Wednesday, 12 September 2012

PAKISTAN WAGAH CEREMONIAL PARADE

Dengan Nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum,


Serumpun tetapi dua negara.  Pakistan dan India.  Dua negara musuh tradisi sejak keduanya mendapat kemerdekaan daripada British.  Pakistan diutara dan India diselatan.  Kedua-duanya mempunyai kuasa nukeliar.  Canggih dan berkemampuan diantara satu sama lain.  

India negara kedua teramai penduduk didunia selepas China.  Majoriti penduduknya beragama Hindu diikuti oleh Islam dan selebihnya lain-lain. 

                                                             Manakala Pakistan pula sebuah Negara Islam tetapi penduduknya sering berbunuhan diantara satu sama lain kerana permasaalahan mazhab. 

Dibandingkan kedua negara ini, India lebih selamat untuk dikunjungi dan  dilawati oleh para  pelancung manakala Pakistan, keadaannya sukar diramal.  Mempunyai kesan persamaan sejarah peninggalan zaman silam yang sama tetapi tidak dipelihara dengan baik.


Cerita panjang tentang Pakistan akan ZBA paparkan dalam episod yang berlainan.  Bagi India pula ini adalah kunjungan ZBA bagi kali yang kelima dan banyak blog-blog yang sudah dan telah diceritakan kecuali satu dua yang juga akan dibuat jika masa mengizinkan.

Tumpuan kali ini ialah berkenaan satu perbarisan ketenteraan yang unik pernah ZBA lihat dan mendapat liputan meluas samaada di India atau Pakistan malah didunia amnya.  

Ramai pelancung asing turut serta beramai-ramai disamping penduduk tempatan setiap hari.  Perbarisan ini diadakan setiap hari pada jam 5.30 petang  dimana sempadan kedua-dua negara akan ditutup kepada semua laluan samaada pejalan kaki, berkenderaan dan bendera kedua-dua negara akan diturunkan.  Ini bermakna berahirnya semua aktiviti harian keluar/masuk sempadan diantara India dan Pakistan sehinggalah akan dibuka semula pada keesokan harinya.


Sempadan disebelah India akan dibuka pada 10.00 pagi setiap hari manakala  di sebelah Pakistan pula mulai jam 9.30 pagi.  Perlu diingat bahawa perbezaan waktu di India dan Pakistan ialah 30 minit.  Manakala gate disebelah India akan ditutup pada jam 3.30 petang dan dari sebelah Pakistan pula ialah jam 3.00 petang.  Daripada pusat pemeriksaan Kastam dan Imigresen India pelawat akan dibawa dengan bas kesempadan Pakistan/India "No mens land" dan berjalan kaki menyeberangi masuk    ke  Pakistan  dimana   pejabat                                         

Imigresen dan Kastam Pakistan berada 100 meter daripada "No mens land".  Setiap pelawat akan dikenakan pemeriksaan yang ketat dengan passport akan diperiksa secara terperinci begitu juga beg yang dibawa.  Semua butir-butir dicatatkan didalam buku oleh pengawal bertugas.

Tambang daripada bandar terahir di India, Amritsar ke Wagah Border ialah  INR 300  (RM 9.00)    bagi   sebuah  teksi 


                                                         dengan jarak  perjalanan  sejauh 22 km
dan mengambil masa 45 minit.  Dari Wagah Border jika hendak ke Lahore Pakistan pula ialah PKR 900 (RM 27.00) sejauh 25 km dan perjalanan mengambil masa hampir satu jam.  

Bagi pelawat yang advanture, pilihan termurah ialah Auto ricksaw di India sebanyak INR 75 (RM 4.50) dan di Pakistan PKR 100 (RM 3.30).  Pilihan kedua ialah dengan menggunakan perkhidmatan Keretapi seminggu dua kali daripada New Delhi ke Lahore dan sebaliknya.  Manakala pilihan ketiga ialah dengan mengambil bus ekspress daripada New Delhi ke Lahore dan sebaliknya.  Perkhidmatan ini disediakan selang berganti hari dari New Delhi dan selang berganti hari daripada Lahore.


Ceremonial parade dilakukan sebelah menyebelah diantara sempadan  India dan Pakistan tepat jam 5.00 petang waktu di India dan 4.30 petang waktu di Pakistan.  Dikesempatan ini ZBA berada disebelah Pakistan tetapi gambar dapat diambil dengan jelas dikedua-dua sempadan dengan menggunakan lens 18-200 mm Tamron.  Sebelum upacara sebenar, pasukan keseamatan kedua-dua pihak akan mengadakan pertunjukan  selingan dengan ditontoni oleh para pelawat daripada mini stadium.  


Bagi sesiapa yang datang daripada India mungkin mereka tidak berkesempatan melihat sepenuhnya apa yang berlaku di sempadan Pakistan juga sebaliknya bagi yang datang daripada Pakistan.  Pertunjukan selingan ini mendapat tepukan gemuruh oleh para hadirin khususnya dari sempadan Pakistan.  Mereka lebih bersemangat jika dibandingkan dengan penuntun  di sempadan India.  Seorang pengadu dumba dan kumpulan, ibarat dalang     akan      berada    dilapangan 


ditengah-tengah jalan untuk meniupkan semangat penuntun dengan memukul gendang, menari dan menyanyikan lagu-lagu petriotik disamping kata-kata provokasi.  Apa pun perkara yang sama juga berlaku disempadan sebelah India walaupun tidak semeriah di sempadan Pakistan.  Penuntun kedua-dua belah pihak saling provok memprovok menunjukan kekuatan masing-masing.  Mencaci, menghina diantara satu sama lain.  Manakala bagi pasukan keselamatan juga semasa dalam kawad mereka membuat pergerakan yang sama menuding kearak kawan tetapi sebenarnya lawan demi menunjukan kekuatan masing-masing.  Suasana dilihat amat tegang tambahan kedua-dua pasukan dengan pakaian yang lengkap dan bersenjata.  Pasukan khas mengadap hidung ke hidung dan menggenggam erat senjata canggih ditangan.  Sorakan penuntun penuh bersemangat dan jika tiada kesabaran yang tinggi, kemungkinan persahabatan mereka akan terlerai dan boleh mencetuskan peperangan.

Itu hanya tanggapan ZBA.  Kemungkin mereka membuat demikian untuk menghiburkan penuntun atau sengaja untuk menaikan semangat petroatik atau pertunjukan semata-mata, pembaca boleh membuat penilaian sendiri.  Tetapi daripada raut wajah pasukan keselamatan, mereka memang terpilih daripada yang terbaik dengan raut wajah yang bengis, serius lagi menggerunkan.  Apa motif sebenar tidak diketahui.  

Apa pun pertunjukan ini amat menghiburkan para penuntun.  Ramai sekali pelancung asing akan turut serta dan mereka akan ditempatkan di saf-saf VVIP yang lebih dekat dan mendapat liputan yang meluas. 

Sebagai makluman, para pembaca boleh mendapatkan pakej-pakej khas yang disediakan dari Amritsar dengan harga yang berpatutan.  Pelancung akan dibawa dengan teksi menyaksikan pertunjukan tersebut dan dibawa pulang semula selepas pertunjukan selesai.  Bayaran yang dikenakan sekitar INR 300 (RM 18.00) seorang.
















Gambar-gambar ini dirakamkan dengan Canon 450D menggunakan lens Tamron 18 - 200 mm.  hak cipta boleh dihubungi dengan email : zainaltobiak@yahoo.com.my untuk maklumat dan keterangan lanjut.






Special informasi daripada pengembara jalanan.  Dari kanan Mr Javier Farina (Spain) email : javifari@yahoo.es  berada di sempadan India.  Mr Hj Abdul Hamid (Malaysia) berada di sempadan Pakistan dan ZBA berada di antara keduanya, Pakistan dan India yang dipanggil  "No men land".

Mr Javier Farina dalam pengembaraan hicheck daripada Spain melintasi Europe, Asia Tengah, Iran (Zahedan) ke Pakistan (Quetta) dan akan ke Nepal.  Kami berpisah dengan beliau di Amritsar, India.

HAVE A NICE AND WONDERFUL TRIP

No comments:

Post a Comment