Tuesday, 25 September 2012

HISTORICAL LAHORE PAKISTAN

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani

Assalamualaikum,

Setelah menyeberangi sempadan daripada India ke Pakistan kami terus menuju Lahore sebagai destinasi pertama di Pakistan.  Kami tidak kemana-mana pada siangnya cuma enjoy makanan Pakistan disebuah restoran bersebelahan Hotel Lanai dimana kami bermalam.  Nasi Briayani Kambing itulah makanan kegemaran semasa di Pakistan.  Berasnya basmati tulin sepanjang hampir  1cm dan apabila dilihat dari gambar seolah-olah sepinggan mehon walhal sepinggan nasi briayani.  

Kambing adalah makanan utama mereka disamping ayam tetapi tetapi susah sekali untuk menemui ikan.  Disamping nasi, makanan utama masyarakat Pakistan ialah Roti Nan, Roti Phrata dan Capatti.  Bahan pencicah samaada  kari kambing, kari ayam, dall disamping bawang besar mentah yang dipotong melintang bersama beberapa cili padi hidup dan limau nipis yang siap dibelah. 

Satu perkara ZBA ingin mengingatkan kepada para pembaca sekelian bahawa sekiranya memesan nasi briayani kambing atau ayam adalah memadai dan tidak perlu lagi untuk menu tambahan.  Disana bukannya diNegaraKu.  Sungguhpun harganya murah sekitar RM 4.00 tetapi nasinya boleh dimakan berdua bagi orang di 1M.  


Pernah kami menunjukan tamak kami berdasarkan apa yang selalu kita makan disini tetapi penyudahnya kami berempat terpaksa "tapau" oleh kerana terlalu banyak makanan yang dihidangkan.   Jangan ikut orang-orang Pakistan sebab mereka sememangnya kuat makan.  Apa yang kami lihat mereka boleh makan sepinggan penuh briayani dengan tambahan 3 keping roti nan beserta sampingan lain.  

                                        Bagi kita kalau sekeping roti nan beserta kari ayam atau kambing sudah dikira satu set makanan tengahari atau malam.
Malam ini kami dimaklumkan   menjadi tamu kepada  seorang jutawan di Gujrawala 65 km ketimur Lahore.  Beliau adalah sahabat kepada salah seorang sahabat yang bersama kami.  Al-maklum kami dijemput dengan kenderaan  4x4 Land Cruiser mewah bersama pemandu dan seorang pembantu peribadi.

Kami pulang daripada Gujrawali pada awal pagi.  Mengikut perancangan seawal jam 7.00 pagi besok kami akan memulakan pengembaraan sebagaimana dirancang.  Ditakdirkan dipertengahan jalan kami menerima berita sedih yang saudara kepada teman kami telah kematian saudara di Negara China.  Oleh yang demikian mereka mengambil keputusan untuk pulang awal ke 1M dan   kami akur keputusan  meraka. 

ZBA  meninggalkan Lahore subuh pagi menuju Islamabad  dengan hasrat dapat kembali semula merayap untuk mengenali Kota Lahore semasa kepulangan nanti. Alhamdulillah rancangan kami dimakbulkan dari kami pulang semula ke Lahore setelah bermalam semalaman di Gujrawali.  Hari ini kami mula merayap dan mengenali bandar tua bersejarah Lahore,  di Pakistan.


Disini kita buat cerita pendek saja sebab keterangan daripada gambar-gambar yang dipaparkan memberi penjelasan sebenar bandar tua lagi bersejarah Lahore.


Lahore ialah bandar ibu kota Punjab sejak 1000 tahun semasa pemerintahan Mughal.  Sekarang merupakan bandar kebudayaan, akademik dan intelektual di Pakistan.  Luasnya 500kmp dengan kepadatan penduduk 6j orang.  Bahasa pertuturan utama ialah Punjabi, Urdu, dan English juga difahami oleh sesetengah pendududnya.  Cuaca  panas pada ketika  musim panas dan sejuk pada musim sejuk dari November ke April.


Ketika zaman kerajaan Mughal banyak monumenst, Masjid & Shrines dibina serta masih kukuh dan menjadi tarikan pelancung sehingga kehari ini.  Satunya dikenali sebagai The Royal Fort (World Heritage Site) berbentuk segitiga seluas 330 x 380m dengan dua gate utama dibarat dan timur.  Masa yang diambil untuk membuat satu pusingan lawatan ialah satu jam tiga puluh minit sekurang-kurangnya. 

Arkitek bagi kerajaan Mughal di Lahore ialah Maharaja Shah Jehan.  Hasil kerja tangan beliau masihn kekal dan dapat dilihat hingga kehari ini ialah seperti,  Moti Masjid dibina  pada tahun 1644AD.  The Lal Buri (Red tower) antara tahun 1617 -1631AD, Shah Jehan's Quadrangle 1633AD, Diwan-e-Aam 1645AD.  Selain daripada itu kita juga boleh melihat penampilan Maharaja-Mahajara lain dalam pembinaan Alamgiri Gate, Diwan-e-Khas, Shish Mahal, Kala Burj dan lain-lain.
Tempat-tempat menarik yang semestinya dilawati ialah Badshahi Mosque, Shalimar Gardens (World Heritage Site), Mausoleum of Emporer Jehangir, Noor Jehan's Tomb, Kamran's Baradari dan banyak lagi khususnya bangunan Masjid-Masjid yang terkenal dizaman pemerintahn Mughal.  Tidak ketinggalan di Lahore juga kita dapat melawati Nankana Sahib (1469-1539AD) yang merupakan tempat kelahiran pengasas ugama Sikh yang dikenali sebagai Guru Nanak.

Manakala tempat membeli belah pula saudara pembaca boleh ke Liberty Market, Ichra Bazaar dan Jallo Park.  Tidak ketinggalan Flag Ceremony at Wagah.















      Gambar-gambar kenangan di Bandar bersejarah Lahore.
Canon 450D lens Tamron 18-200mm by : tobiak travel




ZBA meninggalkan Lahore lewat petang menuju Wagah untuk Upacara istiadat  Penutupan sempadan antara Pakistan    dan    India.   Malam 
terahir di Pakistan kami bermalam di PTDC Motel Wagah       sebelum      ke India.







informasi zainaltobiaktravel.blogspot.com @ email :  zainaltobiak@yahoo.com.my

WELCOME ME ABOUT LAHORE




No comments:

Post a Comment