Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani
Assalamualaikum,
Assalamualaikum,
Lima kali ZBA menjelajah seluruh India dan dua kali berkesempatan ke Amritsar. Dalam dua kali melawat Amritsar cuma sekali sahaja memasuki dan melawat Golden Temple atau The Harimandir Sahib atau Sri Darbar Sahib, tempat suci bagi penganut agama Sigh yang termashyur dengan kubah emas yang dikelilingi oleh sebuah tasik. Selain daripada temple-temple yang menjadi tarikan disini terdapat juga tempat-tempat bersejarah lain untuk dilawati.
Contoh, Ram Tirath, Hari-Ke-Patan, Tarn Taran, Ram Bagh-Company Garden, Mata Ka Mandir, Jallian Wala Bagh dan Durgiana Mandir. Bagi kita penganut Islam tiada mempunyai apa-apa keistimewaan membuat lawatan kesini sekadar ingin mengetahui bagai mana cara mereka mengamal akan ajaran agama sikh itu sendiri.
Rupa-rupanya ajaran agama Sikh tidak mempunyai apa-apa patung yang disembah. Rahib-rahib mereka sekadar berada diruang kecil didalam GT dan dihadapannya terdapat sebuah seakan-akan keranda kanak-kanak kecil dan ditutup kain.
Disitulah mereka berkumpul seolah-olah menyanyi dalam bahasa mereka. Bagi pelawat-pelawat mereka pula, mereka akan membawa sejenis manisan dan diletakan diatas sehelai daun kering dan diberikan kepada penjaga temple untuk diagih-agihkan. Manakala aktiviti diluar pula ialah mereka bermandi manda disatu sudut khas ditepian kolam Golden Temple.
Bagi memasuki Golden Temple adalah tiada sekatan samaada siang atau malam. Walau bagaimanpun mereka dikehendaki menutup kepala sebagai syarat utama dan menanggalkan kasut dan berkaki ayam. Kasut-kasut para pelawat disimpan disatu tempat yang dikhaskan dengan tiada apa-apa bayaran dikenakan.
Tidak pernah lupa ZBA dimana sekali pun kami merayap, Masjid adalah tempat kami menunaikan Solat dan berkenalan dan mengenali sesama jemaah tempatan. Alhamdulillah tidak ketinggalan di Amritsar sendiri. Disini didalam bandar terdapat tiga buah Masjid khusus untuk penganut Islam beribadat. Masjidnya canggih dan mempunyai senibina yang menakjubkan.
Satu daripadanya dibina diatas bangunan deretan kedai dan mengadap pintu dengan rumah kediaman orang-orang Sikh.
Unik juga apabila difikirkan kebebasan berugama bagi masyarakat Punjabi. Tetapi pembaca usah berasa hairan kerana masyarakat Punjabi adalah seketurunan dengan orang-orang Pakistan. Mereka juga Punjabi tetapi yang membezakan antara mereka adalah satu kaum memakai turban dan satu lagi berjambang tetapi hanya tidak berturban.
Di Pakistan mereka bertutur dalam bahasa Urdhu dan menulis dengan tulisan jawi. Tetapi di Amritsar mereka bertutur dalam bahasa Punjabi disamping memahami bahasa Urdhu dan boleh menulis dan membaca tulisan jawi. DinegaraKu tiada lagi tulisan jawi dan tiada lagi orang yang boleh menulis dan membaca jawi dengan fasih kecuali kanak-kanak KAFA yang sedang diajar semula. Itu perbezaannya.
Lahore dan Amritsar adalah bandar sempadan didua buah negara yang berasingan, tetapi populasi masyarakat Islam di Amritsar adalah kurang daripada 5% begitu juga di Lahore populasi kaum Sikh juga sekitar 5% sahaja. Mereka dilihat mengamalkan kebudayaan kaum Punjabi seakan-akan sama disegi berpakaian, makanan dan adat resam serta iras muka mereka. Tetapi mereka saling bermusuhan.
Dari Amritsar kami bertolak dengan Harakund Express menuju New Delhi.
SALAM dari "tobiak travel"
No comments:
Post a Comment