masa kesemasa Masjid ini akan mengalami kemusnahan, tetapi bagi ZBA, pemerintah Indonesia haruslah membuat sesuatu untuk menjaga keaslian Masjid Bayan Beleq.  Walau pun tidak termasuk dalam  "World Heritage" tetapi setidak-tidaknya menghormati jasa pendakwah-pendakwah Islam yang menapakkan Islam dengan menolak keluar agama Hindu daripada bumi Lombok.

Bersebelahan Masjid Bayan Beleq terdapat perkampungan kecil yang dihuni oleh sekumpulan penduduk.  Mereka mengerjakan pertanian sebagai sara hidup dan sesetengahnya khusus bagi kaum wanita,  mereka menghasilkan kerja tangan sebagai pendapatan sampingan.   Pembaca boleh mendapatkan hasil kerjatangan mereka dengan harga yang amat berpatutan.

Masyarakat Lombok masih lagi mengamalkan cara trasional untuk mengimpan hasil pertanian seperti padi.  Mereka membina sebuah jelapang (Dalam istilah orang Kedah) untuk menyimpan padi yang telah dituai.  Jelapang ini sebesar 3M persegi dengan ketinggian lebih kurang 2M dari tanah.  Dindingnya diperbuat daripada anyaman buluh dan atapnya daripada lalang yang dianyam dan disusun kemas.

Dari Bayan kami meneruskan perjalanan ke Air Terjun Desa Senaru yang mengambil masa 15M perjalanan.


LIKE THOUSAND OF OTHERS, YOU'LL BE ENCHANTED















No comments:

Post a Comment